Hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa.Selamat berpuasa semua. Ada yang dah ter raya awal ker? Setakat hari ni, Alhamdulillah, keadaan badan memang mengizinkan untuk puasa walaupun setiap kali sahur, semua yang dimakan tadi keluar balik. Agaknya morning sickness lah kot. Mungkin tak boleh bersahur dengan nasi. Dah avoid nasi hari ni, still muntah lagi. Nasib baik pagi tadi sahur makan Apple Raisin Cake @Carrefour ni, so tak lah keluar cuma muntah air jer. So memang tak boleh makan nasi lah sepanjang ramadhan ni nampaknya. Nasib baik boleh makan nasi masa berbuka !
Jumaat lepas ada tazkirah pasal puasa ni. Ustazah ada menyebut tiga perkara untuk ibu yang mengandung dan menyusukan ni tentang ganti puasa.
1. Bagi ibu yg menyusukan anak / mengandung yang risaukan tentang keadaan dirinya dia tidak perlu membayar fidyah tetapi memadai menggantikan puasanya.
2. Bagi ibu yang menyusukan anak tidak berpuasa kerana risaukan anaknya takut tak cukup susu, perlu ganti puasa dan bayar fidyah.
Satu lagi fatwa dari Dr Yusuf Qardhawi, ibu yang setiap tahun, berpantang dalam bulan puasa, contohnya kalau kita hamil selang setahun atau hampir setiap tahun, dan dlm masa yg sama selang tahun itu kita menyusukan anak sepanjang tahun tidak perlu menggantikan puasa tapi memadai membayar fidyah.
Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?
Bersahur sangat penting jika anda
berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan
tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan
nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas
pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan
seperti sakit kepala dan mengantuk.
Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
- nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
- bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
- dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.[credit to :Sumber]
p/s:
Saranan doktor DaddyZiyyad - Masa sahur elakkan minum minuman ber caffeine macam kopi, nescafe tu
semua, sebab caffeine ada effect diuretics, yakni membuang air. Nanti
byk kencing, haus! Maybe awal perlu makan pil tahan muntah (maxolon) masa sahur. terima kasih doc atas komen ni !
p/s :
Harga Apple Raisin Cake tu dah turun RM1, jadi RM3 jer :)
Harga Apple Raisin Cake tu dah turun RM1, jadi RM3 jer :)
p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710
jue pun sama....2hari ok..tapi ari ni dah start muntah dan pening kepala....
ReplyDeleteyer ker. boleh selang seli macam tu pulak yer.
DeleteSy kena evening sickness.. Bila berbuka je muntah.. X kisah la makan apa pun.. Arini kne try minum air suam dan kurma je dulu.. Sedih... Tertinggal terawih malam tadi...
ReplyDeletenuha dulu evening sickness gak tapi ms gosok gigi. terawikh kat rumah pun boleh buat. x kesempatan lagi nak pegi masjid. hari pertama hubby x der kat rumah kerja.
Deleteu ttp poser gaks yer? ms poser x der muntah2?
ReplyDeletetc yer :)
masa sahur jer muntah. skang x muntah pun :) puasa jer.
Deletemorning sickness la tu eliss..cuba mkn benda2 yg kering2 sket. takdela kembang sgt tekak..huhu..thn lepas ms sahur memang kena telan megi je pun. imejin la eliss sebulan pose dlm 3-4 kali je mkn nasik yg lain makan biskut kering celop milo dgn megi smp habis pose. kalo mkn nasik dan dan tu jugak nak termuntahnya. lngsung x leh mkn. kalo mkn megi dpt le brtahan sejam dua pastu muntah.muntah mmng tidak mngira masa dn tempat.tmbh lg thn lepas mnyusukn ahmad lagi..adoi mmng mncabar..huhu..insyaAllah puasa ok cuma kalo ada sickness cuba mkn byk kurma. mmng rasa cam ok ada tenaga.
ReplyDeleteboleh ke makan maggie. kita memang x makan maggie pulak ms mengandung, sebab rasa mcm x berkhasiat ;p tp dr tak makan langsung kan. haishh, terliur pulak maggie :p
DeleteSama la kita takleh makan nasi.. Memang rasa tak lalu pun. Sahur selalunya makan roti & minum susu/soya.
ReplyDeletemasalahnya kita ni lalu nak makan nasi, tp keluar balik.tension btol.
Deletesahur aku kena mkn nasik
ReplyDeletetpi buka tak kisah
still susukan ank aku lagi
even half day
tpi still lembik lagi weih bdn
harap2 badan tak lembik. duk rumah mcm2 keja buat tu psl x perasan waktu berjalan. kat ofiz ni melangut depan pc ajer. lambatnya nak balik.
DeleteDugaan berpuasa untuk Ibu hamil, take care ye ;)
ReplyDeletedugaan la ni agaknya, terima kasih :)
Deletesusah jugak nie...kayrul dulu mujur masa puasa tahun lepas tengah pregnantkan hadif, mujur la tak jadi macam tue...cuma tak lalu makan banyak jer..ambik dalam kuantiti sikit jer...janji baby kat dalam dapat makan
ReplyDeletetu laa, amik sket muntah, amik banyak muntah. risau jugak. padahal next week dah nak masuk 2nd trimister.
DeleteAku tak muntah tapi semalam dah terbuka awal..tak tahan sgt sebab tak bersahur..huhu. Aku kalu x peknen larat jer puasa tak sahur..tp ni dah semua nutrien kena kongsi kan..mau tak pitam mak :)
ReplyDeletetu laa psal kang. semalam berkeriuk jugak sekejap tapi bila buat kerja rumah tu tak ingat dah perut berkeriuk tu :)
Deletekesiannya muntah2 masa sahur. try makan cornflakes la pulok eliss. ambo klu xlalu nasi, make cereal..letok kismis dgn strawberry..sedap wat sahur
ReplyDeletenak try jugak tu hari ni. sahur tadi minum cereal horliks tu pun keluar balik. risau jugak.
Deletekak eliss kiranye, sy x payah bayar fidiyah la eh?.
ReplyDeletesbb ms mula2 pegnen kt ammar..sy mmg mabuk gila..makan & minum xleh, asik melepek cam kain buruk..nk angkat kepala pon x larat..jd sy x puasa la, ade dlm 20 hari..sakat minum2 air ajek..sy dh ganti balik sume puasa saya..cuma fidiyah aje blom bayar..sbb x sempat nk cari & bg kt org2 yg x berkemampuan..
begitulah mengikut apa yg ustzah tu cakap dan yg kak eliss belajar selama ni.
Deletetak perlu laa bayar fidyahnya kecuali bimbangkan anaknya kan.
Deletemasa sahur pun elakkan minum minuman ber caffeine macam kopi, nescefe tu semua, sebab caffeine ada effect diuretics, yakni membuang air. Nanti byk kencing, haus! hehe
ReplyDeletemaybe awal perlu makan pil tahan muntah (maxolon) masa sahur..Ini saranan saya :)
terima kasih doc. saya pastekan di posting utk rujukan kawan2 yang lain yer :)
DeleteTake care Eliss
ReplyDeleteterima kasih :)
Deletemakan kurma byk2..hehehe...
ReplyDeletemakan jugak tu mlm td tp muntah2 jugak.
DeleteSAHUR sickness namanye tu.. muheheehhe.. selagi tak memudaratkan ibu dan bb.. boleh lah puasa.. kalo agak2 tak larat.. jgn paksa..
ReplyDeletetake care~
itu lah.. hari ni pun still muntah lagi..huhuhu
Deletenk dpt baby ke? tahniah baru tahu.. take care ye..
ReplyDeletenampaknya mcm tu la :) terima kasih.
Deletemakan sikit2 tau.. asal ada lapik perut.. =)
ReplyDeletemakan sket pun keluar balik. kesian kan..dugaan bulan puasa.
Deleteslmt berpuasa, tahniah & take care ye mak yong ;)
ReplyDeleteterima kasih dear :)
Delete