Friday, December 03, 2010

Pisang Kaki, bukan sebarang pisang...

Korang dah makan pisang kaki? Pisang tapi bukan bentuk pisang. Sebab aku terliur sama Puan Azura, aku telah membelikan untuk diri sendiri 5 bijik pisang kaki kat Tesco.Sekarang ada promosi 70 ¢ sebiji tak silap aku lah.Ker dah abes promosi erk? :p Korang pergi la check sendiri yer :)


Ni hah Pisang kaki yer Puan Azniza :p


Kulit perlu dikopek, jangan ditelan.Ala-ala makan buah ciku aku rasa tapi lagi crunchy dan lebih manis berbanding ciku.Biji pun ala-ala buah ciku jugak.Tapi ada jugak yang tadak bijik :)


Apa khasiat buah pisang kaki ni ? Mari kita google yer adik kakak abang sekalian.


Pisang Kaki Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu.

Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung.

credit to : source

 Korang suka tak makan pisang kaki ? Dah pernah cuba ke belum?

p/s:



*Komen terbaik untuk entry INI akan menerima iklan di sidebar elissmie.com selama 1 bulan !!Cepat komen sebelum pukul 3.00 petang ini yer :)  


My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

20 Comments:

  1. ingat entry jatuh akibat pisang!!!rupanya sejenis pisang!! ni pisang yg telah dikawenkan ke apa? ke mmg wujud pisang ni fisya jugak yg kurang bepengetahuan... ~huhu

    ReplyDelete
  2. Eliss.. suka sangaatt. saya pun baru cuba pertama kali semalam kat rumah kawan. betul, rasa dia mcam nak serupa ciku. ada kawan sy dia makan sekali dgn kulit dia.

    tadi beli lg. tp masih muda. makan tp kelat. erkk!

    ReplyDelete
  3. izan tak pernah cuba lagi. teringin jgk nak rasa ni. *seb baik bukan mengidam~

    ReplyDelete
  4. pisang kaki??? tak penah kenal dan semestinya tak pernah rasa. kalau kt tesco punya rack tu, memang dia label as pisang kaki ke???

    ReplyDelete
  5. sura suka mkn..
    tp lagi nikmat kalo x buang kulit..ha ha ha

    ReplyDelete
  6. kena kupas ke pisang kaki tu? ahkak tak penah kupas pun..makan ngan kulit kulit sekali macam epal..hahhahasedap je

    ReplyDelete
  7. PIsang kaki @ Persimon ni memang peberet saya nih...kalu beli tuh 5 biji tu boleh sekali ngap jah hahaha...tapi belah2 pantai timur memang takdok la...tak femes...saya dulu masa mula2 berhijrah kesini (asal ganu) ingatkan ni tomato..nampak dari jauh cam tomato jer kan...tapi bila dah try tuh...terus minat....nak2 kalu yg dah lembik dah masak ranum tuh...fuh!!!! manis sangat...ni tengah komen ni pun meleleh air liur nih...kebetulan saya pun beli semalam kat Econsave 5 biji rm 4.50 sen...

    ReplyDelete
  8. sedap...semalam aku dok krup krap krup krap...sesuai buat snack ni...

    ReplyDelete
  9. xpnah tgk pon benda ni...pisang kaki pon x pnah dgr..kalau pisang panas tu pnah dgrlah..hehe

    ReplyDelete
  10. dah.selalu gak makan.... pasar cina selalu ade... dulu aku kompius gak... apesal nama dia pisang???

    ReplyDelete
  11. oooo saya dah biasa makan pisang kaki. masa saya kecik2 dulu arwah bapak saya belikan dari semasa ke semasa, memang sodap. tapi sekarang dah jarang makan.

    ReplyDelete
  12. k.ellis..bukan buah ni org klantan panggil buah cupu erk?? hahahaha..tul x??

    ReplyDelete
  13. @mama_izz nama ajer pisang tapi tak sama pun,warna ajer mcm pisang :p

    ReplyDelete
  14. @Fazlinil Irma boleh makan erk kulit ? nampak tak lawa kulit dia, tu tak makan..hehehehe

    ReplyDelete
  15. wew!! sedapkan!! ragup2 jek isi dia.. macam makan umbuk kelapa ookk~ masa memula try kat pasar malam.. bila try rasa jek terus beli!! sedap punye pasal..kikiki

    75sen jek sebijik!! murahnye!! Raa beli hari tu.. Rm1 sebijik~

    ReplyDelete
  16. sy tak suke mkn pisang kaki..sy suke makan pisang jer..kaki sy utk berjalan dan berlari..

    ReplyDelete
  17. @Izan Ishak kalo mengidam, sila ke tesco berhampiran..hehehe

    ReplyDelete
  18. @lydzar tak perasan pulak dia tulis apa..ker tulis persimon - nama english dia.

    ReplyDelete
  19. aku pernah makan....abg ipar aku beli...tak tau plak nama dia pisang kaki...

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)