Thursday, December 30, 2010

Kenapa aku baru tahu esok cuti?

Hampeh btol! Tak tahu pun esok cuti.Kalau tak cuti pun,aku sudah apply cuti esok ! Hari ni memang aku cadang nak half day ajer sebab nak balik Terengganu sempena meraikan kejayaan sulung Malaysia dalam Piala Suzuki AFF dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

Ok, tipu :p Aku balik kampung sebab hari tu tak menjenguk lagi mertua balik dari Tanah Suci Mekah.Lagipun ada kenduri sket hari Jumaat ni, buat doa selamat.Mungkin sempena balik Mekah dan Viva baru :p Insya Allah hari ni keluar la Si Viva tu.

Malam tadi aku tengok jugak bola tuh.Sama naik aku tendang dengan player malaysia tu.Tetiba naik sheikh orang kata. Seb baik tak tertendang my hubby ajer.Hahahaha.Aku bukan minat bola sangat tapi sebab semangat 1 Malaysia, tu aku layankan ajer. Eh, silap,kat Selangor tak leh guna 1 Malaysia kan :p tak semangat lah !


pic credit to : here
Syabas dan tahniah buat pasukan malaysia yang berjaya menamatkan kemarau 14 tahun :p

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 -sumber : sini


Harap-harap tiada yang datang kerja esok ! hahahaha :p

Wednesday, December 29, 2010

Antara Strepsils dan Dequadin, mana mujarab???

2-3 hari lepas aku sakit tekak.Nak menelan pun sakit.Then my hubby belikan Strepsils Cool kat Petronas.Harganya RM 3.90 tapi bila pergi kedai runcit kat area rumah aku, harganya RM 3.20 sahaja.Banyak betul beza dia kan. Tapi telan abes sepaket, tetap macam tu jugak !Makin teruk ada lah.Rasa nak cabut sekejap tekak ni letak kat lantai.Terhoverr pulak :p


Then, aku suh my hubby belikan aku Dequadin pulak sebab nak try jerit kuat-kuat pulak macam dalam iklan tu tengok berterabur tak orang lari.Hahahaha. My hubby belikan kat kedai runcit yang sama beli Strepsils tuh la.RM 6.90 tapi belum cuba beli di Petronas lah.Makan sebiji terus rasa macam lega tekak aku ni. Hari ni tetiba rasa gatal tekak nak batuk, terus telan sebiji lagi, Alhamdulillah dah lega.




Korang pulak, makan apa kalo nak legakan sakit tekak???


My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

Tuesday, December 28, 2010

Akhirnya perangkap cicak itu sudah mengena....

Malam tadi my hubby menjalankan misi Ops Cicak sekali lagi.Kali ni umpannya ditukar kepada donut.Bijak sungguh ! 3 ekor sang cicak mengena ! Ok, kalo siapa yang geli cicak tak yah tengok yer.Aku pun geli jugak tapi sebab dia beriya sangat amik gambar kat hp aku khannnnn, kita buh ajer lah...


_

_


_

_


_

_

_

Tadaaa


Yang paling atas tu adalah cicak yang menyorok kat bawah peti ais rumah aku :p


p/s : Publish entry sambil tutup mata. Ok , tipu :p Gambar aku tak geli pun ! 

Harap-harap semua dah lunch :p

Bila dah mula beli majalah berkaitan rumah, apa tandanya??

Tandanya tak sabar nak duduk rumah sendiri lah kan?? Sebenarnya dalam 2-3 minggu ni boleh dikatakan setiap hari kami suami isteri gigih mencari iklan rumah untuk dijual especially rumah teres setingkat di Shah Alam. Alhamdulillah, masih ada lagi rumah di Shah Alam yang memenuhi kriteria yang kami inginkan tu.Kami dah jumpa satu rumah ni, dan harap sangat rumah ni menjadi milik kami sekeluarga.8hb nanti perbincangan akan diadakan antara kami dengan owner rumah tu, korang doakanlah yer? Lepas dah beli rumah kang, boleh la kami planning untuk anak yang kedua pulak.hahahaha.Moga tercapai lah impian my hubby nak ada gazebo depan rumah :p Amin.....

 Korang suka beli majalah apa berkaitan dengan deko rumah ??Antara 10 majalah yang ada dipasaran:-

1) Impiana



2) Anjung Seri
3) Impiana Laman




4)Renovation




5)Impiana Dapur
 6) Creative Home

7) In Home


8) In Design
9) Apartment

10) Seni Hias


My hubby pun dah beria hantar deko-deko bilik kat email..Ni design yang aku berkenan, simple ajer :)





Layari laman Web Rasmi BPP di http://bpp.treasury.gov.my untuk maklumat lanjut berkaitan Pinjaman Perumahan bagi yang berkerja dengan kerajaan dan badan berkanun :)

Monday, December 27, 2010

Dan Harga Yong Tau Foo ialah RM12.50 tunaiiiiii

Setelah meneliti dan memeriksa senarai komen yang ada seperti pada entry ini, para juri (padahal aku seorang ajer) telah membuat kesepakatan, memilih...jeng jeng jeng...


-

-


-

-

-

-

-

-

-

-

-

-



transformed housewife said...
rasanya RM12.50. baru mkn YONg TAu Fu mg lps kat Giant. Boleh tahan jugak harganya. huhu

TEPAT beb !! Tahniah dah Syabbas bette :) 



Hadiah berupa : Sebulan Pengiklanan 125 X 125 di sidebar elissmie.com
  1 X lanyard UiTM 
        1 X Fridge Magnet UiTM


Sila emailkan nama, alamat dan no telefon untuk tujuan pengeposan hadiah yer :) kepada elissmie [at] gmail [dot] com.

Aku paling geli cicak, korang?

Tetiba teringat cicak putih bawah peti dapur rumah aku. Gila besar punya cicak .Kalo my nuha degil sangat, aku cakap, nanti lizard geget :p Dia takut sebab dia pernah terserempak dengan cicak tu sebab dia selalu angkut periuk dan bekas kat dapur buat main masak-masak kat ruang tamu.

Petang semalam, my hubby beli perangkap cicak kat tesco.Sebab hari tu beli Ridsect Lizard Repellent tapi cicak makin berleluasa.Tak nak pulak dia larik.Hangen aku satu badan :p Moga-moga teknik yang kedua lebih berkesan walaupun sedikit kejam tapi ustaz aku cakap bunuh cicak dapat pahala wooo :p

Daripada Sanibah Maulah al-Fakih ibn al-Mughairah yang menemui Aisyah r.a di dalam rumahnya lalu beliau melihat di dalam rumah Aisyah r.a ada lembing, lalu ditanya tentangnya: Wahai umm al-mukminin, apa yang anda lakukan dengan lembing ini? Jawab Aisyah r.a “Kami gunakannya untuk membunuh cicak-cicak, kerana Rasulullah s.a.w menceritakan kepada kami, Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, tiada binatang melata di muka bumi semuanya berusaha untuk memadamkannya melainkan cicak, ia meniup (memarakkan api) ke atas Nabi Ibrahim, lalu Rasulullah s.a.w menyuruh kami membunuhnya.” Riwayat Ibnu Majah.


Ridsect Lizard Repellent- Untuk menghalau cicak..



Perangkap lipas dan cicak - untuk membunuh terus ni :p Ada kotak yang bergam dan umpan .

Info Produk : Harga : RM 6.80

             
Pagi ni my hubby tengok tak der cicak yang terkena lagi. Pandai yer ko cicak. Lambat laun terkena lah tu..Korang geli tak cicak? Aku geli dan benci jugak sebab cicak selalu berak merata-rata :p
Lipas pun sama, selalu makan bawang aku :p

p/s:

Keputusan Teka Harga Yong Tau Foo akan diumumkan petang ini . Sudah ada yang meneka dengan tepat dan mini contest sudah tamat  yer :p


Friday, December 24, 2010

Yong Tau Foo semangkuk ni harga dia berapa???

Hari tu aku pergi pasar malam. Tetiba tekak ni tanak makan nasi lah pulak bila terpandang Yong Tau Fu.Terus pilih-pilih dan dia rebus , potong-potong masuk dalam plastik. Cekap ! :p Macam-macam pilihan ada, tapi kalo pergi time lapar memang nahas, boleh cecah puluh-puluh ringgit kasyorga semangkuk tau :p Pernah kena kat midvalley :p

 pic credit to : here

Korang suka tak makan Yong Tau Fu ? Kalo suka, cuba korang teka berapakah harga Yong Tau Fu yang aku beli ni ?

TEKAAN TELAH DITUTUP Siapa yang teka dengan betul atau meneka dengan paling hampir, akan dapat hadiah..
Dateline : Isnin , 27 / 12/ 2010 sebelum aku umum pemenang yer.

Tekaan hanya boleh dibuat SEKALI  sahaja pada Comment Box sahaja tanpa perlu buat entry...Tak boleh nak tukar-tukar yer :p

*Maaf, staff UiTM tidak boleh meneka yer..hahahaha.Keji :p


Dan terbuka kepada follower sahaja dan haruslah mempunyai belog.Klik ajer butang follow tu kalo nak teka yer :p

Hadiah berupa : Sebulan Pengiklanan 125 X 125 di sidebar elissmie.com.
                           1 X Key Chain UiTM  ATAU lanyard UiTM  ATAU kedua-duanya sekali



 Nak hadiah lagi????






ads


Dah vote untuk my Nuha ??? [Klik sini] dan tinggalkan komen [disini ] bila dah vote yer..Jika aku menang, satu pemenang akan dipilih dikalangan voters...Jasamu ku hargai...Kalo tertinggal nama sila bagitahu yerr :)

Thursday, December 23, 2010

Ulam-ulaman, sape suka makan angkat tangan???

Eliza yer semalam tak suka blog pasal makanan kan? Tapi topik pasal makanan adalah favourite aku jugak.hehehehehehe.Sorry yer eliza :)

Korang suka makan ulam-ulaman? Banyak betul khasiat dia kan..Kalo belah terengganu / kelantan, ulam-ulaman tak boleh dipisahkan dengan budu. Perggh..Kalo budu, letak cili padi sket dan perah sket limau kerat lintang.Aduhai.Terangkat. Nak-nak ada ikan singgang pulak..Merecikkkk beb !!

Bau limau kerat lintang  ni harum dan bergerutu sket struktur buah dia dan cantik sket dari limau purut :p



Ulam-ulaman yang ada :-

1) Daun gajus - daun 'tereh' (slang terengganu). Aku memang suka makan ni. Weekend hari tu, ada jual kat pasar, seikat 60 ¢ , terus beli dua :p Malam tadi makan dah seikat :p


2) Petai - Kalo beli kat Shah Alam ni, seikat 2 keping tu RM3.Tapi kerana petai hamba turutkan :p My hubby plak suka makan petai yang direbus, aku suka makan mentah ajer.

3)Jering - Yang ni aku tak makan, sebab bau dia harum sangat dan rasa pelik kat lidah bila makan :p Mak aku suka gila ni.


4) Kerdas- Ni pun adik beradik jering jugak..Aku pun tak makan, sebab rasa sama macam jering.

5) Pegaga - Kalo kat umah kampung aku ni, kutip ajer kat depan rumah.Tumbuh meliar ajer.Skang dah tak pandang pun tapi kat kedai makan ajer :p

6) Daun Ceylon (Selom) - Ni kat belakang umah kampung dulu ada, segar gila tapi bila ba*bi pecah masuk kawasan kebun tu, bapak aku tebas semua :p
7) Ulam Raja - sedap jugak ulam ni dan ada bunga yang cantik :) Makan dengan ikan bakar kat seksyen 2 tuh kan....Sapa nak belanja aku makan tengah hari?? Sila angkat tangan :p


Korang pulak suka makan ulam apa??


pic credit to : here and here  and here

Wednesday, December 22, 2010

Tak ada idea nak tulis blog, korang tulis apa?

Jarang aku tak der idea nak tulis blog tapi kalo tak sempat sangat nak tulis tu, maknanya aku tengah bersiaran dari luar ofiz, atau banyak kerja nak kena buat.So tak sempat fikir nak tulis apa.Nampak sangat aku tulis blog time ofiz hour.Dah kerja mengadap pc , nak buat macam mana.Tak kan nak tengok coding doplohpatjam kan boz? :p Tetiba kaitkan dengan boz kan, sebab boz ai kan suka baca belog ai :p

Nanti boz tolong belikan ai lesung yer boz tapi ai nak pegi cari kat hardware dulu hari ni :p Kat kampung boz ai ada tau lesung dan batu dijual berasingan :p

Back to the story, ni nak perturunkan ilmu yang tak seberapa nak bagi idea apa korang nak tulis dalam blog, kalo dah tak tau nak update apa dah kan??

1) Tulis pasal orang sekeliling, bertepatan dengan tema blog aku ni kan, kisah kehidupanku, my hubby , my nuha dan my everythings. Tapi kalo blog korang bukan berbau peribadi atau ilmiah, tak der point lah kalo korang nak guna idea ni kan :p Aku memang paling suka tulis pasal anak sebab tu aku wujudkan satu lagi blog, harap tak muak :p http://elissmiejunior.blogspot.com



2)Tulis pasal apa yang korang dengar kat radio. Biasa sebelum sampai ofiz tu, kalo bawak keta mesti korang dengar radio kan? Mesti ada satu topik pagi. Cilok idea tu pun ok jugak kan. Dah tadak idea sangat tapi untuk elak semua orang tulis topik tu pada hari yang sama, korang tulis la minggu depan kan :p


3) Pasal makanan. Yang ni memang ramai nau orang suka kalo datang belog aku ni. Nak lebih menarik, korang citer jer la harga makanan dan lokasi kejadian. Kalo bab makanan, semua orang suka kan. Ker ada orang yang tak suka???


4) Pasal melancong, cuti-cuti malaysia atau oversea. Yang ni pun best jugak, sharing tempat yang korang pegi melawat tu dan selitkan info yang berguna contohnya harga bilik ker, permandangan ker, tempat makan best kat area situ ker , shopping apa ker. Nanti bila aku pergi sana sama(amin) , tadak laa tergagau sangat kan sebab batak tak tahu :p Tapi janganlah pulak korang tulis sampai 40 hari 40 malam macam lah orang lain jakun sangat , sampai aku sendiri yang menulis pun naik menyampah :p Aku buat entry pulau pangkor  3 hari jaa..Korang bosan tak? Bosan tak?? Maklumlah ai first time pegi melancong dengan family tauuuu..
Biasa orang jawab "Tapi ikut pandai ai laa belog ai kan, ada orang kesyah :p"



5) Pasal event, seminar yang korang join. Menarik ker tak menarik ker, lantak korang lah kan.Kalo jumpa blogger ker..memang syok kan? Atau event ofiz.Kongsikan segala keriangan korang dekat blog :) Untung-untung, kalo orang mintak tarikh event tertentu , nak2 yang kerja kerajaan, boleh jadikan blog sebagai rujukan SKT atau Borang Penilaian Prestasi tu. hahahaha. Selalu terjadi kat aku :p




6) Tutorial. Memang syok gak kalo tulis tutorial ni tapi kalo ada orang request, memang aku buat jugak.So, kalo korang nak suh aku buat tutorial apa-apa, bagitau aku yer :p Kalo aku free, boleh aku buat..Cepat atau lambat ajer laa...

7) Pengalaman Kali Pertama. Yang ni syok jugak, sebab ada jer benda baru yang berlaku pada kita setiap hari kan.Pengalaman hidup ni pun sebagai learning process tau, kata bijak pandai..Sini tadak pengalaman malam pertama yer :p lalalala.Lariksss...

Dah-dah, cukup seminggu dah korang boleh tulis blog sebelum aku merapu lebih lama :p


Tadak idea sangat?? Korang tutup ajer lah blog :P Hahahaha.Tak puas hati, sila baca Disclaimer..hehehehehe :p Ini cuma pandangan peribadi ok :p




ads


Dah vote untuk my Nuha ??? [Klik sini] dan tinggalkan komen [disini ] bila dah vote yer..Satu pemenang akan dipilih dikalangan voters...Jasamu ku hargai...Kalo tertinggal nama sila bagitahu yerr :)



Tuesday, December 21, 2010

Pernah tak korang dapat email dari konon-konon bank???

Sekarang ni, banyak ajer orang nak menipu kan?? Macam-macam cara. Tinggal mudah terpengaruh atau tidak terpengaruh ajer. Hari tu ada sorang ofiz mate aku akhirnya terpedaya jugak dengan spammer yang konon-konon bank ni.Siap dia dah nak masukkan nombor pin dari hp dah.Seb baik dia kecoh-kecoh dan tak sempat nak reply ajer.

Minggu ni, aku dapat 2 email dari konon-konon bank ni. Satu dari Public Bank dan satu lagi dari Maybank. Maybank paling tak logik sebab aku tak pernah ada pun akaun Maybank .
Memang spammer konon-konon bank ni guna ayat yang standard bank tapi link ajer berbeza.

Macam mana kita nak detect email dari konon-konon bank ni ???

1) Buka dulu email yang kita dapat tu.

2) Halakan mouse kepada link yang diberikan. Jangan klik !!!

3) Lepas tu kita tengok status bar, link apa yang terpapar.Memang sah-sah menipu lah kalo link yang ditulis tak sama dengan link yang kita nampak kat status bar tu.



Status bar tersorok???

Kalo guna mozilla, Klik kat View, Pilih Status Bar..




Apakah tindakan kita seterusnya ???

1) Kalo ada gmail tu, senang ajer citer dia,klik ajer butang segitiga kebawah sebelah reply tuh..Lepas tu pilih Report phising.






2) Lepas tu klik pada butang Report Phising message.Done. 




Salah satu lagi contoh spammer dari konon-konon bank ....Moga korang tak kena tipu yer..Berhati-hati....




ads


Dah vote untuk my Nuha ??? [Klik sini] dan tinggalkan komen [disini ] bila dah vote yer..Satu pemenang akan dipilih dikalangan voters...Jasamu ku hargai...Kalo tertinggal nama sila bagitahu yerr :)


Prosperity Burger telah kembali??

My hubby adalah orang yang paling gembira apabila Cik Prosperity Burger telah kembali.Aku kurang gemar sebab aku ni tak nak curang dengan my all time favourite burger, Cik Double Chiz Ko bedebah Cheeze Burger.So kiranya bermusim lah kami pergi makan kat MC D tu :p Tak ker rugi bagi MC D sebab adanya peminat tegar Prosperity Burger macam my hubby kan.Sekali setahun ajer lah jengah MC D.hehehe.


Dalam gambar yang dicilok dari website MC D memang gorgeous aku nampak :p

Tapi bila dah beli ...hasilnyaa....



Bijan boleh diterima, tadak laa 2-3 biji atas roti tu kan :p


 Tapi tang daging tu, tadak laa pekat hitam macam dalam gambar kan?? 
Mungkin stok black pepper dah habis kot .Bawang besar pulak terabur gila-gila punya tadak tersusun cantik macam dalam gambar .

 Seb baik kotak cantik :p, 
Moga berkekalan lah keriangan semasa menikmati Prosperity Burger yer bang :p

Patutnya tulis kat kotak tu - For Illustrative Purposes Only ataupun  tulis "gambar memang berbeza dari burger yang akan korang terima, redha ajer lah yer kawan-kawan :p "

TAPI, walaupun rupamu buruk....ko tetap pujaan hatiku...
--

--


--

--


--


 
Duhai, Double Cheese Burger ku.........


Korang suka makan burger apa???



Monday, December 20, 2010

Beli kereta macam beli gula ???

Perhatian : Sebelum apa-apa , mintak jasa baik kalian untuk vote my nuha [klik kat sini] . Jasa kalian amatlah diriku hargai :) Lepas dah vote, tinggalkan komen di entry [klik sini] yer , Insya Allah, kalo menang, aku buat satu cabutan bertuah dikalangan yang telah vote dengan random.org lah :)Tapi hadiah tak tahu lagi lah, bergantung kepada keadaan :p

 Hari ni, bangun lewat sket dari biasa..lewat 15 minit tapi manage untuk sampai ofiz cuma lewat 4 minit dari biasa.Kalo students UiTM cuti dan cuti persekolahan, memang cepatlah sampai ofiz dari biasa.Heaven !! Ker aku yang memecut ? :p

Weekend hari tu, pergi Perodua untuk beli kereta. Padahal niat asal nak tanya-tanya ajer. Tanya lebih-lebih kurang dan mintak quotation, terus book ! Gila !! My second car- Viva . Lepas ni bawak Viva lah aku pergi keja. hahaha. Ok, ok, tipu :p Kereta my FIL sebenarnya yer, bukan kereta aku.Tak mampu nak pakai dua kereta :p

 My Nuha tengah book kereta idaman dia :p

Kalo beli Viva sekarang dapat rebat tunai RM 2, 300.[Klik sini] My hubby terus masukkan sebagai down payment.Lepas dah settle loan ni, boleh la keluar kereta baru my FIL tu. Lepas dah settle semua urusan kat Perodua tu, kitorang balik. Lepas tu my hubby cakap, eh, beli kereta macam beli gula pulak :p Sebab sekejap ajer dah balik kan ...

 My nuha tengah test-duduk test-drive :p



Pilihan warna adalah Pearl Jade


Korang pulak pengalaman beli kereta baru macam mana  ???




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)