Hari ni aku nak berkongsi tips untuk mengadakan rumah terbuka (walaupun baru 2 kali aku buat rumah terbuka hari raya :P)
p/s:Tahun ni aku tak buat rumah terbuka sebab malas + budget yang sangat laa ciput :P (awal2 cakap)
1) Jemputan
kad jemputan rumah terbuka UiTM
contoh pelan lokasi..
2) Hari
pic credit to :here
Pilih hari yang sesuai.make sure buat laa hari cuti..senang nak pegi kan, dan tak kelam kabut..Kalo Jamuan Raya UiTM , mesti pilih jumaat sebab lepas kul 3 tu ramai yang isi borang keluar kan, so untuk elak dorang balik awal, kul 3-5 tu baru diorang buat..so dari balik, baik pegi makan dulu :)
Aku cadangkan hari sabtu/ahad laa..tapi my hubby kalo sabtu tu leceh sket sebab dier kerja kan, biasanya aku buat hari Ahad..
3) Masa
pic credit to :here
Biasa rumah terbuka, buatlah tengah hari keatas laa kan..pagi tu leh prepare dulu apa yang patut..biasa aku beli lauk belah pagi biar fresh gitewh lauk pauk...nak2 sek 6 punya pasar tu,pagi2 fresh lagik lauk pauknya..
aku suka pegi time lunch,sebab lunch tak yah masak :)
4) Makanan
pic aku lupa cilok kat ner tadi..sorry erk empunya pic..
5) Bekas Makanan
kalo rajin membasuh :)
pic credit to :here
Untuk jimatkan masa dan tenaga(air jugak) sediakan cawan atau pinggan kertas..Say no to polisterin k! UiTM dah sahut cabaran ni :P so kami tak akan jumpa lagi polisterin di dalam UiTM ni :P dan siap ada charge lagik kalo nak tapau makanan dalam bekas plastik yang digunakan...hampeh tol (ish..tersasar plak)
Sediakan plastik untuk buang sampah..senang, ikat2 terus buang dalam tong :)
6)Deko Raya
pic credit to :here
Untuk lebih feel hari raya kan,elok kalo hias dengan lampu lip lap atau tampal kad raya kat dinding atau tampal ketupat kertas ka..macam raya di perantauan gituh..hahaha:)7) Duit Raya
pic credit to : here
Biasa kalo ada tetamu bawa anak, bagi laa duit raya..kalo tak mampu, RM1 pun ok la..kiter kan nak ikut saranan DSN , bagi singgit sudah lah...wahahahaha..Tu jer tips untuk semua :) hehehehe..kalo ada nak tambah apa2,sila2 lah yer...
Dan untuk para mommies yang aku rasa banyak baca blog aku yang merepek meraban ni, tips ni berguna untuk kamu :) Tips Bagaimana Mengatasi Anak Meragam Di Rumah Terbuka
( credit to : here )
- Anda jangan panik dan cepat marah. Sebaiknya anda haruslah membawa sikecil atau anak anda ini jauh daripada orang ramai. Contohnya membawa si kecil ke bilik yang sunyi dan tidak sesak dengan orang ramai. Ini berkemungkinan dia menangis kerana kepanasan dan tidak selesa dengan orang yang berada disekelilingnya. Dengan cara ini ia akan dapat membantu meredakan tangisan anak anda.
- Bukan itu sahaja malahan si kecil menangis juga mungkin disebabkan kelaparan. Adalah wajar sekiranya, sebelum anda bersiap untuk keluar pergi ke rumah terbuka tersebut pastikan anak anda telah diberi makan terlebih dahulu. Jika perlu bawalah bekalan makanan kegemarannya sekali. Lazimnya hidangan yang disediakan di rumah terbuka tidak sesai dengan usia anak anda.
- Disamping itu juga tidur yang mencukupi turut mempengaruhi tingkah laku anak anda sewaktu majlis tersebut berlangsung. Pada amnya jika pola tidur anak anak tidak tetap seperti biasa ini akan membuatkan dia sentiasa meragam. Adalah sebaiknya anda pergi ke rumah terbuka tersebut selepas anak anda bangun dari tidurnya. Dan waktu yang paling sesuai adalah waktu pagi, ini kerana cuaca pada ketika itu tidak panas serta ia juga akan memudahkan anda untuk bergerak ke sana sini.
- Selain dari sudut persekitaran, pakaian juga boleh mempengaruhi mood anak anda. Elakkan memakaikan anak anda dengan pakaian yang tebal dan ketat. Ini kerana dalam suasana kemah yang memiliki kipas angin juga boleh mencetuskan keadaan persekitaran menjadi bahang. Sekali gus mewujudkan suasana yang tidak selesa kepada anak anda. Seeloknya pilihlah pakaian jenis kapas dan serap peluh. Ini akan membuatkan anak anda berasa selesa didalam majlis tersebut.
- Sekiranya keadaan semakin sesak, anda mintalah kebenaran kepada Tuan rumah untuk masuk ke dalam rumahnya yang mungkin mempunyai penyaman udara atau kipas angin yang sudah tersedia pasang. Selamatkanlah diri anda dan anak-anak. Dalam keadaan sebegini anda sebagai ibu bapa juga haruslah mempunyai persediaan mental yang cukup untuk mengendalikan karenah anak kecil meragam.
- INGATLAH janganlah terlalu lama berada di rumah terbuka. Selepas menjamu selera dan berjumpa sanak saudara atau sahabat andai, mintalah dulu untuk balik lebih awal sebelum anak anda meragam ini bagi mengelakkan perkara yang sama berulang kembali.
bagus sungguh tips ko bg kt orang nyer ellis..igtkan nk buat kt umah sendiri..hahaha
ReplyDeleteheheh bgs tips ni....lelagi tips handle anak meragam... TQ
ReplyDeletebagus lah..tip2 tu...
ReplyDeletetp samalah x buat gak thn nie..nie thn pertama x buat open house sejak kawen..sbb 2 utam,a..kewangan x m,encukui & farish dah makin lask...
tips yang sangat berguna ni!! aku takde bakat lansung nak sediakan juadah untuk open house jadi tumpang rumah mak jela..kalau mak buat open house..ajak kawan2 sekali hahaha
ReplyDeleteMenarik betui tips ni elis..tp cmne nk buat klu xreti masak..cm xberbaloi je nk upah catering klu nk panggil 30 ke bwh..klu nk panggil ramai plak cm xcukup space n budget plak..boley tambah tips lg ke utk aku ni elis..hehehe
ReplyDeletetq for the tips.. mmg sgt berguna nie.. akan cuba apply nnt :)
ReplyDeletegud tips!
ReplyDeletei ske part bole balik awal bg alasan 'anak da meragam' hehehe.
wahhh good tips bole di apply nanti ni. thanks!
ReplyDeletewah tip tip tip gitu...thanks...teori mmg kena ada...practical kurang pasti lah camna nanti...
ReplyDelete;)
wah...bagus la ada tip...ni baru nama nyer 1 MALAYSIA....rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan...
ReplyDelete