Rata- rata kawan-kawan yang me jumpa tidak pernah tahu pasal Kehamilan Luar Rahim.Hari ni me terpanggil nak berkongsi dengan korang tentang bahayanya Kehamilan Luar Rahim. Sebenarnya me pun memang tak pernah ambil peduli pasal Kehamilan Luar Rahim sebelum ini sehingga ianya terjadi pada diri sendiri dan membuatkan me rasa sedikit kecewa tidak tahu mengenainya terlebih awal.
Kandungan luar rahim atau kehamilan ektopia (bahasa Inggeris: ectopic pregnancy) terjadi apabila hasil persenyawaan, atau zigot, tertanam di kawasan luar rahim seperti di tiub Fallopio, ovari ataupun di dalam ruang abdomen. Zigot yang tertanam di pangkal rahim (serviks) juga dikira sebagai kandungan luar rahim. source : here
Tanda-tanda Kehamilan Luar Rahim sebenarnya agak sama dengan kehamilan biasa menyebabkan ramai wanita tidak begitu ambil peduli dan menganggap ia sesuatu yang remeh. Tanda-tandanya ialah:
- Haid yang lambat
- Pendarahan kecil selalunya berwarna coklat.
- Ujian kehamilan positif
- Pening-pening
- Sakit pada bahagian bawah perut
- Sakit pada bahu
- Sakit yang tajam menikam adalah tanda serius yang boleh menunjukkan yang anda mengalami kandungan luar rahim.
Sekiranya gejala begini berlaku, korang kena cepat-cepat berjumpa dengan doktor secepat mungkin sebab Kehamilan Luar Rahim boleh menyebabkan kehilangan nyawa jika tidak dirawat dengan kadar segera.
Sumber :Sini
Antara risiko dan penyebab mengandung luar rahim ialah :-
1. Jangkitan di sekitar pelvis oleh kuman-kuman seperti gonorrheoa atau Chlamydia. Kuman ini akan menyebabkan kerosakan pada dinding tiub fallopia yang menyebabkan parut. Ini juga menyebabkan dinding fallopia menghadapi kerosakan dan kehilangan CILIA.
2. Pembedahan sebelum ini pada kawasan tiub fallopia seperti pembedahan rekonstruktif tiub atau "ikat tiub" boleh merosakkan struktur tiub fallopia.
3. Pernah mengalami mengandung luar rahim sebelum ini. Terdapat kajian yang menyatakan risiko mengandung luar rahim semula adalah 15% sekiranya berulang kali pertama dan 30% untuk kali kedua.
4. Pemakaian Alat Dalam Rahim atau IUD mempunyai risiko untuk mengandung luar rahim. Walaupun begitu jumlah kes keseluruhannya adalah sangat rendah, kerana fungsi alat ini yang menghalang kehamilan.
5. Kecacatan tiub fallopia sejak lahir.
6. Kajian juga menunjukkan, MEROKOK ketika persenyawaan berlaku mempunyai kaitan utama untuk mengandung di luar rahim.
7. Ketumbuhan dan penyakit seperti tumor atau endometriosis boleh mengganggu pergerakan embrio dan menyebabkan masalah ini berlaku.
Sumber : Sini
Kat bawah ni me cerita mengikut pengalaman me pulak.
Sebenarnya me lambat tahu me pregnant dan memang masa tu tengah berusaha dengan gigih untuk mendapatkan zuriat yang kedua .Pada minggu ke 6 baru me positif mengandung iaitu minggu kita semua sibuk nak balik beraya. Hari sabtu me gerak balik terengganu dan sepanjang di terengganu me sudah rasa sakit bahu dan sakit belakang seperti nak period tu .Ingatkan sebab me travel terlalu lama dan jauh yang menyebabkan me sakit macam tu. Selepas habis beraya, me pulang ke terengganu sehari awal dari hari bekerja. Pada malam sebelum me kena admit kat wad, me rasa sakit perut macam nak buang air besar, tapi tak pun. Sakit dia memulas-mulas macam kita nak beranak tu. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya. Doktor mula-mula suspek appendiks. Bagi yang pernah kena appendiks, korang tahu la macam mana sakit dia.Hari ketiga di hospital keluar sedikit pendarahan, memang sket sangat lah. Lepas me discharge, esoknya me dapat tanda berikut yang sebenarnya tiub fallopio me dah pecah :-
- Pitam
- Pening kepala
- Denyutan nadi yang laju
- Tekanan darah yang rendah
- Sakit pada bahagian bahu (kerana pendarahan di dalam abdomen mengganggu saraf phrenic yang terletak pada diafragma)
Tiub fallopio me akhirnya telah dibuang disebelah kanan setelah menjalani pembedahan selama 4 jam dan kehilangan darah sehingga 1800 ml. Kalaulah me lambat tiba dihospital, mungkin me sudah tidak dapat peluang lagi untuk menulis dan berkongsi pengalaman dengan korang semua. Innalillahiwainnailaihirojiun....
Pesanan buat rakan-rakan yang sedang berusaha mendapatkan baby, bila ajer korang buat ujian air kencing dan disahkan positif hamil, plz plz plz cepat-cepat jumpa pakar sakit puan untuk sahkan kandungan korang samada diluar atau didalam rahim.
Rawatan
Sekiranya dikesan peringkat awal, rawatan adalah mudah. Ubat yang dinamakan methotrexate akan disuntik ke dalam karung untuk mencairkannya dan membiarkan badan menyerap kandungan tersebut secara semulajadi. Tapi sekiranya kandungan sudah terlalu besar, pembedahan membuang kandungan ini akan dilakukan. Amat penting adalah wanita perlu mendapatkan rawatan serta-merta kerana sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian.
YaAllah.. macam tu sekali ye.. thanks eliss for sharing...
ReplyDeletebetul tu
ReplyDeleteseeloknya scan masa 5-6 minggu usia kandungan
kesian kau, babe. xpe..belum rezeki. tapi aku pelik la. masa aku check pregnancy awal2 lagi Dr dah scan tgk dlm rahim ke tak, ketuban cukup ke x.
ReplyDeletep/s:
bila nak bertutti nih?
10Q elis sebab kongsi pengalaman...
ReplyDeletemujurla eliss pergi hospital jugak..
ReplyDeletetq for info
ReplyDeleteTakut pulak lepas baca ni.. Memang tengah merancang untuk 3rd baby. Terima kasih atasa info ni..
ReplyDeleteinfo yg sgt berguna...tks a lot... :)
ReplyDeleteAlhamdulilah..papepun elis selamat
ReplyDeletefuuuhh.. kid baru tau detail pasal nih.. thanks for info!
ReplyDeleteya Allah.. bahaya jugak yer bende nih.. ingatkan perkara biasa jek.. nasib lah kak eliss cepat dapat rawatan.. syukur! syukur!
ReplyDeleteterima kasih atas info yang sgt berguna nih~
ena lewat jea dtg period mmg akan terus beli urine test, klu positive jumpa dgn doc utk mengesan dr doc
ReplyDeleteSimpati dengan ko Ellis..alhamdulillah ko selamat. Takpe, nanti cuba lagi ya dear.
ReplyDeletethanks elis for the info...
ReplyDeleteaku pun xtau psl prgnt luar rahim ni..
hopefully everything OK sumenye.. aminn
kakak ipar dulu pun pernah mengandung luar rahim pastu keguguran, tak lama pastu dia pregnant semula, Alhamdulillah okey
ReplyDeletetapi mmg perlu alert tanda2 cam yg eliss beritahu tu untuk keselamatan diri kan
thnks...gud info...klu tak penah baca mmg tak penah kot nk amik serius....tq2...
ReplyDeleteKak Elis..
ReplyDeletemama bgth what had happened to u..
im sorry to hear that..
^__^ nnt bulan 11 mama p shah alam
kte makan same2 keyh
agreed.. ms ila kena, mmg ila pun blur. lps operate br gigih google segala. then everytime kwn tny, ila kt hamil luar rahim. dorg jgk blur..
ReplyDeleteyupp...bila preg je, make sure janin ada dlm kandungan. even da penah kena, still ada chances utk kena lgk.
ms preg amni, ila sgt panik sbb doc scan xjupe. then simptom2 cam ectopic dtg blk. akhrnya alhamdulillah, nmpk jgk janin.
Thnks for your info..Sgt bagus..
ReplyDeletechukpunyer.blogspot.com..Jenguk2la yer.. :)
slm,kita br scan td xde pape dlm ni tp upt +ve..ptg ni br nk p jmpe pakar..seramm!
ReplyDeleteharap tak apa2 yer..
Deletethanks elly atas info ni...saya jugak pernah mengalaminya dan dah pun buan sebelah kiri tiub fallofio pd 21/05/2011 lepas...memang sedih coz dlm masa yg sama kat dlm rahim pun ada baby...tapi kedua-duanya tak dpt diselamatkan...mmg sedih sgt...dulu tak pernah amik tahu ttg hal ni..
ReplyDeleteskang i cuba nak pregnent lg ...haid dah lewat...but i rasa sakit kat bhgian kanan lak..bila i baca info u, i rasa takut...insyaallah esok i akan pg jumpa doktor..
thanks elly
harap2 tak apa2 yer..saya pun tengah berusaha jugak. risau jugak kalau berlaku lagi perkara sama
Deletehye elly.. nak tanye.. i rasa i ada symptom mcm tu sume. n tadi dah jumpe doc, mase scan x nampak pape pun. so doc decide tunggu lagi sepuluh hari dtg balik tengok mcm mana. u rasa should i just suruh doc check n buang before the 10th days ke atau tunggu 10 hari lagi..because i dah 7 minggu sekarang. takot jugak la kan.. nanti pecah pulak. dah la anak pertama ni.. ;[
ReplyDelete. Saya rasa better awak tunggu dulu pengesahan oleh doktor. mana tahu tak nampak sebab kecik ker.Jgn buat keputusan terburu2..kalau tak yakin dengan doktor tu boleh try tanya doktor kat tempat lain pulak.
DeleteBiasa dia kena buat ujian darah dulu tak boeh simply2 buang mcm tu jer..
hope awak tak apa2..
salam. nak tanya kalau luar rahim bile scan nk tak karung dan air ketuban. tadi jmp doctor dia scan nampak karung dan air ketuban tapi x nmpk baby. saya sgt risau. doctor suruh dtg lg 2 mggu.
ReplyDeletesalam. nk tanya sbb tadi saya scan doctor kata nmpk karung dan air ketuban tapi x nmpk baby. kehamilan luar rahim ada air ketuban ke? belakang pinggang juga sakit macam lenguh setiap masa. doctor suruh dtg semula 2 mggu lagi. saya sgt risau bila baca pengalaman puan. harap bole bantu saya. terima kasih.
ReplyDelete-yasmin-
salam. nak tanya kalau luar rahim bile scan nk tak karung dan air ketuban. tadi jmp doctor dia scan nampak karung dan air ketuban tapi x nmpk baby. saya sgt risau. doctor suruh dtg lg 2 mggu.
ReplyDeletealhamdulillah syukur awak dah siht.Terimakasih juga sebab kongsi pengalam ni,duk cari2 mengenai pembedahan mengandung luar rahim jumpa pulak blog ni-dapat juga info paling berguna dari yang dah pernah alaminya,terimaksih ya!
ReplyDeletesalam awk...saya baru je lepas mnjlni pmbdhn buang tiub knn pd usia 6w. nk tya pnjagaan lepas op sama ke dgn org lepas bersalin?
ReplyDeleteMengikut pengalaman saya, ectopic, saya memang berpantang macam baru bersalin sampai 44 hari jugak la. Take care dear...
Delete