Korang ada pengalaman bercerai susu? Bagi yang belum mempunyai anak, boleh jadikan entry ini sebagai panduan. Beberapa minggu lepas, my Nuha genap 2 tahun.Cadangnya nak bercerai susu lah.Tapi sampai hari ini, my Nuha still breastfeed tapi sebelah malam sahaja dan hujung minggu.Last week cadangnya nak bercerai lah susu dengan my Nuha. Berikut adalah petua lama untuk bercerai susu yang aku dapat dari ibu, ibu mertua, ipar duai, sahabat handai dan entah siapa-siapa , aku pun dah lupa :)
Petua lama untuk bercerai susu :
1) Bawang putih - Inilah teknik yang aku gunakan last week. Seelok-eloknya, dicuba pada waktu siang di bulan puasa sebab malam, susah plak orang lain nak men3te3k..hahahaha.Ops! Larikss.. Yang kelakarnya, bila aku apply teknik ni kat my Nuha, bila dia hisap jer, dia cakap "pedas, pedas, syuh lut" (Read : Basuh Mulut ) . Siap request next t3t3k, lepas tu still cakap "pedas, pedas, syuh lut" . Bila aku dah basuh mulut dia, dia fobia nak hisap yang belah kiri sebab aku terletak banyak sebelah kiri.Sehari jugaklah dia tak hisap t3t3k sebelah kiri.hahahahaha :p Lepas tu, aku dah kesian plak nak teruskan letak bawang putih tu....
2) Lipstik - Ni ala-ala darah gitu. Belum cuba lagi.Seelok-eloknya guna lipstik yang merah terang lah kan?
3) Sos - Ni pun ala-ala darah jugak.Kalo budak yang kenal darah, mesti geli nak hisap kan.Kalo tak sos cili mau pijar t3t3k kan? Letak sos tomato lah kot erk..hehehe
4) Pewarna sirap - Ni pun ala-ala darah jugak.Agak-agak merah tak t3t3k aku nanti bila guna petua ni? hahahaha.Belum cuba belum tahu kan?
5) Batang wali - Ni memang akar pokok herba.Dan rasanya amat pahit.Kalo terkena sekali, memang sehari tak lalunak makan dan minum.Sesuai jugak untuk perokok tegar ;p
6) Jadam- Jadam mempunyai rasa yang pahit dan ia sebenarnya diproses dari daun lidah buaya.Ni aku tak tahu nak cari kat mana.Rupanya ni baru pertama kali tengok bila aku google tadi :)
Bagi aku untuk bercerai susu, kekuatan mental amat penting.Dan tiada belas kasihan.hehehehe.Setakat hari ni, aku masih tiada ciri-ciri tersebut dan rasanya my Nuha pun belum bersedia mental dan fizikal untuk bercerai susu walaupun sekarang dia dah pandai menyusukan badan kepada Pipin nya..Kesihan pipin, menjadi mangsa.Mangsa keadaan.
Korang ada pengalaman bercerai susu? Boleh kongsi pengalaman disini? Teknik apa yang digunakan?
x de pengalaman.. anis dulu mmg dia yang x nak sebab tetek x de susu.. atau dia yang malas nak isap kot..muehehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah Hannah dh berjaya di wean off kan at 2 tahun 8 bulan. Baru2 ni je since mama dia start peknen.
ReplyDeleteguna taktik letak sirap kt nenen dia (belah kiri, belah kanan adik punya). tunjuk kt dia nenen mama darah dan rasa sakit sgt bila dia hisao. Siap buat muka kesakitan. time tak letak sirap, tunjuk kt dia kulit nenen mama yg menggelupas. sbb mmg sore nipple kan..
tiap kali dia mintak nenen, ckp nenen mama darah lagi dan masih sakit.
hari-hari dia check. tp dan akhirnya bila offer, dia kata kesian kt mama sebab nenen mama sakit.
tp memang nk weanoff kena ada semangat kental mak dan anak. sedih sgt..hukhukhuk..
aku masa nk cerai susu... aku bg malam je. dekat 1 mnth gak aku buat camtu. pehtu aku selang2 kan malam. kot2 die teringat mntk br aku bg. aku tak bubuh apa2 pun kat breast hihihi.
ReplyDeletetp sampai skang die cube2 gak sodok nak amik bau. kekadang rase cam bersalah je bile ceraikan.... tp hati kene kental beb!!
dulu brape lama u menyusu badan dengan ur mum?
ReplyDeleteati mesti mau kering!
ReplyDeletetu jer..
aku letak garam.. 1 malam jer Aqil terus takmo hisap sampai sekrg.. ni gynae aku yg bg petua..
ReplyDeletehahahha..aku ni ha dah pelbagai aku letak tapi xmakan saman..even susu aku dah memang kering kontang skrg (maybe due to morning sickness yang teruk) tapi die nk jugak nyoyot..kadang2 aku hangen jugak la sbb kite dh la xlarat pas balik kije alih2 die nk bergantung pulak..sabar ajela..:((
ReplyDeleteaku pernah la try tak nak bagi n3n3n. dia punya berguling, mak aihh.. Aku cuma bole bertahan 10 minit je, lepas tu, "nah.." kekeke..
ReplyDeleteaqil khalish dah 1mth plus wean off sbb sjk preggy susu trus drop. ms awl2 dia dia usaha gak nenen. tp last2 sendr xmo sbb rs dah lain agknye. skrg susu pun dah xkuar. nak bg dia nenen pun skt. huhu... tp bila ila peluk dia tercr2 gak nenen dia.. owhh rindunya zaman dia nenen dulu. sob2..
ReplyDeletebagusnyer lah ade entry ni...akaq suka pengomen yg bg idea garam tuh...hehe...klu letak pedas2 ..syian die..nnti kna Syuh Lut...
ReplyDeletetapi jiwa mmg kna kental lar kan sekental platinum...syedeyynyer bile nak bercerai susu..
adik elis ni semakin berbisnes lar die./.bagus2 ..truskan usaha..
susah gk mula2 nk stopkn..tp try ltk asam jawa lps tu tisya ckp tkmo cucu macam(susu masam)...heheheh...lps tu die mintak ckp tkbole susu masam..lama2 die ok..kita stop by 2thn 1/2
ReplyDeleteaku pon ada terfikir nk bercerai susu...tp kesian la tgk dia tuh...xsampai ati xnk bg...huhu
ReplyDeleteB ke xpedaz ke kene bawang tuh?huhu
saat anak terasa paling dekat adalah time dia menyusu badan, bila dah berpisah susu masa tu korang akan tau camana rindu akan saat2 tu...bila dah tak menyusu anak2 akan start buat hal sendiri, explore sekeliling dengan lebih giat...masa tu dah agak payah nak 'pegang' dia...bagi yang keje aku cadangkan extend skit la tempoh menyusu badan tu...tapi jangan terlalu lama plak...
ReplyDeleteala...siannya nuha.....umie dah tak kasi t3t3k.....
ReplyDeletepernah dgr petua2 tu tp aku tak pernah buat ...sebab aku tidak menyusukan anak2 aku lamaaaaaaa...
ReplyDeletesedih pulak......whuaaa
I use IE to visit your blog and the visitor numbers sometimes show up and sometimes not.. lose the exact number of lucky number :( because the page no show the visitor number below
ReplyDeletehehehhehe petua mak nini suh guna asam jawa... aritu ada penah try kat Khayra sebab time tu nipple tgh sakit and luka, letak sikit.. bila dia hisap tak sedap dia kata... terus 2, 3 hari tak minta... :P
ReplyDeleteSalam, article yg menarik. Tapi boleh puan buat sedikit tambahan..berkenaan dgn btang wali / bakawali tu..pernah terjadi pd kenalan..dia guna teknik ni utk wean off...lastnya,anak dia muntah2 dan meninggal dunia. So, kalau penggunaan herba2, perlu dptkn nasihat doktor..sbb kita tak tahu, mungkin ada herba yg sgt bahaya kpd kana2 kecil, walaupn dlm dos yg sangat kecil.
ReplyDelete