Hari ni hari terakhir kerja minggu ni. Hari ni mungkin ramai yang balik kampung atau memang dah ada kat kampung agaknya kan ? Maklumlah lebih kurang CNY hari tu jugak panjang cutinya. [Me duduk ajer diam-diam kat rumah cuti ni ;p ] Hari tu kami sekeluarga pulang ke Terengganu hari Sabtu. Keluar masa tu dalam pukul 3 petang tak silap. Pukul 11 malam baru sampai di rumah my MIL.Gila lama duk dalam kereta.
Hampir tidak bergerak !
Dalam melayani trafik jam tu, me snap lah gambar kan. Nak tunjuk kat korang betapa ramainya umat manusia nak balik beraya cina :p Tapi yang tak cina ni pun tumpang sekaki lah. . Kalau deepavali 2 hari pun rasanya ramai jugak yang melayu ni sibuk sekali nak balik kampung kan? Kata 1 Malaysia.
Ni nak tunjuk kat korang gambar-gambar pesalah trafik Paling Biasa Di Musim Perayaan iaitu dengan selamba kodoknya menggunakan Lorong Kecemasan. Kalaulah betul-betul kecemasan sedang berlaku, what say you?
Bukan 1 atau 2 malah berpuluh-puluh kenderaan . Tak kuasa me nak amik semua. Ni me amik dalam lebih kurang 15 minit jer kot. Yang berlaku depan mata me. Yang belakang mata tak tahu lah kan. Bila ada polis mulalah nak masuk balik ke laluan biasa. Tu yang buatkan makin jam teruk tu. Haishhhh !
1) Proton Iswara
2) Toyota Camry kot
3) Exora eh? Entah
4) Si Kancil pun, bukan Kancilbiru yer :)
5) BMW eh?
6) Proton Waja
7) Toyota Hilux
8) MPV apa ntah..
9) Toyota Camry jugak kot
10) Lori tanker pun ?
11) Proton Wira
p/s:
Tu antara 11 pelaku pesalah trafik . Yang me tak snap dan tak sempat snap pun banyak lagi tau.
Korang pernah guna ke Lorong Kecemasan untuk memotong ??
Selamat menyambut Maulidur Rasul - Mari mengimarahkan masjid kita !!
Nabi selawat 1000 kali sehari, korang ?
p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jkuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710
Jam Dinding untuk wall deco ini boleh didapati di sini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini.
[ klik laju-laju]
bukan main laju lagi memotong dgn rasa xbersalahnyeee...mmg xde kesedaran sivik....
ReplyDeleteMPV ape ntah tu Toyota Innova rasanya
ReplyDeletesbnrnya bahaya potong kat emergency line tu sbb potong kiri, org x nampak..bahaya kan
geram jea tgk org2 yg ikut emergency lane nie, menyusah kan org jea..
ReplyDeletetime aku balik haritu, puak2 camni dok berpusu2 la masuk emergency lane tu sekali polis dok tunggu kat depan. haha..baru kalut. bertambah2 la jem sbb depa ni dok sibuk nak masuk lane...
ReplyDeletekak pB esok nok kelik Koto Bharuuuuuuuuuuuuuu
ReplyDeleteCNY hari tuh x kena jam.. sebabnye balik awal dari orang lain.. balik shah alam plak awal dari orang lain jugak.. x kena jam jugak.. muehehehe
ReplyDeletesakit ati tgk diorg potong kan? terus berdoa biar diorg kantoi kena saman.hahaha.
ReplyDeletekami pun dok diam2 la kat rumah cuti ni. kalau nak keluar pun pergi dekat2 je kot.
ReplyDeletex penah la nak guna lorong kecemasan, penah depa guna tup tup depan polis trafik , padan muk adepa ...kalau potong pun bukan jauh sangat dapat potong kan ? menyusahkan ajer .
ReplyDeletebanyak gile rko snap gmbr..
ReplyDeletecc kat polis trafik pun best.....
Sumijelly.com
mencari nahas kalo memotong di lorong kecemasan.. mana tahu ntah ade yg terpaksa berhenti di lorong kecemasan dah kena langgar pulak.. adooii...
ReplyDeleteamboi dah macam belajar jenama dan model kereta plak dah ehehe
ReplyDeletebiasalah masing-masing nak cepat sampai..
ReplyDeleteperangai x comey x mengira jenis keta.. semer sama.. kemain byknyer keta... bpe jamlah agaknyer sampai kg awk tuh yea?
ReplyDeleteAkak memang suka laju tapi betoi bendoi sikit bab memotong ni, tak suka potong ikut lorong kecemasan (cehcehceh mengaku baik la konon akak ni kat sini, kehkehkeh!)
ReplyDeleteeh apak salah sorang yang lalu kiri jugak... yang bawak lori tuuu hohoho
ReplyDelete