Hari tu masa tengok program Seia Sekata Schawal, Awal ada tunjuk dia punya walk in closet. Penuh dengan barang dia sampaikan terpaksa buang separuh baju dia untuk isteri terchenta, Scha gitu kan.Dua-dua stylo, rasanya tak cukup la nanti walk in closet dia :) Tapi terpaksa korbankan satu bilik tu yang tak bestnya .Kalau rumah saya tak boleh la, sebab bilik pun cuma ada 3 sahaja. So tak praktikal rasanya.
Hari ni deko di elissmie, pasal walk in closet/ wardrobe. Jom kita tengok design walk in closet yang menarik untuk dikongsikan.Kita budget retis lah kan .Tak kena bayar pun kalau berangan kan ;p
Yang warna purpleni,buka-buka pintu terus nampak walk in closet gitu kekdahnya..
Yang ni praktikal untuk suami dan isteri lah sebab ada banyak bahagian.
Yang ni contoh yang lain yang sesuai untuk suami isteri. Besar, tak perlu berebut partition :p
Yang ni pintu kaca sliding door gitu kan. See thru lagi :)
Bilik yang sempit pun boleh buat jugak walk in closet ni kalau kena caranya kan .
Yang ni nampak simple ajer dan sesuai untuk lelaki .
Yang ni memang menarik perhatian wanita. Siap ada bench untuk duduk atau cuba kasut . Design ni kira complete la untuk wanita sebab ada compartment baju, kasut, beg dan aksesori. Kalau lah dapat kat saya, saya memang tak tahu nak letak apa kat bahagian kasut tu.Ada satu jer kasut pun, sport shoe :p
Yang ni macam ruang tersembunyi kan sebab ada pintu ala-ala pintu masuk padahal kat dalam tu adalah walk in closet
Yang ni paling praktikal saya rasa sebab walk in closet dia dalam bilik tidur, tak perlu ke bilik lain nak cari baju dan sama macam bilik saya :p Saya punya kecik la sket , 6 X 6 ajer sebab bilik tak cukup luas katakan. Padahal set yang saya beli sebenarnya 8 X 8 .Seb baik boleh tukar di saat akhir ukurannya.
Rumah korang ada walk in closet / wardrobe tak ? Macam mana designnya ?Kongsi lah idea :)
kalau ada bilik lebih , boleh ler buat macam nie ....
ReplyDeletekalau tak der, kita berangan jer laa kak pb :)
Deletewahh bestnyaa.... tapi klu umah besar bleh la wat gini...
ReplyDeletetapi bleh la cilok idea dalam ni gak nanti...
nanti buat comey2, aku datang melawat rumah mu :)
Deletetak leh nak share la, kita pakai lemari biasa je...bestnya kalo dapat satu...nak2nya yang warna pink + purple tu
ReplyDeleteeliss pun rasa nampak cantik jugak yg tu :)
DeleteWalk in closet tuk hubby hahahha actually bukan walk in pun , just sediakan satu ruang letak baju hubby yang dah bergosok kat satu bilik je
ReplyDeleteada jugak bilik yer :) ok laa tu.
DeleteTeratak kecilku memang tak muat nak buat walk-in closet.. Buh almari biasa pun dah makan ruang...
ReplyDeletesama laa rumah kita :) kita bagi laa design ni kat orang rumah besar2 :)
Deletewalk in closet kalau yg boleh nampak ni kena rajin kemas. buatnya sibuk keja. mahunya semak mata tgok. :)
ReplyDeletebetul tu. tapi dari sudut positifnya kita kena rajin berkemas laa gitu. sesuai utk perfectionist :)
Deleteamboi... semua gorjes2!!!!
ReplyDeletegorjesss kan :) mampu tengok ajer laa saya ni!
Deleteaku ade.. tapi aku punya stail aku susun je semua lemari yang ade kat satu bilik, letak iron board skali, cum bilik solat skali.. hahaha...
ReplyDeleteok la tu, ada jugak bilik. aku letak dlm bilik tidur jer almari.
Deletebestnya kalu ado wlak in closet gini, sene nk susun kasut..xla serabut dlm almari kasut
ReplyDeletekalo demo ada byk kasut molek wak lagu tu..nanti request kat cik abe deh :)
Deletehurmmm...orang bujang cam nie pakai tilam toto jee...
ReplyDeletesabar jer la :) bujang laa boleh buat cenggini sebab x perlu share ruang dengan isteri..hehehe
Deleterumah design sendiri senang nak buat walk in wardrobe ni..
ReplyDeletedan yang penting rumah luas :p
Deletewow....kalo banyak duit + rumah plak besar leh lah buat kan?
ReplyDeletebetul tu. ada duit semua jalan :)
Deleteyg see through cabinet tu sgt cantik :)
ReplyDeletecantik kan :)
Deletenak ada gak tapi taktau lagi boleh buat ke idak
ReplyDeletekalau ada banyak bilik , x salah buat satu :) buat tempat solat ke sekali kat tengah2 tu, 2 in 1 :)
Deletememerlukan ruang yg luas.. tak pon korban kan 1 bilik.. x mampu lg setakat neh..hehehe
ReplyDeleteseronoknya kalau ada walk-in closet. kalau mmg rumah banglo bolehla kot. satu bilik boleh jd walk-in closet. masalah satu lg, kalau ada walk-in closet biasanya baju pun designer clothes je. hehe
ReplyDelete