Friday, May 21, 2010

Tips untuk Melencong, eh silap. Melancong!

Hari ini adalah bz sangat macam lebah. Hahahaha. Lebah bz ker? Fikiran aku dah sarat dengan coding.Sampai hilang mood rasanya nak pergi bercuti minggu depan.Aduhai.



Tapi untuk menghangatkan semangat aku sendiri untuk melancong, aku nak bagi tips Untuk Pergi Melancong.Galak gelenya aku siap nak bagi Tips Untuk Melancong bagai . Macam lah aku pernah pergi melancong kan?Lawatan sekolah adalah.Kesian sungguh kat aku nih kan?


Tips Untuk Pergi Melancong

1. Rancang cuti anda. Mesti lah kena rancang, takut tak sempat apply cuti. So kena betul-betul tetapkan tarikh yang semua available(hubby & wife & kids). Bagi yang ada anak sekolah, kena lah apply masa cuti sekolah .Cuti sekolah paling dekat 4/6-20/6. Kalo boleh , apply dulu cuti, kalo dah lulus baru buleh buat perancangan seterusnya.


2. Pilih Destinasi Percutian. Untuk menambahkan pendapatan negara, baik lah melancong dalam negeri ajer.[ayat orang tak berapa banyak duit macam ni lah..hahaha]



3. Booking flight/ Servis Kereta - Bagi yang suka booking flight , mesti dah tahu bila nak dapatkan tambang murah kan.Macam sekarang kat Air Asia tengah ada promosi. Bagi yang nak bercuti, sila la book sekarang.

credit to Air Asia

Tapi yang tak mampu macam aku, kena la servis kereta untuk menuju ke destinasi percutian yang diidamkan.

4.Tempah Bilik/Hotel/Chalet Awal - Pastikan bilik ada yer untuk destinasi percutian anda.Kang tak pepasal kena tido masjid pulak.hehehehe.Nak-nak kalo yang suka main terjah ajer, memang korang kena terjah ke masjid dan surau ajer la pada musim-musim cuti sekolah nanti.

5. Double confirm Flight / Tempahan Bilik/Hotel/Chalet - Kalo buleh, seminggu atau 2-3 hari sebelum pergi melancong tu, double confirm balik urusan-urusan ni.Mana lah tahu, diorang terlepas pandang ke haper.

6. Packing - Apa lagi, kena packing la barang-barang untuk bawak kesana. Dengar kata kat Pulau Pangkor, makan mahal, so siap siagalah aku dengan banyak instant punya food.Boleh try produk Slera :)

7.Tido Yang Mencukupi - Bagi yang naik kereta dan esp yang bawak kereta lah, kena rehat yang mencukupi lah untuk drive nanti. Sayang rasa sempat ker rehat erk?? hehehehe

8. Duit mencukupi - mana lah tahu nak beli souvenier ker haper kan.hehehe.

 Ni ajer aku mampu fikir. Ada apa-apa tambahan tips tak untuk aku? Sila habaq mai naaa...


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby 
 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

8 Comments:

  1. aku dah lama tak melancong... melencong selalu la. so tips utk melancong tiada ye...

    ReplyDelete
  2. jgn lupa bawak panadol, minyak panas kut² perut masuk angin sbb pg pantai kan ;)

    ReplyDelete
  3. ohh..buat masa nie bukan kata melancong,melencong pun tak dapek.kena lah tunggu kysh besar sket.huhuu...

    ReplyDelete
  4. haih.. ni rasa nak pi holiday jugak nih~ huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. ole ole...wajib beli tambah2 kt kengkawan opis yang mata subenir...hehe

    ReplyDelete
  6. nak bercuti ke mana tu eliss
    ena pun nak pergi bercuti gak mggu depan
    hah maner la tahu destinasi kita sama hehehhehe


    selamat bercuti :D

    ReplyDelete
  7. etibe rase cam nak pg bercuti la plak

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum semua,

    1. Yang penting ialah kad kredit jangan lupa arr?in case emergency boleh guna, nak makan angin ni pastikan juga outstanding dah dibayar n kad kredit valid(tak diblok sebab lambat bayar

    2. pada yang ada alegic gatal-gatal nak berbelanja dengan kad kredit, gantikan pulak dengan kad debit .Jadi jangan bawak kad kredit bawak pula kad debit (ada limit yg boleh dibelanjakan)

    Selamat bercuti dan jalan-jalan

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)