Friday, July 22, 2011

Master bedroom rumah korang warna apa ?

Pagi-pagi dah buang tebiat tanya warna master bedroom rumah korang kan :p Terlebih dahulu, ku panjat syukur pada Ilahi, sebabnya permohonan perumahan yang aku submit hari tu dah diluluskan dalam masa 12 hari macam tu :) Terima kasih kepada staf JPPH Klang dan Bahagian Perumahan yang cekap dan efisyen. Siapa kata gomen lambat buat kerja ? Alhamdulillah, penilaian luluskan harga rumah yang aku beli tu :) So, tak perlu tambah apa-apa :)


Ni nak berkongsi satu program oleh Jotun untuk korang main-main cat rumah korang. Boleh klik sini laju-laju.Yang penting percuma tu :) Daftar pun percuma :)


Jotun Colour Advisor nama program ni.

* Mula-mula korang register dulu, then korang boleh la cat dinding rumah korang secara maya :)

Mari kita tengok hasilnya :) Ni aku amik gambar master bedroom rumah baru aku :)




Gambar sebelum


Jom tengok hasilnya :) Gambar selepas .Tak tahu pulak yang mana cantik. Ni aku main belasah ajer mengikut sedap mata aku memandang..hehehehe.



Kuning lembut..


Warna tanah gitu...



Ni kaler blog aku :p

Ni kaler UiTM Dihatiku namanya :p

Korang pernah cuba guna program ni ?Mudah kan ? Master bedroom korang warna apa ?



13 Comments:

  1. suka warna lembut2..tenang jek..tp pink tu cantik gak

    ReplyDelete
  2. warna ungu, husband yg pilih hihi

    ReplyDelete
  3. Bedroom aku kaler hijau + krim. Hijau tu kat feature wall. Cat beli kat jotun gak!

    ReplyDelete
  4. interesting! nak try gak la utk bilik rumah baru nnt. rumah skang kaler default, kate kuarters gomen hikhik

    ReplyDelete
  5. kita nyer warna pink..nanti rumah baru nak kaler2 earth la plak..baru sejuk je

    ReplyDelete
  6. lor haii...nape la saya tak tau ada benda ni..hari tu nak cat umah kusut kepala...

    bilik kami kaler biru lembut..auuwww

    ReplyDelete
  7. Pakai color yang terang untuk nampak lebih besar

    ReplyDelete
  8. rumah dulu m/bedroom mmg color hijau.

    ReplyDelete
  9. whoaaa.....sempoi gak software nie...boleh jadi interior designer amatur nie....

    ReplyDelete
  10. warna bilik ena warna pink tu pun sejak kawen tak tukar2 pun colour bilik tu..dah nak dekat 5 thn pun

    ReplyDelete
  11. very good post! thanks!

    ReplyDelete
  12. purple tu cantikkk! master bedroom kitorang colour orchid white. putih melepak with a purple tint. teringin nak kaler purple terang camtu, tapi tak berani lagi nak cuba. hehehehe

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)