aku baru balik dr klinik uitm..dr kata aku kencing kotor..kurang minum air..sampai sakit pinggang..sian aku...
jap tadi, aku nyaris maut..huhuhu...aku x tukar gear naik bukit yang tinggi tu di uitm..nasib baik aku dengan paniknya telah menukar gear dengan cepat..hahahaha..lain kali aku tukar gear siap2 kat bawah sebelum naik bukit..yang kelakar ada satu motor virago berenti sebelah aku dan suh aku tekan gear..hahahahahaha...lawak btol..aku dlm keadaan gelabah dan ada org tegur lagi laa aku gelabah..sebok jer..hahahaha
anyway, thanks laa utk pertolongan tersebut..
Ni ada info sket tentang Kencing kotor..bahaya jugak...
KENCING KOTOR
Jangkitan kuman pada saluran air kencing selalu berlaku kepada wanita yang kurang minum air dan sering menahan perasaan untuk kencing. Pesakit yang baru menjalani pembedahan yang dimasukkan saluran getah ke dalam saluran kencingnya turut mudah mendapat jangkitan.
Keadaan kencing berdarah spt pesakit batu karang buah pinggang juga mudah mendapat jangkitan pada saluran dan pundi kencing. Tandanya ialah kencing yang tak lawas, kencing pedih dan panas, kencing berdarah, sakit di ari-ari dan perasaan loya.
Jika ia menjadi semakin serius, maka sakit akan mula naik ke bahagian pinggang dan demam pada sekitar suhu 38.5° Celcius. Keadaan ini di panggil ascending pyelonephritis dan memerlukan rawatan antibiotik secara parenteral (intravenous) dengan segera untuk mengelakkan komplikasi yang lebih serius.
Bagi yang baru mendapat simtom kencing kotor, dinasihatkan berjumpa doktor untuk memeriksa kencing dan mendapatkan rawatan(antibiotik). Minum air secukupnya iaitu 8 gelas sehari dan jangan tahan kencing.
Gamat boleh membantu melegakan masalah kencing kotor pada peringkat awalnya. Lebih berkesan jika di gabungkan dengan rawatan antibiotik. Ia melawan radang dan membaik pulih saluran kencing yang cedera. Ia juga mempunyai kesan antinosiseptif yang mengurangkan kesakitan. Bioseed pula membantu mengeluarkan toksin dan membantu penyembuhan.
Thursday, September 13, 2007
Kencing Kotor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment
Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !
xoxo,
Eliss