Tuesday, March 15, 2011

Kenapa tahun depan baru botol tanpa BPA FREE kena haram ?

Botol Susu Bayi Polikarbonat Diharamkan Mulai 1 Mac 2012

Berkuatkuasa 1 Mac 2012, kerajaan mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A, BPA.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pengharaman itu diputuskan jemaah menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurutnya, sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu itu adalah selamat untuk digunakan golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat.

Menurut laporan, polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'Bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.- sumber

** Tindakan pengharaman ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh masa satu (1) tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai.

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:


Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.


p/s:

Botol yang my Nuha guna adalah dari jenama Pureen - BPA FREE .Harganya tak silap tak sampai pun RM10.

Produk lain yang BPA FREE adalah seperti berikut :-


Anakku -green together , credit : here  
NUK




Korang ada lagi jenama botol BPA Free nak ditambah disini??
 Boleh aku updatekan untuk kepentingan bersama..


b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

1) Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

2) Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

3) Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

4) Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.


Maklumat lanjut :Sekiranya korang perlukan maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/ 88833653/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my/.

p/s:

credit  :

Artikel yang aku kongsi ni yang diambil dari sini dan sini .

29 Comments:

  1. thanks for the sharing... brand ape lg erk yg bebas BPA?...

    ReplyDelete
  2. akak pelanggan setia Avent atau pigeon :)

    thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  3. maknenya botol susu pureen ade BPA la ek?
    kalo Tapperweer bebes x kak alis?

    ReplyDelete
  4. sat..sat.
    nak turun pi belek semua botol susu.
    asiey..satu hal pulak

    ReplyDelete
  5. hmm tula xfhm, dah kt xelok. lgk nak tgg 2012. ishh isshh..

    ReplyDelete
  6. @princess_eryna nanti kalo ada yang lain, kita update erk..kat atas tu pun ada bpa free bottle tu.pilih yang mana berkenan :)

    ReplyDelete
  7. @Ummi sama2 :) second baby nak try avent jugak la.

    ReplyDelete
  8. @syusye bpa free lah yang.
    tupperwear bpa free jugakkk..

    ReplyDelete
  9. thanks for sharing..kita kena bertindak sekarang jgk..

    ReplyDelete
  10. ape kejadahnya tunggu tahun depan.. banned je la terus.. tak paham betul

    ReplyDelete
  11. kaaaannn elis kan? dan2 je nk tunggu tahun depan. Dah la sebut HARAM, sepatutnya SAAT tu jugak la xleh produce dah,inikan nk jual.

    apekebendelahstatementharammacamtu.

    Bikin hati ini panas sahaja.

    ReplyDelete
  12. info yang sgt berguna!! mekasih kak eliss.. nampaknye kena cek balik laaa.. mahal x harga botol susu yang free BFA tu???

    ReplyDelete
  13. As usual, ini Malaysia.
    Dalam masa setahun tu, dah berapa ribu baby (yg parents mereka tak tahu/ignorant) terdedah kpd BPA ni..

    Sebenarnya, lambat Malaysia ni..kat oversea, dah lama tahu pasal ni.

    ReplyDelete
  14. @isabelle kena check la.aku dah update list bpa free botol ni..

    ReplyDelete
  15. @MyKhalish tuh la pasal.kita kena bertindak sekarang la :)

    ReplyDelete
  16. @[-suziey-] sama2 :) utk kepentingan bersama gitu.senang buat rujukan.

    ReplyDelete
  17. @Syahada Ahmad tu la..tak patut kan..aduhai..kita kena bertindak segera dah kata memudaratkan kan.

    ReplyDelete
  18. @|| NaFiRaa || yg pureen tu tak mahal mana, yang branded mahal la kan :p

    ReplyDelete
  19. baru2 ni saya beli anakku -green together..pun BPA free. harga dlm RM 8-10

    ReplyDelete
  20. mcm mana ngan botol org dewasa..ekekeke..? tak check kot2 ada poli...

    ReplyDelete
  21. bpa free..
    aku lama dah thu dah..
    gomen jer lmbt..
    ckp byk kang dia kate dia pro pas la..
    pkr la..
    nyampah!
    benda tu senang jer nak reinforced.
    owh yer..
    NUK pun ade yg free BPA.
    aku mgm bese pakai hak yg pigeon dgn pureen tu..

    ReplyDelete
  22. Bagus info yg eliss share kan di sini :) Tapi pelik kan nape lah nak tunggu spi 2012 baru nak di haramkan...kui kui kui :D

    Nasib baik arissa still menyusu susu cap gantung...ekeke...jimat dan selamat :D

    ReplyDelete
  23. @deqlis orang tua tak per, antibodi kuat dah..hehehe

    ReplyDelete
  24. @Intan still menyusu?? nuha dah bercerai susu masa 2 tahun 3 bulan hr tu :)

    ReplyDelete
  25. Kalau x tulis ape2 (x tulis bpa free) ok x?

    ReplyDelete
  26. huhuhu....atia ada botol yang tak guna lagi....beli kat jualan pureen....ruginya.....botol tu pc ar....adoi.....tak boleh guna ar....sayangnya

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)