Thursday, July 26, 2012

Bonus Kakitangan Awam Separuh Gaji, 9 Ogos kan?

Semalam masa tengah basuh pinggan lepas berbuka, hubby cakap "Syg, PM bagi bonus raya separuh gaji" . Alhamdulillah rezeki :) Tengok kat TV3 semalam 9 Ogos ni akan dibayar. Boleh buat beli baju raya dan bayar biskut raya. Harap-harap cukuplah. Jangan pulak terguna gaji bulan depan sudah sebab ianya akan dibayar pada 13 Ogos. Selang berapa hari jer kan. Dah nak menunggu gaji seterusnya 25 September tu, harus bengkok lutut kalau terusik gaji 13 Ogos tu. 


Alhamdulillah, rezeki Abah saya yang juga bekas kakitangan awam , so dapatlah RM500. Cukuplah dari tiada yer. Lagipun duduk berdua jer , melainkan nak bagi duit raya kat cucu-cucu ni kan. Dah lah bertambah cucu lagi seorang tahun ni. Alhamdulillah, adik ipar saya telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 1 Ramadhan yang lalu jam 4.32 pagi. Nama belum ada lagi. Baby pun tak dapat keluar lagi, masih dalam NICU sebab hari tu masa lahir baby lambat menangis so masih dalam pemantauan dan ada kuning sket. Tak sabar nak tengok anak saudara saya yang terbaru tu.Harap-harap baby cepat keluar. Doakan untuk anak buah saya yer :)

Persiapan raya semua tak siap lagi. Tema pun tak decide lagi.Cuma kuih raya ajer dah siap. Kuih tunjuk-tunjuk dengan ofiz mate. Order jer sesedap rasa, bila kira hampir RM200 jugak untuk dua buah rumah, mertua dan mak saya. Rumah saya ? Saya kidnap la nanti kuih mak pulak.


 p/s:

Tokki, tahun ni, ada duit raya ker ? hehehehe 


Macam mana persiapan raya korang ?

p/s:

Hari ni sahur makan kurma dan air kosong ajer. Muntah jugak tapi kurma selamat dalam perut tak keluar. Muntah air ajer.Lepas ni boleh la makan kurma jer hari-hari untuk sahur.



24 Comments:

  1. Untungnya orang keje kerajaan ni. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, boleh tampung mana-mana :)

      Delete
  2. jangan kita terlebih belanja sudah...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 begitulah yer :) dah la gaji awal bulan depan :p

      Delete
  3. Replies
    1. tak boleh. hahahaha. dan2 panggil atok yer :p

      Delete
  4. alhamdulillah rezki kan?
    bykkan kueh rayer eliss oerder...
    cam best jerk tuh... musti meriah ry nih...
    tc yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah ker. tu utk rumah mak dan my mil :p

      Delete
  5. alhamdulillah..rezeki... mudah2an dpt berjimat sebelum gaji bulan depan lak..hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 begitulah. jangan terlebih budget :) hehehe

      Delete
  6. tahniah lah buat semua penjawat awam.. jelezzz..:P

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Alhamdulillah, dah keluar petang semalam :)

      Delete
  8. tahniah dgn rezeki tambahan utk beraya nanti ;))

    mmg rata2 ibu pregnant ALLAH duga begitu kan eliss.
    aku dulu2 pun gitu. buka puasa makan sikit then muntah dulu lps tu samb makan semula. sama juga dgn waktu sahur.
    alhamdulilah kurma adalah pengubat utk segalanya.
    semoga sihat2 hendaknya mama dan baby di bulan yg mulia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitulah dugaan kan. harap2 mampu laa puasa penh tahun ni.

      Delete
  9. Alhamdulillah..gunakan dengan berhemah :)

    ReplyDelete
  10. rezeki la tu... boleh beli pampers banyak2x in advance...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, rezeki dariNya :)

    Haa dah jumpa dah benda yg boleh dimakan & tak keluar balik eh? Syukur alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari ni tak bersahur pulak sebab tak terkejut sahur..huhuhuhu

      Delete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)