Friday, September 24, 2010

JM Beriani? Ada Berani?

Korang dah pernah makan kat JM Beriani? JM Beriani baru jer ada kat Shah Alam.Semalam baru berkesempatan nak makan kat sana since my hubby balik lambat dan aku terpaksa melangut mengular  buat kerja kat ofiz sampai 6 lebih. Lagipun semalam kan gaji.Alasan yang kukuh untuk mendapat cuti memasak malam tadi :p

Servis memang terbaik. Kitorang memang tapau jer since dah maghrib.Tak sampai sepuluh minit dah dapat pun makanannya.Terbaik kan? Kan? Deko dia simple dan menarik jugak la.Yang penting air-cond lah.Kalo makan beriani kan badan rasa macam panas-panas :p


Deko yang simple dan cantik.


Ruang dapur yang terbuka.

Ok, cerita pasal makanan pulak!


Ni my hubby punya.Kambing dengan dia memang tak boleh berpisah :p

Harga : RM 14.00



Ni aku punya.Kat tepi tu hiasan ajer semata.Aku tak makan mana acar buah :p

Harga : RM 12.00 (lupa.. tak silap lah)


Overall, aku rasa so-so ajer..Nasi dia pun sket berbanding tempat lain. Aku bagi rate 6/10 ajer.Mungkin aku dapat bahagian ayam yang aku tak berapa gemar.Kalo dapat peha mungkin rate naik kot..hahahaha :p
 
 
 
 Map Ke JM Beriani. Situ pun ada Ayamas & Ayam Penyet Ap.


Nuha yang gigih nak buat peace dalam JM Beriani ! Siap pegang tangan tu :p

 Korang try dah ?Apa pandangan korang pulak?

13 Comments:

  1. dari segi rasa, kami johor(poyo) sekeluarga mengklasifikasikannya sebagai tak menepati piawaian, heh... harap maaf jm!

    ReplyDelete
  2. eliss
    ko dpt branch yg so,so yer?!
    aku dah pernh mkn kat PJ n Ampang
    aku bg 7 -8 /10 include services
    dessert pun sama..
    lain tmpt lain dessertnyer
    yg kat Ampang tu more tu cake yg kat PJ tu more tu pudding n triffle.
    and as usual,both kedai klu dtg mlm sikit,nasi gam dia mmg dah abis
    tpi yg lain mmg sedaplah.
    but for me,both yg kat PJ n Ampang tu lauk dia mmg sedap n empuk.

    ReplyDelete
  3. takpenah try lagi..takdek pandangan :D

    ReplyDelete
  4. haaa...aku pon blom try lagik...best ker...tp xminat la beriani...tumpang2 org mkn ok kot heh...

    ReplyDelete
  5. peberet mak metua ai nih.
    tak boleh blah.tapau pun ada servis caj.ish ishh..

    ReplyDelete
  6. kat area aku ni ada 2 branch:
    1 kat bangi- ok gak, byk choice lain kalo xnak makan nasik beriyani. nasik, ayam, daging dia ok. tempat pun selesa.
    1 lagi kat alamanda- tak bestt ok! x bnyk choice & rasa dia mcm kurang sedap compared to yg kat bangi punya.
    ok, skang ko buat aku rasa mcm nak pegi lunch kat JM pulak. tadi baca blog lin rasa mcm nak lunch kat saba. demm, konflik ari jumaat! ;p

    ReplyDelete
  7. penah gi sekali je kat bangi tapi tu la aku ni bknla peminat makanan seumpama itu..mmg tak abis sbb portion besar sgt.hehe

    ReplyDelete
  8. tak pernah makan lagi.. boleh tahan mahal jugak harga dia kan~

    ReplyDelete
  9. Jm beriani ni kan dah lama ada kat Tesco Shah Alam...
    tp rasanya yg kat tesco tu ok..cuma kalau pg time2 org dapat gaji ni meja semua penuh

    ReplyDelete
  10. kitorg dah ban JM
    tak menepati citarasa
    hehehe

    ReplyDelete
  11. byk2 beriani aku prefer mahbub beriani. restoran kat depan bangsar village. ko try la cari. tp ni jenis mamaknyer. aku dr kecik sampai tua hadap beriani die hihihi

    ReplyDelete
  12. respek dgn the owner, dia start dgn satu kedai kat subang jaya, now ada byk branch merata2 tempat, harap the quality maintain tak kira kat mana pun

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)