Wednesday, May 27, 2009

Alahai dah rabu...

Hari ni last day untuk bersuka ria sebelum ber'BTN'..soklan exam BTN susah dak eh bagi sapa2 yang penah pegi..gf adik aku ckp soklan objektif jer..tak sakit sket kepala kan..macam induksi hari tu ada 40 soklan objektif dan 4 soklan esei..segala kuasa toyol moyol laa orang bawak pegi dewan exam tapi aku tak bawak :D bagus kan?

Apa yang perlu utk aku bawak pi BTN:-

Baju Putih - Done
Kain Hitam - Done
Kasut sukan - Done
kasut Hitam - Done(amik ma aku punya :P)

Macam nak masuk sekolah asrama asmara kan?

Lepas ni nantikan kemunculan aku dengan semangat kenegaraan ...hihihi..rukun negara ada bape?cepat jawab!! hahahaha...

BTN ada aktiviti lasak2 ker? aku seriau sket pas kena c-sec hari tu...bleh ker aku nak join aktiviti lasak2?dalam jadual dier tulis jungle tracking jer aku nampak..yang x nampak tak tau laa ka...hihi..terkenang waktu muda2 dulu(skang pun masih muda ok) Masa tu aku join kelab kembara masa UiTM Dungun dulu masa 1st year...penah buat abseiling dan kayak..sonok sangat sampai hitam legam..hikss..



Ni gambar tahun 2000 kalo tak silap...slim kan..hikss..abaikan aku yang terkangkang..hahaha..kalo hubby tengok masa tu mesti kena reject :P Gambar ni diambil setelah kayak aku terbalik..gila tragis wey..sakit betis aku kena langgar dek kayak sendirik..seb baik dah nak sampai darat..kalo dak, mau mati lemas aku coz tak pandai berenang..hahaha

Tuesday, May 26, 2009

Konvo Vs No Parking

Hari ni dah sampai kat tempat parking pukul 730..mak ai...sampai aku turun ke level 3 parking bertingkat baru kosong, tu pun tinggal 3..next, sila turun ke level seterusnya ok..sheall jerkk...dah laa percubaan parking montot tak lepas...dengan gelapnya...last2 parking secara normal setelah berderet kereta nak rebut parking aku..hahhahaha...ni yang tak best kalo musim konvo.Nway, Happy Convocation buat kazen aku, Mimi yang akan berkonvo esok...Ingat, smile..pose :P baru gambar anda akan kelihatan girang diatas pentas..hahahaha..pastu bleh ar ditampal di dinding rumah seperti dibawah:P



Hari ni aku nak keja sungguh2..hahaha..poyo..banyak nak kena settle before aku ber'BTN' start khamis ni..dan yang paling settle adalah membayar semua hutang pada hari gaji..hihihi..oh, ptptn ku bulan ni x terbayar lagik..ish, lama nau diorang nak settle psl aku nyer ptptn ni..aku dah faks dah borang untuk buat potongan gaji tapi sampai laa ni pun x der feedback..ni aku tak suka ni kalo gomen.. opssssssssssss! :p dan aku dah cakap kat mak pengasuh Nuha nak tinggalkan Nuha sampai isnin..Alhamdulillah dier sanggup..hanya tuhan sajer yang dapat membalas jasanya yang jaga Nuha macam anak dier sendirikk...

Hari ni tak pose sebab tak mangun sahur..kalo bulan pose mcm mana laa yer :P

Monday, May 25, 2009

Memperkenalkan...


Ni anak kawan aku, mekna..kira kamceng gak dari sekolah sampai skang ni...Ahmad Fakhrul Arshad




Ni anak boz aku, yang menyebabkan kami ketiadaan boz selama 2 bulan..lalalala...Alman Aliff..

Murtabak Diraja???



Hari ni aku puasa, ni aku mulakan dengan murtabak diraja..enak dimakan untuk berbuka puasa..tapi semalam lagi dah abes..hikss...Biasa harga RM13 tapi mak mertua Ad bleh dapat RM10..memang sedap dimakan panas2..intinya kemain tebal...ni frozen punya tau..so, dimana jua boleh nikmati murtabak skang...owh, aku beli kat KB hari tu yer..baru beberapa jam puasa ni , dah fikir pasal berbuka..nak berbuka aper hari ni yer?lalalala..20 days to go!!!!



Ni murtabak aku...hikss..yang ini memang sedap di erm cium..hikss..i will miss my baby selama 5 hari bermula khamis ini...adus, siannya nak kena tinggal dier rumah pengasuh..harap2 dier leh jaga diri bebaik dan tak geget2 orang,tak pukul2 orang, tak tarik2 rambut orang...semua tu dier buat kat aku..sesekali timbul jugak geram...dan dier sudah ada gigi 4 batang!! OMG...banyaknya gigi ko nak...hahahaha...gambar gigi nanti aku publish kat blog dier jika aku dapat amik...susah btol nak tengok gigi dier ok!!4 batang hanya dibahagian depan atas :P owh baju ni aku beli di KB, rm10..lawa kan? syoknya kalo hari2 leh gi KB..hahahaha..maklumlah, hari ni gaji..mula laa tuh...seb baik hari ni Isnin bukan Jumaat yer dak?

Friday, May 22, 2009

Suami Boroi Tanda Perkahwinan Bahagia...


Gambar sekadar hiasan


Hahaha..aku gelak sendiri bila baca email pagi ni dari my hubby...:P Tajuk email pun dah kelakar "Suami Boroi Tanda Perkahwinan Bahagia".Email ni ulasan dari artikel yang dier baca pasal tajuk ni..
Btol ker semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk “makan di rumah”?
Seterusnya aku paste laa yang mana kenapa jadi boroi sang suami ini (termasuk my hubby terchenta...hikss..yer laa yerla..sayang tak boroi, naik berat badan jer :P)

Ini aku amik isi penting laa dalam email tu..

Statistik penceraian melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang “slim” dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang.. namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga. Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza.

p/s: seb baik suami sudah tidak slim...tapi masih tampan yer..hahahahahahaha...


97% suami mula “jemu” atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si isteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.

p/s: Alhamdulillah, hubby aku tergolong dalam 3% tu..hahahahahahaha..sila muntah darah skang :P

Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas,isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin “bulat” atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup.

p/s: aku tak tahan nak gelak ayat akhir tu...seolah-olah meletup ko!! amik..bini mengandung, suami pun join sekali mengandung baru adil..hihihi

Ayat seterusnya untuk tatapan yang sudah BERKAHWIN sahaja..sila pejam mata bagi yang belum (kalo seganlaa kan, kalo tak segan sila laa baca kan...hikss)

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air “zat” isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit.

p/s: no komen..hahahahahaha...

Bagaimana pulak wanita yg boroi..Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.

p/s: alaaa..tahun 2010 lepas bulan 8 laa baru kulit aku bertambah gebu,lembut dan lembab laa macam ni...(family planning ok :P)

Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai.Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang yang kelihatan boroi atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan adakalannya mempunyai perasaan cemburu dan sebagainya.

p/s: Opsssss!! Sila laa kawen cepat2 bagi kawan2 ku yang masih blom tuhh.. :D

Kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berperut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.

p/s: Selamat memasak dengan diet yang sihat ok kawan2!!!

Thursday, May 21, 2009

Bila si jakun naik kapal terbang....

Hari Pertama

Berlepas dari KLIA jam 6.25 p.m - Kota Bharu jam 7.20 dah selamat sampai..Alhamdulillah, tadak air pocket...





Driver UiTM KB amik dan antar ke Ridel Hotel..Hotel btol2 tepi sungai...







Belah malam, bakal tunang adik aku amik kat Hotel jam 9.00 , makan di Kubang Kerian..
Aku makan Nasi Goreng Special dan air Tal Nangka..Pelik air ni, ada Tal dan buah Nangka..



jap aku tanya encik google aper Tal tu..





Nama omputehnya Palmyra Palm Tree..selanjutnya baca di sini

Dan ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh -mencari tudung dan baju Nuha..beli kaset dikir barat buat hubby since dier ada lagik x faham bhs kelate kan..hahaha..nanti x der melopong sangat bila cakap ngan family aku..hihihi (tu laa motif sebenar kaset tu yer sayang :D)

Balik hotel- tido kul 12..

Hari Kedua

Kul 7 lebih, bfast kat Hotel then kul 8 driver UiTM KB amik pi UiTM KB..
Training sistem sampai kul 12..


Lupa nak snap pic dalam kelas, tengah amik makan lak baru teringat..ni lunch time




Dapat kain pasang dari UiTM KB..terima kasih !!!

Menuju ke Pasar Siti Khadijah untuk sambung shopping..





Aneka tudung!!


Air Mata, S, Mata Lalat, KLCC, segitiga, macam2 ada...Aku rembat 2 helai sulam tangan dan 1 helai mata lalat dan air mata buat Mak Pengasuh Nuha..

Kul 7.50 patutnya dah berlepas ke KLIA tapi delayed, kul 8.20 baru berlepas sebab diorang nak masukkan penumpang yang flight delayed sebelumnya...
Kul 9 .15 sampai KLIA.Terima Kasih buat mertua Ad yang antar kami ke airport!Kul 10 lebih sampai umah..mandi2 dan makan..juadah yang lazat telah disediakan oleh hubby..tq sayang..pandai plak yer masak kalo eliss takder..hikss..kalo hari2 kan seronok :D hubby masak daging masak halia dan goreng telur dadar, dan beli lauk kerabu perut dan kailan ikan masin (tau, isterinya suka makan sayur :D)

Tuesday, May 19, 2009

Bila resah, ingat saat indah..bila rindu....

Huhuhu..pagi tadi Nuha nanges masa aku tinggalkan dier umah pengasuh..dier tahu agaknya malam ni dier tak leh nak nenen aku..bergenang air mata aku...ingatkan aku kuat laa sangat tapi rupanya tak..aduhai...28 hb ni nak kena pi BTN plak..dah beli 2 helai baju sekolah warna putih..hahaha...macam budak sekolah lak kena pakai baju putih..ciz..

Time2 aku nak outstation ni ar drebar UiTM tadak..tak pepasal laa kena pi sendirik kat KLIA tuh..dari KLIA balik shah alam berapa hengget erk tambang teksinya??kalo dari sini rm60..x mahal ker?? adakah aku kena naik dengan teksi ulat KLIA?ikuti pendedahan perspektif minggu ni..cizz,macam 360 plak dah aku merapu hari ni..nerbes ni, first time naik flight..hahaha..orang lain ntah kemana2 dah kan..aku baru takat nak pi KB..hahaha...doakan aku selamat2 sajor ok..jangan laa kena air pocket macam Long aku..hahaha...

Kat sana, ada drebar UiTM datang jemput..diorang book hotel Ridel kat kami...aku tak bawak laptop hr ni..so update lepas balik dari sana laa...

Monday, May 18, 2009

Kitorang Menang Silver You Kat ITEX 2009

Hari tu, sabtu, aku ngan Niza jaga booth kat ITEX 2009..Hari tu juga diumumkan pemenang dan kami menang Silver..hahaha..memang tak sangka...hebat jugak laa sistem yang kami mangunkan tu..chewah...dah laa hari Ahad kami mintak izin ngan boz supaya tak bukak booth..hikss..selamat laa ko Ad..

so layan gambaRIA dulu...



memula2 harus la aku dulu enterframe :D




Sibuk jer kan nak bergambar ngan medal..hiks..bila lagi kan ...





ni laa rupa booth kami yang tak semenggah mana :D


Esok ,aku ke Kota Bharu utk demo sistem..sila rindukan aku barang sehari dua..hiks..esok, first time nak naik flight..cizz..aku rasa mcm jakun..harap2 aku selamat pergi balik...hikss..nuha, sila duk dengan baik di rumah pengasuh yer nakk...jangan nanges2 macam tadi :P


Nway, boz, selamat melahirkan...selamat bercuti 2 bulan...bertambah lagi bilangan warga pengurusan aplikasi pejabat...hiks...Niza, sila menanggung tugas boz, so cepat laa balik dari sungai petani..

Friday, May 15, 2009

Last Minute - Mother's Day Giveaway....



Hari tu aku dapat second prize kan kat contest Mombloggerplanet....



Ni laa hadiah Nuha yang dapat hari tu..tq erk founder :D


Hari ni, aku nak masuk contest lagik..sebab aku baru perasan yang aku bleh pilih beg mana yang aku berkenan...So tanpa membuang masa saya telah berkunjung ker AliceWonders.com.... dan memilih beg dibawah.

Tadaaaaaaaaaaaa.............

Classics Black Soft Quilted Shoulder Bag....




Aku tengok dekat best seller..hikss..pandai kan? mesti yang cun punya kan ...tapi seyes, memang rambang mata , banyak pilihan warna yang menarik dan membuatku tertawan...so untuk match apa2 baju, aku pilih kaler selamat..hitam laa kan...

10 orang yang dapat SAGUHATI dapat 1 purse hook!Ok laa kan dari tadak dapat apa2...




Me needs a new bag for Mother’s Day because ....
beg yang aku ada dah buruk gila,dah koyak -koyak sket, tercabut dah tag nama beg aku (Carlo Rino tu) dikerjakan oleh Nuha(my baby) hari tuh, ( psst: maka aku terpaksa laa masuk contest ni walau last minute) ..hahahahaha..pastu nama yang menyumbang hadiah plak AliceWonders, tak kan Eliss ni nak wonder jer kat sini kan...hahahaha...Bley laa kan founder???lagipun aku tak pernah lagi ganti beg aku sejak kawen laa kan..sebab tu beg aku atas hantaran..tak caya??percayalah..



Ni gambar masa dinner masa aku Induksi 28/4 yang lepas :P


Percaya kan???Hantaran aku masa kawen...Sila laa percaya....


Bagi laa aku bergaya dengan beg idaman hati lak lepas ni...hihihi...Ok laa..sekian untuk hari ni, selamat berhari minggu...

x tersalah blog...

Sila2..jemput2 masuk..
anda tak salah blog..masih blog elissmie..hikss...
aku sajer godek template kan...
lepas jumaat kang aku post blog..skang nak pi ronggeng..lalalaalalla

Thursday, May 14, 2009

I-TEX 2009 KLCC

Hari ni last day aku training....fuh..lega sket...weekend ni aku berkampung di KLCC..saper nak jumpa aku sila carik aku disana..(chewah, macam ada orang nak jumpa :P) Aku wakil ofiz aku untuk I-TEX 2009 KLCC.Gina, hubby ko tak join? Ni bleh kater kesinambungan pertandingan IID 2009 hari tu..yang mana menang gold automatik dier suh kitorang antar untuk I-TEX 2009 KLCC..tapi kalo tak nak x per...tu jer laa kekdahnya...



Layan gambaria jer laa hari ni..Ni masa balik dari trg hari tu...




Sejak aku perasan tulang aku semakin rapuh(bunyi kruk krak kruk krak), aku try minum ni...tapi pek dier kecik sangat...hukss..sekali slrrp dah abes :P




p/s:aku masih mengamalkan Bidadari...ni botol baru..psstt, kat situ dier tulis, SETIAP MALAM ADALAH MALAM PERTAMA...hahahahahahahahahahaha..Kepada warga PSMB amnya atau UiTM Shah Alam khususnya yang nak tempah dengan harga kawan2 sila hubungi aku...:D


Kepada Ma'am Chelsea, aku dah bawak hadiah ko kat ofiz ni nak pos..harap esok laa paling lambat aku pos ok..sabar ok and aku mintak maaf banyak sangat sebab bz btol minggu ni...hikss...

Tuesday, May 12, 2009

Eh, aku demam???

Jumaat lepas, aku amik cuti sebab tiada orang nak jaga Nuha...Pengasuh dier ada kursus Ibu Tunggal kat Trg..aku kebetulan malam tu nak balik Trg..kira bleh laa aku packing..Nuha minggu lepas memang x berapa nak sihat..so malam Khamis tu pegi laa DE*MC sebab nak amik ubat untuk dier..since aku selsema tak brenti dari Selasa lepas, aku checkup sekali..sekali doc tu ckp aku demam??siap dua kali tu dier check temp badan aku sebab aku tak notice pun diri ini adalah DEMAM...hahahaha...39 C tu...dah Nuha 40 C...huhuhu..siap dapat MC laa...maka bertambahlah jumlah cuti aku...hikss..
Malam Jumaat dalam kul 9 malam, kitorang gerak ke Trg...singgah Sentul, amik Ma Abah aku kat Umah Long, then bertolak balik..dah laa lalu hiway perseketuan...punyalah jam..aku dah laa demam....seb baik bila dah jejak Trg, ok badan aku dan Nuha...Nuha sembuh dulu sebab doc bagi ubat demam kot montot :D
Kat Trg tak pegi mana2 sangat..tak cukup masa laa...hukss..pegi Dungun coz cari baju sekolah putih nak bawak pi BTN..hihihi..seb baik ada..pelik jer dah ada anak cari baju sekolah..seb baik budak salesgal tu tak tanya..hahahaha..tak pun dalam hati ckp aku geletis, x abes sekolah lagi dah beranak...hahahaha
Sempat laa lalu area tepi pantai tapi hubby lak tinggal kamera..xamik gambo sangat...dalam kamera hp pun x banyak...later ar update on gamboria tuh..
Semalam dari Trg kul 11 pagi..kul 5 dah sampai Shah Alam..Singgah RNR Temerloh tapau ikan patin masak tempoyak :D sukar untuk dilepaskan peberet food yang satu ni..then terjumpa kawan lama, Azhar dan Isteri..dah 2 anak kawan aku yang sorang ni..hiks...

Hari ni aku training lagikk...Ni aku update dari training lab..buhsannya asyik terperuk dalam lab....

Wednesday, May 06, 2009

Tak reply comments!

Salam semua,

sejak aku pi Kursus Induksi, banyak yang aku tak dapat reply komen dari yang sudi menjenguk dan bagi komen which i loike most...tq for those membina and tidak membina comments..hikss..seingat aku tadak lagik laa komen tidak membina itewhhh...

So aku akan cuba mereply lepas aku sudah betul2 free...so janganlah terasa hati erk...bukan sengaja, malah tak disengajakan...aku sebenarnya pantang sket kalo orang tak balas komen..hikss..tapi kalo beribu giler masuk komen, tu aku maafkan laa kan..blog fofular...tu psl aku suka drop komen kat blog yang rajin bg feedback balik..sebab aku akan bukak balik blog tu dan check samada dier reply tak..biasanya kawan2 lama ar...hikss..kalo dak, aku baca jer laa entry then kuar..dan aku check every single blog yang aku follow tau..nampak nau banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk masa yang aku LAPANGKAN...bleh die makkk kalo tak leh ngadap blog...hikss..tu masa induksi curi2 baca blog..SEMPAT SHEALLLL!!!

tapi sebelum ni, kalo lihat entry aku sebelum Induksi, memang aku sedaya upaya memreply semua komen...gigih kan aku??hikss...Blog Nuha pun update jarang2 sket coz memang aku btol2 bz ...sorry laa Tiara, harap gambar yang ku MMS semalam mengubat rindu kamu pada my Nuha...


ALASAN:-


Masuk kerja kena training sampai 15hb ni...
Kena pi demo Sistem 19hb dan 20hb ni kat Kota Bharu.. (mak mertua Ad, sila take note) hahahaha...
Kena pi BTN plak dah 28hb ni sampai 1 Jun..
what the hal? huhuhuhu

ok laa..nak belajar lagik...sila update Lotus Notes 8 akan menyerang semua user UiTM lepas ni...hikss..yang pasti lebih BARU dan COMEL interface nyer compare to earlier OLD version...sempat promo!

Tuesday, May 05, 2009

Duhai Anak, Menangis sepuasnya....

Hari ni, hari pertama aku antar Nuha ke rumah pengasuh setelah erm, hampir sebulan dier duk umah, kawan ngan Tok Ki dan Tok Ji..Siap nanges bagai tadi bila aku tinggalkan..menangis la nak...sepuasnya... nanti nak kena tinggal lagik...aduhai..Pangilan BTN 28 hb hingga 1 Jun ni plak dah...gilak laa wei memikir kan saper yang nak jaga anak aku ni..dah laa nak export my parent balik Terengganu weekend ni...hish..nampaknya kena tinggal dengan mak pengasuh dier laa kot...19 hb ni nak kena pi Kota Bharu buat demo sistem plak...seb baik sehari jer..dan yang pasti naik flite..seb baik naik Mas Joko...:P baru aku tau, perjalanan lebih 250 KM, penjawat awam bleh mohon naik kapal terbang..hikss..kalo berdegil jugak nak naik keta, bleh claim tambang kapal terbang...best shealll...hikss.. so pergilah induksi..banyak yang anda pelajari...hahaha..gila promote :P er er, disamping dapat menambahkan darjah ketembamam... 

Nuha, agak manja sejak aku balik ni..memang totally berubah lepas 2 minggu aku tinggal...kuat merajuk dan makin manja..hari pertama sampai, dier tak cam aku...huhuhu..aku menangis dulu sebelum dier menanges...lepas tu bila aku bagi nenen, reject..siap tepis dengan tangan...huhuhu..bila aku bawak dier masuk bilik, tunjuk dier depan mirror (long time feberet bila ngadap cermin ngan ummi, main ciku cak...)hiks..seb baik permainan yang satu ni, dier ingat kat aku...seb baik...huhuhu..lepas dah kenal Umminya, semua orang dier tak nak dahh..bo layan sama Tok Ji dan Tok Ki dier dah lerr...cucu cucu!!!hikss... Hari ni aku ada kursus selama hampir 2 minggu(to be exact sampai 15hb ni)..huhuhu..x sempat nak ngadap pc lama2...dah laa makan free tadak..tumpang makan kursus next door punya kursus jer..hikss..ok laa kan.. p/s: Suami,bil2 tertunggak dah bayar kan?..hahahaha...ops..terlupa nak bawak bil datang ofiz laa sayang,esok ingatkan..hihihi..korang pk aper?

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)