Friday, May 22, 2009

Suami Boroi Tanda Perkahwinan Bahagia...


Gambar sekadar hiasan


Hahaha..aku gelak sendiri bila baca email pagi ni dari my hubby...:P Tajuk email pun dah kelakar "Suami Boroi Tanda Perkahwinan Bahagia".Email ni ulasan dari artikel yang dier baca pasal tajuk ni..
Btol ker semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk “makan di rumah”?
Seterusnya aku paste laa yang mana kenapa jadi boroi sang suami ini (termasuk my hubby terchenta...hikss..yer laa yerla..sayang tak boroi, naik berat badan jer :P)

Ini aku amik isi penting laa dalam email tu..

Statistik penceraian melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang “slim” dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang.. namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga. Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza.

p/s: seb baik suami sudah tidak slim...tapi masih tampan yer..hahahahahahaha...


97% suami mula “jemu” atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si isteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.

p/s: Alhamdulillah, hubby aku tergolong dalam 3% tu..hahahahahahaha..sila muntah darah skang :P

Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas,isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin “bulat” atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup.

p/s: aku tak tahan nak gelak ayat akhir tu...seolah-olah meletup ko!! amik..bini mengandung, suami pun join sekali mengandung baru adil..hihihi

Ayat seterusnya untuk tatapan yang sudah BERKAHWIN sahaja..sila pejam mata bagi yang belum (kalo seganlaa kan, kalo tak segan sila laa baca kan...hikss)

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air “zat” isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit.

p/s: no komen..hahahahahaha...

Bagaimana pulak wanita yg boroi..Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.

p/s: alaaa..tahun 2010 lepas bulan 8 laa baru kulit aku bertambah gebu,lembut dan lembab laa macam ni...(family planning ok :P)

Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai.Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang yang kelihatan boroi atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan adakalannya mempunyai perasaan cemburu dan sebagainya.

p/s: Opsssss!! Sila laa kawen cepat2 bagi kawan2 ku yang masih blom tuhh.. :D

Kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berperut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.

p/s: Selamat memasak dengan diet yang sihat ok kawan2!!!

15 Comments:

  1. wakakakak....... laki i blom kawin pun dh boroi camne tu ekekeke

    ReplyDelete
  2. ye r..lelaki yg lum kawen tp da boroi cmne tuh? hihi

    ReplyDelete
  3. erkk...no komen
    tgu ar pas kawen ti baru leh komen
    heheee...

    ReplyDelete
  4. slm perkenalan.
    minta izin tuk tukar2 link..
    tq

    ReplyDelete
  5. eliss...ada beza dak muncit ngan moroi?? hahaha..

    ReplyDelete
  6. hahahaha...sabo jelaa....laki i tak boroi..cemane ni??? isk isk risau kena masak sedap2 ni kasik sampai boroi hahaha..

    ReplyDelete
  7. i panggil suami i chubby hubby..kalau org komen2 i kata, tu tanda prosperity..semoga byk rezeki datang mari..huhuhu..also i boleh kata i ada bodyguard professional..huhuhu

    anyway, selamat berkenalan..

    ReplyDelete
  8. tapi Daddy Jack slim..takut la..

    ReplyDelete
  9. huhuhuhu myhubby makin kurus tapi perut dia makin naik.camne tu ek..ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  10. setuju2 sbb laki i pun boroi eee..hikhik..forward la email tuh kat kiter..sasha_cr82@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. speaking of that..
    moi hubby mmg slim and have sick pack before kwin..
    me..mmg dh obes pun b4 married
    skunk?
    perut ade ke depan sikit
    hihiiih
    tpi face?
    dh mule berisi
    mmg nmpk gumuk
    hihihi
    tpi saya senang ati ok?!
    sbb ape?
    sebab
    saya ade 6org sil and 4 biras pmpuan
    depa tak bising coz my hubby dh berisi (mean pndai jaga ler tu kot n bg mkn selalu kot?!hihihii...)
    whatever pun...
    gemuk ker kurus ker janji kta bahagia..
    ok dak?!

    ReplyDelete
  12. Murni, dah boroi erk suami ko? :D

    Elyn, tu kes terpencil..hahaha..
    tambahkan lagi darjah keboroian mereka..

    Mel, ni sama kes Elyn..kes terpencil..hahaha..
    tambahkan lagi darjah keboroian mereka..:P

    Zuris, lepas kawen sila review keboroiannyer :D

    Shakeymirza, salam2 singgah..sila2 tukar2..

    niza, sama daa...sila promo herbalife yer :D

    Farah, jgn riso2..pasni usaha lagi..sampai dier boroi..hahahaha

    Mama-Miya, selamat kenal2..ada ong erk boroi2?hikss

    Gina, slim x per, janji boroi..hahahahaha

    Bai, bagus2..itu yang kami carik..hahahaha

    haslina, hahahahaha

    Shahida, aku dah paste hampir semua dah ni..hihihi..x per nanti aku forwardkan

    Sidratul Muntaha, bagus2..usaha lagi..yakin boleh..

    ReplyDelete
  13. hahaha.. tergelak jap.. nice entry...

    http://ataicha.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)