Thursday, March 18, 2010

Selamat Tinggal

Hari ni, rasa macam tadak mood lagi nak mula kerja.Bayangkan, duk hospital seminggu dan balik rumah dapat lak MC 2 hari.Heaven btol rupanya tak keja nih kan?Tiba-tiba rasa nak tukar azam.Azam tahun ni, adalah ingin menjadi suri rumah sepenuh masa, boleh ker Sayang?hahahaha.My hubby paling gembira kot sebab mesti dapat balik Terengganu bila aku menjadi suri rumah sepenuh masa.Lepas tu, keluar cerita Desperate Housewives :P Tak kosser mak!Aku masih sayang-chenta-kasih sama ini kelija maa...A Full Time Programmer :)

 Apapun, aku sedang membiasakan diri untuk menjadi pekerja cemerlang kembali.Hahaha.Konon!

Sedang membiasakan diri untuk mengalihkan tangan kiri tanpa rasa tersekat.Seminggu ko wayar air tu menjadi separuh dari diri aku.Nak berak, nak kencing, nak solat, nak makan, wayar air tu aku angkut ke hulur ke hilir.


Sedang membiasakan diri untuk makan hasil masakan sendirik.Seminggu ko makan orang hantar sampai ke tilam.Main order2 jer menu yang ada tanpa berfikir panjang nak masak apa hari ni.



Sedang membiasakan diri untuk tidak malas-malas dan merenung coding-coding setelah seminggu bermalas-malasan di atas katil tanpa sekatan mahupun halangan.Tanpa punch card dan traffic jam jugak! Seb baik minggu ni cuti sekolah!


Sedang membiasakan diri untuk menjemput dan menghantar anak ke rumah pengasuh setelah seminggu tanggungjawab diabaikan seratus peratus! Duhai anak, hari-hari Ummi merinduimu tanpa terlupa sesaat pun walaupun Ummi sedang bermalas-malasan diatas katil dengan Abahmu..hikss..



Sedang membiasakan diri dengan keadaan diri yang kurus..hahahahaha.Keji!!! Baru turun 2 kilo nak kecoh!

Selamat Tinggal Aedes!Aku benci ko!Ko jangan gatal-gatal nak geget dan keluarga aku lagi!!

Terima kasih kepada semua yang tak putus2 berdoa dan berharap aku dan my hubby cepat sembuh!!

Terima kasih semua!!


 Kesan tusukan jarum pada tangan masih belum hilang lagi!

Platlet hari terakhir: 154
Teruja btol dapat balik , terus kemas beg!Terima kasih kepada kakitangan DE*MC yang bertugas sepanjang aku dan my hubby kat wad tu! :)



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:





20 Comments:

  1. alhamdulillah eliss dan hubby dah sembuh..
    mesti kerinduan nak buat rutin yg setiap hari eliss buat kan :D

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dah sihat & boley balik umah :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..syukur ko & hubby dh sembuh.

    (Psst..psstt..sila lawat blog patik,ada jemputan utk anda)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah....

    syukur.. selamat bekerja kembali setelah seminggu bermalas²an la ye..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. lega dengar ko dah sehat..slmt kembali bekerja.. =)

    ReplyDelete
  6. patutlah..agak suram..akak tak sihat yer..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah.. boleh balik dah.. selamat bekerja balik lah ek!!! n slamat berblogging..muehehehe

    ReplyDelete
  8. selamat kembali ke rumah manis rumah

    ReplyDelete
  9. tak tahu pula masuk hospital pasal aedes..cepat sembuh ye eliss!

    ReplyDelete
  10. ah..alhamdulillah...
    Selamat sambung keje :P

    p/s : td aku terperasan ko dah kurus...huhu

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah.. dah discharge.. :-)

    ReplyDelete
  12. uiks,..kena denggi? isk,..syukur la dah ok. Kt DEMC ye? patut lah mcm familiar je tempat tu. lepas ni kena hati2 ye.

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah sihat dh korang berdua.. sian Nuha.. takpe lepas ni ganti balik apa yg terlepas :D

    ReplyDelete
  14. alhamdulilah, glad to know you are feeling better!

    ReplyDelete
  15. apesal komen aku tak keluar ?

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah ko dah sihat...pengalaman....duk wat laki bini

    ReplyDelete
  17. selamat kembali eliss.. syukur semuanya selamat..

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)