Alhamdulillah..murah rezeki aku bulan ni :P walaupun agak kesempitan wang dan terpaksa membelanjakan wang suami secara optimum :P


Alhamdulillah..murah rezeki aku bulan ni :P walaupun agak kesempitan wang dan terpaksa membelanjakan wang suami secara optimum :P
credits to her blog yang aku curik gambar nyer disini..
Tahniah kepada Niza & Mursyidi kerana dah selamat diijabkabul :D Alhamdulillah!!
p/s: sorry laa x pat datang :P, cepat laa wey dapat baby :P
Salam semua!!!
Hari Isnin a.k.a Hari Yang Ceria!! hahaha tetiba ceria gitewh..
Firstly, tq for my dear hubby for very great weekend and special warm TQ to my brother n sis sebab menjayakan misi Ahad kami dengan menjaga Nuha yang baik dan charming tu..hahahaha :P
Kami kemana?
KLCC laa kan..Tapi kemana?Cuba teka!!
Hari ni, Insya Allah aku akan menamatkan puasa tiga hari (1,2,3) di Bulan Rejab..sama dengan pose 900 tahun ko..mak ai..hidup pun tak sampai 90 tahun kot kan...hikss...Alhamdulillah...
So tinggal lagik 12 hari lagik..eh cepat laa pulak kan..alah, 25 hari jer pun tinggalnya..hikss..Wah, dah 13 hari aku puasa yerr..yuhhhu..sonok laa plak kan..tak sabar ni nak cari baju raya..hahaha..last year memang mak aku semer yang buatkan..maklomlah dalam pantang ko! memerap jer kat umah 44 hari tuh...seyes beb! Tahun ni haruslah berganda2 shopping untuk raya gitu kan..balas dendam tahun lepas..lalala..dengan duit suami, of kos..eh, gomen tak nak bagi bonus RAYA ker tahun ni...PM sila take note yer..muahahaha...
Malam tadi berbuka simple jer..aku makan puding roti karamel jer memula tu (yang ingat nak bawak kat AD tapi tertinggal :P -bukan rezeki ko yer AD..lenkali aku buat plak) pastu bersenam-senam dulu kul 9 .30 baru laa makan nasi sekali ngan my hubby...tak sonok laa makan sensorang..macam kurang nikmat gitewhh kan..Aku goreng ayam dan buat sup sayur+sotong..hikss :D simple but i loike :D
Malam ni nak pergi bershopping menghabeskan duit my hubby ker Tesco untuk carik barang dapur..lalala..semalam dapat voucher 7.50..wah..banyak2..hahahaha..ni paling banyak aku penah dapat..:P korang ada? hahahap/s: Malam jumaat la katakan...apa laa yang nikmat yer...lalalala...
Semalam, aku diberikan assignment setelah berlaku perbincangan yang muafakat membawa berkat yang sampai bab kematian si suami dan kematian isteri :P tanpa bawak anak mati bersama oleh my hubby untuk bawa kereta ke bengkel yang menyebabkan tiba-tiba gaji aku hari ni tinggal rm200 ): nak pi Tesco pun tak lepas ni...so marilah kiter menggunakan duit suami yer bulan ini :P
Yang part best nyer, akhirnya aku merempit dengan my hubby untuk pi amik keta..dah lama gila tak naik motor..last sekali masa ni Mak ai...setahun yang lalu ko..aku tersenyum sumbing jer atas motor tu..feeling2 baru kapel gitewhh..wakakaka...my hubby lelaki pertama yang aku naik motor tau kalo korang nak tau..baik laa aku kan..hik hik hik...saper lagi nak puji diri sendirik..muahaha..
Pastu belah malam, my hubby pegi isi minyak (assignment ni masih tidak lepas2 :D)tq to my hubby..hikss..sempat gak dier rembat sehelai baju transformer..againnn??? hiksss..
Sejak dua menjak dier, aku macam tadak kerja jer kat ofiz..hiks..so kerja aku adalah menambah skill dalam arena photoshop..Inilah hasil penemuan baru aku :P Leh tiru kat sini
Patut laa muka artis kat majalah lawa-lawa erk..Untuk kulit muka yang lebih licin , sila klik di S.I.N.I hikss..selamat mencoba..
Hari ni aku berpuasa...15 days to go! yeeehaa...
Bulan REJAB hampir tiba...Sama-samalah kita ingat mengingati amalan-amalan mulia yang penuh berkat ini.........
BULAN REJAB
Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Israk Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s. "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril a.s. "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."
p/s: Rebutlah 5 perkara sebelum dtg 5 perkara
1. Waktu Muda sblm Tua
2. Waktu Sihat sblm Sakit
3. Waktu Lapang sblm Sibuk
4. Waktu Kaya sblm Miskin
5. Waktu Hidup sblm Mati
InsyaAllah.. mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita.
Hari tu aku sambut father's day kat umah jer dengan my hubby dan my baby...celebrate dengan menu berikut :- Tadaa....
Semalam, ofiz aku buat plak farewell peringkat ofiz :D utk yang akan berpindah atau bertukar cawangan serta meraikan pasangan yang baru kahwen,naik pangkat dan serap tetap.. Terima kasih kepada penyumbang makan-makan (esp Yang Naik Pangkat, Naik Tetap) dan kelab Prokom (kelab ofiz aku nih ler) laa kan...
Tengah hari semalam, pegi Senheng kat SA*CC Mall..carikkan hadiah tuk Niza yang akan menamatkan zaman anak daranya :D kuar ngan Ad dan Sue...since Niza request oven, memula mesti laa nak kena survey online dulu dan klik sana sini nak carik best oven dan cukup budget laa kan..hahaha...seb baik masih ada stok :D grab jer terus balik since pewot masing-masing dah lapar kan..kan..kan...
Selamat hari Lahir buat Niza.....Semoga Happy!Happy Selalu!Semoga kamu jadi isteri yang solehah!!Dan belajar rajin-rajin!Cepat2 dapat anak...and warm welcome to the club! (Mak Dara club:D )
p/s: syoknya dapat makan sate kajang dan kek kan ad...nyum nyum
p/s: niza, sorry ar..aku duk teringat bulan Julai jer..apakah?cuti-cuti malaysiakah?
hikss...
Malam tadi, aku buat roti sardin gulung as requested by my hubby...simple and easy..sejak dua menjak, rasa mcm kurang berminat nak makan nasi (:P padahal dah makan nasi kat ofiz waktu lunch hour)
Lama tak cerita pasal Nuha kat blog ni..Nuha plak seminggu ni asyik nak tido lewat jerkk..nak main..nak main..nak main..pastu, siap marah-marah lagi kalo orang suh tido...haip! haip! haip!bunyi dier marah aku...sweet jerk aku rasa..hahaha..malam tadi yang kelakar tu, dah tido about 5 minutes, pastu terjaga sebab perasan ada cahaya lampu dari bilik yang my hubby buat jemur baju, dier bleh bangun dan ngintai bilik tu then pegi kat bilik tu slow slow dan tolak pintu..lepas tu dier bleh main plak setengah jam lagikk sebab nampak abah dier sidai baju..aduhai anak...
Hari tu makan kertas, makan kumbang siap bunyi prakk, seb baik panjang umur lagi kumbang tu..terlanggar bucu rak tv...macam-macam karenah ada skang ni...skang ni musim yang mencabar aku rasa...geram tapi sayang..apakah perasaan itu?hahahaha tapi menghiburkan jugak...orang tak sempat nak marah, dier marah dulu sebab dier tahu dier nak kena marah especially kalo dier main surat khabar..hahaha..muka cebik2 kena marah tu tak tahan buat aku gelak...
Hari Jumaat tuh, aku MC belah petang,sebab cirit birit:P so tadak la sempat nak tepeks pic makan2 farewell ofiz mate aku yang akan berpindah ke Melaka sebab naik pangkat,Elyani dan sorang nak sambung belajar . Kak Su. Aku bila ntah nak sambung master ni..huhuhu....tunggu anak empat kot :P Layan pic la...malas nak menulis hari ni...
Sahabat-sahabatku : Ag, Yan,Linda,Tina, Carol
Petang semalam, blog hopping sana sini carik menu nak masak , tetiba nampak lak western food..ting! Chicken chop.. then texting my hubby cakap "Sayang, malam ni makan western nak? " Then dier reply OK. hihihihi...aku masak spagetti baru tau :P x tahu hujung pangkal cakap OK kan...hikss..tapi wife dier yang satu ni idakklah durjana..
Pastu balik keja, singgah Bintang jap carik black pepper sauce,carrot, mayonis,sosej, button mushrooms dan fries.
Amik Nuha kat umah pengasuh..dier cranky whole the way back...pastu diam..ler tido :P sampai umah pun still x sedar...hihihi..so aktiviti memasak sangat senang dilaksanakan ok..sukaanyaa makkk!! aku kuarkan ayam, siapkan sos black pepper pastu buat coleslaw..berez...
Layan matahari :P
Hubby balik, siapkan ayam then goreng fries dan sosej plak...
Masa untuk makan!!!
Sila jamu mata yer...p/s: maaf bagi yang berpuasa...hahahaha gambar seterusnya mungkin akan menggugat keimanan anda seketika..hahahahahahaha.Kalo tak sanggup, sila tinggalkan entri ini dengan kadar segera dengan mengklik mana-mana iklan nuffnang yang ada..hahaha (siap promo lagik :P)
Tadaa.....................
Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer
Comments (RSS)