Lama kan tak ada segmen deko bersama elissmie. Hari ni kita nak deko outdoor , iaitu dalam bercucuk tanam pulak lah.Alhamdulillah, kebun kecik me dah segar bugar. Lupa nak amik gambar. Kalau perasan entry semalam, me ada beli pokok cili tapi my hubby tak sempat lagi nak tanam.Tunggu hujung minggu ni lah. Tu pun kalau dia rajin.Cili kampung RM10 beli kat carrefour Klang.
Jom tengok cara yang kreatif dalam bercucuk tanam :-
Yang ni adalah pic yang me tangkap sendiri kat area ofiz lama me kat PJ dulu.
Gila kreatif kan, tanam dalam toilet bowl . Mungkin taukey toilet bowl :p
Yang ni dah lama dah Abah me buat kat rumah me kat kampung. Tanam pokok dalam tayar.Siap Abah cat lagi tayar tu dengan corak-corak.Even kat sekolah me dulu pun Abah buat siap dapat sekolah terindah dalam taman sekolah luar bandar zaman 90 an dulu tak silap.
Yang ni memang save budget ni. Dalam kasut pun jadi yer :)
Siapa yang ada stroller lama tu, dari buang memang sesuai tanam pokok kan :)
Segar betul nampak sawinya dalam kereta tolak tu yer.
Kalau tiada pasu, tin pun berguna kan :)
Kalaulah rumah flat kat Malaysia buat macam ni , kan hijau bumi kita kan :p
Yang mana korang rasa paling menarik ?
p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710
Nak beli tupperware dengan harga istimewa , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini.
[ klik laju-laju]
saya plg suka ape yg kak elis suka tu...hehe
ReplyDeleteYG DLAM KASUT GETAH TU..HIHI..MENARIK JE
ReplyDeleteyg last tu tanam dlm botol ehh? mcm tak berapa paham gambarnya huhuh
ReplyDeletealamakkk... mana nak cari jamban banyak²?
ReplyDeletesuka yg dlm botol tu. arwah tok akk pernah tanam dlm tin susu manis. tapi utk menyemai biji benih jela. Lps tu pindah masuk susu tepung bayi. hehe
ReplyDeletetanam je dlm jamban rumah..he he
ReplyDelete