Friday, April 27, 2012

Korang suka tak makan kat gerai bawah pokok jer?

Hari ni slot jalan-jalan cari makan di elissmie.com unik sket sebab bawak korang pergi makan gerai bawah pokok pulak. Kat area Shah Alam ni, banyak gerai van yang kelihatan. Banyak tempat dah dicuba. Macam-macam nama van ada :p Yang pernah dicuba adalah Karim Cendol dan Cendol Pak Akob. Hari rabu lepas, lepas teman Ad pergi jumpa lawyer berkenaan rumah dia, kami pekena Laksa Penang, cendol , goreng pisang dan cakar ayam.




Tak ada meja disediakan tapi bolehlah amik satu lagi kerusi buat meja :p Angin sepoi-sepoi bahasa ajer. Ada dua van kat situ. Bukan yang kat tengah-tengah tempat servis kereta banyak-banyak tu, tapi sebelah kilang Pharmaniaga. Sebelah kanan van ada restoren Siti Aisyah. Sebelah i-City gitu areanya.Korang terjah la sendiri yer :p


Laksa dia kuah memang pekat gitu.Tak kedekut tisu, eh ikan :p Sedap. RM 3.50


Cendol biasa ajer tapi cukup segala rasa manis lemak-lemak gitu. RM 1.50
 



Tapi yang paling terbaik adalah goreng pisang dan cakar ayam dia. Memang terbaik wokk ! Tapi lupa nak amik gambar. Kita curik gambar KB, tengok laa dia sejat minyak dari goreng pisang tu main lambung-lambung jer !! Memang susah nak jumpa goreng pisang rangup-rangup dalam lembik-lembik pisangnya macam tu .Rugi tak cuba !

Alamat :

Kawasan Perindustrian,
Bukit Raja Selatan, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor


Korang pernah ke cuba makan di gerai van tepi jalan  ?


Siapa berminat dapatkan voucher RM100 sahaja ! Harga asal RM250 [klik sini untuk info]  
Emailkan ke elissmie[at]gmail[dot]com.

Tupperware dengan harga menarik , [klik sini]

Baju kurung dan kain pasang dan ada giveaway menunggu nanti , [klik sini]


12 Comments:

  1. ok je klau nampak meyakinkan dan bersih pengendaliannya :)

    ReplyDelete
  2. terliur..emngidam..tidakkk..sedapnya napok laksa tu

    ReplyDelete
  3. ni dekat area-area kilang nie ....

    ReplyDelete
  4. pernah. KC tak kesah mana2 asalkan sedap. paling penting, bersih.

    ReplyDelete
  5. sejak anak 2 nih tak berenti dah gerai gini...erm nnti ajak geng opis try cam best je cendol tuhh..

    ~byak cerita tinggal sbb lama tak blog walk in nih...

    ReplyDelete
  6. suka jea
    ddk jea atas kerusi pastu tgk pemandangan sekeliling
    kerusi tak ckp selumber jea mkn berdiri eheh

    ReplyDelete
  7. tak pernah makan kat kedai bergerak macam nih, selalu tapau je bawa balik makan.

    ReplyDelete
  8. bila nak banje nyer nih...imbuhan dah masyuk.. tunggakan dah melambakkk.. hihihi (sambil ketuik2 jari kat meja..)

    ReplyDelete
  9. kat area KJ ni byk je gerai bawah pokok. tapi selalunya kami tapau.

    ReplyDelete
  10. kalau kat area bandar enstek memang ade satu mamak jual rojak & cendol...tepi jalan bawah pokok gak...lagi satu ada akak jual mee rebus/cucur udang bawah pokok....best je makan sambil layan angin petang.... hehehehe

    ReplyDelete
  11. Ahh, nikmatnya tengok makanan-makanan di sini, especially laksa tu. Lagi nikmat kalau berpeluang merasainya.

    ReplyDelete
  12. kalo saya, blasah aje.. kalo sedap.. berbaloi lah!

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)