Friday, November 25, 2011

Bersalin secara pembedahan atau biasa ? Mana satu pilihan korang ?

Me rasa semua orang nak bersalin secara semulajadi atau biasa ni. Tapi ada jugak segelintir orang mahu melahirkan anak secara pembedahan untuk tidak merasai sakit bersalin secara semulajadi tu yang semua orang tahu ianya adalah sangat sakit, senang cerita super sakit. Dan ada orang nak lahir secara pembedahan untuk memilih tarikh-tarikh yang istimewa contohnya 6.9 (birthday me ;p) dan tarikh yang popular tahun ni adalah 11 11 2011 atau 20 11 2011 . 

Me ditakdirkan untuk melahirkan anak secara pembedahan tanggal 2 8 2008 (cantik jugak kan ? Itu kebetulan bukan pilih tau ) . Tapi sempatlah merasa sakit nak bersalin tu setelah di'induce' oleh doktor sebelum melahirkan konon boleh bersalin normal lah. Pengalaman me dua kali menjalani pembedahan , Alhamdulillah tidak sakit macam orang selalu sebut tu. Mujur Alhamdulillah. Mungkin berkat doa my hubby dan terpaling penting doa ma dan abah me sebelum masuk ke dalam dewan pembedahan.

 Mengikut pengalaman me, bersalin secara pembedahan ni kena lebih banyak pantang daripada bersalin secara semulajadi sebab kita tak tahu apa yang sedang terjadi kat dalam sana tu .Masa me operate kehamilan luar rahim hari tu, doktor tu cakap parut pembedahan yang lama dah tebal kat dalam tu dan seboleh-bolehnya saranan beliau adalah bersalin secara semulajadi selepas ini.Kalau tak mungkin rasa sakit kat perut akan selalu ada kat situ akibat parut yang tebal tu. Dahla kalo kita bersalin pembedahan doktor menyarankan untuk tidak mengangkat berat sekurang-kurangnya 3 bulan.Bengkung pun bukan sebarang bengkung boleh pakai dan parut yang hampir 10 cm tu pun susahnya nak hilang ;p
Tapi kalo nak betul-betul semulajadi boleh cuba beranak dalam air macam isteri angkasawan negara kita atau tanpa bantuan ubat-ubatan (induce) atau epidural seperti sahabat blogger kita Hanz yang amat saya kagumi .


Kisah Dr Halina bersalin dalam air





Dr Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayinya di Hospital Pantai, Bangsar. Dr Halina ialah doktor bius di Hospital Selayang, dia dimasukkan ke hospital Pantai pada jam 2 pagi Jumaat dan melahirkan anak pada jam 9.08 malam. Dr Halina memilih bersalin dalam air, kerana kaedah tu mengurangkan sakit dan lebih semulajadi.

Kisah selanjutnya & Credit to  :http://nurizspace.com/2011/07/gambar-anak-sheikh-muzaffar-shukor-dan-dr-halina.html

Kisah Hanz & Natural Birth @ Home


Note : Baby Hazlami is borned on 9th of July at 5:10am by natural & gentle birth, right at our home with only me & his Papa to welcome him to this world. This birth affirmations was really helpful which I used to hypnotize myself during the labour moments. - Hanz



pic credit to : Oli

 
Kalo korang pulak macam mana ? Bersalin secara pembedahan atau semulajadi ? Mana satu pilihan korang ?



 Bersalin la macam mana pun, apabila bayi sudah selamat berada dakapan kita, semua jadi indah ! Percayalah ! Percayalah ! 

pssst :
Saja tunjuk gambar masa slim dulu  :p

“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh  neyra shazeyraLennymoriza  dan ditaja oleh Sentuhan Bayu




23 Comments:

  1. cara normal...InsyaAllah kalo Allah izinkan :)

    ReplyDelete
  2. @eT eliss pun nak try jugak sekali kalo boleh.

    ReplyDelete
  3. kalau takde apa2 masalah aku memang pilih untuk bersalin normal..

    ReplyDelete
  4. kaedah water birth masih belum diterima secara meluas di Malaysia..di oversea dah byk center yg offer..mmg ini cara terbaik.

    ReplyDelete
  5. kalo takde problem, nak bersalin normal mcm orang lain..moga Allah permudahkan kelahiran kali ini..

    ReplyDelete
  6. aku dah rase dua dua. aku prefer normal delivery. the beauty and satisfaction of delivery is there.

    -azzamoro

    ReplyDelete
  7. @Daddy Ziyyad teringin jugak nak merasai pengalaman mcm tu tapi kalo ada yg pakar laa kan.

    ReplyDelete
  8. @azzamoro teringin jugak tapi sakit kan? aduhaiii..

    ReplyDelete
  9. akak dah rasa 3 jenis sakit i.e pembedahan (anak sulong); induce (anak ke 2) dan normal 4 the 3rd..
    kalo ikut experience sendiri, normal is the best way..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ..sy nisha ..sy br je bersalin bedah anak pertama... jd sy nak tahulah mcm mana aka blh jaga luka tu smpai blh lahir normal utk anak seterusnya...

      Delete
  10. Raa 2 2 bersalin normal..so tak tau nak beza..heheehe

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah, 2-2 anak lahir secara normal. kecuali tidak mengizinkan pembedahan la pilihan dibuat. kalau diingatkan masa bersalin tu mmg azab. sakit ya amat, tp berbaloi. tak kisah la normal or caesar yg penting ke2-2nya sihat dan selamat. amin

    ReplyDelete
  12. bersalin normal walaupun sakit tu mmg sakit. Masa yg anak kedua hampir2 dibedah tapi sbb kaki baby dah keluar sebelah, doktor suruh push jugak dan dia buat "breech". (koyak besar sikit. huhu). Yg no 3 ni, kena tunggulah dlm 7 bulan lg.

    ReplyDelete
  13. Papa mifz berado dalam labour room menyaksikan wife lahirkan mifz,pengalaman yg tak boleh dilupokan..

    ReplyDelete
  14. setakat ni normal..tp ms anak 1st dulu, siap merayu mintak kt Dr suh tlg operate :P

    x berani la nk beranok dlm air..kang lemas baby kang :P

    ReplyDelete
  15. saya baru bersalin.sepnjng check up semua ok.dktor kte bleh bersalin normal.tp bila air ketuban pecah mlm,tp esok ptg bukaan 1cm,terus kne operate.xdpt rase nikmat skit bersalin normal.ade lh merasa sakit kontrksion dlm tghari tp sekjap sekjap.tu pon dh berpeluh jugak..

    ReplyDelete
  16. tak tau nak yg macam mana.. sbb nant sy jadi sumai.. hehe.. nice entry

    ReplyDelete
  17. datang sini untuk mengadili contest :)

    ReplyDelete
  18. Ank pertama lahir LSCS sb big baby 4.4kg..sblm tu dh pernah sekali sb ectopic...skrg ni menunggu tarikh 25hb sept utk caesar juga sb kedudukan bayi melintang...mmg nk merasai bersalin normal...tp andainya ini yg telah Allah tentukan sy terima dgn redha!semua yg berlaku adalah atas ketentuanNya!

    ReplyDelete
  19. Sue..
    salam..baru saje melahirkan bby ke-3 .. yg 2 tu normal dan ke-3 ni bersalin cara c-section..sedih yg teramat sgt sbb normal adalah anugerah semulajadi. Memang banyak keje bila kena c-section nie..dan sedih tengok parut tu..asyik nangis je tengok kesan parut dan perut pun rasa x best..

    ReplyDelete
  20. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. tips bersalin mudah.

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)