Masa me habis belajar dulu, me pernah bekerja sebagai telemarketer. Ofiz tu terletak kat area KLCC.Ianya adalah kerja ketiga yang me pernah buat lepas habis belajar dulu. Memang me tak pernah memilih kerja sebab susah weh nak dapat kerja jika fresh sangat nih.Memang la cita-cita nak jadi System Analyst atau Pegawai Teknologi Maklumat.Tapi masih tak der peluang masa tu.
Telemarketers are sales and marketing representatives who do business strictly by telephone and complement with company email and fax. source: here
Memang mencabar nak dapatkan kerja sebagai telemarketer ni. Masa me dapat tawaran interview tu, masuk-masuk ajer diorang suruh perkenalkan diri dan bagi satu produk untuk kita perkenalkan kepada dia dan menjawab pertanyaan yang tak masuk akal secara bertubi-tubi. Antara ramai-ramai yang datang interview, me adalah salah seorang yang berjaya. Bangga jugak sebab ramai bukan melayu kan. Konon english me bagus lah tu :p Sebab memang dia nak yang tahu berbahasa inggeris dan melayu ataupun mandarin.
Me ingatkan terus dapat la kiranya. Rupanya tak. Kena orientasi dulu seminggu dan masa ni kami diajarlah macam mana nak berkomunikasi dengan betul dan praktis macam mana nak menjawab semua situasi yang akan dan bakal berlaku bila dah ditempatkan di lokasi sebenar. Tak habis lagi rupanya. Hari terakhir adalah hari saringan dimana kami diletakkan di situasi sebenar tapi customer masih lakonan lah, team leader department kitorang ajer customernya. Jika berjaya mengharungi cabaran terakhir tu , makanya korang akan bergelar seorang telemarketer . Just baca jer skrip yang dah ada tapi kena cepat-cepatlah potong apa customer tu nak cakap :p Bila dah put on floor, masa tu diorang bagi headset, pc yang ada database customer dan telefon. Masa tu lah cabaran bermula !
Kenapa kerjaya telemarketer selalu dibenci orang ?
1) Kami akan telefon selagi korang tak amik produk yang kami tawarkan. - Sebab biasanya team leader dah tetapkan sasaran kejayaan sesuatu campaign/ produk tu.Kalo orang tak enroll, maka kuranglah komisyen kami. Rugi la weh. Kena telefon, paling maksima 3 kali. Prestasi kumpulan pun terjejas bila orang tak beli ni. So, semua kena tanggung akibat.
2) Ada sahaja ayat untuk membelitkan korang - Sebab semua kemungkinan dah ada dalam skrip, kami baca ajer . Lancar gitu nak suruh jugak korang beli kan , siap dengan contoh-contoh sekali ada dalam tu.
3) Korang tak nak tapi kami paksa jugak - Itu memang niat kami, nak jugak korang beli. Sebab produk yang kami tawarkan biasa murah ajer. Yang pernah me buat jual insurans kad kredit. Untuk setiap RM100 akan dikenakan caj 10 ¢ tak silap. Murah jer kan tu pasal melalui telefon ajer.
4) Selalu kena maki - Yang ni bukan kami yang maki, tapi customer yang maki kami. Tapi kami maki jugak dengan tekan butang mute pada telefon. Lega jugak buat macam ni. Kalo maki live, memang la kena hadap muka supervisor lah. Silap-silap kena berhenti kerja. Kalau dapat customer melayu konon boleh la cakap melayu, tapi tak semua melayu nak cakap bahasa melayu . Kalo salah sebut nama, takder Datin. Siap cakap, saya Datin yer. Menyampah ai ;p
Mencabarnya kerja sebagai telemarketer ni korang tau.Tekanan tempat kerja memang tinggi nak-nak Team Leader yang jenis tak masuk akal. Hari pertama ajer dah targetkan me dapat jual produk kepada customer. Memang tak la kan. Ilmu pun masih kurang didada. English pun tak lah lancar mana. Kadang tak faham customer tu cakap apa.Dan kadang-kadang tak faham apa yang cuba me terangkan. hahaha.Pernah menangis sebab tak achieve target.Akhirnya,berjaya jugak buat sales dan komisyen memang tinggi. Masa first day dapat sales tu, seluruh team tepuk tangan untuk me. Semangat terus masa tu :p Kalau tak MC bulan tu siap dapat RM250 tak silap. Gaji memang dah tak de masalah sebab basic ajer dah dekat RM2K.Last -last 2 bulan lepas tu me resign sebab tak tahan tekanan.
Korang pernah berhadapan dengan telemarketer?
p/s:
Sorry kepada telemarketer dari CIMB yang jual insuran AVIVA tu sebab me terus potong cakap dia dan letak telefon sebab tak nak terpengaruh dengan tawarannya. hahahaha