Pagi-pagi nak cerita pasal makanan. Semua lapar tak ? Lapar ? Bagusss... Ni nak menambahkan lagi darjah kelaparan korang la kiranya. Hari aku nak bawa balik korang ke Shah Alam iaitu Sekinchan Ikan Bakar yang telah mula beroperasi.Banyak komen negatif yang aku terima masa aku buat entry Sekinchan Ikan Bakar akan dibuka di Shah Alam ?? Rasa takut jugak nak mencuba tapi sebab nak tahu jugak macam mana rasa tak sedap tu kan, ku gagahi jua :p
Signboard Sekinchan Ikan Bakar sebesar-besar alam. Kalo tak jumpa jugak kedai ni, tak lama laa tu :p
Restoren Ikan Bakar Sekinchan Sdn Bhd
No 21 Jalan Plumbum
Seksyen 7, Shah Alam.
Restoren Ikan Bakar Sekinchan Sdn Bhd
No 21 Jalan Plumbum
Seksyen 7, Shah Alam.
Ni deko dalam kedai.
Memang simple ajer dekonya dan dilatari dengan gambar makanan yang dijual disitu...
Kami pilih makan kat luar sampai menikmati permandangan air sungai ala-ala sungai Klang :p
Wajah tuan belog yang bagai dipam-pam pun harus ada :p
Jom tengok apa yang kami order :-
Ikan dan sayur kena pergi pilih sendiri kat kaunter ikan dan sayur yer...Yang pasti semuanya bakar-bakar. So, sila jangan nak berangan nak makan tomyam ker, sup ker, memang tadak.. Kecuali bakar dan bakar sahaja dan elok sangat motto kedai ni diletakkan " Kita Bakor Ajer "
Ikan Kerapu Kita Bakor Ajer
Baby Kailan Kita Bakor Ajer
Kopi Jantan Ais dan Tembikai Laici. Air kosong untuk my Nuha..hehehe :p
Sampai licin laa kami makan.
Overall bagi aku , tak der laa tak sedap sangat seperti yang digembar gemburkan dan sesuai ajer dengan tekak kitorang. Tapi kalo kuah ikan bakar tu dipersedapkan lagi, aku rasa lagi sedap. Boleh laa bagi 3 bintang out of 5.
Bayar la pulak...
Semua sekali RM 46.40
Harga pun tak mahal mana..Standard ajer..
pssst :
Kalo sesiapa nak buat ikan bakar sendiri, boleh cuba resepi rempah ikan bakar ni, yang digunakan oleh kedai ikan bakar yang glemer jugak kat kampung aku.Pasti korang menanges lepas cuba resepi ni sebab sedap :p
My nuha pun suka makan ikan bakar kat situ :p Tengok muka puas hati, memang tak boleh blah :p
p/s:
Catatan peribadi : PR blog elissmie.com telah menginjak 2 anak tangga dari PR2 ke PR4. Alhamdulillah..Check PR blog korang kat sini
Eliss makan takde la mahal sangat. saya baca komen dr blogger lain kata makan sana mahal mcm tak berbaloi.
ReplyDeleteke sbb kedai baru bukak. dia tak cekik lagi duit pelanggan. hihii.
Okey2x je kan rasanya....tahniah sebab PR naik...
ReplyDeleteeliss
ReplyDeletesekinchan bukan mahal ke?
pernah tgk review org ..katanya mahal & x sedap mana pun..
tq for review
wah, murah jugak la kan...nasib takde air bakor bakor je ...hehe
ReplyDeleteuii,..jalan plumbum tu byk jgk kedai makan...nanti aku nak ajak en.suami pegi sana la. moto kedai tu mmg patut tukar la, catchy skit.hehe..
ReplyDeletep/s: suka la cara ko promo deal tu Ellis, i follow yek..hehe
hmm.. nnt nak cuba jugak la. terdekat..ada kt setiawangsa.
ReplyDeletemak aih sedapnye :) terliur tgk :)
ReplyDeleteperrggghh..meleleh air liur~ dh lah ngah lapar nih..
ReplyDeleteSemalam aku g makan kat Wong Solo..baru perasan kedai ikan bakar ni..nanti boleh la kita melepakkan diri kat sini kan..huhuhuhuh
ReplyDeleteramai gak yang kasi negative review...kami belum cuba lagi
ReplyDeleterasanya rempah ikar bakar tu kalo repair skit kasi pekat dan tambah skit lagi bahan yang perlu akan jadi lebih best..
ReplyDeletebagi kami kalo setakat makan ikan dan harga ikan tu lingkungan rm35-45 adalah biasa...tak mahal sangat pun. tengok la ikan jenis apa dan size ikan tu sekali...
kalo ikan kerapu (yang macam kami makan) atau siakap sama size tapak kasut size 9 UK aku tu, murah la tu...
kalo nak murah tangkap sendiri la ikan kat tengah laut atau bela belakang rumah...takkan korang harap makan ikan merah size tapak kasut 9 UK nak dapat harga rm15 kan?
tapi jangan la ikan sama dengan kasut size 4 harga rm15...tu memang tokey dia nak makan kasut size 9 UK...hahaha!!!
Best la dgr ayat lu....brutal abih...peace.
ReplyDeleteMcm best jer,mlm t nk pg lh...tunggu comen sy
ReplyDelete