Minggu lepas, saya ke hospital berbayar, sebab batuk dan makan ubat batuk buat kepala pening sepanjang hari minggu lepas tu .Batuk masih lagi duk ada sebab malas makan ubat yang buat pening tu. Lepas tu saya tanya sekalilah doktor tu , pasal apa tumit kaki saya sakit sejak akhir-akhir ni.
Dia senyum, sambil cakap, cuba kurangkan berat badan. Ok, ada satu penghinaan disitu. Katanya penyakit yang saya alami tu dinamakan PLANTAR FASCIITIS (kalau planta taruk atas roti, tahulah saya) . Katanya, ia boleh menyerang kedua-dua belah kaki tapi sebelah pun boleh jadi sebab struktur badan kita tak sama katanya.Terus semangat nak diet ni . Mulai semalam, dah tak sentuh nasi .Kuatkan semangatku Ya Allah . Tapi malam ni dah janji dengan my hubby nak masakkan gulai ayam style terengganu tu lah pulak .
Malam tadi, hubby belikan tempe goreng (untuk awet muda katanya ) , karipap dan cucur udang.Saya buat roti goreng bawang lada (
resepi disini)untuk makan malam.Dan kalau saya, mesti nak ada sayur sket dalam hidangan, even timun dan salad . Balik nanti kena kayuh kuda oren saya yang dah lama tak bergerak kat bilik belakang tu.
Ni ada info sket pasal Plantar fasciitis yang saya jumpa untuk dikongsikan :-
* Plantar fasciitis juga boleh terjadi pada seseorang yang mengalami
peningkatan berat badan secara mendadak dan melakukan aktiviti riadah
seperti berlari.
Rawatan untuk plantar fasciitis ialah berehat untuk jangka masa tertentu dan mengurangkan radang pada tisu fiber.
Rehat — Berehat daripada melakukan aktiviti yang boleh
memberi tekanan pada tisu fiber seperti tidak berjoging atau mengelak
aktiviti berdiri atau berjalan terlalu lama untuk beberapa hari boleh
menghilangkan sakit tumit dan memberi masa untuk radang merosot. - dah lama saya berehat dari berjogging ni :p
Melakukan terapi ais — Meletakkan ais pada tapak kaki boleh membantu mengurangkan sakit tumit.- balik nanti boleh cuba, buat masa ni saya pakai selipar dalam rumah
Senaman dan regangan — Ia bertujuan melonggarkan tisu di
sekeliling tulang tumit. Senaman regangan, jika dilakukan pada waktu
pagi dan petang, boleh melonggarkan tisu dan mengurangkan sakit tumit.- patutlah dah lama tak buat senaman ni
Ubat anti radang — Ubat anti radang atau penahan sakit boleh membantu mengawal sakit dan mengurangkan radang pada tisu plantar.- doktor tak bagi apa2 ubat pun
Pelapik kasut — Pelapik kasut ialah kunci kejayaan merawat
plantar fasciitis. Dengan meletakkan pelapik sesuai di dalam kasut, ia
boleh menyokong lengkok tapak kaki dan mengurangkan tekanan pada tisu
plantar. Ia memberi keselesaan kepada pesakit ketika melakukan aktiviti
sukan. - kena beli kasut comfit lah pulak macam mengandung lepas ni
Kasut — Pemakaian kasut khusus untuk aktiviti sukan
penting untuk mengurangkan kecederaan tisu plantar. Kasut terlalu rata
atau tinggi dan pelapik yang tidak dapat memberi sokongan pada lengkok
kaki boleh menyebabkan tisu fiber tercedera ketika berdiri atau
berjalan. - masalahnya tak main sukan pun ni :p
Sokongan kaki ketika tidur — Pemakaian sokongan kaki
ketika tidur dapat mengelak tisu plantar menjadi ketat. Dengan itu tisu
fiber sentiasa merenggang dan longgar. Tumit kaki tidak berasa sakit
apabila berpijak selesa selepas bangun tidur. - boleh ker ai tumpang letak kaki ai atas kaki you malam ni yang ;p
sumber :
sini
Korang pernah ke sakit tumit ? Boleh cuba la kurangkan berat badan jugak :p lalariksss
Kena dengar dan ambil tindakan atas nasihat doktor tu :D
ReplyDeletenak dengar laa ni :p
Deletejom kita diet sama2...bukan untuk kurus tapi untuk kesihatan diri sendiri. hari2 bawak bekal...tinggalkan ad...hahahaha
ReplyDeletekalau aku bawak bekal, lagi banyak aku makan, sebab sedap..hahahaa
Deletemakan.. makan..
Deleteaku pun suka sakit2 tumit kaki...nampaknya lepas pantang nie aku kena diet betul2 nie...
ReplyDeleteyer ker.boleh dah tu kurangkan berta badan masa berpantang nanti
Deletesetakat nih tak pernah lagi.. tapi berat makin naik jugak neh.. nampaknye kena joint kak eliss berdiet neh.. yah! yah! yah!
ReplyDeletejom sama2 kita :) janji sihat gitu kan!
Deletesalam kenal. i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D
ReplyDeleteterima kasih follow
Deleteoo baru 1st time dgr pasal penyakit ni...ok, slmt berdiett dgn cara yg sihat eliss
ReplyDeletesedih, kena diet ;p
Deletehahaha :D
ReplyDeleteapak...hahaha!!! gimme five...hahaha!!!
Deleteberkomplot pulak dua orang ni..haihhh!!
Deletesambung gelak lagi.. hahahaha :D
Deleteiera rasw,iera pun ade penyakit ni.so,kene berusaha la kurangkan berat badan ni.hahaha
ReplyDeletejom2 kurangkan berat badan, utk kesejahteraan ummah :p
Deletejom diet sama2 :D
ReplyDeletetengah diet jugak ker? jom kita :)
Deleteyup, kalau kena plantar fasciitis ni, memang rule no 1, kena kurangkan berat..ahahaha
ReplyDeleteini sorang lagi doktor nak kena..hahahahahaha...
Deletewa caya lu doc...
Deletederhaka ni kalau sebut cis ni ..chestnut ! :p
Deletebila dah doktor yg cakap kena ambil kisah la juga kan, tak pa untuk kebaikan diri juga :)
ReplyDeletetu laa pasal..tak ikut kan doktor yer dak..kena laa ai follow
Deleteayah saya pun srh ibu saya kurangkan makan....ayah cakap ibu dah tembam....
ReplyDeletehehehe.. jom2 kuruskan badan. ni aku rasa nak beli jm 5 ni ;p
Deletedulu orang nak belikan JM5 tanak...nanti la belikan...
Deleteorang takut kalau terpregnant mcm mana? sapa nak abeskan ;p kalau syg nak abeskan tak perlah :p syg pun dah jadi abang roy jugak :p lewatnya syg tido mlm tadi, patut laa liat nak bangun :p
Deletekalo pragnent, abang la yang abiskan...nanti bleh melaram dengan TZ...hahaha!!!
DeleteTerapi ais tu memang berkesan, masa myra masuk STARWALK ari tu, memang kaki flat, dapat rendam dalam ais, terus segar ;)
ReplyDeleteyer ker..best jugak tu. balik nanti boleh cuba.
DeleteAku sakit pinggang Ellis..ado laa..Cikgu aku dulu cakap, kalau terlebih tinggi ni memang selalu sakit pinggang. Seksa weh.
ReplyDeleteTapi, cakap pasal diet ni, aku pun kena diet dah, hari tu kena sound dengan doc lps check up..haha..
ko menyusukan anak sambil duduk ker? aku dulu masa berpantang sakit pinggang sebab bidan tu ckp aku ni jenis rahim kain buruk, mudah sakit pinggang, so kena susukan anak smbil baring, baru lega tak sakit pinggang
DeleteHurmm.... cuba banyakkan makan buah-buahan.... takpe2x yang penting DAH DAPAT GAJI + PELARASAN ..... boleh la jadi sponsor slot HAZMAN VS FOOD nanti....ekekekeke
ReplyDeletenak cuba makan buah2an laa ni :p nanti kita sponsor, trn laa shah alam.
Deletekaki kurang la
ReplyDeletetpi lutut selalu
lagi byk senam
lagi sakit
tpi lepas tu ok
gitu pulak. tu sakit apa pulak lah yer!
Deleteselamat berdiet Eliss. Tapi jgn ambik short cut tau. DIet cara yg sihat.
ReplyDeleteterima kasih :) Insya Allah, tak short cut..hehehe
Deletehmmm.. dah jumpa produk utk berdiet... meh email sy nurulshima.murad@gmail.com
ReplyDelete