*Ini adalah sticky mode post entry.- TAMAT
Untuk entry terbaru sila skrol kebawah :)
Mahu menyertai peraduan?
Ikut jer cara yang mudah dan senang ini :-
Monday, November 30, 2009
Contest Reka Tagline Produk Dan Menang
Saturday, November 28, 2009
Terkorban jua akhirnya...
Bagi yang tidak berkesempatan balik berhari raya, meh la join contest blog aku yang akan berakhir 2 hari lagi..Bagi yang telah melemparkan janji manismu pada entry nak join contest aku, lepas pada ni,aku tak buat contest dah laa..chewah..ayat merajuk nampak :P
Hari ni, my MIL telah selamat menjalankan ibadah korban satu bahagian untuk dirinya dan my FIL telah berikan satu bahagian untuk my Nuha jugak.Alhamdulillah..moga murah rezeki diorang.
Hari ni jer aku baru berkesempatan nak mengadap laptop sebab kekangan masa tapi Alhamdulillah, kesemua penyertaan aku dah abis terjah..tunggu berakhirnya contest ni jer laa dulu, mana tahu, ada yang last minute nak join macam aku duk biasa buat.hahaha. SILA KLIK SINI untuk turut serta join contest aku ni..
Wednesday, November 25, 2009
Biar Banyak Terkorban, Jangan Ramai Terkorban
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARI KAMI SEKELUARGA!!
Contest Update :
Nampaknya persaingan makin sengit..Klik SINI untuk join :)
Tuesday, November 24, 2009
Monday, November 23, 2009
Ray-Ban Vs Mop
Suami : Tak per laa tak beli hadiah pun..Abang boleh beli sendiri apa yang abang nak tapi Abang nak hadiah jugak dari sayang..kurang dari 30 hengget..
Isteri : Apa dier?
Suami : Mop...
Isteri : hahahaha..tadi tak nak hadiah, tapi nak pulak :P
live update :
hadiah dah ready...hehehe tapi takleh buka kat umah tau...kena buka kat opis esok...hehehe
Seperti Kera Mendapat Bunga maksudnya mendapat sesuatu yang tidak dapat mempergunakannya.
6) Sexy black nightgown ..hahaha..macam malam pertama plak kan?
p/s: sajer aku cari baju kat mannequin sebab kalo letak model btol, silap2 my hubby pi beli model tu, nah madu awak..hahahahaha...
7) Perfumes..sebab perfume aku dah abes..dapat satu set macam ni ok gak kan..hahahaha tapi tak nak one drop perfumes..hahahaha..lariksss...opss :P
Contest Update :
Tinggal 7 hari lagi nak tamat kan...aku tak dapat nak terjah blog korang dari Rabu(26hb) hingga Isnin(30hb)...So, pemenang akan diumumkan paling cepat hari Khamis atau Jumaat (3/4 hb Dis) .
Tips Hari Ini :
Macam mana nak suh ada gambar lepas TAJUK ENTRY macam aku ni??
Korang boleh lihat kat SINI :) terserah laa kat korang nak letak gambar aper kan yang tak menyemakkan mata korang dan orang lain..hiks..nak letak bawah ker atas ker tepi..semua ada! enjoice :)
Friday, November 20, 2009
Hari ini makan domino
Bukan Domino Lotus Notes ok? Ni, domino yang INI. lalalala...Terima kasih yer Ad...Biasa lah perjanjian 3 bersaudara :P
p/s: tadi kita makan dengan rakuz yer rupanya?saper laa yang buruk lantak tu...lariksss
Ni paling simple, upload jer kat blogger ni..pastu pegi kat tab Edit Html ...dier punya direct URL seperti yang aku highlight kaler merah tu kat bawah ni...
Direct Link URL gambar korang = copy selepas tanda antara tanda " hingga " ok..
Pastu, add gadget HTML/Javascript tu, then tulis macam ni...
width tu korang besar laa ikut suka korang...lepas tu...Inilah hasilnya...
Majalah Pa& ma untuk Disember dah keluar..yeayyy..Kalo korang nak for FREE, meh join contest NI, mana tahu menang kan?? hikss..
Hari ini adalah kena demo sistem
Hari ni aku ada demo sistem kat INTEK*MA...Lepas jumaat karang laa baru leh update..Tips hari ni adalah aku tunjuk karang jugak....tak sempat nak buat..dah janji ngan unlisted_one :) coding blog badge tu...tunggu naaaa...
Contest Update :
Sila la join kat SINI yer...Nanti aku terjah yer bila korang dah buat...
Thursday, November 19, 2009
Ada apa dengan 2012?
Sinopsis : Never before has a date in history been so significant to so many cultures, so many religions, scientists, and governments. '2012' is an epic adventure about a global cataclysm that brings an end to the world and tells of the heroic struggle of the survivors.
Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita) iaitu:
1. Menutup aurat
AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Paha itu adalah aurat.” (Bukhari)
2. Tidak menampakkan tubuh
PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.
Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.” (Muslim)
3. Pakaian tidak ketat
TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan
4. Tidak menimbulkan riak
RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat.” Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti.” (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’iy dan Ibnu Majah)
5. Lelaki, wanita berbeza
MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: “Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan.” (Bukhari dan Muslim)
Baginda juga bersabda bermaksud: “Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki.” – (Abu Daud dan Al-Hakim).
6. Larangan pakai sutera
ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat.” (Muttafaq ‘alaih)
7. Melabuhkan pakaian
CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: “Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” – (al-Ahzab:59)
8. Memilih warna sesuai
CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: “Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih).” (an-Nasa’ie dan al-Hakim)
9. Larangan memakai emas
TERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya.
Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai.
Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita.”
10. Mulakan sebelah kanan
APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: “Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci.”
Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya.” (Riwayat Muslim).
11. Selepas beli pakaian
APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud:
“Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah”.
12. Berdoa
KETIKA menanggalkan pakaian, lafaz- kanlah: “Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia.”
Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.
credit to : source
Cara menutup aurat yang betul [klik untuk besarkan]
Cara menutup aurat yang salah [klik untuk besarkan]
mula-mula berubahlah dulu demi orang yang disayangi (contohnya bagi yang dah kahwin, suami la kan-mesti korang sayang suami dan tak nak dier masuk api neraka kan?), pastu lama-lama, bila dah redha dengan perubahan tu, Insya Allah,niat kita secara automatik adalah berubah kerana Allah...
Tips hari ini :
Untuk Nuffnangers sahaja :) Kalo tadak, meh register kat SINI :) Kenapa korang tak nampak muka aku kat Community yang bahagian Analytics tu , tapi aku selalu jer terjah blog korang dan tinggal komen gitu...Pelik tapi benar bukan? Alaa..sebabnya kat profile aku, Under Privacy Setting tu, yang bahagian - Allow users to see that you have visited their blog aku pilih [No]. So korang tak nampak laa muka aku yang comel (matilah perasan) itu kat community korang..seriyes, aku klik nuffnang yang ada kalo aku singgah :) Kalo nak gedik2 tukar jugak (supaya orang lain tak tau korang sedang terjah blog dier) , klik pada change profile yang aku siap2 anak panah merah itu dan Tukar ler bahagian Privacy itu dengan menekan butang Edit yerr ..sekian....
Korang tau dak, korang akan dapat gelang ni kalo korang menang contest INI ? Kalo nak beli gelang-gelang yang lain,rantai ker anting-anting ker, bleh lawat kat SINI :) Happy viewing n shopping :)
Wednesday, November 18, 2009
Aku menang loteri !!! yeaayyy!! (kepola hotak hang)
Semalam, aku dapat 2 email yang aku rasa rata-rata orang ignore jer bila dapat kan? atau memang asal kejadian email ni akan duduk dalam folder SPAM kederang. Ni contoh-contoh email yang aku terima tu...
EURO MILLIONS LOTTERY HEADQUARTERS
23, Canbridge street
Tudor Square , London WC1N 2BY
United Kingdom.
Customer Service/Claims Department
Tel:+44 702 402 7860(Call now to confirm this)
Your reference number: Euro/Millions/43250-2009
Your Batch number: 2009/430/EML.
Your email ID has been Awarded 850,000,00 EUROS in our draw for the month of
November:Please provide your
1.Full Name:
2.Full Address:
3.Marital Status:
4.Occupation:
5.Age:
6.Sex:
7.Nationality:
8.Country Of Residence:
9.Telephone Number:
Congratulations.
Sir Jason Franklin (Knight of St John)
Co-ordinator(Online Promo Programme).
Tel:+44 702 402 7860(Call now to confirm this)
Siap congrate tu yang tak tahan tu...Kalo dapat email macam ni, macam nak percaya jugak kan menang loteri? lengkap dier mintak tuh...tapi mai kita tengok contoh kedua pulak...
|
Email yang ni lagikk tak konfiden...kalo aku menang btol-btol pun, aku agak2 jer nak antar email ker dak ni..hahaha ringkas sangat emailnya...dah laa menang banyak..Alamat tadak mintak..mintak negara jer..nape? ko nak email jer ker duit tu? lain laa kalo mintak akaun bank ker kan?logik laa sket kan...
Macam mana nak buat ni? Klik email ni pastu tekan butang SPAM....Dah masuk SPAM folder, empty kan ajer...senang bukan? hehehehe
Kalo aku ada duit juta juta (yang halal ok) , aper aku nak buat yer? First sekali, aku bawak family aku naik haji...settlekan dulu Rukun Islam yang ada kan, pastu beli rumah( macam rumah yang korang terkena tu ker :P) , beli motor tuk my hubby...semua yang dier suka biar tak tahu nak naik motor mana dah..hahaha..
Macam mana nak buat quote jadik cantik macam ini..
alamak..mati laa perasan :P
sila rujuk tutorial disini.
Dah ramai nampaknya yang sudi men join kan diri...Tengok sidebar kat sebelah yer :) Semua hebat2 belaka :)
Klik SINI kalo nak join jugak! Good luck!
Tuesday, November 17, 2009
Tak ada kerja salah ada kerja pun salah
Hari ni tak puasa plak sebab tadi tak terjaga sahur...kalo aku tak sahur kang angin sepanjang hari baik aku tak puasa terus..Hari ni aku dapat kerja..yeay! akhirnya..
tadak kerja rupanya ko eliss...nah kerja..setimbun...hahahaha
setelah bersenang lenang goyang kaki dengan sistem terdahulu sebab aku just alter yang vendor buat jer bukan idea aku seratus percent, kali ni aku buat sistem dan manual ...hurm..dah hampir siap.. ekspres rakyat tul aku ni..berdedikasi sekali kan...oh sila muntah hijau sekarang...
Ok laa..nak sambung buat kerja pulak.macam banyak sangat kan..
kalo korang perasan dah ada countdown untuk contest aku kat sidebar tu..so sesaper nak join klik kat SINI.
Penganjur pun boleh join kalo nak sebab bukan aku yang jadi juri.....
Tips hari ini :
Kalo nak blog anda ada list entry korang yang terhangat dipasaran, terhangat means banyak komen untuk entry tu la..bleh cuba add widget INI erkk, ker aku jer baru nak terhegeh2 letak..lalalala..
Monday, November 16, 2009
Rozita Vs Tiz Ziqyah
Hari ni aku adalah puasa...Elok la puasa sebab gaji pun minggu depan baru masuk..23 hb.Tinggal nyawa2 ikan dah ni..huhuhu..selain dapat menguruskan badan, bleh jugak menjimatkan duit suami..sebab duit aku memang dah tinggal beberapa ribu jer lagik ni..hahahaha..larikss..
Skang Nur Kasih dah tayang kat TV setiap Isnin hingga Jumaat kul 7.30 petang..so bagi yang terlepas tengok tu boleh laa tengok Sarah yang gediks tu :P Oh watak tu paling menjadi bagi aku sebab gediks sampai buat aku benci..hahaha
Kisahnya...masa episod yang Adam dipaksa kahwin dengan Nur Amina..tetiba ada suara suami mencelah..suami saper lah tu..
Suami : Abang dulu pun kena paksa gak bertunang..tapi abang tak nak..
Isteri : Hah yer ker? dengan siapa?
Suami : Rozita Che Wan
Isteri: chezz burger %&##*%*(&^*%&%$$ [wtf]
gelak besar lagik tu..hampeh..seronok laa tuh...wey, aku mimpi my hubby siap tido sebelah Nur Amina ok..Nur Amina siap nak peluk dier lagik..seb baik tido pakai tudung..aku macam redha jer my hubby nikah dengan Nur Amina ni..my hubby cakap sebab dier penah cium Nur Amina so dier kena bertanggungjawab...baik nyer my hubby :P
Friday, November 13, 2009
Spek mata wanita (Hanya untuk tatapan kaum wanita)
Korang doakan laa, rumah semalam btol-btol rumah aku..hahahaha..mana tau kot2 menang cabutan bertuah ker kan?kan? kan? hahaha..tambah-tambah hari jumaat yang mulia ni kan....Amin...
Warning : Hari ni nak citer pasal hal-hal dalam poket kaum perempuan...Kalo korang rasa korang perempuan, korang baca seterusnya...tapi kalo korang degil jugak, korang baca jer laa... aku tak bertanggungjawab ok...atau menyebabkan muka bertukar menjadi merah :P
Thursday, November 12, 2009
Inilah rumah baru kami..syukur Alhamdulillah
ni rumah kat sebelah giant tu kan? gila kaya ko eliss..menang loteri ker?hahahahaha..
sebenarnya nak cakap umah yang ini :) hehehehe...my blog laa ..umah sendirik masih blom ada lagikk :(
Setelah beberapa hari memeningkan kepala mengadap coding (selain coding tugas hakiki)..konon nak besar sana nak kecik sini laa aku punya blog tu, last2 carik template yang dah ada..penat jer aku godek2 tak jadik...
ni kerja ko eliss.buat kerja malas.hahahaha
My new look.suci bersih putih.TQ pada kak ros yang memberi ilham ni .nak buat lama dulu dah tapi asyik tertangguh tanggo tanggo ajer :P
Mari kita test dengan gadjet semalam tu :P seperti disini .Wowiey.. lagik lajuk dari previous template..bravo, bravo..minimalis dah nampaknya gaya blog aku ni :)
Divider blog aku adalah ihsan dari SINI TQ :) banyak tau template utk header, about dan sidebar bar yang diberi percuma gituh :) so hiasilah
eh murni, sorry, tadak hadiah untuk peserta terawal...hahahaha
p/s: Takziah kepada husna kerana kehilangan tunang tersayang pada 1 Nov yang lepas..Al-Fatihah..Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi..Mati Itu Pasti..
Wednesday, November 11, 2009
Ini bukan segitiga bermuda
Sorry pasal entry semalam..ramai gak terkena yer..Malam tadi Long aku volunteer nak jaga Nuha setelah berapa kali di hint2 di blog..hahahaha...Terima Kasih Long..lepas gaji, kami pegi nonton wayang...hahaha...
Ok, kali ni, aku betul2 laa nak cakap.....