Monday, September 19, 2011

Betul ker makanan hospital tak best ?

Mentang-mentang baru keluar hospital asyik nak cerita pasal hospital ajer kan. Me dah hampir recover dah ni. Jahitan pembedahan pun nampaknya sudah makin pulih dan kalo batuk/bersin pun tak rasa sakit sangat dah.Rabu ni nak kena jumpa doktor balik untuk rawatan susulan gitu. Hopefully semuanya OK belaka.Terima kasih untuk ingatan dan doa kalian semua :)

Ni nak cerita pasal makanan hospital swasta la :p Sebab me tak pernah masuk hospital gomen even keja gomen sebab di Shah Alam ni tadak hospital gomen. Bila la Hospital Shah Alam nak siap erkk..

Betul ker makanan hospital tak best ? Me rasa semuanya bergantung kepada anak tekak kita kot ! Kalo sakit mesti kita kurang selera dan kita rasa semua makanan hospital jadi tak sedap.Sebabnya, masa minggu sebelum aku kena pembedahan tu, aku rasa makanan dia tak der la tak sedap sangat, tapi lepas pembedahan, semua rasa tak best :p hahahaha

 Kalo kat DE*MC, kita boleh pilih menu yang berkenan dijiwa lah kan.

 
 Ni bekas makanan yang disediakan sebelum dibuka...



Selepas dibuka...

 Salah satu menu yang aku pilih adalah spagetti dan bagi aku , aku boleh bagi 3 out of 5 :)

Buah-buahan , nyaman :)

Bagi korang betul ker makanan hospital tak best ? 

p/s:

Bila sakit2 ni, ramai yang call dan datang melawat me, sungguh terharu.Thanks kepada semua ofiz mates, blogger mates dan kawan-kawan yang datang melawat me baik dihospital mahupun dirumah.
Thanks Tina datang semalam :)

p/s:

Tak sabar nak masuk kerja balik dengan environment tempat kerja yang baru dan partition baru :)
ofiz jer la masih sama :p



17 Comments:

  1. alhamdulillah kak elis dah makin pulih..sorry kak elis cz tak dpt g melawat.duk sini sorg2,nak bergerak ke mane2 pun rase takut.huhuhu..

    iera dah 2 3 kali masuk wad tp bagi iera makanan kat hospital not bad la..hihihihi..ke sebab iera ni mmg jenis kuat makan..hahhaha

    ReplyDelete
  2. blh tahan sedap lah klu 3/5...=)

    ReplyDelete
  3. kalo spital kaya2 mmg makanan bestt kan :)

    ReplyDelete
  4. yg penting, sihat is parallel dgn berselera heheh moga2 elis cepat sihat--amiin

    ReplyDelete
  5. waaahhhh!!! time berpantang boleh order spageti bagai, nyaman sungguh! :p

    ReplyDelete
  6. kalo spital swasta ok jer rassanya..selalu ada option menunya kan..
    HSNZ K.trg, masa duk dulu ok jer..jgn ler expect makanan taraf hotel.as long ada rasa & berkhasiat tu yg lebih baik sebenarnya kan..

    ReplyDelete
  7. @Syahada Ahmad sya, tu makanan sebelum kena bedah..hehee..lepas kena bedah baru berpntg :)

    ReplyDelete
  8. bayar ribu riban bleh la request makan mcm..kalo dah pi gomen bayor RM5 nak request macam2 mmg nak kene la...

    ReplyDelete
  9. Raa bersalin kat hospital gomen.. ok jek makanan dia.. hehehehe

    ReplyDelete
  10. alhamdulilah dear.
    part makan tu.klu masih duk spital pantai di ampang(swasta) memang sodap.

    masa duk spital gomen, aku rasa diaorang klu masak sup ikan mesti tak sedap.
    ;((

    ReplyDelete
  11. bagi aku ok jer sedap. mungkin kalau pasta dia tak reti sgt kot hehe

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah semakin sembuh
    bg ena yg pernah duk hosp gomen sg.buloh..sedap jea menu harian yg diberikan..

    ReplyDelete
  13. ramai yang kata makanan hosp tak sedap, tapi saya sedap je makan, habis. hehe cuma kalau time demam je la tak lalu makan.

    ReplyDelete
  14. Ayat saya kepada org yg komplen makakan hospital:

    "kalau nak sedap, makan kat hotel atau restaurant"


    ekekekekekkee....


    Cuba makan makanan hospital gomen, lagi haru..hahahahha..tapi dulu masa saya kerja hospital, bila oncall, makanan hospital lah yg saya balun! haha

    ReplyDelete
  15. Huih sodap tuh!

    Mak akak masuk hospital gomen, okeh ja makanan. Licin dia makan. Kalau dia makan tak habis pun, orang yg tolong jaga dia (akak le) siap habiskan, kahkah!

    Take care Elis, semoga cepat sembuh!

    ReplyDelete
  16. tapi masa kat spital serdang dulu, kek marble dia memang marbeles!

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)