Korang pernah buat wasiat?Mentang-mentang tengok cerita Asmaradana, si Mimi tu buat wasiat, aku gediks sama nak tunjuk wasiat aku jugak..hahahaha In case kalo aku dah tiada dalam dunia fana ni, ada la sedikit peninggalan buat my hubby.Bukan harta tapi hutang.Ops.Larikss.
Semua aku tulis dalam hp cikai aku nih.
Menu-->Organiser-->To-do list.
> Duit Nuha - RMXXX setakat 04/2010 - nampak sangat terguna duit anak. Sila sambung bayar yer sayang.hahahaha.Aku bayar duit nuha buat potongan gaji, tu jadi macam tu.
> Puasa Ganti - X hari Nazar- X hari - kalo tak sempat ganti puasa, mintak sayang tolong gantikan yer.Korang dah ganti puasa ker?
Eh, ada jugak duit 24K++ kalo aku dah takder dari khairat UiTM :P UiTM sila bayar ok!
Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban yang bermaksud :
Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan
Hak-hak yang berkaitan dengan peninggalan
Menyelesaikan hutang adalah antara perkara yang berkaitan dengan pengurusan harta pusaka si mati, selain daripada :
a] Biaya pengurusan jenazahnya. Pengurusan jenazah itu maksudnya mengerjakan segala yang diperlukannya mulai saat kematiannya sampai penguburannya. Bahkan apa-apa yang diperlukannya sampai dia dimasukkan ke liang lahad. Biaya yang diperlukan untuk pengurusan jenazah tidak sama kerana ada yang kaya dan yang miskin, ada lelaki dan ada wanita.
b] Menunaikan wasiatnya. Bererti hartanya diambil untuk menunaikan wasiatnya.
c] Membahagi harta yang tinggal. Setelah dikeluarkan setelah pengurusan jenazah, membayar hutang dan menunaikan wasiatnya, baki dari harta si mati dibahagikan kepada ahli waris yang berhak dengan ketentuan al-Quran, sunnah dan ijmak ulama.
Membayar hutang simati bermaksud : hutang kepada sesama hamba dan hutang kepada Allah. Hutang sesama manusia, ertinya ada pihak yang akan menuntut. Harta yang masih diperlukan si mati (termasuk hutang), tidak dibagi-bagi kepada ahli waris.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Diri seseorang mukmin itu masih bergantung kepada hutangnya sampai hutang itu dibayar”.
Hutang kepada Allah s.w.t, mesti dibayar dengan harta peninggalan si mati. Hutang kepada Allah yang mungkin belum dibayar misalnya zakat, kaffarah dan nazar. Menurut jumhur ulama, wajib dibayar dengan harta peninggalannya sebelum ia dibahagi-bahagi kepada ahli waris.
sumber : SINI
p/s:
Gelang dan cincin hantaran ni, sila bagi My Nuha yer.Jangan isteri muda pulak.hahahaha.
p/s:
Hari-hari jumaat ni, kalo baca tazkirah sket, tak jadi hal kan? Daripada asyik banyak menda merepek selalu kat belog aku ni.
Bernas jugak idea ko ni buat wasiat. Nak buat jugak lah.. Mau berkajang2 aku tulis nanti.. jenuh hasben nak baca. hehehe
ReplyDeletethanks for sharing.... sama ingat mengingati antara satu sama lain kan
ReplyDeleteHanis Zalikha Ucap Terima Kasih
eliss, aku mintak maaf kalau byk salah kat ko..uwa.....hahaha
ReplyDeletehuishhh..tetiba lak aku rasa seram bila sebut wasiat2 ni. Kat adamaya pun bini dia wat wasiat gak. Ermmm..perlu difikirkan idea ko nih..
ReplyDeleteyelah, peting nnt.. nnt i nak pkkan wasiat yg sesuai gak lah ;)
ReplyDeletecamni aku pun nk tulis wasiat la......
ReplyDelete*barang kemas
ReplyDeletemuehehehehe... wasiat barang tuh mmg bagus sgt!! muahahahaha
ReplyDeletebaca entry ni tetiba pikir nak wat wasiat gak.. tapi cam seram sejuk huhuhu
ReplyDeletekak elis, haritu dengar cite masuk hospital. akak sakit pe kak?.. serius ke?..
ReplyDeletehttp://wanshah87.blogspot.com
pasrt brg kemas tu yg takleh tahan tu...siap ada pesana jgn bg kat bini muda ekekeke
ReplyDeletebaru je discuss about this dgn better half, plan to do the wasiat by end of may...Insyallah
ReplyDeleteAisyah Hani, lepas tu jadi kajang pak malau la..hehehe..
ReplyDeleteSharinginfoz, mari la sama ingat mengingati..
kancilbiru, ok aku maafkan.ada ke salah??
mrsharis, seram kan??hahahaha
mummy adam, sila la pk demi kebaikan bersama.
Elyn, sila laa tulis sekarang..
Raa, tu memang bagus, biar jelas dan terang gitu..hehehe
Nurhayati, jgn laa seram2..yang idup pasti mati punya..
wanshah, hr tu denggi la.Alhamdulillah dah ok.
yatie, hehehe.dahsyat kan?jauh btol aku memikir.
Liza, wah..seriyes?bagus la.