Hari ni, Long aku akan menjalani minor operation gegendang telinga!Moga semuanya selamat2...Insya Allah..
Hari ni aku puasa..Insya Allah, ada 9 hari lagi...huhu..tak sabarnyer nak abeskan puasa ni...yakin boleh!!!
Disini aku nak share email yang aku dapat dari my hubby..bertengkar pun ada teknikk you all...harap2 leh kita praktiskan dalam alam rumahtangga kitr yer..kepada yang sudah berkahwin dan bakal berkahwin tu sebagai info laa kan..
TEKNIK BERTENGKAR
1. Jgn Terlampau Byk Berckp
Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika
marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan
masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai
suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu
menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak
puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi
bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara
mendalam cara untuk membetulkan keadaan.
2. Jgn Menyebut Kelemahan Pasangan
Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan
sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang
pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang
dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah.
Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya
tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan
meninggikan suara.
3. Jgn Membalas Perbuatannya
Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah.
Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula
bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya
memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda.
Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.
4. Jgn Cuba Mengubah Pasangan
Anda dibesarkan dalam keluarga 'begini', isteri anda dibesarkan dalam
keluarga 'begitu'. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda
harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan
pandangan anda.
5. Fokus Pada Masalah
Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan
turut menjadi masalah.
6. Jgn Tinggikan Suara
Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara
pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan
semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga
isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat
menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.
7. Gunakan Panggilan Manja
Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan 'sayang' atau
'manja' tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan
kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah
sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar
termasuklah 'aku' dan 'kau'.
8. Elakkan Terlalu Emosional
Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut.
Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan
ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak
terhadap lawannya.
9. Gunakan Perkataan Yg Baik2
Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak
menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai.
Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang
tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"
10. Jgn Bertengkar Depan Makanan Dan Di Tempat Tidur
Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan
bermesra-mesra sesama sendiri.
11. Dengar Luahan Isteri
Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat
menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja
anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri
yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.
12. Jgn Bergaduh Depan Anak2
Dengan bergaduh di hadapan anak2, anda hanya akan membuatkan anak2 keliru
dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar
atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak2 anda
menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan
menjejaskan imej anda sekeluarga.
13. Bersabar
Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan
isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda.
Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis
pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.
14. Say NO To Third Party
Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang
lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan.
Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah
anda.
15. Mengalah Tidak Bererti Kalah
Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya
perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.
16. Jgn Keluar Dari Rumah Sebelum Selesai
Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera
meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini
sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan
keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat
bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah.
Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dasyat akan
menyebabkan mereka bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan
memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan.
Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa
anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa
tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.
17. Luahkan
Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu
meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda
menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar
anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.
18. Pelukan Dan Kemaafan
Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah
telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda
seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu
tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda
selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih
hebat.
Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak
kepada keturunan dan harta kepunyaan kamu, sebaliknya Allah memandang
kapada hati kamu. Maka sesiapa yang memiliki hati yang bersih suci, nescaya
Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah wahai anak Adam, bahawa orang
yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bertakwa di kalangan
kamu. (Riwayat Muslim & Tabrani)
SELAMAT BERAMAL DAN RENUNG-RENUNGKAN!!!
Thursday, July 02, 2009
Get Well Soon Bro!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
macam mana ye buat gambar kat atas tu,cantik la:)
ReplyDeletehahaha insaf kejap..sbb kalau marah pangillan abang terus jadi awak hehehe...
ReplyDeleteaku pon pose jugak n lagi 9 hari kena ganti!!
eliss,
ReplyDeleteummi ada 5 hari lagi nak ganti :)
sapa habis dulu? cepat cepat!
cam penah dgr jek ayat last skali kat bawah tuh...hotfm kan hahahah
ReplyDeleteweh..
ReplyDeleteteknik lain takder ker lalalaaa
hahaha.. kalau nafsu amarah tu dah naik sampai kepala.. mana nak igt teknik2 nih?? kah kah kah!
ReplyDeleteAnasfadilah, tu guna scrapblog.com
ReplyDeleteFarah, ohh..sama..
Ummi, alaa..mesti laa Ummi dulu :D
Sarah, tu prof kesayangan aku tu tauuu! :P
Tiara, x dak cara..hahaha
Murni, haihh..tak tau laa kan..hehehe..