Entry ini adalah mendapat inspirasi ketika sedang bercuti sakit beberapa hari yang lalu.Seronok jugak kalau dapat berblogging dari dapur hari-hari ni :) Ini adalah menonton drama korea sambil menggoreng keropok dan menyediakan makanan tengah hari.
*Awas, aksi ini berbahaya untuk ditiru , hanya pakar dan terlatih sahaja mampu melakukannya :p
Ini untuk menonton drama
Ini kuali sedang menggoreng keropok
Ini makanan tengah hari me hari itu kononnya Atkins Diet lah sangat :p
Marah adik Tak Nak Gemuk :p
1) Keropok keping - Yang ni me siap-siap buang plastik dia masuk dalam balang kedap udara sebab entah kenapa kat rumah me ni bubuk senang masuk dalam plastik keropok ;p Me campur segala jenis keropok dalam ni, kalau goreng boleh rasai pelbagai jenis ikan. Heaven ;p Sekali goreng satu balang besar.
2) Budu - Memang tak sah tak beli. Selalu beli 1 dozen terus, boleh dapat murah sket. Biasanya my ma yang belikan, so dah save duit budu disitu.hehehe. Yang ni kalau makan nasi lauk singgang, ada ulam , letak asam limau kerat lintang dan lada jarum dua biji..perghhhhhhhhhhhhhhhh..merecikkkksss
3) Sos Pencicah Keropok - Dah ada keropok mesti ada pencicah dia yer dak. Kat sini jarang dijumpai lah sos pencicah ni.RM10 untuk 3 botol. Yang ni bukan sahaja sedap buat cicah keropok, tauhu dan tempe pun sedap jugak.Banyak guna :p
4) Stok Mee Lidi - My hubby suka makan mee lidi dari mee kuning biasa yang kadang-kadang mengandungi asid borik tu kan. RM1.10-RM1.50 sepaket tapi kat sini ada pernah me beli kat Tesco, tapi skang dah tak jual.
5)General's Teh Wangi Uncang Teko - Yang ni stok paling kelakar. Alamat kilang dia kat Batu Caves tak silap tapi kat Selangor tak pernah jumpa. My Long dah pernah call kilang tu tanya dia kata ada kat Giant atau Tesco, tapi memang me tak pernah nampak pun.Yang ni memang 1-2 kotak me beli. Dalam 1 kotak ada 10 pek yang mengandungi 10 uncang. Lipton dan Teh Boh memang harus dipandang sebelah mata lepas try teh ni :p So , sapa nak minum teh ni, mai laa minum petang dirumah me ok !
Rumah korang, stok apa yang selalu ada, especially dari kampung halaman ?
p/s:
Hari ni my hubby dapat MC lagi 2 hari dan menjadi supir me pergi kerja :) seronoknya kalau ada supir hantar kerja hari-hari. Wink ;-) Tq lalings :*
p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710
Nak beli tupperware dan NAK tupperware PERCUMA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini.
[ klik laju-laju]
Kalau internet laju best la blogging & menonton dari dapur. Kalau rumah aku.. ya ampun.. sangat hazab streamyx tu...
ReplyDeleteeliss guna broadband ajer . Alhamdulillah so far laju :)
Deleteheaven nya byk makanan impot ni..best ke teh tu eliss..? untuk wat teh tarik ke?
ReplyDeleteimport guna duit sendiri ajer :p teh tu kalo buat teh o best / teh tarik tak buat :p
DeleteSedap tu.. !! :D
ReplyDeleteA'ah..sedap :)
DeleteEliss
ReplyDeleteGamaknya orang Pantai Timur mmg suka makan mee lidi la. Ayah Gina pun suka sangat makan mee nie, tapi mee batang katanya. Sedap pulak tengok sambal cicah keropok tu, nanti nak cuba poskan ke Adelaide la
gatal-gatal mata makan klopok... memang terbaik wookkkk!
ReplyDeletetak pernah tengok mee lidi.. hehehe
ReplyDeleteEliss..mintak sepeket mi lidi..lupa la nak borong hari tu...kekee...
ReplyDeletecicah tu memang sedap kan sebab lebih kepada home made kan....
ReplyDeletestok dari kg halaman tu takde la.. sbb umah parents dekat je.. rasa nak makan pegi je sana haha...
ReplyDeletenampak cantik dapur kamu tu.. jgn lupa invite kami kalau ada wat makan2 yer..mau terjah ehhehe
aku kalau sebotol budu tu bercinta nak perabihkan..nak wak ghano, laki aku xsuka makan budu..budu ni sedap kalau dimakan secara jemaah:)
ReplyDeleteaku ada invite event dekat facebook, nanti RVSP ya:)
item no 3 ngan 5 tu umah aku pun ada...tapi sebab order dari hang...ekekeke
ReplyDeleteKnur mesti ado keropok dgn sambal daging. 2 tu mmg wajib.
ReplyDeletememasak sambil menonton..wah hebat...hehe
ReplyDeleteHehehe akak memang duduk kat kampung halaman jadi tak payah jawab la soalan ni, datang baca ja :D
ReplyDeletekeropok memang sedap
ReplyDeletebudu.. stok yg tak pernah miss out..
ReplyDeletehehehhe..
@Gina makin banyak laa stok makanan gina nanti kalo bawak soso tu sekali :) memang sedap mee tu digoreng dengan udang kering
ReplyDelete@apak cikidong tu keropok ikan buruk kalau gatal :P
ReplyDelete@KiD nanti meh laa datang kerumah , boleh merasa.
ReplyDelete@MamaYatie hahaha..tak boleh tak boleh..kedekut..hehehehe
ReplyDelete@hazman aka species1980 kalau dah abes, eliss buat sendiri ajer
ReplyDelete@Nurhayati Insya Allah tapi entah bila nak buat housewrming ni.
ReplyDelete@zailamohamad x boleh nak janji lagi yer...kot2 ada adhoc plan.
ReplyDelete@Kancilbiru lepas ni sila order banyak2 :) hehehehe
ReplyDelete@transformed housewifesambal daging tu sernding tu ker?
ReplyDelete@Papa Mifz memang hebat :p hahahaha..matik laa maakk
ReplyDelete@Dinas Aldi stok sendiri pun tak per :p
ReplyDelete@Sharinginfoz kan :) makan ngan nasi goreng, mee goreng..
ReplyDeletehubby pun suka beli teh tu klu blk trgu... wangi bau dia... padahal kilang kt bt caves je...punyalah dkt dgn rmh...tp cari kt kedai2 runcit kt cni xde pun....
ReplyDeletepelik tapi benar kan..tu laa kena import dari trg :) hehee
Delete