Thursday, May 31, 2012

Empire Shopping Gallery Subang , pertama kali jejak sana...

Korang pernah sampai Empire Subang ? Saya pertama kali jejak sana padahal dah lalu berkali-kali area tu ;p Last week, anak-anak buah my hubby datang dari Terengganu, saja bawa mereka jalan-jalan ke situ. Sebenarnya , my hubby yang nak ke sana nak cari motosikal berkuasa besar miniatur  kat toys r us, sekali bukan dia yang dapat mainan tapi my Nuha yang dapat mainan. Sebenarnya nak belikan hadiah untuk dia, sebab belikan saya handbag baru .Yang tu kita tayang kemudian yer.


Hadapan Empire Subang
Kitorang parking depan Empire kat Wisma Consplant berhadapan dengan empire tu sebab ada banyak parking kosong.  Sebab kitorang tengok dah ramai yang park tepi jalan. Mungkin nak jimat atau parking penuh ke apa. Kat sini RM3  sekali masuk . Kitorang sampai dalam pukul 6 macam tu.


Parking rate di Empire Shopping Gallery Subang :

Premier parking(LG & G)
1st hour: RM3
Subsequent hour: RM1

Basement parking (P1 to P4)
Monday-Friday(before 5pm): RM1 per hour
Monday-Friday(after 5pm): RM2 for 1st 3 hour; Subsequent hour: RM1

Saturday/Sunday/Public Holiday: RM2 for 1st 3 hour; Subsequent hour: RM1

Lost ticket: RM20


Anak-anak buah my hubby
 
Jom la layan my Nuha posing sakan kat situ...Skang ada event Care Bears' Rainbow Journey kat situ. 26 Mei - 10 Jun 2012  Masa : 10am – 1pm.










Saya sempat beli 2 keping fridge magnet kat sini, satu tefal pan & motosikal berkuasa besar.
Lain kali tunjuk yer :)

Muka puas hati dapat mainan, burger maker

Toys R Us ,
Empire Shopping Gallery,
F01 & F02, First Floor, Jalan SS 16/1, Subang
Tel : 03-5637 4300 

Empire Shopping Gallery Subang waktu malam, dah nak balik dah masa ni !


Korang dah pernah sampai ke  Empire Shopping Gallery Subang ???

Macam mana nak kesana??

BY CAR
Direct road access from the Federal Highway, Jalan Kemajuan and Jalan Jengka.
Opening Hours
Monday - Sunday (Including Public Holiday) 10am to 10pm




Wednesday, May 30, 2012

Diaper cake dengan budget yang minima

Salam semua. Hari ni lambat bersiaran sebab ada Program Survival UiTM Sentiasa Di Hatiku setengah hari oleh Jurulatih Kecerdasan Emosi & Spiritual ESQ,Firdaus Djamaris. Kalau nak tengok dia, boleh ikuti HALAQAH SENTUHAN QALBU; Zon Spiritual anda, TV9 ok ;p

Terasa seperti nonton sinetron hari ni :p Maklumlah fasilitatornya dari Jakarta pak ! Terima kasih KB, gambarnya :p

Hari ni nak tayang diaper cake yang dibuat dengan penuh kasih sayang oleh pemilik blog, elissmie.com . Siapa lagi ? Sayalah. Sebenarnya, memang dah lama teringin nak buat diaper cake sendiri sejak tengok hasil kerja tangan pembuat diaper cake tersohor, Shila ni.


Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba apabila saya bakal menjadi nenek ( cucu saudara) dan cik su lagi sekali ( anak saudara dari adik saya ) yang kebetulan kedua-duanya lelaki. So saya cari barang yang sesuai untuk bayi lelaki . Disebabkan nak buat dua serentak so terpaksa la saya cari barang-barang dengan budget minima yer.

Antara barang-barang yang saya guna adalah Mandian , Towel , Bedak, Rompers , Set Hat, Mitten & Bootie Set , Bibs, Bekas bedak, Botol Susu,Wet tissue dan Stocking.Bercinta jugak saya memikirkan idea nak dibuat , lagipun saya tak beli diaper. So kena pandai-pandai laa saya reka nampak macam ada diaper :p Kiranya ni diaper cake without diaper gitu kekdahnya :)


 Taddaaa ...


2 set yang saya sudah siapkan

Ni dari pandangan tepi



 Yang ni final touch gitu, letak felt love kat kasut tu. Sebenarnya tapak masih belum siap :p

Ni pulak kos untuk satu diaper cake yang saya buat tu :-


Kos barang-barang :

Mandian , Towel , Bedak, Rompers , Set Hat, Mitten & Bootie Set , Bibs, Bekas bedak, Botol Susu,
Wet tissue dan Stocking  = RM86.45


Kos aksesori  : ribbon 2 warna dan pita pelekat double sided  = RM 7.97


Jumlah keseluruhan = RM 94.42 ( tak sampai RM100 )


Cantik tak ? Ok la for first timer kan ? Memang banyak lagi nak kena belajar ;p 

p/ s:

Walau tak secantik pembuat diaper cake tersohor tapi saya berpuas hati sebab dapat buat sendiri :)

p/s:
Tips untuk buat diaper cake : Jangan guna jarum peniti untuk sambungkan diaper cake sebab takut orang tak perasan ada jarum , so semua pakai pita pelekat lah :)

Kalau nak buat jugak boleh tengok tutorial ini, senang...

Tuesday, May 29, 2012

Korang dah tebus ke rebate touch n go ?

Saya dah :) Kalau korang nak check rebate yang korang dapat boleh la klik sini laju-laju . Tak sangka pulak dah seratus lebih dah jumlah rebate terkumpul. Dan tak sangka saya dapat rebate tu. Ingatkan saya tak layak dan tak sangka rupanya lebih 80 kali sebulan saya lalu tol.Banyak btol tak sangkanya.


Mengikut portal tersebut :

20% Rebate Toll is a frequent travellers programme sponsored by Malaysian Government for all qualifed Touch ’n Go (TnG) card users who use the TnG card for toll payment at all highways from September 1 2009 onwards. To qualify, cardholders will need to use TnG card a minimum of 80 times to pay for any toll payment in all highways in Malaysia within a calendar month. A 20% rebate is given to the qualified cardholders calculated as 20% of all the transaction amount. To view the rebate entitlements, cardholders must register in this portal. Cardholders can redeem the rebates via card reload at all the 136 TnG sales counters.



Tak sia- sia saya bayar tol guna touch n go tiap- tiap hari tanpa penat  walaupun HANYA SATU LINE TOUCH N GO SAHAJA yang ada ;p Dan pernah beberapa kali masuk lorong tunai sebab ada jer onar yang dibuat oleh pengguna tol yang tak berapa nak cerdik.

Register untuk rebet 20 Percet Toll : Klik sini laju-laju


Korang selalu bayar tol tunai atau touch n go ?


Membesar dengan lagu-lagu Sudirman ? Klik sini lau-laju

My Nuha | Aku Bukan Chef

Monday, May 28, 2012

Jom Pekena Sate Kajang Hj Samuri @ PKNS Shah Alam

Hari ni, memang mood blogging sedang berada ke laut . Datang ofiz, tak ramai manusia pulak tu. Semua cuti ke apa ni. Sunyi dan sepi saya benci. Tengok dalam sistem, ofiz saya hari ada 28 orang bercuti. Jeleznya ;p
So sebab jelez, saya upkan JJCM di elissmie hari ni . Dah la dekat nak lunch kan. So sedang elok lah kiranya kalau lapar kang, lepas ni korang pergi lunch yer :)


Tekak ni tiba-tiba teringin nak makan Sate Kajang Hj Samuri. Tapi tak de lah sampai ke Kajang kami, sebab kan ada cawangannya di PKNS Shah Alam. So kami kesana la malam tu.

Sete Kajang Hj Samuri. 

Buat pesanan di kaunter dan tunggu hidangan sampai. Cepat betul servis diorang ni.
 Kami order 5 cucuk sate setiap jenis iaitu ayam, daging, hati ayam dan perut lembu +
2 roll nasi himpit + teh o ais limau dan nescafe o ais (tidak kelihatan, Total Bill = RM 25 ++)
 Ada jual sate arnab tapi tak order pulak . RM2 tak silap secucuk .Kambing pulak RM 1.80 secucuk. Yang lain RM0.70- RM0.80  secucuk ajer.

Yang berbeza tang kuahnya la, sebab cili asing siap- siap. Bagus utk my Nuha. Banyak dia mintak kuah malam tu sebab tak pedas kan.

 My Nuha and me. Saja pandang tepi suh nama slim..kononnnnn :p

 Dearest hubby , pandang lain atau buat-buat pandang lain :p


Sate Kajang Hj Samuri @ PKNS Shah Alam [lot tepi sekali berhampiran dengan bus stop]
Waktu operasi : 
Mon - Tue:11:00 am - 10:00 pm
Wed:1:00 pm - 2:00 pm, 6:00 pm - 10:00 pm
Thu:12:00 pm - 10:00 pm
Fri - Sun:2:00 pm - 10:00 pm

 Korang mampu makan berapa cucuk sate dalam satu masa?

p/s:

Malam tu me makan 10 cucuk .  Jangan cakap orang naaa :p





Saturday, May 26, 2012

Bunga pahar / bunga telur dan bunga dulang, kat mana nak cari?

Sekarang ni rasanya dah dekat dah musim orang nak kahwin. Maklumlah 26 May sampai 10 Jun tu kan cuti sekolah. Tak sabar nak balik kampung minggu depan ;p Sebut ajer cuti sekolah, mesti korang terbayang-bayang majlis kahwin kan. Mungkin anniversary kahwin korang jatuh pada bulan ni jugak lah kan :) Happy anniversary lah yer :) Tapi bagi bakal pasangan pengantin mesti tengah berdebar-debar menantikan tarikh dua jiwa bakal disatukan gitu :)


Pastu mula lah gelabah, eh bunga pahar / bunga telur dan bunga dulang, mana nak cari ? Cuak tak ? Cuak tak ? Masih ada masa lagi. Korang boleh terjah kat sini. NETFLORAL.Bawah ni nak tayang kat korang hasil kerja seni iaitu bunga pahar, bunga telur dan bunga dulang yang boleh korang tempah untuk majlis perkahwinan korang. 



 Ni salah satu bunga dulang yang menarik , gubahan lain korang boleh klik kat sini


Yang ni bunga telur jenis polka dot gitu kan. Memang tengah in lah orang kata polka dot sekarang ni yer :) Yang ni dibuat daripada crepe paper.



Ni pulak satu lagi bunga pahar / bunga telur yang menarik. Ros polka dot gitu.
 Gubahan lain korang boleh klik kat sini



Bunga telur pun ada banyak jenis, yang ni jenis gantung pulak. Menarik orkidnya tu :) Apsal zaman saya kawen dulu tak ada pun :p Gubahan lain boleh klik kat sini


Kat Netfloral jugak ada buat Hand bouquet. Gubahan lain korang boleh klik kat sini


Kalau nak tayang semua rasanya boleh berpinar biji mata, korang yang mana nak mencari bunga pahar /  bunga telur dan bunga dulang tu , korang KLIK LAH SINI LAJU-LAJU.




p/s: 

Hah, siap ada promotion lagi ni. Rugi kalau tak grab ni kan. 

Untuk maklumat lanjut , sila email  : 

Email: netfloral [at] gmail [dot] com


ads until 10/1/2013


atau klik sahaja pada banner di sidebar :)


Korang ada banyak tak terima undangan orang kawen?

* This is sticky note entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here?  


Friday, May 25, 2012

Kebun miniku, ku tanam cili tumbuh daun sop

Hari ni agak lewat bersiaran sebab nak suruh korang baca entry berbayar dulu :p Ok tarik nafas, hembus. Baru masuk ofiz kekdahnya kan ;p Hari ni pergi tengok rumah baru Ad , dia dah dapat geran tanah. Lepas tu singgah ke teratak hamba pulak menjamu selera makan tengah hari. Maaflah yer korang kalau ada terkurang apa-apa kat rumah saya tu :p Lain kali kita buat proper house warming yer siap kambing golek atau kambing tak sempat tergolek :p



Ok, hari nak update kat korang pasal kebun mini saya tu. Hari tu kan , saya tanam cili. Ok, tumbuh 2 anak pokok cili lepas tu. Berjaya jugak. Tapi lepas 2-3 hari, macam layu terkulai di tasik madu jer mak tengok, terus mak sentap (sentap hati mak sekali) ajer 2 anak pokok tu dan tabur benih daun sop.





Ini lah rupa benih daun sop tu. RM 1 ++ sahaja di Giant
 Bila google2 jumpa blog sapa ntah cakap amik masa paling cepat 3 hingga 5 minggu nak tumbuh. Bertambah sentap hati mak.


Last-last beli daun sop, potong akar, hah tanam..Jadi laa macam ni. Sebenarnya tanam 2 pokok. Satu pokok dah kering :p




Lepas tu , tumbuh pulak satu lagi anak pokok cili tu. Laa, ada lagi yang hidup. Tapi kecik sangat nak amik gambarnya. Atas ni gambar google :p Anak cili me tu baru tumbuh 2 daun jer. Agak-agak mampu ke tak bertahan pokok cili ni, kita tunggu dan lihat.


Korang pernah tanam daun sop ? Guna biji benih ker akar pokok?


Beli tupperware dengan harga istimewa, bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]


Thursday, May 24, 2012

Thai Style Fried Meehon @ Shuhaida Seafood Restaurant, Seksyen 13, Shah Alam

Ni antara kedai yang menjadi favourite kitorang jugak. Walaupun sekarang dah tak duduk Shah Alam, memang kitorang masih lagi JJCM ke Shah Alam :p So episod kali ni , saya cuba try hidangan lain pulak sebab selama ni memang order Kueyteow tomyam diorang yang memang kaw tu dan hubby dah jatuh cinta sama Special Thai Kuali Chicken .


Hari tu kitorang datang, nampak ramai jugak orang tapi semua dah dapat makanan, so beberapa minit ajer menu kami terhidang depan mata. Tapi memang selama ni, servisnya bagus jugak. hari tu siap datang tanya kenapa tak habis, tak sedap ker padahal anak dara saya, mana habis satu portion sebab banyak tapi kalau dia tengah lapar, memang habis.hehe


My Nuha mesti order Nasi goreng cina atau Meehon sup dan air kosong :p

 Sebelum makan haruslah tayang muka dulu :p



Kali ni me cuba, Thai Style Fried Meehon .Boleh tahan rasanya . 3/5 bintang boleh bagi. RM6.90
My Nuha order Chinese Fried Rice ( tak der dalam gambar ;p)RM7

 Ni hubby punya Special Thai Kuali Chicken .RM8.80 [entry disini]



Total bil = RM33 



Venue : Shuhaida Seafood Restaurant
No 87 Jalan Snuker 13/28 Tadisma Business Park,
Seksyen 13 Shah Alam
Tel : 03-5511 3572

Kalu korang suka makan makanan ala- thai, boleh la terjah kat sini yer :)

Wednesday, May 23, 2012

Design Walk In Closet/ Wardrobe yang menarik

Hari tu masa tengok program Seia Sekata Schawal, Awal ada tunjuk dia punya walk in closet. Penuh dengan barang dia sampaikan terpaksa buang separuh baju dia untuk isteri terchenta, Scha gitu kan.Dua-dua stylo, rasanya tak cukup la nanti walk in closet dia :) Tapi terpaksa korbankan satu bilik tu yang tak bestnya .Kalau rumah saya tak boleh la, sebab bilik pun cuma ada 3 sahaja. So tak praktikal rasanya.


Hari ni deko di elissmie, pasal walk in closet/ wardrobe. Jom kita tengok design walk in closet yang menarik untuk dikongsikan.Kita budget retis lah kan .Tak kena bayar pun kalau berangan kan ;p


Yang warna purpleni,buka-buka pintu terus nampak walk in closet gitu kekdahnya..
Yang ni praktikal untuk suami dan isteri lah sebab ada banyak bahagian.

Yang ni contoh yang lain yang sesuai untuk suami isteri. Besar, tak perlu berebut partition :p

 Yang ni pintu kaca sliding door gitu kan. See thru lagi :)


 Bilik yang sempit pun boleh buat jugak walk in closet ni kalau kena caranya kan .


Yang ni nampak simple ajer dan sesuai untuk lelaki . 

Yang ni memang menarik perhatian wanita. Siap ada bench untuk duduk atau cuba kasut . Design ni kira complete la untuk wanita sebab ada compartment baju, kasut, beg dan aksesori. Kalau lah dapat kat saya, saya memang tak tahu nak letak apa kat bahagian kasut tu.Ada satu jer kasut pun, sport shoe :p

Yang ni macam ruang tersembunyi kan sebab ada pintu ala-ala pintu masuk padahal kat dalam tu adalah walk in closet

Yang ni paling praktikal saya rasa sebab walk in closet dia dalam bilik tidur, tak perlu ke bilik lain nak cari baju dan sama macam bilik saya :p Saya punya kecik la sket , 6 X 6  ajer sebab bilik tak cukup luas katakan. Padahal set yang saya beli sebenarnya 8 X 8 .Seb baik boleh tukar di saat akhir ukurannya.


Rumah korang ada walk in closet / wardrobe tak ? Macam mana designnya ?Kongsi lah idea :)


 pic credit to here and  here



Tuesday, May 22, 2012

Pernah terfikir jadi Perunding Fesyen ?

Bahasa inggerisnya Fashion Consultant lah kan. Semalam, masa saya tengah siapkan header untuk blog saya ( kes dah bosan tengok header lah ni padahal banyak kerja kat ofiz ;p)  saya terjumpa satu laman web yang boleh mix n match kan baju dengan kasut dan handbag serta aksesori lain tu. Ala yang biasa kita tengok kat majalah-majalah fesyen tu. Mungkin diorang semua guna laman web ni kot :p


So siapa pernah bercita-cita menjadi perunding fesyen, tapi tak tercapai tu, korang boleh la feefeling menjadi perunding fesyen sementara :p (kalau dah tak der kerja la,sekadar melepaskan tekanan orang kata :p ) Seronok jugak main mix n match gitu ! 


Kat situ ada siap-siap template yang korang boleh pilih tau, dan cuma search ajer pakaian/aksesori yang korang suka :) Ni antara design yang saya cuba buat .





Macam mana ? Boleh jadi perunding fesyen tak ? :p


Kalau korang nak cuba jugak, terjah sini yer kawan-kawan :)






 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)