Hari ni nak berkongsi resepi lah. Dah lama tak ada segmen Jom Masak di elissmie kan ! Kata nak boikot pasar ramadhan kan ? Harus lah kena masak sendiri. Biasanya saya buat jugak lauk 1 jenis untuk berbuka. 1 jenis beli. Macam semalam,hubby siap-siap beli Ikan Talapia Bakar.Sebab dia punya pencicah tidak mengikut piawaian tekak, saya buat air asam pencicah ikan bakar sendiri lah. Tapi sejak dua menjak ni, saya memang suka makan masam-masam dan semalam teringin betul nak makan kerabu pegaga. [Resepi kerabu pegaga untuk ibu berpantang kat sini ]
Semalam singgah kedai cari pegaga tapi tak der pulak.Nasib baik ada tauge, daun kunyit dan kacang panjang. Yang ni pun sedap buat kerabu kalau tak der pilihan :) Resepi dia saya siap-siap telefon mak saya kat Terengganu. Jarang-jarang buat kadang-kadang terlupa ingatan.
Kerabu Tauge
Bahan-bahannya :
Tauge 30¢
Kacang panjang [ dihiris halus]
Daun kunyit sehelai [ dihiris halus]
Kelapa parut
2 ekor Ikan Sardin/Selayang
1/3 Kotak Santan + air
Lada Hitam
Bawang merah 3 biji
Gula dan garam secukup rasa
Perahan limau nipis
Cara-caranya :
1) Kelapa parut digoreng sehingga kekuningan dan tumbuk sedikit bersama garam dan gula2 ) Ikan sardin/selayang direbus dan diambil isi sahaja untuk ditumbuk bersama bawang merah dan lada hitam [ bahan tumbuk]
3) Masukkan bahan tumbuk kedalam periuk dan santan serta sedikit air. Biar sampai menggelegak sekejap, terus padam api.
4) Didalam mangkuk , gaulkan kelapa parut bersama tauge, kacang panjang dan daun kunyit tadi dan yang dalam periuk tadi. Tambahkan sedikit perahan limau. Sedia dihidangkan bersama nasi panas-panas serta ikan bakar [ kalau ada, sure terangkat ;p]
Daun kunyit sehelai [ dihiris halus]
Kelapa parut
2 ekor Ikan Sardin/Selayang
1/3 Kotak Santan + air
Lada Hitam
Bawang merah 3 biji
Gula dan garam secukup rasa
Perahan limau nipis
Cara-caranya :
1) Kelapa parut digoreng sehingga kekuningan dan tumbuk sedikit bersama garam dan gula2 ) Ikan sardin/selayang direbus dan diambil isi sahaja untuk ditumbuk bersama bawang merah dan lada hitam [ bahan tumbuk]
3) Masukkan bahan tumbuk kedalam periuk dan santan serta sedikit air. Biar sampai menggelegak sekejap, terus padam api.
4) Didalam mangkuk , gaulkan kelapa parut bersama tauge, kacang panjang dan daun kunyit tadi dan yang dalam periuk tadi. Tambahkan sedikit perahan limau. Sedia dihidangkan bersama nasi panas-panas serta ikan bakar [ kalau ada, sure terangkat ;p]
Menu sahur hari ni - tapi semua pun keluar jugak :( dah lima hari sahur sia-sia .
Kat sini mana nak cari otak - otak terengganu yer ? Siapa tahu , sila roger..
Korang ada menu pembuka selera untuk ibu hamil tak ?
Sila kongsi yer :)
Korang ada menu pembuka selera untuk ibu hamil tak ?
Sila kongsi yer :)
siannyo muntoh lagi, bertabahla ye eliss
ReplyDeletetengah bertabahla ni.hahaha
DeleteOtak2x terengganu tue memang rare la kalau sebelah pantai barat nie...
ReplyDeletetu la , kalau ada memang nak beli sgt :)
Deletetabahkn hati ye eliss sbb memang pun apa pun keluar balik..simple gak resepi ni kan..sedpnya kerabu2 ni..memang bukak selera sungguh
ReplyDeletesimple betul. saya smpai dh dekat kul 7.sempat siap :)
Deletesuka mkn kerabu tauge ltk kerang..yum22
ReplyDeletekalau ada kerang, memang letak.sedapnya.
DeleteAla xde rezeki.. Kesian Eliss. Moga diberi kekuatan. Dugaan tuh. Sabar ye. Jgn lupa minu mair byk2.. Time buka & sahur nti la.. bukan sekrg hihihi...
ReplyDeletealamak tak berapa minat kerabu la... ulam suka :Dv
ni kira macam ulam2 jugak.hehehe
Deleteair pun xleh nak minum banyak2, cepat sengkak.
dni hari ni nak buat kerabu sarey.. yang pemes kat kelate tganu tu hehe :D
ReplyDeleteeliss pun suka makan sarey. menu wajib kalau kenduri kat rumah , maklumlah pengaruh kelate kuat dlm diri. abah ore kelate.
Deleteotak2 ganu? nnt aku tanya en.suami kot2 ade jual kat sini..
ReplyDeletenia, jasamu kuhargai :) nanti inform yer :)
Deletedugaan betul ye skrg. Kena cuba minuman yg mengenyangkan kot mcm Protein Shake atau campurkan Glukosa dlm air teh utk memberi tenaga.
ReplyDeletetu laa psal. minum horliks cereal tu pun keluar semua. kadang2 pk malas dah nk sahur tp gagah jugak bangun, asal dpt pahala jer la.dh tahu semua akan keluar.
Deletekesian plak huhu, larat ke puasa eliss?
ReplyDeleteAlhamdulillah, larat hanis :)
Deletedulu wife PM masa mulo2 mengandung pun mkn apa pun semuo keluar balik...tapi bila dah masuk 3-4 bulan dah ok dah...:)
ReplyDeletekita pulak nak masuk 3 bulan br start. haishh. dulu nuha smpai 5 bln.
Deleteni yg mengidam ni.... huh!
ReplyDeleteuncle pun mengidam? hehehehe
DeleteSedih jugak bila dah bangun sahur tapi semua keluar balik. Dah gitu keadaannya, susah jugak na. Itu kira pengorbanan seorang ibu jugak tu, kan. Akak doakan semoga keadaan akan bertambah baik untuk Eliss lepas ni, amin!
ReplyDeleteterima kasih kak. hari ni sahur dengan kurma jer. muntah jugak tapi muntah air, kurma selamat dlm perut. lepas ni mkn kurma jer la hari2.
DeleteAlahaii.. Siannyer.. Masa peknen nuha dulu muntah2 jugak? Kena lebih kentalla.. Bestla kalo dpt puasa penuh tahun ni..
ReplyDeletemuntah tapi belah petang dan tak leh makan nasi langsung. kira ni morning sickness pulak. hrp dpt bertahan sampai sebulan ni.
Delete