Tuesday, December 08, 2009

Pengakuan Berani : Inilah Kekasih Gelap My Hubby

Hari sabtu, lepas my hubby balik kerja kami ke Tesco.Seb baik bukan KB Mall. runtuh
Nak beli barang-barang untuk my Nuha.Yang terbeli tu memang la ada kan..lumrah kehidupan la tuh :)

Hari tu, terserempak plak dengan kekasih gelap my hubby.Terus diangkutnya balik.Lepas tu siap bergambar bagai lagik..hangen jer aku.ngan my Nuha sekali tu diajaknya bergambar.hish..perempuan mana laa yang sanggup kan? dah laa aku yang tukang amik gambar.berbulu jer nengok..huhuhu


Tadaa...
















 Inilah kekasih gelap my hubby, mop ..hahahahaha..larikss..





Ni model mop ker haper ni??layan jer laa..



my Nuha pun tumpang sekaki nak bergambar..huhuhu inspection mop ker tu Nuha?

Info produk : Harga-RM 29.90 

Lepas ni , kembali ceria dan berbunga la hati sang suami sebab dapat mengemop rumah dengan efisiennya..hiks..Aku memang dasar femalas..Bab mop2 ni memang di luar skop bidang kerja rumah aku..hahaha..larikss... eh, ni hadiah birthday Sayang in advance yer..larikss lagikk..

Apa perasan korang kalo your dearest hubby ada kekasih gelap betul-betul? maunya kena pelangkung ngan sudip periuk belanga segala kan..nauzubillahiminzalik.Moga my hubby milik ku seorang sampai akhir hayatku.Amin.

Abang nak kawen sampai e.m.p.a.t pun eliss tak kisah, janji lepas eliss meninggal sok!

Ni aku terjumpa artikel Tips Menawan Hati Suami di sini. Renung-renungkan..Selamat beramal yer! :)

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

3. Luangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami )sekali-sekala. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).

6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

8. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).

9. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

10. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

11. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.

12. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

14. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

15. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

16. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh dan gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

17. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

18. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

19. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).

20. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

21. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya “Abang nak minum air apa?” atau ” Abang nak minum ke?” Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai.

22. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.

23. Sentiasa bersegera apabila bersiap dan jangan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai.

24. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai) Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-kesemasa: – tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.

25. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi ” dating” atau ” berbulan madu” sekali sekala. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau “pulangkan paku buah keras “.

26. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa

27. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal.


Semalam adalah sangat bz sedikit [sikit jer la tak banyak pun], dan tak sempat nak tinggal jejak kat blog korang..dan ada yang tak sempat nak baca.Hari ni la aku khatam, kalo ada masa lapang.Hari ni nak siapkan manual sistem plak.Time banyak kerja, banyak plak.Time tak der, siap bleh goyang kaki tengok movie lagik.

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 




20 Comments:

  1. aku pun nk p beli gak la..superr mop! hahhah

    ReplyDelete
  2. haha akhir nyer dpt gak hadiah mop tu ek.... aku pun tgk tunggu hadiah mop gak ni!!! ekekeke

    ReplyDelete
  3. mop tu ok x?
    sng x?
    aku nk beli gak la..bosan ngn mop style lama ni

    ReplyDelete
  4. bagi aku banyak mana tips pun kalo tak diikut...hampeh gak...tapi satu usaha yang baik la berkongsi tips (kebaikan) dengan orang lain, usaha amalkan...MAKANAN @ APA SAJA <---Kalo suka aku senyum dan diam tapi kalo tak suka pun aku senyum dan diam gak...bleh selami hati encik suami ko ni?

    ReplyDelete
  5. wahhhh.. bagus ar tips tuh!!! tapikan~ apsal asik kita jek kena ikut tips.. dorg(lelaki) x payah tips ke???urmm...

    ReplyDelete
  6. ceh wan baca penuh teragik...ingat akak bakal dapt madu..hahha.

    rupa2 mop..tertipu saya..eh kak mop tu elok tak...wan pun ader masalah bab mengemop ni..yang yang rambut leh bt tocang tu sudap tidak efeshen..hu hu hu

    ps* apsal nama wan tersenarai tu kak..hehe..tercompius plak :P

    ReplyDelete
  7. tu nama pengomen terawal entri sebelum ni laa wan.

    ReplyDelete
  8. mop tu ok la elyn, siap bleh tarik rambut2 ..tu penting :)

    ReplyDelete
  9. mop tu ok la gee, siap bleh tarik rambut2 ..tu penting :)

    ReplyDelete
  10. hoho mop tuh mmg best.aku beli lg murah 15.90 kat kedai smart home tepi jalan di kepala batas

    selamat mengemop utk laki ko yg berdedikasi itu

    ReplyDelete
  11. ingat apa, rupanya mop, hahahaha :)

    ReplyDelete
  12. haha , ingat kekasih gelap ape laa tadi :DD

    p/s : fes time tgok mop camtuh .hehe

    ReplyDelete
  13. haha, kekasih gelap ye..

    bagus nya tips tu bila dah kahwin nti :)

    ReplyDelete
  14. ok tak mop tu.. kat celah2 senang masuk tak.. ingat nak beli gak... mop yg ada ni buruk dh rupa wakaka

    ReplyDelete
  15. liana, kat celah2 susah laa kot.rumah elis x banyak celah..hikss

    ReplyDelete
  16. masin mulut baru tau..hikhihikh

    ReplyDelete
  17. bab mop rumah, etc memang keje hubby. aida malas!!!

    ReplyDelete
  18. Lawak lah eliss nie...kelakar giler gambor ur hubby ngan "kekasih gelap" nya itew :D

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)