As salam semua.Korang guna filter air tak kat rumah? Kalau ikutkan, air dari loji sebenarnya amatlah bersih tapi bila dah lalu paip yang lama maka air bertukar menjadi air karat ( my hubby kan kerja loji pembersihan air :p) .Sejak pindah ni, memang kitorang bercadang nak pasang filter lah sebab bila masak air tu memang jelas nampak kuning tu kan. Dah berapa banyak dah air karat masuk dalam perut ni. Dulu duk menyewa pun memang nampak air tu berkarat . Masa tu tawakal ajer lah :p
Last week, ada company Blondal ( yang bangunan ada bear atas tu kat batu 3 tu ) datang kat rumah offer filter air ni kan untuk percubaan seminggu gitu. Kalau tak nak , dia akan angkut balik lah filternya ni.Dia sambung terus kat paip utama tu.
Semalam diorang datang nak amik balik la filternya. Since me nak beli terus filternya, so dia tak jadi nak amik la. Filter dia ni namanya Blondal HydroGuard.
Korang tengok beza air yang gambar atas dan bawah. Makin lama guna makin tinggi la kekaratannya. Ini baru seminggu.
Yang menarik pasal produk ni, ianya dah disahkan oleh SIRIM dan mendapat pengesahan HALAL gitu dari JAKIM. Lagi satu, kalau nak basuh tak perlu susah-susah angkut tong tu, just pusing ajer suis/tombol ke apa nama dia tu, then dia keluar la segala air hitam berkarat tu . Then pusingkan balik ke kedudukan asal.Air tu kalau tak nak membazir buat lah jirus pokok. Lagi satu, kalau korang nak pindah mana-mana diorang boleh angkut dan pasangkan sebab diorang ada rangkaian seluruh Malaysia (40 tahun ok syarikat ni dah beroperasi, no wonder la kan)
Bila dah setuju, diorang fotostat ic dan tandatangan perjanjian lah. Since me amik bayar bulan-bulan selama 18 bulan, so bayaran deposit RM500. Kalau makin pendek, makin rendah deposit dia.Bulan-bulan kena bayar RM100++. Bulanan tu tak yah susah-susah nak bank in ke haper sebab collector akan pungut dari depan rumah saja kan. Menarik kan ? Kalau ada kad kredit pun, zero interest katanya.
Nanti diorang akan datang balik bawa tin kosong dah akan isi barang-barang dalam dia depan mata kitorang sebab nak bagi percaya lah betul ker dia punya lapisan dalam tong tu seperti yang disebutkan tu. Semalam tak leh nak pasang sebab technician dia tak der.
So sesiapa nak cuba, dipersilakan contact me elissmie[at] gmail [dot] com , untuk me bagi no contactnya yer :)
Korang guna filter jenama apa kat rumah?
Wall sticker, mana nak cari? RM 18 sahaja, biasa RM50.Dapatkan disini
Korang guna filter jenama apa kat rumah?
Wall sticker, mana nak cari? RM 18 sahaja, biasa RM50.Dapatkan disini
ema pakai bio aura....
ReplyDeletebio aura tu hi o kan? ada jugak tgk2
DeleteKAK ELISS..sy mintak izin ambik text akak utk customer punye pendapat << tq sis
Deletekak .. sy mintak izin nk ambik text akak.. utk custmer view produk ye.. tq kak<<
Deletekak mintak izin ambik text.. for custmer value<<
DeleteKak mintak izin ambio text akak untk review carik costumer
Deletesekarang pakai yang sambung kat paip sink..yang kecik tue...insayallah pindah umah nanti nak cari mcm elis gak...
ReplyDeleteok lah tu dari tak der filter langsung kan.
Deleteblom pakai filter jenis macam ni lagi kt rumah skg ni. untuk masak dan minum skg guna water pitcher shaklee. insya allah kalau dok umah landed nnt mmg nk beli juga filter besar mcm ni.
ReplyDeletetak kisah kecik ker besar yang penting boleh tapis air yang karat2 tu kan. bukan jenama tu yang penting kan :)
Deletemacam best jek..kat area sini (Kota Kemuning) diorang tak datang jual ke?? hehehe
ReplyDeletekalau zaila nak, eliss boleh bagi no contact nyer. memang warna dia beza lah lepas pakai filter ni
Deletemak mertua aku pun pakai ni gak.. tapi air kat paip dapur kotor gak.. maybe saluran paip bwh tnh nak ke paip dalam rumah tu dah berkarat kot.. last2 aku pasangkan je bio aura, setel masalah.. huhuhu..
ReplyDeleteoh yer ker..harap2 ok laa paip bawah tanah rumah aku tu.
DeleteRaa pon ngah berkira nak pasang filter kt umah baru.. tapi tak tau nak pasang filter brand ape..hehehe
ReplyDeleteada satu jenama tu dia kata, barang dalam dia tak sama dengan yang di offer..berhati2 dengan tawaran promosi yer.
Deletesaya pakai gak. beli time promosi. so mcm2 free gift dpt. berbaloi sgt. yg penting dah tak perlu beli air timbang lagi. beli filter ni kene tny byk psl service. jgn sok kita susah.
ReplyDeletebetul tu. servis tu yang penting. seb baik blondal ada servis sendiri so tak perlu risau.
Deletewaa..memang berangan nak pakai yang besar tp bukan umah sendiri. Tifa pakai yang kecik pun seminggu jer nampak karatnya ..imagine kalau tak pakai filter .....sumer masuk dalam badan kan ?
ReplyDeletekami brand Amway sbb masih duduk dgn mertua kan. Diaorg dah lama pakai tu.
ReplyDeletesama macam kat rumah eliss kt kg jugak.amway jugak tak silap.
DeleteAkak pakai filter Bio Aura yg kecik kat dapur tu aje..
ReplyDeleteyang kecik ke besar x jadi masalah kan, janji air yang diminum tu selamat :)
Deletepakai jugak tapi jenama lain, pakai kat luar dengan kat dalam umah sekali :)
ReplyDeletewah lagi bagus yer.. kat luar dan dalam gitu.
Deletememang beza betul kualiti air
ReplyDeletememang banyak beza dia. banyaknya air karat dalam badan sebelum ni, tu psl macam2 penyakit ada kan.
Deleteoo blondal ni company filter air. aku dok lalu kat federal tu dok nampak, ni company bisnes apa ada kepala kucing....hehehe
ReplyDeletewow mcm bagus la filter tu... first time tahu...
ReplyDeletesalam...kalau sya duk alor setar boleh dtg sini gak ker pasang?
ReplyDeletehuhuhu... smlm ada org blondal dtg nak pasang filter gak kt umah kita.. trial 5hr katanye... kebetulan air kt umah kita ni pon dah mcm teh o karatnye.. basuh bj pon sakit hati sgt sbb dah melekat karat...
ReplyDeleteSo hr ni br lah terhegeh2 nak search pasal blondal... kebetulan jumpa entry ni.. so, just nak tnya eliss Mie la, dah 1thn pki blondal kn? apa pendapat.. service after sales dia ok x? yg di pasang kt umah kita smlm tong dia lain sket dr eliss pnya ni... puas search tp mmg x jumpa pon tong yg sama... tp gmbo beruang tu sama...
kami blondal sales representative. (kawasan k.l,selangor & nilai . hubungi kami untuk percubaan percuma selama 5 hari. blondalsales.blogspot.com
ReplyDeleteFilter ni memang bagus.sekarang ada yang baru dari blondal yang boleh minum terus dari paip..clean sangat.
ReplyDeleteKalau bermimat boleh hubungi saya olie 012 677 0032. (Blondal distributer )http://blondal2u.blogspot.my .
Untuk kawasan nilai , bangi , cheras , ampang , k.l dan selangor yang dah lama tak service tu boleh call technician raznan 0122267509
Berapa harga cash Dan ansuran..?
ReplyDeleteBoleh pm saya di 0126770032 / 0122267509 untuk harga promosi
Delete