Thursday, June 30, 2011

Akhirnya, aku sudah berjaya buat Felt Hair Clip :)

Hari ni saja nak tunjuk hasil keras tangan aku yang seterusnya. Last dulu adalah baju untuk anak buah aku kat terengganu seperti disini. Dah berjaya buat sehelai baju buat my nuha sebelumnya seperti disini.

Kali ni, seperti yang diidamkan nak buat adalah Felt Hair Clip. Aku dah berjaya buat dua design iaitu satu namanya (chewah..siap ada nama ko :p ) I'm a big big flower by elissmie dan I Heart You by elissmie .


Jom tengok hasilnya :)Lepas ni boleh buat giveaway lagi. Ada ker orang nak erk?


I'm a big big flower by elissmie

p/s:
Yang ni aku buat sementara tunggu hubby abes kerja untuk ke PD last week. Yang ni dah bagi kepada kawan-kawan ofiz yang rapat :)


I Heart You by elissmie .

p/s: 

Aku baru siapkan malam tadi keempat-empat hair clip I Heart You by elissmie tu . Ianya adalah untuk 3 pemenang bertuah seperti yang digembar gemburkan di entry ini :Kepada pemenang yang bertuah, sila tuntut hadiah korang...

Insya Allah, paling cepat tengah hari ni aku akan pos hadiah kepada pemenang. Tak jadi nak buat brooch sebab tak konfiden lagi :p So, aku buat Hair Clip yer winner :)

Ok, kita layan pulak model tidak berbayar belog ni, dan mesti ada satu upah laa untuk dia. Kiranya dia dah ada 2 koleksi felt Hair Clip la :) Save duit mak kan...hehehe







Macam mana hasil keras tangan aku ?? Ada sesiapa nak buat tempahan?? hahahaha...

Wednesday, June 29, 2011

Teaser ( Cer teka cer teka )



Tempat kami berpoya-poya weekend yang lepas... Cuba teka kat mana ? :p




Meh tengok baju kurung cotton ready made dan kain cotton untuk raya | Advertiser @ Elissmie

Korang dah beli ke kain untuk baju raya ? Tak abes-abes kan, cakap pasal raya even puasa pun belum lagi.Tapi aku tengok keyword search ke belog aku ni, dah ramai dah duk search Fesyen Baju Kurung 2011. So, bagi yang masih mencari-cari kat mana nak dapatkan kain cotton tanpa perlu berasak-asak dikedai ataupun nak senang dan mudah, beli ajer baju kurung ready made, boleh la terjah Cotton Purple ni. Ianya ada menyediakan pelbagai  pilihan baju kurung cotton ready made dan kain cotton pilihan anda...

Jom tengok antara baju kurung cotton ready made dan kain cotton dijual di Cotton Purple !
Kita terjah !



Baju kurung cotton manik

Code : BK02

Price : RM140 



Baju kurung cotton manik

Code : BK05

Price : RM140 




Baju kurung cotton manik

Code : BK07

Price : RM140 




Baju kurung cotton manik

Code : BK09

Price : RM140 


COTTON VIETNAM (COTTON LAWN)
CV002
RM90
AVAILABLE 


COTTON VIETNAM (COTTON SATEEN)
CV004
RM90
AVAILABLE 


COTTON VIETNAM (ENGLISH COTTON)
CV006
RM90
AVAILABLE 


DESIGNER COTTON (ROBERT KAUFFMAN)
CV008
RM90
AVAILABLE 





Banyak lagi yang menarik untuk dipilih tau, KLIK SINI LAJU-LAJU...
Untuk tempahan, sila berhubung terus dengan pemilik Cottonpurple dia alamat email cottonpurple@gmail.com atau SMS ajer 012 * 2233176 

Untuk tidak terlepas update terbaru, boleh like di facebook CottonPurple :
Cottonpurple adalah Advertiser di elissmie.com Tempoh pengiklanannya adalah selama 6 bulan di  Elissmie.Com dan berharap dia berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan mendapat hits yang baik dari belog aku ni :)


p/s :
Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah   RM 3/Sebulan dengan belog aku disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . Tiada Banner? Boleh aku designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sidebar yer :)
Korang dah beli ke kain untuk buat baju raya ? Ada lagi ke tempahan dibuka ? Biasa kat tempat korang upah berapa sepasang ?

 

Tuesday, June 28, 2011

Kepada pemenang yang bertuah, sila tuntut hadiah korang...

Kepada semua peneka, terima kasih atas cadangan dan tekaan korang. Berikut adalah nama peserta yang join. 8 orang ajer termasuk my hubby :) Tq lalings :)

1. zue
2.iera
3.amirah
4.mari liza
5.zh-ena
6.Sarah
7.sweetdarling



 Hadiah berupa Keychain dari Port Dickson dan Felt Brooch by elissmie :)

ala-ala macam ni la tapi ini Felt Hair Clip..


Cabutan untuk 3 peserta bertuah adalah seperti berikut...

Mari kita lihat, siapa yang dapat. Aku guna khidmat Encik Random.Org ajer...



Tahniah kepada pemenang..Pengalah jangan kecik ati yer :)


Emailkan alamat korang kat aku yer di elissmie [at] gmail [dot] com :)

By next week, aku pos yer sebab brooch tu tak siap lagi :)


p/s:

Aku dah submit penyertaan ni...Tak kisah laa kalah ke menang kan :) Yang penting hantar penyertaan...



Sekinchan Ikan Bakar, semuanya bakar-bakar sahaja....

Pagi-pagi nak cerita pasal makanan. Semua lapar tak ? Lapar ? Bagusss... Ni nak menambahkan lagi darjah kelaparan korang la kiranya. Hari aku nak bawa balik korang ke Shah Alam iaitu Sekinchan Ikan Bakar yang telah mula beroperasi.Banyak komen negatif yang aku terima masa aku buat entry Sekinchan Ikan Bakar akan dibuka di Shah Alam ?? Rasa takut jugak nak mencuba tapi sebab nak tahu jugak macam mana rasa tak sedap tu kan, ku gagahi jua :p



Signboard Sekinchan Ikan Bakar sebesar-besar alam. Kalo tak jumpa jugak kedai ni, tak lama laa tu :p

Restoren Ikan Bakar Sekinchan Sdn Bhd

No 21 Jalan Plumbum

Seksyen 7, Shah Alam.

Ni deko dalam kedai. 

Memang simple ajer dekonya dan dilatari dengan gambar makanan yang dijual disitu...
Kami pilih makan kat luar sampai menikmati permandangan air sungai ala-ala sungai Klang :p 



Wajah tuan belog yang bagai dipam-pam pun harus ada :p

 Jom tengok apa yang kami order :- 

Ikan dan sayur kena pergi pilih sendiri kat kaunter ikan dan sayur yer...Yang pasti semuanya bakar-bakar. So, sila jangan nak berangan nak makan tomyam ker, sup ker, memang tadak.. Kecuali bakar dan bakar sahaja dan elok sangat motto kedai ni diletakkan " Kita Bakor Ajer "



 Ikan Kerapu Kita Bakor Ajer


 Baby Kailan Kita Bakor Ajer


Kopi Jantan Ais dan Tembikai Laici. Air kosong untuk my Nuha..hehehe :p



Sampai licin laa kami makan.

Overall bagi aku , tak der laa tak sedap sangat seperti yang digembar gemburkan  dan sesuai ajer dengan tekak kitorang. Tapi kalo kuah ikan bakar tu dipersedapkan lagi, aku rasa lagi sedap. Boleh laa bagi 3 bintang out of 5. 

Bayar la pulak...

Semua sekali RM 46.40
Harga pun tak mahal mana..Standard ajer..


 pssst :

Kalo sesiapa nak buat ikan bakar sendiri, boleh cuba resepi rempah ikan bakar ni, yang digunakan oleh kedai ikan bakar yang glemer jugak kat kampung aku.Pasti korang menanges lepas cuba resepi ni sebab sedap :p



My nuha pun suka makan ikan bakar kat situ :p Tengok muka puas hati, memang tak boleh blah :p


p/s:

Catatan peribadi : PR blog elissmie.com telah menginjak 2 anak tangga dari PR2 ke PR4. Alhamdulillah..Check PR blog korang kat sini


Monday, June 27, 2011

Pengalaman Pertama Di Spa | Tini's Spa Shah Alam

Korang pernah pergi spa ? Aku dulu masa sebelum kawen memang teringin nak pergi spa nak memanjakan diri kononnya nak naikkan seri pengantin gitu :p Tapi sampai ke sudah tak pergi sebab kekangan waktu dan duit masa tu, tak jadi lah nak memanjakan diri. Apabila ada Milkadeal pasal spa tu, terus tak lepaskan peluang. Tq pada Niza yang inform pasal tawaran hebat ini. Korang dah register Milkadel ? Rugi tak register sebab free dan tawaran pun hebat . Cepat-cepat klik sini untuk register....Rugi tau tak register, nanti terlepas peluang tawaran yang menarik macam aku ni..

Tawaran yang aku beli :

RM48 instead of RM384 for: Dermalogica Facial + Aromatherapy Massage + Body Toning + Foot Soak & Light refreshments at Tini's Spa, 2 Locations [88% OFF]

Jumaat lepas, aku dan Ad pun pergi kesana. Tu pun Niza yang bookingkan tapi dia tak join pulak kitorang.Jom la layan, apa yang aku  dan Ad buat kat sana :)


Simple sungguh deko dalam tu...

Tini's Spa Shah Alam, 27A, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. 
Tel: +603 5512 5388 / +6013 227 5859

'Nothing’s tiny in Tini’s Spa, especially the service!’
 

Produk yang dijual di Tini's Spa



Facebook : Tini's Spa

Memula sampai tu, kami ditanya macam-macam soalan la berkaitan dengan kesihatan kitorang .Mesti nak elakkan kes-kes yang tidak diingini pada kami kan. Mana tau ada penyakit serius dan tak sesuai untuk dapatkan rawatan kat spa tu. Setelah lulus semua , barulah diberikan rawatan...

Deko dalam bilik Foot Soak..


Mula-mula aku diberikan rawatan Foot Soak selama 5 minit untuk melancarkan aliran darah gitu kekdahnya..Maklumlah, kaki pun letih jugak kan. Nak -nak yang pakai kasut 13 inci :p lalalariksss...


Kemudian, aku kena masuk tukar baju dulu dalam Changing Room dengan memakai kain batik...

 
Tu dia, baju sudah hilang...

Sorry...lepas tu, memang tak boleh amik gambar dah laa..Gila kau ! Aku berkemban mana boleh tengok..hehehe :p So, sila bayangkan seperti gambar-gambar dibawah, sebab aku cilok dari website Tini's Spa..

 inside2

First sekali, diorang amik ukuran badan aku dan suh baring atas katil dalam bilik macam ni... Kain semua kena cabut dah..Seb baik dia tutup dengan kain lain pulak :p 
Aku rasa gambar ni cawangan lain punya, sebab lain sket deko ni..Ni mungkin Ampang la kot :p



inside3 
 Urut- urut muka dulu bagi relax. Masa ni buat serentak Dermalogica Facial dan Body Toning dengan special padded machine selama 30 minit. Aku pilih perut lah..Lihat perutku, tak buncit kan :p Turun la 1 inchi lepas rawatan tu..Rasa macam nak tercabut perut aku, maklumlah sama dengan sit up 2000 kali kau !! 

Korang pernah ker sit up sampai 2000 kali ??? Tak der kan?? Tak der kan?? hahahaha.




Mula-mula aku diberikan Dermalogica Facial iaitu 
termasuk - cuci muka, letak toner, letak moisturizer, buang whitehead 
dan blackhead, mask, stim muka. Yang ni RM98 biasa.



Produk yang digunakan adalah Dermalogica.Kalo berminat memang boleh beli la produk tu kat situ.

http://cdn.milkadeal.com/storage/32000/523/2ffc4707b60300e2fb06566073134c0a.jpg

Ni bilik untuk buat Aromatherapy Massage tu...

Lepas abes treatment, memang badan rasa bertenaga dan cergas - ok tipu.. Rasa macam nak balik tidur..hahaha. Dah la aku punya last treatment tu, Aromatherapy Massage, memang dibuai-buai betul la dengan aroma lilin wangi dan suasana gelap tu...Bukan macam gambar lah kan. Lampu yang ada adalah cahaya lilin ajer..Memang betul-betul sesuaiiii sangat untuk tidur weh...Lepas tu minum pulak teh bunga melur..

Terima Kasih kepada Fara & Anna atas servis yang terbaik dan mesra pelanggan !! Lepas ni , nak pergi mandi susu pulak secara PERCUMA jugak :) Best sungguh !!

Korang pernah pergi Spa untuk memanjakan diri ???


Friday, June 24, 2011

Tolong pilih untuk aku, nescaya muka korang berseri-seri :p Ok, tipu...

Tapi aku doakan muka korang berseri-seri gitu..Sempena dengan penstrukturan semula ofiz aku ni, pihak atasan suh buat logo baru lah kiranya untuk ofiz kitorang. Hadiah yang ditawarkan adalah barangan IT bernilai lebih RM200. So, aku amik la peluang menggunakan tangan yang tak berapa nak kreatif ni. Kalah pun tak per :p Kalo menang dapat hadiah kan :p



 Tapi satu penyertaan ajer yang perlu dihantar oleh seorang peserta. So korang silalah membuat pertimbangan untuk aku atau idea baru yang lebih menarik kombinasi design-design aku kat bawah ni. Jika aku menang konon2, Insya Allah, akan dapat RM10 tunai / topup bagi design yang aku hantar dan menang :p (1 orang sahaja tapi kalo ramai betul makanya, kena buat cabutan bertuah la )

Tarikh tutup tekaan adalah pada 28/6/2011 sebelum 12 tengah hari :) Tak perlu buat entry, cuma jadi follower belog aku dan komen kat entry ni sahaja. Mudah tak ? Dan lebih menarik, Insya Allah akan ada 3 cabutan bertuah untuk semua peneka iaitu ole-ole dari Port Dickson.Selamat membuat tekaan !!



Design A
 Design B
 Design C
 Design D
Design E 
 


Thursday, June 23, 2011

Dimana korang beli baju raya anak-anak ?

Ribut tadak, petir tadak. Tetiba ajer, pagi-pagi ni tanya korang dimana nak cari baju raya anak-anak kan? Gila keji. Puasa blom start lagi tapi iklan kurma Yusuf Taiyoob dah keluar paper :p Gitu laa kekdahnya..Tanda-tanda Awal Ramadhan hampir tiba pun dah kelihatan.Oh, birthday aku mungkin raya ketujuh kot :p My Nuha birthday maybe jatuh pada hari kedua puasa :p

Ni nak tunjuk korang satu kedai yang aku jumpa masa mencari baju untuk majlis kahwin adik aku untuk my Nuha hari tu..Boleh la usha untuk beli baju untuk raya .Nama kedai dia Kidz Branded Outlet kat Plaza Massalam, Seksyen 9 , Shah Alam.


p/s: 

Aku tak der share dalam ini kedai yer :p 
Tapi kalo ada orang nak bagi diskaun, aku terima. Ada ker?...hehehehe

p/s:

Menurut promoter kat situ, bulan puasa nanti ada sales..Harus terjah ok puasa nanti !!


Bagi yang duk lepak-lepak tunggu result exam tu esp budak ijazah ,
kalo korang nak jadi promoter, ada kosong ni...


Ni baju yang terdapat dalam kedai ni..Memang rambang mata laa memilihnya...
Tapi harga memang mahal sket la sebab baju yang branded katakan...Aku tengok rata-rata brand Gap.


 Satu lot ajer kedai ni..Tapi depan kedai ada lagi baju-baju yang dijual..


Promoter kat situ ada budak UiTM :p

Jom tengok baju yang digayakan oleh my Nuha dari Kidz Branded Outlet ni :-

 Yang ni lah baju my Nuha masa kahwin adik aku tu. RM 59.


Pyjama dari Gap ni memang aku suka beli untuk my Nuha. Selalu beli online ajer .

Pyjama ni RM50 untuk 2 helai. Tapi sehelai RM 29.90


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)