Semalam, tak berjaya tak sentuh nasi ;p Tapi berjaya mengurangkan jumlah nasi yang diambil. Me masih tidak buat keputusan lagi nak diet jenis apa. Mungkin me nak amalkan diet yang me buat masa form 5 dulu iaitu tidak sentuh nasi pada waktu malam.Ataupun diet berprotein tinggi tu(atkins diet) - Yang ni me buat masa kerja kat PJ dulu . Dan yang terbaru me tahu pasal mengikut jenis darah tu .Tapi start semalam, me dah cuba kurangkan pengambilan nasi lah. Dari pagi sampai tengahari memang tak sentuh nasi, tapi malam tu tak menahan tengok gulai ayam, me amik jugak 5 suap nasi gitu dan 2 keping roti buat cicah gulai.
Ni hah, punca tersentuh nasi malam tadi :p comot pulak mangkuknya sebab tengah makan baru teringat amik gambar :p
Kuda oren me semalam pun dah berjaya dikayuh selama 15 minit. Nanti me akan naikkan dia punya masa secara berperingkat. Me buat 15 minit sebab target 6.30 nak masak pulak untuk dinner sebelum maghrib.Lagipun tak mandi lagi. Biasa sebelum pukul 730 me dah siap mandikan my nuha dan rehat kejap baru mandi dan solat.
Bukti kuda oren me sudah berbakti pada 7 minit pertama..
15 minit - sempat ayam beku mencair dan nasi masak :p
Ni laman web untuk dikongsikan kepada korang semua, iaitu FatSecret. Kat dalam tu korang boleh catatkan makanan apa yang korang makan & exercise apa yang korang buat serta ikut diet jenis apa. Lagi satu, korang boleh try resepi yang dicadangkan oleh peserta diet lain yang korang ikut tu .
Korang ada nak cadangkan diet yang sesuai tak dengan me atau diet yang korang pernah cuba?
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... baru nak mengayuh uolsss kekekekekekekekekekeeee :D
ReplyDeletedulu dah pernah kayuh, lepas tu terstop pulak :p
Deletedulu oghe penoh tembam jap , dlm 53kg. so buat rangka diet sendiri smp berat turun 5kg dlm masa 2 bulan.
ReplyDeletecara yg oghe buat masa tu :
• heavy breakfast (2 keping roti + milo)
• skip lunch, kalau lapar makan buah je
• makan malam awal, around pukul 6-7
• malam kalau lapar, makan buah/biskut
• avoid minum air sejuk
• minum air masak banyak2
• lepas makan nasi, minum air limau suam
kalau nak try, sila lah. meme berkesan maso oghe diet jaman muda dulu2 hehehe
2 keping jah roti..hehehe..x berat mana deh. boleh try ni.
Deleteuuhhh..tak menahan tgk gulai ayam kak eliss..best jugak cicah roti ni..terliurnyer...
ReplyDeletebfast mareng memang bawak gi ofiz wak cicah roti..sedap :p
Deleteklu aku, kurang makan nasi, kurang minum manis.. tapi si fadzil tu dia cakap dah lama dia tak makan nasik weh. asyik makan mihun ja...@_@
ReplyDeleteaku rasa mcm padil gak,mihun jer tak per, mesti kurus. sejak dua menjak dia, x leh tengok nasi , pantang :p
Deletewaahhhh..caiyok2!!! raa pon turut bersemangat nak diet jugak neh~ hahahhah
ReplyDeletemeh laa kita semangat :)
Deletecongrats eliss sebab usaha utk diet. memang kena diet utk sihat ~ jaga pemakanan. aida plan nak try aplikasi kan atkins diet time bulan ke3 berpantang nanti. insya'Allah...
ReplyDeletekalau nak fully bf, rasanya atkins tak sesuai lah kot
Deleteeliss..ayam gulai tu sgt kejam ok...I pantang ni. pantang nmpk trs nk makan :)
ReplyDeletememang kejam.hahahaha
DeleteBANYAKKAN MINUM AIR MASAK/MINERAL.... segelas sebelum makan... then kena berterusan kayuh je basikal tue....kena buat daily basis
ReplyDeleteeliss nak aim kayuh hari2 la. memang banyak minum air ni dr biasa, nak terkencing2 jer kejanya :p
Deleteteruskan usahaaaa!!
ReplyDeletetengah berusaha ni.nak aim sebelum puasa dah kurus :p
Deletenak diet tapi org asyik belanja makan jer.. huhuhuhuhuh
ReplyDeleteboleh orang belanja, tapi amik mkn sket2 ja laa
DeleteKalau nak diet untuk sihat cuba ikut Sunnah Nabi..InsyaAllah.. :D
ReplyDeletebetul tu..nanti kita google
Deleteena mlm tak mkn
ReplyDeleteingat tak nak makan malam gak tapi hubby mkn malam, kesian pulak dia sorang2.
Deletetak makan sama dengan suami takpe asal temankan makan, layan berbual...cukup ada bersama suami...
Deletejangan biarkan suami makan sorang2 sebab nanti ada syaitan temankan, time tu banyak la hasutan yang diterima suami...
tu jugak antara sebab rumahtangga bergegar...lama2 bosan makan sorang nanti cari teman baru untuk teman makan...masa tu nyesal pun tak guna ye puan2...
semoga dapat la berat badan yg ideal yer...:)
ReplyDeleteInsya Allah..amin
DeleteKalau KC kan, tak la diet sangat. KC makan je sume tapi make sure yg berkualiti mcm Beras herba ponni taj mahal, minyak bunga matahari, garam bukit halalgel.
ReplyDeleteTapi KC pastikan exercise 3, 4 kali dlm seminggu. yg tu mmg dh lama kc amalkan.
menu sihat la kiranya yer :)
Deletesedapnyer gulai ayam tu..huhuhu
ReplyDeletesedap tu buat tak menahan tu :p
Deleteselamat berdiet eliss!
ReplyDeletechaiyokkk :D
terima kasih doc!
Delete