Tuesday, October 18, 2011

Bagaimana mengira kelayakan pembiayaan peribadi ?

Sebelum ni me tak pernah pun nak buat pembiayaan peribadi atau pun nak pinjam ah long so tak berapa tahu la bagaimana nak kira kelayakan pembiayaan peribadi tu. Semalam, me singgah kat bank rakyat dan tanya bagaimana untuk mengira kelayakan pembiayaan peribadi.So, ilmu yang sedikit ni, boleh laa dikongsi bersama.Kata sharing is caring.


1) Mula-mula, kira dahulu gaji pokok termasuk semua elaun yang korang dapat. Bagi sektor kerajaan, ada imbuhan tetap khidmat awam, imbuhan tetap perumahan dan bantuan sara hidup. Total ni me namakan sebagai [A].


Contoh :

Gaji Pokok 3540.12
Imbuhan tetap perumahan 180.00
bantuan sara hidup 300.00
imbuhan tetap khidmat awam 160.00

A = 4180.12


2) Totalkan semua potongan yang ada dalam slip gaji terkini korang contohnya potongan PPTN, zakat , tabung haji , bayaran kereta.Total ni me namakan sebagai [B].

PPTN 150
Perumahan 800
Kereta 700
Tabung Haji 200

B = 1850

3) So, kelayakan pembiayaan peribadi korang adalah :- (A * 60% ) - B

Contoh : ( 4180.12* 60% )- 1850

C= 658.072 sebulan boleh dipotong dari gaji korang.

4) Jom tengok jadual pembayaran balik (boleh dapatkan kat bank)  , tengok jumlah korang nak pinjam, katakan korang nak pinjam RM30,000. Tengok jumlah kelayakan yang rendah/sama la dengan kelayakan korang dapat tadi seperti C.

Ikut jadual ni, RM607 selama 5 tahun ( 60 bulan ) .


5) Nak tahu maksimum korang boleh pinjam pulak,tengok kat bahagian 20 tahun dan nilai yang hampir dengan jumlah kelayakan korang.Ikut jadual ni, RM655 selama 20 tahun ( 240 bulan ) dan pinjaman bernilai RM77,000.




Faham ker tak faham ? Kalo tak faham korang boleh la faks sahaja slip gaji korang kepada bank yang korang berminat nak buat pembiayaan peribadi tu, lagi mudah. Tunggu ajer jawapan dari diorang..hehehehe


Korang pernah buat pembiayaan peribadi ??






 p/s:

Moga impian my hubby tercapai lah nak pakai motor idaman hatinya tu dan buat keputusan yang tepat samaada Kawasaki Ninja 250 SE atau Honda CBR :)

p/s: 

Tak sabar tunggu cek sampai, Insya Allah, minggu depan dah boleh kunci rumah. 
Ya Allah, permudahkanlah urusan hambamu ini....




20 Comments:

  1. laki kau nak beli superbike ke? abg aku nak jual superbike dia tu.. klu mau recon punya bgtau le klu nak baru ke kedai la ye.. hehehe

    ReplyDelete
  2. NINJA dah test tapi CBR tak lagi, cuma baca review from test ride, performance bagus CBR tapi dari segi harga lebih kurang je cuma nak tanya CBR GP EDITION nnt dan kemudahan nak dapatkan spare part dgn good price NINJA lagi bagus, mungkin sebab CBR masih baru so mgkn spare part tak edar sepenuhnya lagi, so...tunggu sedikit masa lagi untuk buat keputusan...errrr solat istikharah la kot sebab memang tak tau langsung nak pilih yang mana, tu belum campur lagi model R4 yang mungkin akan dipasarkan oleh yamaha nanti...huppffffff sesak nafassssssss...ada gak nanti beli CBR600 yang menjadi idaman zaman berzaman!!!

    ReplyDelete
  3. x penah buat loan bank..loan gov ni pun da byk kene byr

    ReplyDelete
  4. Impian suami kita sama la... Tak habis² nak moto besau walopun badannya idak besau mana pun..

    ReplyDelete
  5. surat cepu emas lawak..
    perut hubby mu tak sangkut ke kat tank dia?!
    hihih..
    jgn mare yer..

    ReplyDelete
  6. orang gomen memang senang nak dapat loan.. jeles!!

    kak eliss.. dah lama tunggu kak eliss on9 YM.. nak tanya pasal kak eliss beli rumah tu.. hehehehe

    ReplyDelete
  7. @Aidanisme mampu beli yang 250cc kebawah ajer.hehehe

    ReplyDelete
  8. @Skymatrix sabarlah sayang :p semoga dpt nanti motor idaman tu. Insya Allah

    ReplyDelete
  9. @Sarah Syazwani aku baru first time la ni apply loan. loan rumah pun x potong lagi ni.

    ReplyDelete
  10. @SYANI size doesnt matter. yang penting minat. layankan ajer :)

    ReplyDelete
  11. @Sidratul Muntaha kalo minat, sangkut pun tak per..hehehe. tapi dia tak boroi , sasa..hahahaha

    ReplyDelete
  12. untung laaa.. orang gomen senang sikit nak wat loan.. kid yang swasta ni susah sikit..hohoo

    ReplyDelete
  13. tak pernah wat lg loan personal..hutang yg sedia ada nie pun nak habiskan cepat..taknak la hutang2..susah la

    ReplyDelete
  14. tak pernah buat pinjaman peribadi sbb rasa mcm tak perlu lg.

    ReplyDelete
  15. @KiD tapi kalo makin banyak potong, makin kurang la kelayakan tu :p

    ReplyDelete
  16. @zh-ena kalo tak mendesak, jgn pinjam :)

    ReplyDelete
  17. @transformed housewife tu lah. kalo tak perlu memang tak payah apply tapi time terdesak, ni jer jalan pintas :)

    ReplyDelete
  18. Salam ?
    Kepada kakitangan kerajaan,badan berkanun,polis,cikgu,tnb
    Yg nak buat loan boleh hubungi pn.azlin
    012-5857162..tiada upront di kenakan.
    Dari koperasi wawasan malaysia berhad(kowamas)
    Trme ksh.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum
    Tumpang bertanya.
    Macam mana pula jika kita nak tahu berapa cash boleh dapat di tangan ?????
    Dari amount pinjaman kita yg lulus

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)