Thursday, December 31, 2009

Aku Bukanlah Joker

Malam tu aku tanya kat my hubby ketika sedang menikmati hidangan yang lazat dan berkhasiat.

Aku : Sayang, kenapa yer kalo orang tengok eliss, mesti orang akan senyum.Padahal eliss tak senyum pun.
My hubby : Sebab Sayang muka Joker.Hahahaha [ gelak besar nampak]
Aku: ???


The Joker on the cover of Batman: The Man Who Laughs. -pic credit to here.

The Joker is a fictional character, a comic book supervillain published by DC Comics and appearing as the archenemy of Batman. Created by Jerry Robinson, Bill Finger and Bob Kane, the character first appeared in Batman #1 (Spring 1940).
Aku Bukanlah Suparman Joker!
Aku juga bisa nangis!
Suamiku tersayang, maafkanlah aku sebab selalu nanges!hehehe :p


Hari ni adalah hari terakhir aku membelog pada tahun 2009.Dah banyak suka duka kehidupan yang aku lalui sepanjang tahun 2009.Azam tahun baru? Belum ada lagi? Boleh ker macam tu?Aku rasa tiap-tiap hari aku mesti ada azam tertentu dan tak perlu nak tunggu sampai tahun baru.

Dulu, aku suka tulis diari. Pada permulaan diari aku, mesti aku tulis beberapa azam yang aku nak capai tahun tu.Tapi sekarang aku dah tak tulis diari sebab dah ada diari online.Tu pasal aku punya belog aku ni namanya || Dear Diary || tapi sekarang sambil menulis tentang aktiviti kehidupan aku, [pasal my hubby+my nuha+my job]  aku dah mula tulis perkara yang lain plak [contoh :tutorial, info ] sebab nak hitskan belog aku untuk tambah pendapatan :) haih.terpesong dah halatuju belog aku ni!

.Harap tahun depan, ada ramai lagi yang sudi baca belog aku dan komen pada entry aku.Walaupun aku malas nak reply  tapi aku amat seronok baca komen orang.Dan aku usaha jugak letak komen pada yang komen kat aku pada belog korang kan?Seboleh-bolehnya aku tinggal jejak :) Tu lagi taktik nak hitskan belog.
Satu lagi taktik, Letak sekali URL korang kat ruangan komen kalo drop pada belog yang baru first time korang terjah!

Nak tahu cara nak letak URL pada komen, korang kena taip coding HTML sket la macam kat bawah ni :


Sesiapa yang dah jadi follower aku tapi aku tak teradd blog list korang dalam aku nyer list, shout jer kat shout box aku tu.Biasa aku follow belog yang follow aku.Dah macam Digi pulak tapi aku tak kesah :) I will follow you!! I Follow I Follow!! Tak sedap laa kan, orang baca cerita aku, tapi aku tak dapat baca cerita korang. Nak-nak yang suka follow privately neh dan yang paling tak best lagi, silent reader.Dah baca sembunyi keyboard pulak!

Ok.Dah.Tak mahu tulis panjang-panjang dah !nanti orang jemu nak baca!

SELAMAT TAHUN BARU!!

Korang ada azam tahun baru tak?



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 



Wednesday, December 30, 2009

Macam mana nak cash out earnings Nuffnang?

Alhamdulillah, hari ni, hati aku terbuka untuk cash out earnings aku yang tak seberapa dengan 3 angka.Hahahaha.[amaun adalah rahsia sebab aku malu pada Kak Red]

Hari ni aku nak ajar la cara-cara nak cash out earning dari Nuffnang ni.

1)Mula-mula mestilah kena Login dulu kat SINI.

2) Pastu pastikan maklumat diri anda dan keluarga betul .Kalo nak tahu betul ker dak click pada Change Profile.



change profile ada kat kanan atas tu.


tengok btol2 kat ruangan ni!kang cek kemana rumah kemana plak!

3) Klik la pada Cash Out my earnings! Tak kan ada button ni selagi tak achieve RM 50 keatas yer!



4) Klik OK dengan konfiden dan tersipu-sipu.Itu pun tak reti?


5)Pastu akan keluar macam skrin berikut plak.Katanya, Please allow 30 days from the end of the month for your payment to be processed and sent ( 60-days for non-Glitterati members ).Harap-harap 30 hari sampai laa cek ini ketangan aku.Amin.



6) Email akan dihantar kepada akaun kita untuk mengesahkan yang kita telah cash out earnings tu untuk pengesahan payee name.Kalo tersilap payee name, hubungi  helpdesk nuffnang @  http://helpdesk.nuffnang.com.my
 * Payee Name ni kena sama dengan nama dalam kad pengenalan ok! kalo dak, tak leh laa nak cash in cek tu.
*tetiba aku rasa aku nak tengok IC aku kot-kot salah nama.hahahahaha, eh Muda lagi rupanya aku ni.Belum 30.muehehehe.Tahun depan,awal tahun lagi 'kekasih' hati dah 31.dah tua rupanya .hehehehe.Larikss..
Eliss bagi duit ni jer laa erk sayang.muahahahaha!



Aku akhiri tutorial ini dengan sebungkus nasi bukhara yang aku masak tapau dari Syed Seksyen Ti*ga.





 Info Produk : RM 10.00 sebungkus. 
 

 
 Menggiurkan bukan?

Walaupun mahal tapi dah sedap,nyaman,lazat dan yang paling penting dah selamat masuk perut.
Dan aku tak perlu masak! Boleh laa makan dengan gumbira!Suami gembira Isteri pun gembira! hihihi

Tetiba rasa lapar, jom Niza, kita pi bfast!

Oh, jangan lupa bawa stokin bagi yang dapat invitation ke Nuffnang Friso Gold Family Day tu!Jumpa disana ok!


 
 

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 


Tuesday, December 29, 2009

Bercucuk tanam di dalam Flat

Siapa kata kita tak boleh bercucuk tanam di dalam sebuah flat/kondo/pangsapuri dan spesis rumah yang tiada tanah ni?Yang penting kita kena ada minat la.Kalo setakat hangat-hangat tahi ayam, kirim salam lah.Aku sahut cabaran Go green!


Kita mulakan dengan menanam bawang yang dah tumbuh tunas ni.
[sila jangan gelakkan aku, kalo nak gelak dalam ati jer dibenarkan dan dimaafkan]

Lepas ni bleh makan mee lidi goreng dengan daun bawang. Hidup kena laa realistik sket kan.Takkan korang nak tanam pokok durian , rambutan, pisang kot dalam rumah tanpa tanah korang!Ni idea kak ema[masih tiada belog]. Terima Kasih Kak Ema kerana akhirnya aku berjaya jugak bercucuk tanam setelah cubaan pertama ku gagal masa awal kahwin dulu!

Kerana entry Curious-kids-need-to-be-tough-inside INI, aku dijemput oleh Nuffnang (tak sesia depa call suh buat entry :P pasal Friso Gold)



You and your family (2 adults and 2 children) are officially invited to the Nuffnang Friso Gold Family Day Out happening on;

Date : 2 January 2010
Time : 10am till 2pm
Venue : Kizsports & Gym, 1 Utama (Old Wing)

Sesiapa yang pegi lagi ni? Jangan segan-segan tegur aku kalo kenal!Aku ni pemalu orangnya. [sambil tutup mulut]Aku tiada suami pada hari tersebut tapi ada suami-isteri angkat.hahaha.Tadak la, Long aku dan wifey dier sudi nak bawa aku pi sana! Horay! Sebab sabtu adalah hari my hubby keja :(



*Tentative date: 24th January 2010, Sunday 8.30am – 12.00 noon*

*Venue: Park/Kindie in Selangor/KL – to be confirmed soon*

* Meal-Style: Potluck*

*Fee: FREE*

Kepada ahli MBP yang masih belum register untuk 1st Anniversary MBP Gathering 2010, sila klik kat SINI.
Siapa yang nak jadi sponsor, klik SINI.
p/s : Aku pun dah register, meh la ramai-ramai memeriahkan majlis yer!!hari Ahad bleh la pegi ngan my hubby :)

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 


Monday, December 28, 2009

Siapa kata Malaysia tiada salji?

Seronok sakan korang yer bercuti 3 jumaat berturut-turut [ditujukan buat warga selangor :) ]Minggu ni minggu terakhir untuk tidak bekerja hari Jumaat.Hip Hip Horray!!
Kalo krismas, sinonimnya adalah salji.Yatie Chomeyl kata kalo Malaysia ada salji pasti ada ramai angkasawan macam kat Jepun , lihat S.I.N.I.
Tapi salji kat Malaysia ni tak buat orang Malaysia berperangai seperti yang digambarkan dalam entry tu dan tidak sama sekali menyejukkan badan kita, waima ahli keluarga kita sekalipun!


Ni hah, Cinta Bersulam Rindu aku tengah disaljikan kat 'snow wash'!
Nota Ibu Kaki: Cinta Bersulam Rindu  -adalah plat kereta aku.


My Nuha tengah buat inspection!leh jadi QC bila besar neh.hehehe

Mesti korang frust kan?Ingat aku nak tunjuk salji yang turun kat shah alam kan?hihihi.
Hari Jumaat, macam biasa pergi Subang Para*de untuk menyelesaikan masalah negara.Kemudian pergi Mothercare beli child safety harness.Lepas ni, senang hati sket sebab bleh ikat my Nuha dari jalan laju-laju .hihihi.Sebenarnya terliur menda ni dari blog Intan ni hah..Tapi berkenan yang style macam kat bawah ni hah.



Info Produk : Harga : RM 39.90
Ada 5 jenis : Butterfly,Monkey, Bear, Moo,Lion
A great way to keep kids close and safe in crowds, or during family outings. Remove the tether strap to turn this harness into a backpack.
  • A 2-in-1 harness made out of a unique, extra soft fabric
  • Adjustable straps
  • Buckles provide easy on and off
  • Zippered back pocket
  • Removable tether strap
  • Fabric: 100% polyester
  • Care: machine washable
  • For children 18 months and up
  • Tether is approximately 4 feet in length
  • Dimensions: 12" x 6" x 4.5- source: here
Nak cari yang lion tapi tadak plak :p So, lepas ni My Nuha pikul moo la pegi jalan-jalan.

Dan kemudian dijamu dengan hidangan istana yang lazat.Minggu ni my hubby nak makan prosperity burger lagik.Mungkin terliur dengan entry INI, so drive thru laa sekali lagi lepas abes kerja dia.Maaf la ada gambar makanan plak lepas ni.



Model Prosperity Burger yang tak berbayar




Apple Pie untuk aku!


Ayam Mc D Spicy untuk aku.
First time order ayam sebab terpengaruh ngan Ad hari tu.Mak aih pedah btol.berasap telinga aku! memang tak leh lawan ar kepedasan dari KFC spicy!



My Nuha , model fries tidak berbayar jugak!hikss

Weekend berada di rumah Long aku,cuma ada acara masak, makan , tido.Nak ke Tasik Titiwangsa konon! Berlari diatas rumah ajer la.seb baik aku tak bawak kasut sport!!cheh!

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 


Thursday, December 24, 2009

Yang Lurus Bendul Pun Aku Suka

Hari tu cakap pasal kerinting.Hari ni cakap pasal lurus bendul.hehehe.Memang aku nak cerita pasal lurus spesis kerinting tu jugak la :)

Hari ni ada 2 entry sebab satu entry adalah dalam mode yang sedih, dan ini adalah mode yang ceria.Dan lagi satu, esok , lusa, tulat,  adalah tiada entry sebab aku nak bergumbira bercuti-cuti malaysia di Sentul. Hahahahahaha.Sentul adalah rumah Long aku.Tempat paling gelap sekali kat KL [sila jangan tanya aku-tanya khaf lam ya nga] Gaduh-gaduh manja adalah lumrah dalam percintaan perkahwinan. Berfalsafah bagai.Sebab perut tengah lapar [time untuk minum petang kalo weekend], tengok gambar makanan pun buat perut aku lapar.So, aku nak share la gambar makanan yang buat aku lapar sangat ni ngan korang jugak! hahaha.gila dengki!

Peristiwa ini adalah lunch semalam :)




Ini adalah untuk lima orang makan


Hari tu makan yang kerinting kan, so aku pilih yang lurus bendul plak kali ni.



Milo ..milo anda jadi sihat dan kuat!



Bagi yang ada bengkak tonsil macam Nizaa, sila pulun ni banyak2..lega beb!


Ini adalah Puan Penaja a.k.a boz aku la.
Yang telah mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang(APC) you all! Tahniah bozz!
Terima kasih boz!Lenkali belanja laa lagi.Ops!



Tangan puan empunya belog mestilah ada kan..Double cheeze burger - My All time peberet :)

p/s:Harap-harap bakal boz kita lepas ni belanja kita makan jugak la bila dapat APC kan.Kan Ad kan? Kak Ema Kan? Niza Kan?Kan?Kan? Ops.Boz baru pun baca belog aku neh :) hihihihi
p/s: Bakal boz baru aku adalah Sharina a.k.a kawan aku masa degree dulu! keciknya donea!


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Entry Sebelumnya:
 


Membawa kereta 110KM/J di jalan jalan persekutuan adalah heaven bila sedang menangis



Aku ingat azam tahun baru aku adalah tidak meninggi diri suara dengan my hubby.Ternyata silap, malam tadi aku bercakap dalam suara yang tinggi dalam keadaan mamai terhadap my hubby. Aku rasa betul-betul menyesal.Geram.Marah.Benci. Pada diriku sendiri.Sayang, eliss benar-benar minta maaf .Rasa macam tiada maaf bagimu kan? Artikel yang aku cari ni adalah untuk menginsafi diri sendiri :( dan peringatan jugak pada para sahabatku sekalian.

Perintah Supaya Isteri Mentaati Suami

Isteri wajib menunaikan hak suami ke atasnya iaitu wajib taat kepada suami dan melakukan segala perintah suaminya dengan syarat perintah tersebut tidak bertentangan dengan hukum syara’.

Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda mengenai dengan ganjaran bagi isteri yang mentaati suami dan menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya:

    Apabila seorang perempuan telah mengerjakan sembahyang lima waktu, mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah (ke dalam syurga) dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.
Pengertian Nusyuz

Nusyuz bererti keluar dari ketaatan. Para ulama asy-Syafi‘eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari (melakukan) ketaatan yang wajib terhadap suaminya.

Antara perkara-perkara yang menunjukkan ketidaktaatan kepada suami yang dianggap nusyuz itu ialah sebagaimana berikut:


i. Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya. Terkecuali daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpa qadhi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dan suami tidak memintakan fatwa untuknya.

Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan isteri.

ii. Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syara‘ seperti isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami
berpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau tha‘un.

iii. Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.

iv. Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit.

v. Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.

vi. Isteri mendakwa suaminya telah menthalaqnya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu.


Tindakan Terhadap Isteri Yang Nusyuz

- Menasihati isterinya dengan berkata kepadanya:


Bertaqwalah kepada Allah pada perkara-perkara hak-hak yang wajib untukku ke atasmu dan beringat-ingatlah akan akibat jika engkau tidak melaksanakannya.


-Menjelaskan kepada isteri bahawa nusyuz boleh mengugurkan (hak) nafkah dari suami dan hak giliran bermalam di rumah isteri bagi suami yang mempunyai lebih dari seorang isteri.

- Menyebut hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhusebagaimana yang disebutkan di atas mengenai isteri yang nusyuz.

- Adalah sunat juga bagi suami berbuat baik kepada isterinya itu dan mengambil hatinya dengan memberinya sesuatu.

2. Apabila berlaku nusyuz isteri, maka suami bolehlah mengambil tindakan dengan terus menasihati isterinya itu dan harus juga baginya untuk mengasingkan diri dari tempat tidur isterinya atau dengan kata lain, tidak tidur bersama-sama. Mengasingkan diri dari tempat tidur isteri adalah antara cara berkesan untuk menghukum isteri agar tidak mengulang perbuatan nusyuznya.

Jika nusyuz isteri berlaku berulang-ulang atau berterusan, maka suami boleh memukulnya dengan pukulan yang ringan (bukan penderaan) jika mengikut sangkaannya dengan pukulan itu
dapat mendatangkan faedah iaitu isteri akan kembali taat kepadanya.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:



Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah (pulaukanlah) mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).

(Surah an-Nisa: 34)

Walaupun suami dibenarkan untuk memukul isteri, namun Islam juga memberi garis panduan tentang cara memukul agar pukulan suami tidak mendatangkan mudharat kepada isteri, iaitu
suami tidak boleh memukul isteri dengan pukulan keras, tidak boleh memukul pada wajah dan pada anggota-anggota isteri yang mudah cedera.

Tujuan pukulan tersebut adalah bagi maslahah suami sendiri iaitu supaya isteri kembali taat semula kepadanya. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika suami tidak memukul isteri jika
dirasakan tidak perlu.

Para isteri perlu sedar akan tanggungjawab mereka menunaikan hak-hak suami. Selain dari mentaati suami, isteri wajib berlemah lembut dengan suami, menjaga perasaan suami, bersyukur dan menerima seadanya apa saja pemberian suami. Isteri dilarang meninggikan suara kerana walaupun perkara tersebut bukan dianggap sebagai nusyuz, akan tetapi ia boleh saja menjadi sebagai permulaan isteri berlaku nusyuz terhadap suaminya.

Isteri juga diperintahkan untuk menjaga kehormatan dirinya dan harta suami ketika ketiadaan suaminya kerana yang sedemikian itu adalah perilaku seorang isteri shalehah sebagaimana firman Allah

Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya:
Maka perempuan-perempuan yang shaleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya).

Ya Allah sesungguhnya,
Aku lemah tanpa petunjukMu,
Aku buta tanpa bimbinganMu,
Aku cacat tanpa hidayahMu,
Aku hina tanpa rahmatMu.

credit to : here, here, here


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 


Wednesday, December 23, 2009

Makin kerinting Makin Aku Suka

Oh Maaf.Saya tak suka berambut kerinting.Dan saya tak pernah mengkerintingkan rambut saya walaupun ada cubaan untuk melakukannya terhadap saya masa kecik-kecik dulu bila semua orang buat rambut menjadi kerinting(fesyen laa konon) .Tak jadi sebab Abah saya cakap, ubat yang digunakan untuk kerinting rambut tu dari kencing kuda.hahaha.Mungkin itu mitos tapi sebab dia adalah Abah saya[yer, saya anak abah yang dikandung dalam perut perempuan itu] makanya saya percaya dan perempuan itu tidak jadi mengkerintingkan rambut saya kerana protes dari saya yang kuat.Perempuan itu dalam cerita ini adalah ma(emak) saya :P

Skema sheall cakap saya.Aku cakap saya-saya ni masa bercinta dulu jer kot ngan my hubby tak pun masa tengah marah ngan my hubby.Pilih salah satu .





fesyen rambut kegilaan pada era 90-an erk?


Oh, sebenarnya aku bukan nak cakap curly yang ini, tapi ini hah..



Curly fries.




Prosperity Burger.All time peberet my hubby :)



yummeh.menggiurkan bukan?Tangan pemilik belog harus ada.



Large Coke.


Tuan penaja yang dicintai :) Sayang, amik gambar baju jer-kata beliau :P



Makan curly fries jer, yang akhirnya Umminya yang lapar pulun abes sebab dier main-main ngan curly fries tu :p

Sungguh yummeh.Ini adalah menu yang aku melantak ngan my hubby selepas dier men'settle'kan kerjanya di Subang Parade Jumaat lepas.Drive thru jer kat mcD seksyen ti*ga shah alam dan makan di rumah.

So sesiapa yang nak berdating ngan aku, sila terjah aku di Su*bang Para*de kat depan area MPH (dah macam playground Nuha plak kat situ ) esok lagi sekali dari jam 3.30 hingga 5.00 petang.hahahaha.Sila bawa pen dan kertas sekali untuk amik autograf.hahahaha

Niza, sila jelez :p Padahal aku yang jelez dengan entry ko semalam.hahahaha

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 


flymas.mobi – as Easy as 1, 2, 3

Masih ingat cerita si jakun yang first time naik kapal terbang? Kalo tak ingat, refresh balik dan bleh baca kat SINI.
Masa tu, semua tiket miket ni adalah urusan UiTM sepenuhnya.Aku cuma bawa boarding pass yang diorang sediakan ke airport sahaja.So, memang aku tak berpeluang lah nak order tiket online yang pada firasat aku mesti leceh dan membebankan. Tu pemikiran bagi yang IT savvy, kalo yang non IT savvy aku tak tahu la kan.






ElissMieNuha


Hari ni aku nak tunjuk perkhidmatan MAS yang terbaru yang yang mana mudah untuk booking tiket kapal terbang online atau nak periksa maklumat terperinci yang diperlukan semudah 1, 2, 3 [pastu pack baju pegi airport] hanya menggunakan mobile phone!!!

Perkhidmatan ni, dinamakan flymas.mobi

1) Mula-mula taip URL ni kat browser pada mobile phone korang --->  http://flymas.mobi

2)  Pastu akan terdapat menu yang memang direka khas untuk mobile phone.Ada 2 pilihan bahasa.



Menu Pilihan Bahasa Melayu



Menu Pilihan Bahasa Inggeris



* Tidak perlu menggunakan borang untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan. source: here

3) Klik pada menu Tempah Penerbangan - Klik Cari Tawaran



4) Result akan terpapar seperti berikut






5) Klik pada masa yang dikehendaki atau tambang paling murah yang ada dan boleh terus buat pembayaran guna kredit kad!Ni kalo phone canggih macam blackberry




6) Cuma satu klik anda boleh daftar masuk(check in) hanya menggunakan SMS.

7) Tanpa komputer! Tanpa printer! Tanpa kertas! Tanpa Wayar! Cuma guna boarding pass yang ada dalam mobile phone anda.Jangan terdelete sudah la yer :)

8) Periksa betul-betul tarikh dan jadual penerbangan pada Menu Status Penerbangan , kang ada yang tertinggal plak.Dah la bayar mahal kan.Untuk mengetahui status terkini masa berlepas atau sampai,boleh  periksa kat Menu Jadual  Penerbangan .

Ada lagi? Nak FREE iPhone 3G tak?Apa tunggu lagi? Jom sekarang, tempah tiket dengan  flymas.mobi






ElissMieNuha


The promotion period is from 08 Dec – 31 Dec 2009 • Travel period from 08 Dec – 31 Mar 2010 • Valid for return ticket on First and Business class only • Travel must be from Kuala Lumpur to London, Amsterdam, Paris, Frankfurt, Rome, Sydney, Melbourne, Brisbane, Adelaide & Auckland • To qualify for the free iPhone 3G (8GB), you must transact on flymas.mobi using mobile phone •

Tunggu apa lagi, sekarang pegi tempah tiket kat flymas.mobi !!!

Bagi nuffnangers, klik sini kalo nak join jugak!

Hadiah yang ditawarkan:-





ElissMieNuha


p/s: harap-harap menanglah salah satu hadiah sebagai hutang bulan madu yang tertunda, tertunda , tertunda tu.asyik tertunda jer!

Tuesday, December 22, 2009

Alice In Wonderland In The House

Masa kecik-kecik, selalu orang usik aku bila tanya nama aku.

Nama ko sape? Eliss.






ElissMieNuha


Alice In Wonderland erk?


Tak pun. Alice Woon erk? Korang kenal Alice Woon?Alah, dalam cerita "Siapa Bunuh Alice?" tu.Yang sampai kesudah tak tahu sape yang bunuh Alice tu.hampeh btol cerita macam tu :P Tu belom ikan bilis lagik.





ElissMieNuha


Seb baik bukan Alice In Chains kan..hiks

Oh, aper yang aku merepek ni.Actually, aku nak cerita pasal Alice Wonder Dot Com la korang.Alah.Korang tau dak?

AliceWonders.com is a Malaysia home-grown registered company under the name YOUTHOPIA (001752252-U).

what alicewonders.com believes in...
1. Providing women with ENDLESS choice (we have no hundreds of employees, but we have our hundreds of bags).
2. Shopping is a treat and therapy, not a war zone with parallel parkings, stampeding shoppers and changing-room queues.
3. Fashion should be accessible, at only a click (and a few dollar bills) away.
4. Fashion like life is FUN and should be approached with a dash of humour.
5. Creative capitalism and giving back. So while you are shopping in alicewonders.com, use your online time to volunteer in other realms like onlinevolunteering.org.


Last week, finally, purse hook yang aku my nuha menang dalam contest MBP hari tu, selamat jua sampai ketangan aku setelah penghantaran yang sebelumnya hilang ntah kemana-mana.Seb baik Alice hantar balik untuk aku.Merasa lah jugak purse hook dari Alice Wonders ni seperti kat SINI.

 Apa bendanya purse hook dari Alice Wonders ni?

- Hangs bag on flat surfaces
- Available in 10 lovely bag designs
- Made from strong, high quality and durable brass
- Cushioned slip-resistant pad keeps bag in place
- Holds up to 5kg
- Comes with Velour pouch for storage

Kalo nak tahu lebih lagi pasal purse hook ni, bleh baca selanjutnya DI SINI ok!


 Lawa dak purse hook aku?
Sungguh 'pinang dibelah dua' bila digandingkan dengan beg aku kan?hikss



Closed up sket!



 Siap dapat kupon diskaun neh.Seb baik dah beli bag.Kalo dak, mau aku sambar ni.
p/s: Kak Long, nak beli dak beg kat sini, kalo nak, weekend ni eliss bagi coupun 10% diskaun ok!






Thanks To Alice Wonder for wonderful purse hook!

eh, kalo nak diskaun jugak, korang bleh klik kat SINI :) Enjoice!!

Baru jer aku nak publish blog ni, ko tau dak Niza, cermin ofiz yang sebelah toilet kita tu, pecah terabur.Prappp berderai gitu.[sound efek masukkan disini] Nauzubillahiminzalik.Seb baik tadak orang lalu ok!Kalo dak, macam dak Sarah Nur Kasih jadiknya.



fresh-fresh dari tempat kejadian.Teringat plak berita malam tadi pasal cermin pejalan kaki pecah tu.Ngerinya...

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)