Wednesday, December 28, 2011

Cinta Internet, pernah ker korang terjebak?

Internet secara umumnya merujuk kepada gabungan jaringan komputer yang berkomunikasi menggunakan sistem pertuturan yang sama dikenali sebagai TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol). Ia berfungsi sebagai satu rangkaian yang besar menghubungkan badan kerajaan, komersial, Institusi Pendidikan dan individu di seluruh dunia.sumber : sini

Sekarang ni duk kecoh tentang Cinta Internet atau lebih kasar Cinta Awang Hitam yang mana menjadikan pelbagai medan sosial baik facebook, twitter, blog untuk memerangkap mangsa untuk dijadikan keldai dadah. Pelbagai kisah kita dapat baca di akhbar tapi itu yang didedahkan, yang tak dedah kita tak tahu la kan.

Awalnya, mereka disogok kemewahan termasuk kereta, wang RM1,000 seminggu dan tinggal di kondominium mewah, namun di penghujungnya mereka dilayan seperti hamba seks, aksi lucah dirakam, diugut, dipukul, dikurung serta hampir terjebak kegiatan jenayah. Itu pengalaman dua wanita Melayu mahu dikenali sebagai Huda, 28 dan Amy, 27 yang menjalin hubungan dengan lelaki warga Afrika dan kini menempuh hidup penuh kesukaran selepas ditinggalkan sumber : sini

Macam mana nak kenali cinta Awang Hitam tu ?

1) Profile picture yang cun melecun / hensem dan macho bergaya - Nak memerangkap mestilah letak profile picture yang memenuhi piawai masyarakat sedunia kan. Kalo muka ala-ala nak makan pun tak selera nak dibuatnya, macam mana la nak lekat gitu kan.Orang kata dari mata turun ke hati.

2) Ayat-ayat yang jiwang karat  - Bahasa tu kan jiwa bangsa.So, memang diorang akan sedaya upaya menggunakan ayat-ayat yang sekali baca boleh terpedaya lah.Tangkap leleh punya ayat lah kiranya.

3) Mesti diorang menyamar sebagai kenalan yang berasal dari luar negera - kita kalo sebut luar negara mesti teruja, maklumlah duduk kat malaysia ajer, mana tahu boleh kawen ngan mat salleh/ minah salleh, boleh laa berhijrah ke luar negara macam retis :p


Ini adalah salah-satu contoh penipuan Cinta Awang Hitam yang didedahkan oleh Apak Cikidong melalui Facebook beliau.




Contoh gambar profile


Contoh ayat-ayat cinta



Kepada gadis Melayu, bukalah mata kasar dan mata hati, usah terperangkap dengan kata-kata manis sebilangan warga Afrika.Sudah diperdaya, di tipu dan kemudian tubuh diratah pula. -  Credit to Mazidul Akmal

Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh oleh neyra shazeyraLennymoriza dan ditaja oleh Hafiy Dot Com



My Nuha | Aku Bukan Chef

22 Comments:

  1. tu la pelik kan, dorang ni boleh je caya dan terjatuh cinta secara maya macam ni sampai tergadai semua benda..tak paham tak paham

    ReplyDelete
  2. heran kan...camne la dorang ni boleh percaya..agaknya desperate sgt ni..

    ReplyDelete
  3. tak pernah lak terjebak lg..tp kasihan la kat yg dah terkena..naya je..

    ReplyDelete
  4. ramai kawan aku kawen sbb kenal kat alam maya...tp bab awang hitam ni...aduiii...seram plak bila difikir2...huhu

    ReplyDelete
  5. macam2 peringatan di beri...

    ramai yg terkena jugak...

    ReplyDelete
  6. saya pun dah buat entry pasal KES kat blog saya dulu.... org yg sama buat dengan SKRIP ayat sama...tapi memang pelik apsal la ramai yang mudah percaya ngan diorang nie....huhuhu

    ReplyDelete
  7. salam kenal...

    saja nk menyibuk... cinta internet tu mmg ada, saya bertemu dgn suami sy juga melalui internet, kak ipar saya pun bertemu suaminya melalui internet... Alhamdulillah bahagia, tetapi mmg kena kukuh iman dan sntiasa memohon petunjuk dr Allah, bukan dgn pengaruh rupa paras dn wang ringgit... yg dok jadi tu sbb meletakkan syarat dunia dalm mencari psgn, sbb tu blh tertipu, jika kita cari yg beriman,insya-Allah dapat.. tetapi ttp kena hati2...

    ReplyDelete
  8. @lydzar yer la.ayat kemain menggoncang keimanan gitu :)

    ReplyDelete
  9. @amirah mungkin rupa tak berapa nak ada kot.

    ReplyDelete
  10. @eT kalo cinta dengan bukan orang hitam pun kena hati2. yer laa manusia ni nampak ajer rambut sama hitam kan.

    ReplyDelete
  11. @gedek! diorang x ambil iktibar kot uncle.

    ReplyDelete
  12. @myfirdz kalo bukan dengan awang hitam , ok la :) saya pun byk kenalan dr alam maya yang baik2 :)

    ReplyDelete
  13. memang kesian bila baca kisah mereka yang terkena tapi bila dipikirkan semula, begitu banyak peringatan yang diberi tapi masih tak nak ikut saranan...nampak muka cun/hensem tahap gaban terus cair...tu BONGOK namanya!!!

    ReplyDelete
  14. Pernah..dulu masa belajar. Masa tu femes chat kat irc :)
    Tapi ngan org local laaa..

    ReplyDelete
  15. tak hingin nak reply... sebab itam! haahha

    ReplyDelete
  16. tak pernah nak percaya pd kenalan yg tak kenal btg idung ni.

    ReplyDelete
  17. datang sini untuk mengadili contest :)

    ReplyDelete
  18. Berhati-hatilah bila berkawan.Terutama melalui internet.Internet penuh dengan penipuan.Tapi bukan semua macam tu.90% mungkin penipu,10% je yang betul.Jadi,berfikirlah secara waras dan matang.Jgn mudah terpedaya dan diperbodohkan oleh awang hitam ke, awang lengai ke,awang ape ke. Jadilah pengguna internet yang bijak.

    Paktam

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)