Thursday, January 19, 2012

Kerjaya telemarketer selalu dibenci orang ?

Masa me habis belajar dulu, me pernah bekerja sebagai telemarketer. Ofiz tu terletak kat area KLCC.Ianya adalah kerja ketiga yang me pernah buat lepas habis belajar dulu. Memang me tak pernah memilih kerja sebab susah weh nak dapat kerja jika fresh sangat nih.Memang la cita-cita nak jadi System Analyst atau Pegawai Teknologi Maklumat.Tapi masih tak der peluang masa tu.

Telemarketers are sales and marketing representatives who do business strictly by telephone and complement with company email and fax. source: here

Memang mencabar nak dapatkan kerja sebagai telemarketer ni. Masa me dapat tawaran interview tu, masuk-masuk ajer diorang suruh perkenalkan diri dan bagi satu produk untuk kita perkenalkan kepada dia dan menjawab pertanyaan yang tak masuk akal secara bertubi-tubi. Antara ramai-ramai yang datang interview, me adalah salah seorang yang berjaya. Bangga jugak sebab ramai bukan melayu kan. Konon english me bagus lah tu :p Sebab memang dia nak yang tahu berbahasa inggeris dan melayu ataupun mandarin.



Me ingatkan terus dapat la kiranya. Rupanya tak. Kena orientasi dulu seminggu dan masa ni kami diajarlah macam mana nak berkomunikasi dengan betul dan praktis macam mana nak menjawab semua situasi yang akan dan bakal berlaku bila dah ditempatkan di lokasi sebenar. Tak habis lagi rupanya. Hari terakhir adalah hari saringan dimana kami diletakkan di situasi sebenar tapi customer masih lakonan lah, team leader department kitorang ajer customernya. Jika berjaya mengharungi cabaran terakhir tu , makanya korang akan  bergelar seorang telemarketer . Just baca jer skrip yang dah ada tapi kena cepat-cepatlah potong apa customer tu nak cakap :p Bila dah put on floor, masa tu diorang bagi headset, pc yang ada database customer dan telefon. Masa tu lah cabaran bermula !


Kenapa kerjaya telemarketer selalu dibenci orang ?

1) Kami akan telefon selagi korang tak amik produk yang kami tawarkan. - Sebab biasanya team leader dah tetapkan sasaran kejayaan sesuatu campaign/ produk tu.Kalo orang tak enroll,  maka kuranglah komisyen kami. Rugi la weh. Kena telefon, paling maksima 3 kali. Prestasi kumpulan pun terjejas bila orang tak beli ni. So, semua kena tanggung akibat.

2) Ada sahaja ayat untuk membelitkan korang - Sebab semua kemungkinan dah ada dalam skrip, kami baca ajer . Lancar gitu nak suruh jugak korang beli kan , siap dengan contoh-contoh sekali ada dalam tu.

3) Korang tak nak tapi kami paksa jugak - Itu memang niat kami, nak jugak korang beli. Sebab produk yang kami tawarkan biasa murah ajer. Yang pernah me buat jual insurans kad kredit. Untuk setiap RM100 akan dikenakan caj 10 ¢ tak silap. Murah jer kan tu pasal melalui telefon ajer. 

4) Selalu kena maki - Yang ni bukan kami yang maki, tapi customer yang maki kami. Tapi kami maki jugak dengan tekan butang mute pada telefon. Lega jugak buat macam ni. Kalo maki live, memang la kena hadap muka supervisor lah. Silap-silap kena berhenti kerja. Kalau dapat customer melayu konon boleh la cakap melayu, tapi tak semua melayu nak cakap bahasa melayu . Kalo salah sebut nama, takder Datin. Siap cakap, saya Datin yer. Menyampah ai ;p

Mencabarnya kerja sebagai telemarketer ni korang tau.Tekanan tempat kerja memang tinggi nak-nak Team Leader yang jenis tak masuk akal. Hari pertama ajer dah targetkan me dapat jual produk kepada customer. Memang tak la kan. Ilmu pun masih kurang didada. English pun tak lah lancar mana. Kadang tak faham customer tu cakap apa.Dan kadang-kadang tak faham apa yang cuba me terangkan. hahaha.Pernah menangis sebab tak achieve target.Akhirnya,berjaya jugak buat sales dan komisyen memang tinggi. Masa first day dapat sales tu, seluruh team tepuk tangan untuk me. Semangat terus masa tu :p Kalau tak MC bulan tu siap dapat RM250 tak silap. Gaji memang dah tak de masalah sebab basic ajer dah dekat RM2K.Last -last 2 bulan lepas tu me resign sebab tak tahan tekanan. 


Korang pernah berhadapan dengan telemarketer?


p/s: 

Sorry kepada telemarketer dari CIMB yang jual insuran AVIVA tu sebab me terus potong cakap dia dan letak telefon sebab tak nak terpengaruh dengan tawarannya. hahahaha


Dah register Milkadeal? Promosi sehingga potongan 90% Klik sini untuk Register PERCUMA !!! 


23 Comments:

  1. Antara panggilan yang paling dibenci..

    ReplyDelete
  2. susah cenggitu ke eliss? uiii...kdng sian gak tpi nak wat camne..kalo sepuluh yg call mati nak beli sume..hehe

    ReplyDelete
  3. @Encik Anif benci yer :p me pun benci jugak kol orang.hahahaha

    ReplyDelete
  4. aida tak ler sampai benci. just sometimes call tu tak kena time. kita hormat keje telemarketer ni. da keje dia. pernah sekali aida angin sebab dia kata aida buang masa dia tak nak beli produk yg dia rekomen. aida sound dia ~ saya call awak ker awak call saya? tolong hormat skit ye. itu la titik permulaan kenapa aida nyampah telemarketer :) hi hi...

    ReplyDelete
  5. yer3...aku tak suka org2 bank ni kal aku tawar itu dan ini.....eee....

    ReplyDelete
  6. dni asal orang tu tepon je dni cakap busy.. sebab nak suh beli insurans.. dni mana keje.. nak amik duit tang mana ;p baru abis stadi. haha.. jenuh cakap xde pendapatan dia tak paham2 nak suh amik. baik letak aje ;p

    ReplyDelete
  7. aha tak suka jugak.

    last week berapa kali sorang tele ni call. sbb bz, suruh dia call next time. orang kata call kol 10pg, dia call kol 11.45..so mmg tak angkat laaa kan...hahaha

    ReplyDelete
  8. selalu..
    ahah..
    aku assume fraud sahaja
    aku punya cara..
    aku biar depa ckp smpai abis butir
    lps ckp tu
    aku suh ckp lagi..
    tpi aku ltk jauh2.
    tak pun.
    dia ckp jer saya dari dot dot..
    aku cancel.
    byk keje lagi nak buat

    ReplyDelete
  9. klau telemarketer yg promote insurance tu mmg terus cakap "sy dah ada terima kasih tak berminat " hahha

    Tapi bila fikir balik kesian kat diaorang dah keje diaorang kan

    ReplyDelete
  10. eB kalo x kn marah kecuali org tuh dok mendesak, hu3

    ReplyDelete
  11. Hurmmm....lebih kurang macam salesman yang datang dari rumah ke rumah ...or yang selalu kelihatan di kedai makan...

    ReplyDelete
  12. nasib baik tak pernah kena, ssh la melalui phone...

    ReplyDelete
  13. oh bukan senang gak nak jadi macam ni ek..tak perlah tu dah cara mereka mencari rezeki

    klu ada call dari mereka ni cepat-cepat bagi alasan..malas nak layan

    ReplyDelete
  14. hehe..me tak pernah lagi keje telemarketer ni.. dan tak pernah marah pon, cuma kalau dah gitau tak berminat, tapi masih duk desak gak, me letak aje..hihi..

    ReplyDelete
  15. patutler bila kita ckp takmau dgr pun dia nak bercakap jugak

    ReplyDelete
  16. Me pun ada pengalaman as a telemarketer. Memang sangat-sangat mencabar. Baru kira nak mengadap kerenah customer tu belum kira mengadap kerenah leader lagi. Tapi apa-apa pun kerjaya sebagai telemarketer ni memang memerlukan orang-orang yang penyabar dan me respect pada mereka yang sayangkan kerjaya ni. Tapi pada orang yang cakap benci pada telemarketer tu rasanya tak patut la sebab diorang bukannya mencuri duit pun, kerja yang diorang pun nak cari rezeki halal macam korang jugak. Rindu kenangan kat Lafia Group dan PVO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong sngt awak cakp tu nabila . Sbb sya pown xtaw lah boleh bawak ke x ...sbb xpnah ag wat kije mncabar ... Hehehe tahun depan start di uts raja chunlan...ada tips2 ke or apa2 bgtaw .. sbb saya pown nk belajar jugak . Mna taw minat pulak. Hihi

      Delete
  17. Kerja sbg Telemarketer ni memg mencabar lebih2 lagi utj budak baru yg xda pengalaman. Nak menangis pun ase sbb xdpt buat sales. Nak lg kena dgn customer xnk dgr kita ckp. Memg sedih. Kena maki lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kena tahan maki la nak jadi telemarketer. Kita pun boleh maki balik , dengan syarat dalam hati dan bila tekan butang mute. haha

      Delete
  18. serius sgt mencabar...tp disebabkan nak cari rezeki..nak xnk hadap jugak...xpaksa pown orang beli..cuma dah nie adalah procuder die...kalau berminat beli la...kalau x...anggapla sebagai menerima sedikit maklumat...jgn la ingnore terus....sbb bukan sale je di ambil kira...ade jugak benda2 lain....huhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak tu tapi tak ada nyer orang nak dengar kecuali betul2 nak dan ada duit , tambah2 ekonomi sekarang ni , dah byk komitmen lain.

      Delete
  19. Baru nak Cuba kerja ni... Baca.. Dah tak minat plak..

    ReplyDelete
  20. Xda cutomer xda gaji lah? Sedihnya keje ni. Xjadi lah mcm ni

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)