Friday, July 29, 2011

Rezeki berganda , dah terima cek Nuffnang dan ChurpChurp Serentak :)

Alhamdulillah.Akhirnya cek yang ditunggu sudah tiba semalam iaitu Cek Nuffnang yang ke-enam dan Cek ChurpChurp Kali Pertama :) Pagi-pagi ni dah deposit dah check tu. Bleh la buat beli baju raya kan :) Walaupun tak banyak mana tapi rezeki tetap rezeki kan :) Selamat menyambut Ramadhan buat semua !!




Korang dah register ker ChurpChurp ? Klik sini laju-laju untuk pendapatan tambahan duit RAYA :) Daftar percuma sahaja !! Apa tunggu lagi.Bertindaklah sekarang...

p/s:


Tak sabar pulak nak pekena Aiskrim yougurt kat Tutti Frutti ni..Tutti Frutti Frozen Yogurt Now Open @ Shah Alam, siapa mahu belanja ??





Dapatkan Gaun Muslimah Kanak-kanak - > KLIK DISINI

Review Diaper Cakes by ShilaShower Elissmie masuk Milkadeal

Senyum sampai telinga sebab review me digunapakai oleh Milkadeal. Kalo nak tahu tentang tawaran tu, korang boleh klik sini laju-laju.



p/s:

Review Niza pun sama digunakan :) Sebenarnya, pihak Milkadeal dah email bagitau nak guna review aku tu hari tu. Bagus jugak sebab dapat backlink kan :) Achik gembira noksss :p


Apa yang korang boleh dapat ?  
  1. Diapers (Huggies)
  2. Receiving blankets
  3. Rompers (Carter's)
  4. Bib (Carter's / Mothercare / Debenhams)
  5. Wash cloth (Carter's)
  6. Socks
  7. Shoes (Carter's / Mothercare / Next / Adam's Kids)
  8. Baby book 
  9. Plush toy (Lamaze)
  10. Baby rattle (Bright Starts)
 
-  Hanya 10 tawaran ajer dibuka. 


Klik sini laju-laju untuk merasai keunikan Kek yang tak boleh dimakan, Diaper Cakes by ShilaShower ini :)



inside4 inside3 insideshoes inside1 inside



p/s:

Mahukah blog korang samada bisnes atau peribadi direview oleh Elissmie ? Serendah RM20 satu entry atau beriklanlah di Elissmie sekurang-kurangnya 6 bulan untuk review  PERCUMA !!! Cepat !!! Email me elissmie [at] gmail [dot] com

T & C Apply , Klik sini


Thursday, July 28, 2011

Donut buatan sendiri , first time buat apa terjadi???

Hari ni jom main masak-masak erk. Sebab terpengaruh dengan Azza yang berjaya buat donut lembut seperti entry ini , aku gigih jugak nak buat donut sendiri.Pukul 7 pagi tu buat donut sebab nak bagi anak makan :p My nuha pukul 7 tak bangun lagi, so ada la masa aku prepare untuk menguli doh.Since tak der mixer, pakai garfu pun jadi :p Lepas menguli, terus sambung tidur balik.hahahaha. Maklumlah, hari Sabtu my hubby pergi kerja kan.





Ni resepi aku :p hahahaha . Kejam tak ? resepi asal bleh rujuk sini dan sini :) Credit to both 


Sediakan bahan-bahan dulu yer kawan-kawan

 
Mulakan mengadun pakai garfu :p Sayang, bila nak beli mixer? :p



Tunggu punya tunggu , 3 jam tu - Naik sudah doh yang aku uli tu. 
Line biru tu adunan asal sebelum mengembang ok.Siap tanda pakai marker pen ;p



Sekali bila nak uli,doh aku lembik..hahahahaha



Tak kisahlaa..Aku bantai goreng ajer..


Tapi hasilnya tidak mengecewakan pun :) Sama rasa macam donut biasa gak..

Ini my nuha makan. Lepas tu siap tambah2 lagi :) 
 Ni hantu donut gebu :)

Untuk hiasan , instead of gula yang aku kisar, aku guna coklat cair jugak.


 hasilnya...boleh laa dicurah atas donut ...



Lepas tu, petang goreng lagi, kali ni balut dengan sosej pulak :) 
Hasilnya sungguh menikam kalbu.(angkat bakul :p)
Ini aku punya. Mestilah meriah dengan sayuran 


Korang pernah buat donut ??


p/s: 

Teringat kat Linda yang terror buat Donut masa duk rumah bujang dulu..Kagum aku wehhh..



Wednesday, July 27, 2011

Tingkatkan Susu Badan Untuk Persediaan Puasa ? | Advertorial @ Elissmie

Aku tahu ramai yang baca blog aku dalam golongan Mommy dan bagi golongan lain, boleh teruskan pembacaan untuk persedian akan datang kan :)  Hari ni aku nak berkongsi dengan korang macam mana nak hasilkan susu badan dengan banyak, nak-nak Ramadhan makin tiba ni kan. Bagi yang fully breastfeed mesti ini menjadi suatu kerisauan kot-kot tidak cukup pulak bekalan susu pada bulan Ramadhan nanti. Namun, Allah tidak zalim, dan telah memberi kelonggaran pada yang menyusukan untuk tidak berpuasa kan.Tapi tak boleh la suka-suka tak nak puasa tau !

Daripada Anas bin Malik Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”.

Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka. credit to : here

Tapi ni nak bagi tahu satu Rahsia dimana korang boleh berpuasa dengan bertenaga dan pengeluaran susu badan tidak berkurangan. Apa dia ? Ni hah, suplemen dari  Shaklee dari Kedai Triple-S . Jom pakat terjah hari ni jugak, agar Ibadah puasa di bulan Ramadhan yang datang cuma sekali setahun tu dapat dilakukan dengan sempurna :)





* Lengkap dengan Protein (Natural Soy), 8 kumpulan vitamin B, Kalsium-Magnesium dengan Vitamin D, Multivitamin dengan Zat Besi, 500mg Vitamin C serta Alfalfa (milk booster semulajadi yang digunakan sejak dahulu kala lagi) *

Tak percaya?. Korang boleh baca testimonial dibawah :



Antara teknik yang boleh diamalkan bersama Suplemen dari Shaklee :-


1) Supply Vs Demand - Lebih kerap kita melakukan pengosongan susu, lebih banyak signal demand di hasilkan..lebih banyak susu akan diproduce. INI WAJIB DIPATUHI.

2) Pemakanan Seimbang – Makan jangan di sekat-sekat, tetapi janganlah sampai melaupau pula kan.. ambil megikut piramid makanan dan memenuhi keperluan seorang ibu yang breastfeed. Pengambilan Suplemen SHAKLEE, membantu memperbaiki kesihatan ibu dari dalam. Tubuh yang sihat, pasti membantu melancarkan penghasilan susu. AIR – Perlu minum banyak, tiada alasan dalam pantang tidak boleh minum banyak air!

3) Doa, Doa dan Doa… Pintu Rezeki dipegang Allah SWT.. dan jangan lupa ISTIQAMAH..

credit : here

Doa membanyakkan susu ibu:


Untuk dapatkan harga istimewa, sila sms atau email kepada lydzar@gmail.com, 
call/sms 012-3103787



PROMOSI SEHINGGA 31 JULAI - RM120 ONLY!! FREE POSTAGE!
Klik sini untuk keterangan lanjut.

Senarai harga barangan Shaklee ---> klik sini


Borang pesanan --> Klik sini

Peringatan : Harap maklum bahawa semua tawaran dan pakej Shaklee hanya boleh di dapati secara EKSKLUSIF dari Lydzar dan jaringan Euphoria GBS. Ia TIDAK di tawarkan/ di jual / di sediakan oleh mana-mana cawangan Shaklee.


until 27/1/2012

Kalo nak lebih mudah, korang boleh klik pada banner diseidebar seperti kat atas ni jugak :)

Kedai Triple-S adalah Advertiser di elissmie.com Tempoh pengiklanannya adalah selama enam bulan di  Elissmie.Com dan berharap dia berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan mendapat hits yang baik dari belog aku ni :) 
p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah  
RM 3/Sebulan dengan belog aku disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . Tiada Banner? Boleh aku designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini .

Tutti Frutti Frozen Yogurt Now Open @ Shah Alam, siapa mahu belanja ??

Last Friday, aku singgah beli Nasi Beriani @ JM Beriani Seksyen 7.Sekali terpandang Tutti Frutti depan aku parking tu :) Terus SMS Niza the KB, ajak pi sana jumaat ni.hahahaha. Sebab hari tu lepas tengok 360 @ TV3 punya penangan la kan.Tutti Frutti Frozen Yogurt adalah kedai Self-served frozen yogurt.




Address : No.19G, Ground Floor, Jalan Plumbum 7R/R, Pusat Komersial Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

p/s:

Lot kedai Tutti Frutti ni sebelah Jakel , satu deret dengan kedai Mayfair, Subway,  Ayam Penyet Ap, JM Beriani & Rasa Mas tu..







RM 5.30 bagi 100 gram .




So, berpada-padalah mengisi Flavour & Toppings yang macam-macam ada tu yer kawan-kawan.
Mau jadi RM30 semangkuk kalo tamak haloba :)


JAWATAN KOSONG

We're hiring! Looking for part-timer and full-timer, male and female - for both of our Tutti Frutti Seri Bangi and Tutti Frutti Nilai 9 Avenue. Do contact us at tuttifrutti.seribangi@gmail.co​m or 0132048587 / 0122143241.

p/s:

Agak-agak kalo kerja kat sana , bleh makan Tutti Frutti Frozen Yogurt hari-hari tak ?


Alasan untuk makan  Tutti Frutti Frozen Yogurt kerana (katanya lah :p) segala penggemukan selepas tu dibawah tanggungjawab korang la :p
  • Strengthens the immune system
  • Prevents constipation, diarrhoea and bloating
  • Prevents colon cancer
  • Lowers blood pressure
  • Lowers cholesterol levels
  • Reduces inflammation
  • Improves mineral absorption
  • Prevents harmful bacteria
  • Promotes health bacteria and enzymes that are good for the body


p/s:
Ini bukan iklan berbayar :p
Tapi saja nak dengki korang pagi-pagi hari agar korang pun terpengaruh macam aku :p

Outlet lain : boleh rujuk sini.


Korang pernah ker makan Tutti Frutti Frozen Yogurt ?? 
Meh belanja aku sekali :) Jumaat last sebelum puasa, ada berani ???


Tuesday, July 26, 2011

Hari ni belajar Oracle, bertambah lah bahasa programming aku :p

Petang baru update blog :p Sebenarnya hari ni aku join training Oracle :  Introduction to Oracle DB Program with PL/SQL . Adakah aku ingin menjadi developer Oracle pulak lepas ni ? Oh, tidakkk..manyak fenen :p




pic credit to : here



p/s:

Masa diploma dulu aku belajar C++, lepas tu masuk degree, belajar ASP dan XML :p

Bila kerja kena belajar Lotus Script, formula dan Java Script :p



Korang pernah belajar programming ? Language apa?


Monday, July 25, 2011

Korang pernah makan telur penyu ?

Aku asal ajer Terengganu, tapi bukan selalu makan telur penyu pun :p Seingat aku pernah makan sekali ajer telur penyu, tu pun yang masin :p Balik hari tu, terpandang telur penyu yang dijual di gerai keropok lekor. Yang ni fresh punya, bukan telur masin.Terus hubby belikan.




3 biji RM10.


Last week baru teringat nak rebus.Bila dah rebus, isinya masih lagi cair dimulut :p Aku tak terdaya nak menelan.baru jer cuba sket, memang tak tercapai dek akalku ;p Pastu try campur kicap. Pun tak tertelan :p Habis 2 biji my hubby habiskan dan separuh aku punya :p


Korang pernah makan telur penyu ?


p/s :

Lepas ni aku tobat nak jadi penchenta alam :p Sayangilah penyu kita  :)

p/s:

Masa kecik-kecik dulu, Abah  aku pernah bawak kami sekeluarga pergi tengok penyu bertelur :)



Friday, July 22, 2011

Master bedroom rumah korang warna apa ?

Pagi-pagi dah buang tebiat tanya warna master bedroom rumah korang kan :p Terlebih dahulu, ku panjat syukur pada Ilahi, sebabnya permohonan perumahan yang aku submit hari tu dah diluluskan dalam masa 12 hari macam tu :) Terima kasih kepada staf JPPH Klang dan Bahagian Perumahan yang cekap dan efisyen. Siapa kata gomen lambat buat kerja ? Alhamdulillah, penilaian luluskan harga rumah yang aku beli tu :) So, tak perlu tambah apa-apa :)


Ni nak berkongsi satu program oleh Jotun untuk korang main-main cat rumah korang. Boleh klik sini laju-laju.Yang penting percuma tu :) Daftar pun percuma :)


Jotun Colour Advisor nama program ni.

* Mula-mula korang register dulu, then korang boleh la cat dinding rumah korang secara maya :)

Mari kita tengok hasilnya :) Ni aku amik gambar master bedroom rumah baru aku :)




Gambar sebelum


Jom tengok hasilnya :) Gambar selepas .Tak tahu pulak yang mana cantik. Ni aku main belasah ajer mengikut sedap mata aku memandang..hehehehe.



Kuning lembut..


Warna tanah gitu...



Ni kaler blog aku :p

Ni kaler UiTM Dihatiku namanya :p

Korang pernah cuba guna program ni ?Mudah kan ? Master bedroom korang warna apa ?



Thursday, July 21, 2011

Restoren Windmill , sekali lagi diterjahi..servis ???

Masih ingat terjahan kali pertama aku ke Restoren Windmill hari tu ? Ni kali kedua , aku terjahi dengan mengharapkan servis yang terbaik dan makanan yang sedap saat pertama kujejaki tempoh hari. Kecewa ! Servis kurang memuaskan dan kualiti makanan berkurangan. Mungkin kekurangan staf dibahagian dapur. Maklumlah kami datang seramai 20 orang .


Venue : Restoren Windmill
Motto  : Fine Quality Western Cuisine
Plaza Shah Alam (Massalam) , Seksyen 9

Yang diraikan. Kak Ani yang bakal menamatkan perkhidmatan di UiTM.


Boz bagi hadiah untuk Kak Ani dari kitorang.


Juga yang diraikan sempena kelahiran ahli kelab kopi kitorang untuk bulan Jun & July.
Encik Zul, Niza, Kak Aishah. Happy belated bday :)

p/s:
Ramaikan paparazzi ?? :p

Kek yang tempting :) nom nom nom :)


Aku order pun macam hari tu.

Sup pembuka selera. Rasa masih sama :p


Agak mengecewakan sket sebab daging kambing sedikit liat :p

Lamb shoulder with black pepper sauce served with fresh seasonal vegetable and butter rice @RM16.90



Antara menu lain yang diorder oleh ahli kelab yang lain :-


BBQ chicken with fresh seasonal vegetables and French fries @ RM 14.90

Lemon Chicken Chop with fresh vegetables and French fries @ RM 14.90

Last sekali , dessert - Puding Kelapa yang sedikit tengik bau dia :p
 
* Setiap menu yang aku tayang ni didatangkan dengan soup, dessert dan juga FREE refill air ice lemon tea.

 Gambar tanpa motif :p

 Ahli yang lain :)

 Wajah tuan belog harus ada :p


 Ni beg sapa yang menumpang kasih kat purse hook aku ni :p Purse hook yang banyak berjasa :)

 Kak Ani bagi ucapan perpisahan. Sayonara Kak Ani...

Dah siap makan tu tak reti-reti nak bayar ? ;p Lalalarikss.. 

Total : RM355 ++

 Trademark dia sudah mari... Kincir angin, sempena nama kedai ni, Restoren windmill :)


 Olive oil HALAL pun ada dijual :) Ker tayang jer erk? :p lupa nak tanya..hehehe


Manager yang mesra pelanggan . Segala aduan berkenaan servis, niza dah laporkan kat dia :)
Semoga dapat memperbaiki mutu servis dan kualiti makanan seperti kali pertama kami jejak dulu :)



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)