Nak buat dekorasi kat laman depan masih belum menjadi realiti. Laman depan ada dalam entry ini. Ramai yang cadangkan me tanam sayur. Sebenarnya, kat belakang rumah me ada sedikit tanah yang memang me cadangkan untuk tanam sayur. Hari Ahad lepas, balik dari pasar, hubby singgah kat nurseri bunga berdekatan dengan area rumah kitorang. Kat area rumah kitorang tu ada banyak nurseri. Tujuan utama adalah nak beli pokok ceri untuk ditanam kat depan rumah menggantikan pokok kemboja dan pokok apa ntah yang hubby tebang sebelum tu sebab dah mati.
Alang-alang dah beli pokok ceri burung, me beli sekali pokok kari . Tapi terlupa pulak nak beli pokok lada .Misi seterusnyalah agaknya. Jom lah tengok kebun sayur mini me tuh. Harap-harap membiak dengan jayanya lah .
Tadaaa :p Baru ada 2 jenis tumbuhan yang my hubby tanam.Peralatan berkebun tu RM 5 satu.
Close up sket. Pokok pandan ni peninggalan owner rumah yang lama.Kat depan rumah sebenarnya dia tanam. Ada satu pohon lagi tanam depan rumah :p
Yang ni pokok kari yang me beli. RM8.50 sepohon. So sapa nak makan kari ayam ker, kepala ikan ker boleh la datang rumah me :p
Lupa lak nak snap pokok ceri burung . Tinggi kat pinggang me dah pokok tu RM10 sepokok.
Rumah korang ada kebun sayur mini ?
Ke ada kedai sayur mini ? :)
rumah kami sekarang hanya ada kedai mini lah. hihihi
ReplyDeletenanti bila dah duduk rumah atas tanah, boleh buat kedai sendiri :)
Deleteumah aku ada pokok hiasan je dalam pasu...ekekeke
ReplyDeleteorait laa tu. atleast boleh hijaukan bumi :)
Deletewah..bestnye ada kebun sendiri..sy ada kedai sayur mini je..semua main tunjuk je
ReplyDeletesaya pun main tunjuk2 ajer sayur lain nanti :p
Deleteada, tanam jagung pokok pandan, pokok pisang, pokok kari, serai, daun kesom dah macam ladang macam2 nak tanam :)
ReplyDeletemak aihhhh banyaknya :) memang leh buat ladang.
Deletewahhh, bakal penanam syur berjaye =)
ReplyDeletekah kah kah. my hubby yg tanam. me adalah tukang masak berjaya :p
Deletewah...bestnyer. Aku suka bercucuk tanam ni. huhu
ReplyDeleteaku suka tengok..siram malas.hahahaha
Deleterumah kitorng cuma dihiaskan dengan pasu kosong..hehehe..tak menjadikla..sume mati sebab byk sgt semut dlm tanah..pokok ceri burung tu untuk apa ek eliss?
ReplyDeletepokok ceri burung tu bagi teduh kat depan :)nanti pokok dia rendang.
Deleteada..kedai mini je...
ReplyDeleteorait jugak tu.hehehehe
Deletehihi..kat rumah charm lak, cik abg rajin tanam pokok sekeliling rumah...ada mempelam, mcm2 jenis pelam, betik, jambu air, jambu batu, mata kucing, huhu..byk ag la..
ReplyDeletebyknya..syoknya kalau semua berbuah yer.
Deleteseronok tgk org bercucuk tanam, tp diri sendiri malas...mesti gembira nanti bila dah dpt hasil
ReplyDeletemula dulu dengan tanaman yg memang jam2 kuarkan hasil contoh seperti pandan dan daun kari ni.hehehehe
Deletesalam saya suka la entry kat blog ni sbb u share info untuk sape2 yg baru masuk rumah baru esp rumah sendiri la kan. tgk u cite buat tu buat ni buat i jadi semangat la jugak nk buat kat rumah sdr. like this entry. boleh tiru nk menanam apa yg patut kat rumah i. huhuhu.
ReplyDeleteterima kasih sebab suka :) sekadar berkongsi pengalaman saja..hehehe
Deletetanamla pokok durian..nanti2 boleh saya menyinggah..hik3..
ReplyDeletenanti bosan pulak kalau banyak sangat makan durian..hehehee
DeleteKat rumah aku ada 2 pokok ceri.. Memang senang nak tumbuh tapi tang nak menyapu daun kering tu yang paling menyampah sebab banyak sangat..
ReplyDeletekita suruh orang bandaran yg sapu..hehehe. pandai jer kan ;p
Deleteumah saya tak der bercucuk tanam
ReplyDeletenanti dah pindah awak bercucuk tanam yr :)
Deletekenangan betol lah kalo tengok buah ceri tuh.. dulu kat depan umah Ma ade pokok ceri.. banyak buahnye.. rendang jek pokoknye.. skrg pokok tuh dah x de dah.. kena tebang.. rindunya nak makan buah ceri.. nanti2 kalo pokok ceri kak eliss dah berbuah.. roger Raa k~ kikikiki
ReplyDeletemeh laa tengok anak pokok ceri dulu.hahahaha
Deleteceri brg tuh manis kan? suker mkn ms kecik dolo :)
ReplyDeletea'ah manis.. eliss pun suka jugak :)
Deleteala bestnye....ni yang tak sabar nak dok rumah atas tanah ni... btw i tanam kangkung dalam pasu....harap kangkung tu tak menjalar sampai tingkat 20. pokok ceri tu beli kat mana?
ReplyDeleteorait jugak tu tanam kangkung. pokok ceri beli kat nurseri bunga kat area rumah eliss ni.
Deleteboleh jimat nih..
ReplyDeletetakyah beli kat kedai dah :D
btol-btol :)
Deletelps ni boleh tanam serai pulak. kena ada pokok serai sbb senang nak masak.
ReplyDeleteserai tu pun nak tanam.Insya Allah
DeleteRumah akak ada pokok kari, daun pandan, pokok cili..er tu jalah. Yg lain2 tu pokok bunga ja..
ReplyDeleteok jugak tu. syok dah :) pokok bunga bila la pulak yer.
Deletebest kan... saya pun dah mula berkebun:)
ReplyDeletehttp://nicemamaforever.blogspot.com/2012/02/3k-kesum-kailan-dan-kangkung.html
saya nak terjah sekarang :)
Deletebagus gak tapi ingat dulu2 pernah bawa cili satu pasu tak lama mati....
ReplyDeletetanam cili dalam pasu erk. ok gak idea tu tp kenapa boleh mati pulak.alahai..
Deletetakde kebun.. sebab apartment.. takde tanah../ hehehee
ReplyDeleteok la tu ada kedai sayur mini :)
Deletesyabbash..
ReplyDeletekalu aku laki bini menanam..haram nak tumbuh
Anda dan keluarga sukakan sayuran dan berkilo-kilo ikan yang segar? Caranya mudah saja iaitu melalui sistem akuaponik. Anda cuma perlu peruntukkan masa 5 minit sehari untuk berkebun cara akuaponik walaupun dengan pakaian yang anda pakai ke pejabat. Tidak perlu menyangkul, merumput, menggembur dan membongkok atau duduk lama yang menyiksa badan. Sistem akuaponik tidak menggunakan sebarang baja kimia dan racun serangga. Juga tidak perlu bimbang untuk menyiram sayuran setiap hari. Anda hanya perlu memberi ikan anda makan dan anda akan mendapat sayuran dan ulam yang segar serta bebas racun.
ReplyDeleteHubungi 0134499728 atau e-mail ke kifayahternak@yahoo.com untuk mendapatkan video cara-cara membuat mini akuaponik.
Salam sis blh share gmbar overall kebun x? Saya tgh cari idea nk buat edible garden kononnya memenuhi ruang cenonet kt umah ni.. tq in advance
ReplyDeletememang tu jer ler kawasannya..hahaha.memang ada pandan n kari jer sampai sudah.cuma pokok kari jer besar dan pandan jer merimbum..boleh join facebook group --> Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Delete