Friday, April 29, 2011

Bekas telur cantik-cantik dan murah, nak dapatkannya dimana ?

Bukan aku nak memperbaharui perkahwinan yer :p Ini nak cari untuk satu-satunya adinda yang belum menamatkan zaman bujang dan bakal melangsungkan perkahwinan pada 4 Jun  nanti.  Semua mintak orang sponsor :p Syokk  laa ko dik... Aku pun sudi jugak kiranya sponsor bekas telur tu pun sebab ma aku request..hahahaha



Sorry, single but not available..
Gambar aku cilok dari fb dia. Weh, ko bila nak approve hakak as friend ni hah?

pic credit to : here
P
Pilihan aku yang macam seramik-seramik macam ni.

Aku ada tanya ofiz mate aku, dia cakap sebelah De Palma Hotel Shah Alam ada tempat jual barang-barang perkahwinan murah-murah dengan kata lain dengan harga borong laa kiranya. So, esok ingat nak pegi sana serbu. Ahad nak ke KL, sebab kat Chow Kit kakak aku cakap pun ada. So marilah kita survey banyak-banyak tempat. Sekarang masa untuk berjimat yer... :p (Ker kedekut ?  :p )

Nak pergi Nilai 3 memang malas lah. Kalo boleh nak cari area KL atau Shah Alam ajer..Terimbau pulak kenangan ke Nilai 3 dulu  nak cari barang perkahwinan, siap ada check list lagi barang-barang nak beli dan tampal segala tok nenek resit dan bil dalam buku tu. Buku tu masih ada dalam simpanan tapi dah berhabuk..hehehe

Korang tahu tak kat mana lagi aku boleh cari ?


Thursday, April 28, 2011

Menang Pengubahsuaian Dapur Bernilai RM80K ??

Aku sekarang tengah mode verangan membayangkan aku menang Hadiah Utama Pengubahsuaian Dapur bernilai RM80K oleh Eric Leong ! Surpriseeeeee !! Sukanyaaaa :)

Sebenarnya, Isnin lepas ke Tesco beli susu my Nuha dan ternampak contest ini. Dan hadiahnya adalah Pakej Pengubahsuaian Dapur Bernilai RM80K. Mak ai..Nak buat dapur macam mana yer dengan RM80K. Boleh renovate satu rumah aku ni..hehehe




Dapur rumah aku nanti..Insya Allah..

Siapa nak makan pizza hut separuh harga , klik sini laju-laju yer :)


Ni plak pelan lantai dapur rumah aku...

Rumah aku nanti, memang ada wet dan dry kitchen...

Jom layan aku verangan ok...Aku nak design dia, lebih kurang design-design bawah ni laa Eric.. Eh , :p

Kat Dry Kitchen tu aku nak L-Shape la...Tema Hitam Putih :) Konsep Luxury Minimalist Kitchen.



Yang ni ok dah, cuma L dia tu belah sini, macam gambar dalam pelan lantai dapur kat atas tu..



Kalo macam ni best jugak, part depan tu aku boleh potong bawang ker sayur ker kan :)


Yang ni cun jugak part L-Shape dia tu...mana-mana jer laa..janji konsep
 Luxury Minimalist Kitchen yer Eric, eh  :p

Kat bahagian wet kitchen pulak, nak simple ajer..nak letak dapur untuk masak ajer..tapi tak jumpa pulak yang hitam putih ..macam ni laa lebih kurang..


Simple tapi luxury yer Eric :p


Yang ni memang UiTM dihatiku :)



Memang nak la style ada island macam ni, tapi kena ukur lah rumah dibadan sendiri kan..
Yang ni, kena beli rumah lain pulak kalo nak buat..hehehehe


Eric, Dining room termasuk ker dalam pakej pengubasuaian dapur ni ?? hehehe

Aku dah laa belum ada set meja makan ni...



Nak yang macam ni boleh :) Lalalalalarikssss...



Kalo tak boleh macam tu, Macam ni pun tak apalah...hehehe

p/s:

gambar semua dari google , lupa nak save credit..

p/s:


Siapa nak makan pizza hut separuh harga , klik sini laju-laju yer :)



Wednesday, April 27, 2011

Minum Petang di Restoren Saba' Cyberjaya Tidak Mengecewakan :)

Kembali lagi dalam segmen jalan-jalan cari makan di elissmie.com .Hari ni jauh sket kita jelajah. Main area Shah Alam ajer kan. Kali ni, area Cyberjaya pulak :)

Restoren ni dah 2-3 tahun duk berkumandang kat telinga aku oleh my hubby tapi aku tak jejak2 pun lagi. Katanya nasi Arab dia memang sedap dari tempat yang dia pernah makan selama ni. Akhirnya,Sabtu lepas,sampai jugak kami kesana.Sebabnya nak submit dokumen rumah kat kawan aku untuk submit kat peguam aku. Insya Allah, dalam masa 2 minggu lagi , rumah akan jadi milik kami. Moga Allah permudahkan urusan kami.Amin. Ok, sambung pasal jalan-jalan cari makan :)

Seb baik GPS menyelamatkan keadaan :) My hubby pun dah lama tak kesini, so dia ingat-ingat lupa pulak :p


 4800 SUITE, 0-2 GROUND FLOOR, BLOCK A1, JALAN PERDANA CBD PERDANA, CYBERJAYA, SELANGOR
GPS Coordinates : N2 55.370 E101 39.072




Meh tengok menu dulu. Deko tak sempat nak snap :p Lagipun simple ajer konsep dia.

Hari tu, memula kami ingat nak makan light-light ajer, sekali my Nuha cakap nak makan nasi bila nampak orang makan nasi. Aduhai :)  My hubby order la nasi , iaitu Kabsah Chicken. So dia share dengan my nuha. Sebelum tu dah order Lamb Akdah yang didatangkan dengan Roti Arab.


Ni la roti Arab tu. Mak aihhh...besarnya makkkk...
Siap tak abes pulak :p Dah makan 4 orang dah ni..
Kena makan cepat-cepat, bila dah sejuk kurang kick :p


Lamb Akdah. Ni pencecah dia la kiranya.. Satu set ni RM 15 dengan Roti Arab.

Nasi lupa pulak nak try. So my hubby owe me untuk datang sekali lagi ke Restoren Saba dan pekena Kabsah Lamb.Hari tu me tak jamah pun nasi sebab kenyang lagi :)


Menu yang lain yang diorder : Sandwic Kebab, Barbican, Teh O, Watermelon Juice dan Chicken Kabsah satu lagi .

Total : RM 70
Gambar lain tak sempat nak snap, sebab busy borak dengan kawan lama :) Kak Yan :) Lupa pulak snap gambar bersama. Anak dia dah 2 baru jumpa. Last sekali jumpa tak silap masa kawen diorang kot..


Up balik laa gambar kawen diorang, kasi nostalgia :) hehehe

p/s:

Dalam gambar ni, semua dah kawen kecuali Carol :p hehehehe
Weh Carol, ko bila nak kawen ? Kalo baca belog aku, sila jawab..larikksss

 

Sesiapa nak beli rumah, ada rumah untuk dijual, ada rumah untuk disewa boleh layari laman web ni http://www.gohartanah.com/


My Nuha | My Hubby | Watermark For Free | Header For Free

Tuesday, April 26, 2011

Tetiba ajer nak belajar jahit felt :p, sila lah bagi sokongan moral :)

Korang tahu kain felt tu apa dia ?

Menurut encik wiki, Felt is a non-woven cloth that is produced by matting, condensing and pressing woollen fibres.
Ntah dari mana aku dapat idea nak jahit felt ni. Skang dah belajar jahitan-jahitan basic untuk jahit felt.Semua aku belajar melalui youtube :p Hebat tak hebat. Nak attend kelas, tak tahu pulak kat mana dan tak ada kesempatan kalo buat weekend.Lain la, ada orang sudi nak datang ajar kat rumah..hehehe


Masa aku duk belajar jahit-jahit tu, so far my Nuha ok jer tengok apa yang aku buat. Tak pulak kacau. Ingat nak buat sepit rambut dan jahit baju untuk dia dengan nama dia. Siapa tahu kat mana ada orang jual baju t-shirt budak warna putih/warna ker, tapi kosong, bagi tau kat aku erkk  :)


 
pic credit to : here



pic credit to : here

p/s:

 
Sekarang sedang sabar menunggu kain felt yang diorder dari belog purple shades
 
p/s:
 
Insya Allah, kalo dah perasan cantik hasil kerja keras tangan aku nanti,
aku buatkan giveaway untuk korang yer :p
Mode : Berangan...
 
 
Korang ada pernah buat apa, idea datang tetiba ajer???

 

Monday, April 25, 2011

100101

Cantik betul jumlah visitor belog me pagi ni :)


p/s:

Masih tengah gigih menyiapkan sistem.. Last Friday, aku balik pukul 6 lebih.
Sekali bunyi ketik-ketik-ketik, terus cabut..hahahahaha. Boleh tahan penakut aku ni yer :p
Bekerja di bangunan yang wujud dari tahun 70 an ni wehhh :p

Korang pernah jadi orang terakhir balik dari ofiz ?? 
Seram tak ??


p/s:



Tq yer Puan Zima, sebab bagi Fm & Kek Sarawak :)



Friday, April 22, 2011

Perkahwinan Diraja HRH Prince William & Kate Middleton LIVE boleh tengok kat Hypp TV?

Perkahwinan Diraja HRH Prince William & Kate Middleton LIVE boleh tengok kat Hypp TV? Korang tak percaya ? 



p/s:


Hari ni busy nak siapkan sistem yang nak kena lauching Isnin ni. Oh, kenapa hari ni hari Jumaat..Ko jadikan hari ni hari Isnin pun aku redha dalam keadaan ini..hahaha.Over :p 14 hari lagi...Sign SPA..Semoga Allah permudahkan urusan kami...Amin....

Teaser,



 
Master Bed Room :p


Thursday, April 21, 2011

Elissmie.com diserbu LHDN ?? biar benar ??

Mana lah sumber pendapatan Elissmie.com ni kan. Banner kat sidebar tu pun RM 3 ajer sebulan. Nak kata PR tinggi, baru PR 2 ajer.Kurang 1 tangga dari MBP :) Follower pun suam-suam kuku ajer, tadak riban-riban kan..UV pun tak sampai riban-riban sehari..

Ok, sebenarnya, bukan aku kena serbu LHDN, tapi aku sendiri yang serbu LHDN..Opss..Sorry. Tahun ni tahun pertama aku nak declare kat LHDN tapi bukan dari sumber berblogging lah. Declare ajer dulu, untuk kemudahan masa akan datang :)

Korang dah isi E-Filing ker ??

Sebelum isi E-Filing, kena dapatkan dulu No Pin dari E-Daftar atau pergi terus ke pejabat LHDN. Tak kuasa aku nak pergi pejabat kan, so aku apply online ajer.Mudah betul ! Just hantar email ajer ,kurang dari 3 hari dah dapat feedback dari LHDN . Siapa kata gomen lembab buat kerja ?


Permohonan No. PIN e-Filing

Permohonan nombor PIN melalui e-mel pin@hasil.gov.my, sila gunakan alamat e-mel sendiri pemohon dan setiap permohonan perlu disertakan dengan :

No.Rujukan Cukai  ( Boleh dapat dari ofiz masing-masing lah)
Alamat terkini
Salinan MyKad (muka depan dan belakang)
No telefon

TAPI, TARIKH AKHIR PERMOHONAN BARU PIN E-FILING MELALUI E-MEL BAGI PENGHANTARAN BORANG BE ADALAH PADA 20/04/2011 (semalam) .

Bila dah ada no pin, boleh la isi e-filing tu...

1) Bagi yang first timer macam aku ni, kalo nak isi kena klik sini..

2) Kalo dah biasa isi, kena klik sini.

Bila dah submit, boleh tengok pengesahan kat sini..

TARIKH AKHIR pengemukaan borang dan bayaran baki cukai kena dibayar bagi
punca pendapatan bukan perniagaan ialah pada 30/04/2011.

Korang dah bayar ke cukai pendapatan ? Dah kena bayar ker ?


* Link telah dikemaskini pada 17/3/2015


Wednesday, April 20, 2011

Macam mana nak renew domain ? | Elissmie.com sudah renew

Memandangkan aku pengguna domain dari NetKL.com, makanya aku nak ajar cara renew domain NetKL.com lah kan :) Kalo tanya provider lain, sorry, aku memang tak arif :) Menggagau jugak aku masa nak renew tu sebab dah dekat setahun gitu kan beli.


1) Memula sekali pergi website ini :http://billing.netkl.com/



2) Lepas tu Pilih Order kat sidebar belah kanan tu - Pilih pulak Domain Renewals.

3) Tick domain yang mana nak renew, dalam kes aku cuma satu ajer domain yang ada :)


4) Pilih berapa lama korang nak  renew. Klik Order Now. Lepas tu NetKL akan email invoice.

5) Apa lagi, bayar lah :) Aku pilih method Bank Transfer. So, lepas dah transfer emailkan  bukti pembayaran kepada sales@netkl.com

6) Then sampai lagi email mengatakan domain aku sudah renew !! Yeaaahaaa :)

Thank you for your domain renewal order. Your domain renewal request for the domain listed below has now been completed.

Domain: elissmie.com
Renewal Length: 1 Year/s
Renewal Price: RM31.60 MYR
Next Due Date: 07/05/2012



p/s :

Bila pulak yer nak berhosting sendiri....mungkin cukup setakat domain ajer lah ..



p/s:


Hari ni kena mengajar sistem. Selamat Pagi Cikgu  :) Tapi murid-murid dah belia semua..hehehehe




Tuesday, April 19, 2011

Itik Panggang Halal ada dijual di Shah Alam ? | Restoren Mohd Chan

Selalu tengok jalan-jalan cari makan versi cina, Ho Chak, mesti terliur bila diorang makan Itik Panggang. Kali ni, semuanya tidak lagi jadi masalah buat aku sebabnya, kat Shah Alam, sudah ada cawangan Restoren Mohd Chan Abdullah. Phewwwittttt :) Dah lama teringin nak makan chinese style cuisine yang HALAL ni!! Selalu duk tengok orang ajer makan kan.


Mula-mula,kita tengok dulu penaja makanan malam itu :) Terima kasih Longs !


Makanan adalah untuk 4 orang dewasa dan 1 orang kanak-kanak kuat makan :)



Menu yang ada..Ikut hati nak try semua..jakunss kata kau !!


Deko dia, simple dan menarik.



Ada wallpaper tulisan cina, Oli tolong bacakan :) Tak faham maaa :p

Jom tengok apa yang kami order :-

Pau pembuka selera :p Kak Long ngan My Nuha ajer makan :p

Ni yang paling dicari-cari , Itik Panggang .
Lembut gila daging dia. Kulit garing..perghhhh...Boleh order lagi lain kali..


Ketam Masak Sos Spesial. Syok habes ni, meleleh air liur kalo tengok gambar.Makan apa tah lagi...

Baby Kailan dengan Sos Tiram. Sayur menu wajib :)


Stim Taufu yang disiram dengan kicap cair kot :p



Ni kak long punya...

Ni den punya :)

Makanan kat atas + Air Teh Cina + Air Longan + Limau Asam Boi + Apple Asam Boi

Semua sekali RM 104.00 sahaja.. Murah jugak kan ??





Venue : Malaysia Restoran Makanan Cina Muslim | Restoran Mohd Chan Abdullah
Lokasi : Seksyen 15, tapak Public Bank lama..
Maklumat lanjut : http://www.mohdchan.com.my/


Korang suka makan makanan style cina ???

p/s :

Semua gambar using my C3 :)



p/s:

Tq pada Mama Aimy, dah terima FM Singapore sebab berjaya teka teka-teki itu  :)

Monday, April 18, 2011

Korang pernah hantar anak korang join playgroup ??

As salam semua. Hari ni diriku sudah kembali normal :p Masih ingat entry ,Dalam diri aku sudah ada 2 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.  Oh Ad sudah masuk kerja..Selamat kembali bertugas yer Ad.

Hari Sabtu lepas, bawak my Nuha join playgroup kat TTDI Jaya iaitu Tateh Playgorup yang bertempat di Sarakids.Aku amik trial kelas, kebetulan ada tawaran RM10 masa tu.Terus grab lah !

Kelas dimulakan agak lambat, sebab kelas sebelum sessi my Nuha ni abes lambat, mungkin sebab hujan lebat pagi tu.Semua pakat mangun lambat kot.Maklumlah anak-anak dibawah 4 tahun, mungkin tak puas tidur lagi.hehehe. Seb baik ada playground penyelamat keadaan. So , tak bosan lah my Nuha menunggu kelas dimulakan. Delayed dekat sejam jugak lah.

Banyak aktiviti yang dijalankan. Yang penting my Nuha seronok dan dapat jumpa kawan-kawan baru. Nak bagi pendedahan kat dia, nanti tak ler terkejut bila dah nak hantar nursery next year, Insya Allah.


Jom tengok apa aktiviti my Nuha kat sana hari tu..



Kelas dimulakan dengan main buih...
My Nuha seronok lah, sebab selalu main..

 Ada aktiviti art craft.
Memula, geli lagi..guna jari ajer warna tu :p Anak sapa laa celewet ni :p


Lepas tu, siap bersila lagi ko, abes dah semua jari dia warna kat lukisan tu...

Ni lah hasil lukisan pertama my Nuha guna water color.
 My hubby cakap nak framekan :) 

Masa ni nyanyi-nyanyi lagi tapi guna botol yang ada kacang hijau .
Seronok sakan dia.Ikut ajer cikgu buat apa :p 

Memperkenalkan, Nuha the Chicken Little !! hehehe.
Yang ni masa aktiviti menyanyi jugak sambil pakai costume.

Ada lagi aktiviti yang tak sempat nak snap gambar..Sebab duk layan karenah my Nuha :p
Akan update later, sebab nak mintak dengan Isabelle :) Dia dan hubby dia banyak amik gambar hari tu :)

 Last sekali, bergambar dengan Teacher Munira :)


Ni on the way balik rumah, siap tertidur sebab penat sangat..hehehe


Ni insan yang bertanggungjawab mengajak aku join playgroup hari tu, Isabelle.  Sebelum hari tu, kami dating kat KFC Seksyen 7. Dia belanja..Moga murah rezeki ko erk Is :)


Siap dapat hadiah lagi..Thanks dear :)
Hadiah untuk ko menyusul kendian yer..Insya Allah..
Kalo korang nak join sama, boleh dapat maklumat lanjut disini :

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)