Wednesday, August 04, 2010

Avillion Legacy Melaka

Kenapa aku cakap pasal melaka tiba-tiba ni?Sebenarnya,hari Isnin dan Selasa, aku ke Melaka atas tugas-tugas rasmi.Bukan berfoya-foya yer atau berhoneymoon :) Terpaksa tinggalkan toyol comel aku tu kat rumah pengasuh lagi sekali, dah la my hubby plak ada conference kat KLCC dua hari - INTERNATIONAL SECURITY & SAFETY EXPO & FORUM 2010.So dua-dua tak ada kat rumah lah!elok sangat :p


Di Melaka, aku, ad dan boz aku (sharina) ditempatkan di Hotel Avilion Legacy Melaka, kira-kira 5 minit dari Kampus Bandaraya Melaka.Aku ngan Ad kongsi satu bilik, boz duk sorang-sorang diam-diam yer..hehehehe :p Overall, bilik memang puas hati lah tapi makanan (breakfast ajer pun yang diorang provide) tak der variety dan tak berapa nak sedap.hahaha.Opss!



For More Info : Avillion Legacy Melaka
Address:
Avillion Legacy Melaka
146, Jalan Hang Tuah,
75300 Melaka Malaysia.
+ 606 281 6868





Tempat kami beradu...chewah!Cantik kan? Sila jangan jelez.

Bathroom boleh tengok kat sini :  http://akulahbathroomblogger.blogspot.com/2010/08/avillion-legacy-melaka.html

Panorama dari bilik kami...Gunung Ledang ker tu??


 Breakfast kami semalam di Avillion Legacy Melaka

Belah malam, driver dari Kampus Bandaraya dengan berbesar hati telah bawa kami makan ikan bakar Di Crystal Bay Alai, Tepian Sungai Punggur.Makan kat situ memang murah, sebab abang driver tu cakap kat tokey kami dari UiTM.Katanya pemilik kedai baik dengan orang besar kat UiTM Melaka.Rezeki kami malam tu :) Sebab boz belanja.Terima kasih boz !

Nama Gerai : Alaa...Kassim.Gerai No 1
Menu : 10 bungkus nasi lemak + Ikan pari bakar berlada, Lala masak masam manis, kerapu stim halia , air kelapa dan 2 air tongkat ali .(5 orang makan ) 
Harga : RM 55.00


Sebelum bertolak balik Shah Alam, singgah kat Bandar Hilir beli souvenier untuk bebudak unit aku, baju untuk toyol chomel aku, key chain untuk hubby dan fridge magnet untuk aku sendiri. Maklumlah, ni kali kedua aku betul-betul jejak tempat yang aku pernah jejak 14 tahun yang lepas tu.Kereta lembu pun dah tak nampak bayang.Tapak kereta lembu dulu-dulu pun dah naik bangunan :p Punyalah lama tak ke Melaka.:) Apapun, memang best jugak ke Melaka.Walaupun terpaksa berhimpit2 dengan student UiTM Melaka di dalam lif dan pengalaman pertama terperangkap dalam lif..Tamat sudah sistem aku untuk penggunaan dua kampus di Melaka.Voila !


 psst : 

Nape lately aku panggil my Nuha toyol? Sebab dia suka nyanyi lagu toyol sambil goyang2 punggung.hihihi.

16 Comments:

  1. wohaaaaa bangunan sungguh uniknya...sungguh kecuq ayaq liuq tgk makanan wehh...aku posaaaaa....huhuhu

    ReplyDelete
  2. saya..saya..saya org melaka..eh salah..suami saya..he he he

    wah jalan2 ek..akak gi mandi laut plak..bestttt

    ReplyDelete
  3. saya!saya!!saya!!saya kawen ngan orang melaka jee..hheehe..salam ziarah..

    ReplyDelete
  4. mcm best je...tp gak sian toyol cute ko...

    ReplyDelete
  5. saya bukan orang melaka, tp mak mertua saya orang melaka..boleh ke nak angkat tangan :)

    ReplyDelete
  6. depan avillion tu byk mamak... senang ko nk makan kan?? hehehe

    ReplyDelete
  7. wahh lm btl eliss xg melaka, 14thn. ila cdgkan u all bercuti kat melaka. syiokk.. hehehe.. ila g last year. mmg enjoyla..

    ReplyDelete
  8. hua hua hua kalau dari 14 tahun lepas, memang ler perubahan nyer byk gilos. dari padang, da naik bangunan. dari takde eye of malaysia, da ada eye of malaysia and now eye of malaysia da pun kena sita ha ha ha ha....

    (rindu nyer kat melaka.... arggg!!)

    ReplyDelete
  9. owh..tengok topic tadi...igt kut eliss nak cerita psl kerajaan melaka benarkan budak2 bawah umur kawin cepat...hehehe..
    nway very nice hotel...blom penah jejak lagi...

    ReplyDelete
  10. aku lahir je di melaka...hikhik...

    wehhhhh syoik ada makan2...tp yg tak syoknyer kena tinggalkan anak...kan..

    ReplyDelete
  11. ingat melaka trus ingat asam pedas, best!

    ReplyDelete
  12. Nyah

    Sila bg alamat

    Kang aku bagi hadiah kangg

    ReplyDelete
  13. dah lama betul tak pi melaka.... rasanya dah berubah sakan kat sana ni

    Filem Melayu Terhebat

    ReplyDelete
  14. terima kasih je? sila blanje bos balik utk berbuka posa nnt ye..muahahhahah :p

    ReplyDelete
  15. waahhh.. sonoknye!! cam gi bercuti pon ade gak!!!

    ReplyDelete
  16. aku bukan org melaka :P

    alamak, tgk ikan bakar, dh terliur dah!!

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)