Thursday, January 13, 2011

Malam tadi aku mimpi aku ada susu yang banyak????

Malam tadi aku mimpi aku ada susu yang banyak,sedangkan aku masih belum mempunyai anak kecik :p Anak besar memang dah ada dan banyak karenah ;p

Adakah, sekarang masanya untuk aku bersedia untuk mengandung lagi. Apa yang perlu aku lakukan untuk persedian mengandung lagi yer kawan-kawan? Sebab mengandung sebelum ni terjadi tanpa dirancang. Kali ni memang betul-betul perlu dirancang :)


Pelik tapi benar, malam tadi aku pam just pakai tangan ajer, tiada pam yang canggih manggih :p tapi susu aku rasa nescafe :p Apa tandanya yer :p Mungkin ikut jantina abah dia kot, suka minum nescafe  :p



p/s:

Mungkin kalo ada pum yang canggih manggih, semangat nak fully bf adalah mencanak-canak :p Ada sesiapa nak sponsor???

 
 Persedian Sebelum Mengandung/ Hamil

Persediaan Fizikal
  • Pastikan Ibu Sihat dan berat badan ideal
    Dalam masa 3 hingga 6 bulan sebelum hamil, anda hendaklah membuat pemeriksaan doktor untuk memastikan anda sihat dari penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan lain-lain penyakit berbahaya. Ujian darah juga perlu dilakukan jika anda berisiko menjadi pembawa penyakit berbahaya seperti HIV atau talessimia.
  • Umur Ibu Sesuai
    Umur yang sesuai adalah antara 20 hingga 35 tahun. Ibu yang terlalu muda dianggap belum sempurna dari segi jasmani dan rohani. Oleh itu bayi mungkin dilahirkan tidak cukup bulan. Ibu yang berusia lebih 35 tahun pula, organ-organ peranakannya sudah tidak begitu aktif menerima kehamilan. Selain daripada risiko tinggi anak cacat,  ibu juga mungkin alami penyakit seperti kencing manis, darah tinggi atau kesukaran melahirkan anak.
  • Mendapatkan Pelalian
    Pelalian seperti Rubella dan Hepatitis B sepatutnya telah diambil bagi mencegah penyakit berbahaya seperti jantung berlubang, penyakit hati, cacat anggota ataupun terencat akal bagi bayi yang akan lahir.
  • Pastikan ibu makan makanan berkhasiat dan mengambil asid folik. Asid folik penting berupaya mengurangkan kecacatan pada otak dan saraf tunjang bayi sebanyak 80%. Folate banyak terkandungan dalam sayuran bayam, kacang buncis dan panjang, produk soya, kekacang, makanan diperkaya seperti jus, bijirin, buahan sitrus, ayam dan ikan.
  • Jika keluarga anda punya sejarah alahan terhadap jenis makanan tertentu seperti susu, kacang atau telur, elakkan mengambil makanan tersebut. Cari alternatif kepada makanan tersebut supaya anda tetap tidak kekurangan khasiat.
  • Berhenti  merokok dan jauhi perokok. begitu juga dadah, dan juga alkohol.  Jika anda atau pasangan bekerja dengan bahan kimia, plumbum, anestetik atau sinaran x-ray, ini juga memberi risiko pada kehamilan.
  • Jika mahu mengambil ubat, dapatkan nasihat daripada doktor.
  • Minta pendapat doktor anda tentang genetik dan sejarah keluarga anda.
  • Jauhi jangkitan kerana sesetengahnya boleh membahayakan janin.

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepada ku dari sisimu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa pemohonan”.
p/s : 

Dah lama reserve nama anak lelaki ni - Muhammad Nasrul Haque

Tips anak lelaki seperti disini..[klik]

sumber : sini

18 Comments:

  1. sedap nama baby boy tu...mcm sangat gagah

    ReplyDelete
  2. ready dah la tu kot elis..sebab dh termimpi2 dah tu..good luck yer!!

    ReplyDelete
  3. hehee..semangat ye akak
    takpe..saya aminkan ek
    mudah2an akak preggy anak lelaki
    :)

    ReplyDelete
  4. wehhh aku dah 29 tahun ni...tak mau rancang2 dah...

    ReplyDelete
  5. huhu..k.elliss..mana taw mimpi 2 tandanye tahun dpn dpt baby..hehehehe

    ReplyDelete
  6. takpe mimpi susu banyak, jangan mimpi basah sudah, hahahaha!

    ReplyDelete
  7. ehehehe....siap publish lagi nama anak to be. :p

    good luckS!

    ReplyDelete
  8. ko banyak pikirrr ni eliss..jangan lupa basuh kaki,basuh muka sblm tido :)

    ReplyDelete
  9. nuha dah besar..dh bolehla kalo nk menambah lagi..kot2 tu petanda..hahaha

    ReplyDelete
  10. dah ada petanda tu!
    *wink wink

    ReplyDelete
  11. kak cam dah ready je ni..cepat2 kak...masa dah time :)

    ReplyDelete
  12. liza aminkan doa dan permintaan elissmie yer...amin....

    ReplyDelete
  13. insyaAllah ready dah tu...klu dah jadik..automatis ready lar tu..
    mimpi tu dh hint2 tu...apelagi ...made in ganu ke made in shah alam..hikhik

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)