Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Thursday, May 23, 2019

Pengalaman Mengandung & Menyusu Di Bulan Ramadan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mengandung? Eh tak lah. Dah tutup kilang dah. Ni kisah pengalaman mengandung tahun lepas. Mengandung di bulan puasa. Tapi tahun lepas sebulan mak tak boleh puasa. Tahun lepas pun tak ada mood nak blogging jugak. Rasanya sekali je cerita pasal kehamilan. The rest is history gitu. hahaha. Buku pink menjadi saksi . 

Semasa mengandungkan my Nawfa, saya disahkan GDM dan memang dah ada darah tinggi selepas bersalinkan my Nayla. Ubat darah tinggi pulak tak boleh makan ubat yang biasa makan sebab ubat saya makan tu tak sesuai untuk ibu mengandung. So kena lah makan ubat darah tinggi Methyldopa yang kena makan 3 kali sehari tu. Sebab tak boleh nak adjust timing makan ubat, doktor tak benarkan saya berpuasa. Mak is redha jer lah. Dah GDM kena cucuk insulin pulak. Nasib dosnya kecil dan lepas beranak terus hilang bersama angin lalu. Gitu. Alhamdulillah awal tahun hari tu buat full checkup bacaan 5 je. Kiranya bebas diabetes . Tapi still kena beringat lah kan sebab keturunan dan sendiri pun suka makan manis-manis especially bulan Ramadan ni. Kurma pun kena kira-kira nak makan. Apatah lagi tepung pelita, akok kedut, Tok Aji Serban, Sekaya atau rodok telur dan sebagainya. Eh tersenarai kuih yang menjadi favourite pulak .hahaha. So tu je lah pengalaman mengandung semasa bulan Ramadan. Sebenarnya tak boleh nak puasa. hahahaha

Ok la. Pengalaman menyusukan pulak. Tahun ni kiranya tahun pertama saya fully b*feeding my Nawfa. Alhamdulillah, agaknya anak bongsu kan. All out sket dan maknya telah diberi kesedaran sepenuhnya untuk menyusukan anak sepenuhnya. Saya memang takut jugak nak puasa kali ni. Yerlah takut susu drop tapi yakin Allah pasti berikan yang terbaik untuk my Nawfa. Memang susu drop sebanyak sebotol . Hari pertama puasa memang betul-betul flat dan siap pakej sakit kepala lagi. Macam nak menangis rasanya tapi memikirkan betapa sayangnya tahun sebelum ni pun dah tak puasa kugagahi jugak berpuasa. 29 hari tak berganti. Takkan nak tambah lagi. Oh tidak. Semua mindset je ni. Alhamdulillah hari-hari seterusnya Allah bagi kekuatan siap boleh buat terawikh lagi kat rumah. Kat rumah je la. Tu pun kalau my Nawfa dah tidur awal. Kalau tak susah jugak sebab tengah fasa nak bangun. Dah berapa kali jatuh terlentang. Kalau terawikh tu duduk ok sikit, letak dia atas riba. Tapi sekejap je tahannya lepas tu dia gi merayap kelain. Penat sangat mak pun bantai tidur lepas isyak. Kang my hubby balik kejut ajak moreh. hahaha. Bila berpuasa ni, rutin pun dah berubah. Biasa saya akan sambung mengepam untuk sebotol yang tak cukup pada pukul 3.30 pagi. Then terus panaskan lauk atau masak simple-simple untuk My Nuha dan My Nayla puasa. Dalam pukul 5 pagi paling lambat saya kejutkan budak berdua tu. My hubby macam biasa sahur cuma minum air je. Alhamdulillah setakat ni tak terbabas lagi. Pukul 5.30 saya mengepam sekali lagi untuk bekalan fresh ke rumah pengasuh my Nawfa. Kalau ada lebihan, boleh la guna untuk esok hari pulak. Biasa tak ada lebih sangat sebab my Nawfa belah malam memang mengempeng. Esok genap usianya 9 bulan dah. Progress dia dah master merangkak dan dah bangun dah pun. Dah cuba-cuba lepas tangan kalau berdiri. Duduk pun dah stabil. Gigi dah nak muncul 2 batang belah bawah. 

Tips saya penyusuan di bulan Ramadan, sahur jangan lupa makan nasi dan kurma. Air kosong memang sahabat baik jugak la antara waktu berbuka ke sahur tu. Pastikan cukup 8 gelas atau lebih. 2-4-2 macam dalam iklan Cu*koo Dr Sheikh Muszaphar dengan anak-anaknya tu. Comel jer kan. 

 2-4-2



Paling banyak sekali pam 3 Oz pada bulan Ramadan. Alhamdulillah. Biasanya paling banyak 4-5 Oz



Saya suka kacau teman Ummi solat sambil muka comel macam ni. Comel kan saya?



Merangkak is too mainstream. Saya dah boleh bangun ok dan lepas tangan.



Mengantuk teman Ummi mengepam pagi-pagi



Nuha dan Nayla masa sahur. Diorang ni citarasa lain-lain. So kadang-kadang masak lain-lain. Ok lah nak janji nak berpuasa dan sahur. Mak is ok.

Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla meringankan setengah shalat untuk musafir dan meringankan puasa bagi musafir, wanita hamil dan menyusui - ( HR. An Nasai no. 2275, Ibnu Majah no. 1667, dan Ahmad 4: 347. )
Korang ada pengalaman mengandung dan menyusukan di bulan Ramadan?


Monday, April 08, 2019

Perjalanan Penyusuan Nur Nawfa Haniyya Road To Diploma Done

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah. Usia my Nawfa sudah menginjak ke 7 bulan . Maknanya sudah 1 bulan diperkenalkan dengan solid food. Banyak tertinggal nak tulis pasal si bongsu ni. Maklumlah maknya blogger suam-suam kuku sekarang ni tapi perjalanan penyusuan terakhir ni harus juga diblogkan sebab sudah tak ada peluang untuk mengulanginya selepas ini. 

Alhamdulillah sudah melepasi fasa pertama penyusuan . Bagi group ibu-ibu yang support penyusuan badan tempoh 6 bulan tu adalah diploma . Siap sijil lagi ni hah. Credit to fb Happy Breastfeeding Malaysia. Edited with Canva gitu. Tutorial Canva rujuk sini. 



Dek kegagalan anak pertama dan kedua untuk penyusuan badan sepenuhnya, saya bangkit mencari silap saya dimana-mana. Alhamdulillah Allah permudahkan jalan. Start dari awal mengandung lagi saya sudah amalkan surah Al Hujurat untuk memperbanyakkan susu badan. Memang sekali pam dapat sikit tak sampai oversupply tapi Alhamdulillah Allah cukupkan untuk my Nawfa. Saya memang mengepam kat cubicle je sebab jenis malas nak leceh-leceh ni. Saya pakai nursing cover dan boleh buat kerja sambil-sambil tu. 

Saya guna pam Lacte Duet . Dari awal mengandung dah beli. Sejenis tak boleh beli barang sedebuk macam tu so saya kumpul duit sikit-sikit. Alhamdulillah dekat due dah dapat pamnya. Berbunga-bunga hati tengok pam. Maklumlah sebelum ni guna pam manual dan yang elektrik yang biasa-biasa je. Kali ni sampai RM400 kan. Memang semangat lain macam gitu Allah buatkan rasa tu. Mungkin sebab dah last dan all out. Lepas operation nurse jagakan separuh hari. Bila saya naik wad tu terus saya minta my Nawfa. Itulah titik permulaan penyusuan untuk my Nawfa. Bila my Nawfa terkena prolonged jaundice tu tetap kuatkan semangat yang susu ibu memang terbaik dan hak anak sampailah sembuh kuning sepenuhnya masuk hari ke 56. 



Kelengkapan penyusuan yang saya angkut ke ofiz



Close up sket. Biasanya saya humban pam dan storage botol dalam tu . Beg tu ada 2 compartment. Bahagian atas boleh letak motor pam .

Hasil mengepam kat ofiz

Biasanya hasil lebih kurang sama jer iaitu antara 12-14 Oz


Siap-siap sukat dalam botol 2 Oz. Bagi yang tak cukup memang sambung pam kat rumah tapi jarang sangat lah. Setiap hari saya bekalkan my Nawfa 14Oz yang chiller dan fresh pam pagi tu dalam 3 Oz.Kalau balik kampung baru saya bekukan. Kiranya stok yang beku tu akan digunakan bila balik dari kampung. Begitulah. Memang mengais jugak. Dalam peti beku sekarang ni memang ada 2 botol je. hahaha. Menangis dengar kan tapi Alhamdulillah Allah cukupkan. Lagipun my Nawfa dah start makan. 


Sesi mengepam 3-4 kali sehari kat ofiz 


Kalau ada kursus kat luar, siap-siap mengepam dulu dalam kereta


Sesi pertama mengepam kat rumah pukul 5.30 pagi . Kadang terlajak sampai 6 pagi . Biasa ada je peneman cilik ni. Orang bangun dia bangun. 


Budak yang paling banyak minum susu Ummi


Ummi pun dah menggebu ni nak. Tunggu lepas my Nawfa 2 tahun kena start diet balik. huhuhu


Tengok la beza dia dari 3 bulan lepas. Alhamdulillah berat pun dalam berat yang disyorkan dalam carta. 

 ” Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, perbanyakkanlah susu untuk anakku, dan permudahkanlah perjalanan penyusuanku mengikut syariat yang telah Engkau tetapkan.” Amin.


Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu. Dia lah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata. Dia lah jua Yang Maha Besar, lagi Maha Tinggi (Yang mengatasi segala-segalanya) -Surah Ar-Ad 8-9

Wednesday, December 12, 2018

Pengalaman caesarean kali ketiga di Hospital Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lama sungguh tak bersiaran sejak mengandungkan si bongsu. Last update masa kandungan berusia 12 minggu kehamilan. Sekarang si bongsu dah berusia 110 hari ni. hahaha. Memperkenalkan secara official si bongsu , Nur Nawfa Haniyya // Cahaya / Suci / Kegembiraan 


My Nur Nawfa Haniyya @ Day one of life 


My Nur Nawfa Haniyya @ Day one of life



My Nur Nawfa Haniyya @ Day two of life



My Nur Nawfa Haniyya @ Day thirty of life

Alhamdulillah , caesarean kali ketiga berjalan lancar. Kali ni saya bersalin di Hospital Shah Alam. Kenapalah Hospital Shah Alam baru ada. Tidak jimat 20K. hahaha. Memang mendebarkan caesarean kali ni sebab bila dah dapat tarikh pembedahan, kena pergi jumpa pakar bius terlebih dahulu. Semuanya diterangkan secara terperinci yang mana sebelum ni terus operate je kan sebab dua-dua pun caesarean secara kecemasan kan. hahaha. Risiko-risiko pun dinyatakan. Saya dijadualkan bersalin pada 24 Ogos 2018. Sehari selepas hari raya Aidil Adha saya terpaksa check in di Hospital Shah Alam. Anak-anak my ma dan my Abah jagakan kat rumah. Seminggu sebelum tu lagi saya amik diorang di Terengganu. First time beraya di perantauan. Long pun tak balik jugak. Semua berkumpul di rumah saya. Saya buat nasi minyak. My ma dan Kak Long sediakan lauk pauk. Memang epik la nasi minyak tak menjadi pulak hari tu. Terpaksa kukus manual. hahaha. Over confident sangat. Tapi habis jugak la. 

Ok berbalik pada cerita ke Hospital Shah Alam. Dalam pukul 9 kitorang gerak pergi Hospital Shah Alam. Hamik kau. Pukul 330 tak silap baru dapat bilik. Merasalah hospital kerajaan. Masa kitorang nak check in tu memang ramai yang check out. Memang lengang tiba-tiba dan tiba-tiba penuh balik katil. Rupanya ada yang dah bersalin dan duk kat labour room sebab tak cukup bilik. Bagi yang bersalin normal memang boleh balik bila baby pun dah kencing berak. Jiran sebelah katil tengah malam pun check out. Bangun esok dah orang lain kat sebelah. hahaha. Akhirnya hari yang dinantikan telah tiba. 24 Ogos 2018. Kalau ikutkan dalam pukul 7 pagi sepatutnya tapi lewat sikit dalam 830 pagi. Memang dah tukar baju operation siap-siap. Handphone nurse pegang. Yang lawak tu my hubby tunggu kat level 6 tapi saya nak operation kat level 4. My hubby tak baca whatsapp . Saya pinjam telefon nurse yang tunggu kami kat level 4 tu. Nasib nurse tu bagi jugak pinjam. Macam nyawa dihujung tanduk rasa. Rasa tak sedap hati kalau tak jumpa my hubby macam banyak dosa gitu.hahaha. Kali ni operation memang agak berbeza dengan sebelum ni sebab lepas cucuk tulang belakang tu ada satu lagi macam wayar dimasukkan untuk bius tambahan. Memang rasa tersentak kaki .

Risau jugak sakit macam beranakkan my Nayla dulu . Orang kata yang ketiga paling sakit. Tapi Alhamdulilllah. Semuanya berjalan lancar dengan izin Allah. Terasa macam biasa lah perut digodek-godek dan bila baby keluar dari perut pun terasa macam ada benda yang ditarik keluar dari perut. Doc jerit baby out . Alhamdulillah. Tepat jam 9.46 pagi puteri bongsu dilahirkan. Prosedur BTL ( ikat peranakan) diteruskan selepas itu . Doktor bagitau tak ada lekatan . Alhamdulillah. Dalam pukul 10 lebih saya ditolak keluar setelah semua proses selesai.Tak boleh masuk wad lagi . Anak pun tak sempat jumpa. Jumpa sekejap je lepas lahir dan skin to skin dalam seminit je kot. huhuhu.

Sepatutnya anak dibawa jumpa my hubby tapi nurse tak tunjuk pulak. Terus naik kat wad.Even hospital rakan bayi sebab cser, nurse bagi FM dulu sementara saya dalam proses pemulihan. Dalam pukul 2 baru saya dibawa ke bilik . Bila my hubby dah sampai dalam pukul 3 , minta dengan nurse baby untuk saya jaga sendiri. Bermulalah episod breastfeeding untuk kali pertama dengan my Nawfa.Alhamdulillah. My Abah iqamah dan tahnikkan my Nawfa macam kakak -kakak dia yang lain.

Kali ni memang rasa kesan ubat bius ( morfin). Mula-mula dia merenyam muka, mata dan hidung semua. Lepas tu dah hilang kat situ gatal badan dan tangan pulak. Macam berperingkat gitu. Last sekali tapak kaki. Memang doktor dah cakap tu kesan dia. huhuhu. Hari ketiga doktor seal tempat pembedahan. Lepas tu baru boleh mandi. Sebelum ni memang lap-lap je. Petang 26 Ogos baru dapat keluar. Bukan keluar dengan lenggang kangkung tapi dengan jarum sekali untuk cucuk selama 10 hari 2 kali sehari. hahahaha. Bermula sekali lagi menjadi nurse sendiri selama 10 hari sampai lebam peha . Sampai sini dulu catatan perjalanan bersalin caesarean untuk kali terakhir. Alhamdulillah. Allah permudahkan . 


Dah boleh check out yeay ! 



Thursday, March 15, 2018

Kehamilan 14 Minggu, BSP dan Insulin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, minggu ni minggu ke 14 kehamilan saya yang keempat dan mungkin kali terakhir. In sya Allah. Pada minggu ke 13 , bacaan gula saya tinggi selepas MGTT iaitu 10 . Saya dirujuk kepada pakar dietician. Selepas 2 minggu bacaan BSP saya diambil. setelah ikut diet yang dianjurkan bacaan gula puasa BSP saya tetap tinggi iaitu melebihi 5.3. Dah la 2 minggu berturut-turut. Bacaan untuk HbA1c pun 6.4 dimana sudah border line. Maka terpaksalah saya diberi suntikan insulin untuk tidak merisikokan kandungan saya. Dah la berat turun 3KG gara-gara diet. Harap baby baik-baik sahaja. Lagi 2 minggu kena buat BSP lagi sekali dan scan baby. Last scan hari tu masa 12 minggu, Alhamdulillah baby dalam keadaan baik dan membesar mengikut carta. 

Setiap malam ni lah rutin saya. Jadi doktor sendiri. Nasib jarum insulin ni halus je dalam 4mm je macam tu. Tak rasa apa pun. Teringat dekat Makcik Fatimah.  Apa khabar dia sekarang. Sekarang dah sama macam Makcik Fatimah kena belajar cucuk insulin. 


Jarum untuk suntikan insulin yang dibekalkan oleh pihak klinik

Bacaan gula puasa selepas suntikan insulin . Terima kasih Rai bagi pinjam Glucometer ni
Sekali je kena buat dekat klinik untuk first time. Kali kedua dan ketiga buat kat rumah jer


Bacaan BSP kena ambil 4 kali . Pukul 8 pagi ( sebelum tu malam sebelum tu puasa sebelum pukul 10 malam) , lepas makan pukul 8 tu terus puasa , Pukul 10 ambil bacaan, makan tengah hari dalam pukul 12 dan terus puasa, pukul 2 ambil bacaan dan last sekali makan petang pukul 6 petang dan terus puasa , pukul 8 ambil bacaan.

Gula puasa <5.3 dan yang lain < 6.8 

Tempat yang boleh cucuk insulin. Tapi bahagian perut paling cepat kadar penyerapan insulin dan lebih seragam berbanding tempat lain.Bila dah cucuk kat perut memang kena cucuk kat perut jer la tak boleh kat bahagian lain pulak


Teknik Suntikan Insulin 

A) Penyediaan Pen

Buka penutup dan pusingkan pen. Masukkan rod piston dengan menekannya sehingga ke dalam.
Masukkan kartrij insulin ke dalam pemegang kartrij. Bahagian kartrij yang berwarna dimasukkan dahulu.
Tutup semula pen dengan memusingkan dengan ketat. Jikalau kandungan insulin anda adalah jenis yang keruh, katrij perlu digoncangkan dahulu sebelum guna (sila rujuk TIPS).

B) Periksa Aliran Insulin (Priming)

Gunakan jarum yang baru untuk setiap suntikan. Tanggalkan pelindung jarum dan masukkan jarum pada bahagian kartrij insulin yang berwarna. Buka penutup ‘luar’ dan simpan. Buka penutup ‘dalam’ dan buangkan.
Tarik butang dos and dial insulin sebanyak 2 unit.
Pegang pen secara menegak dan ketuk pen perlahan-lahan beberapa kali supaya gelembung udara naik ke atas kartrij insulin. Tekan butang dos sepenuhnya sehingga angka ‘0’. Titisan insulin sepatutnya kelihatan di hujung jarum. Jika tidak, ulangi langkah 4-6 sehingga titisan insulin kelihatan.

C) Memilih Dos

Tarik butang dos dan pusing sehingga mendapat dos insulin yang dipreskrib oleh doktor anda.
Butang dos boleh dipusing ke depan atau ke belakang semula jika terdial dos yang salah. Insulin hanya akan dikeluarkan apabila butang ditekan.

D) Menyuntik Dos

Tolak jarum ke dalam badan secara perlahannya. Tekan butang dos sehingga menunjukkan angka ‘0’. Biarkan jarum di bawah kulit selama 10 saat sekurang-kurangnya untuk semua dos insulin masuk ke dalam badan. Tarik keluar jarum selepas habis suntikan.

Penyimpanan Insulin

Stok insulin yang tidak digunakan harus disimpan dalam peti sejuk.
Insulin pen yang sedang digunakan disimpan di suhu bilik.
Insulin yang tidak disimpan dalam peti sejuk akan luput selepas 1 bulan.
Simpan di tempat yang jauh daripada sinaran matahari.
Jangan simpan insulin di dalam kereta.
Tanggalkan jarum selepas setiap suntikan.

Kesan Sampingan

Insulin boleh menyebabkan hipoglisemia (paras gula rendah dalam darah). Hipoglisemia berlaku apabila tahap gula lebih rendah dari 4.0 mmol/L. Tanda-tanda hipoglisemia adalah seperti menggeletar, berpeluh dingin, pening, lapar, gelisah dan berdebar-debar. Hipoglisemia boleh berlaku apabila:

Tidak makan selepas suntikan insulin atau makan terlalu sikit
Senaman berlebihan
Dos insulin yang terlalu tinggi
Masalah buah pinggang
Jika anda mengalami sebarang tanda hipoglisemia, ambil makanan/minuman bergula seperti 1 sudu besar madu, ¾ cawan jus, 3 sudu kecil gula dengan segeranya.

Sentiasa bawa bersama anda snek yang bergula seperti gula manis untuk menangani symptom hipoglisemia.

credit : http://www.myhealth.gov.my/teknik-suntikan/

Korang pernah ada pengalaman kena cucuk Insulin dan prosedur BSP?


Daripada Abu Zar RA beliau berkata; Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: "Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana saja kamu berada dan ikutilah setiap (amalan) kejahatan dengan (amalan) kebaikan yang dapat menghapuskannya serta berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik." Hadith semakna juga diriwayatkan oleh Abu Hurairah.  Abu Isa berkata; Ini adalah hadith hasan sahih.
(Hadith riwayat at-Tirmizi, No.Hadith : 1987)

Wednesday, February 28, 2018

Kehamilan 12 Minggu & Pengalaman Pemeriksaan di Klinik dan Hospital Kerajaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, minggu ni adalah minggu terakhir saya dalam trimester pertama kehamilan. Minggu depan dah masuk trimester kedua kehamilan. Bagi yang follow saya di instagram , mungkin dah ramai yang tahu. Walaupun tidak post secara direct tapi kalau baca #(hastag) dah boleh agak dah la. 

Alhamdulillah, masa scan pertama sudah nampak kantung. Maklumlah pengalaman mendewasakan. Risau ectopic berulang. Masa tu baru 5 minggu. Scan pertama di Klinik Ajwa. Dan repeat scan masa 10 minggu di Hospital Shah Alam , sudah nampak janin dan detak jantung. Satu perasaan yang melegakan.In sya Allah, saya akan melahirkan pada September ni.Anak yang terakhir nak ikut bulan birthday Ummi dia nampaknya.Jimat kos boleh sambut sekali macam my Nayla dan my hubby. My Nuha dah lahir masa anniversary percintaan kitorang kan. So adil la kat situ. Kali ni merasa morning sickness tapi Alhamdulillah dalam 3 minggu sahaja. Sekarang dah ok.

Kali pertama buat buku pink. Merasalah checkup di klinik kerajaan. Sebab nak merasa juga perkhidmatan hospital kerajaan menggunakan kelayakan yang ada kan. Selama ni tak ada hospital kerajaan di Shah Alam , so dah ada ni kita guna sebaiknya. Memang nampak la perbezaannya. Dulu bila refer ke hospital pakar, terus dapat jumpa pakar, tapi di pakar kerajaan, bila refer, kena dapatkan appointment dulu. Untuk jumpa pakar, kakitangan kerajaan percuma jer. Alhamdulillah. Tapi kena tunggu tarikh appointment jer lah. 

Bila tak dapat jumpa doktor pakar, klinik pakar suruh saya buat buku pink di klinik kesihatan yang berdekatan. Saya terus ke klinik Seksyen 7. Klinik yang paling dekat dengan ofiz.Nasib baik diterima. Pada mulanya memang tak nak terima sebab alamat rumah diluar kawasan tapi nampak kesian agaknya muka saya ni. Sekarang macam rumah kedua pulak klinik Seksyen 7 tu. Parking satu hal jugak. Sekarang saya parking di Hospital Shah Alam. Menapak lah jugak. Perut masih kecil gagah lah lagi. Dah besar nanti rasanya kena pergi dengan Uber lah nampaknya.

Seharian kat klinik baru dapat buat buku pink sebab saya silap daftar kat kaunter klinik biasa. Dah dah klinik ibu mengandung tutup pukul 12 dan buka balik pukul 2. Tapi sebab nak buka jugak, memang mak redha menunggu lama pun. Pukul 4.50 petang kot baru selesai semua . Saya sampai kat klinik dalam 10.30 pagi sebab pergi Hospital pakar Shah Alam dulu. Buku pink tu kena buat 2 salinan, nak kena tulis sejarah mengandung semua, checkup, konsultasi dengan nurse dan doktor. Saya dapat sticker hijau sebab kandungan saya kandungan berisiko. Saya memang dah ada darah tinggi. So doktor tukarkan ubat darah tinggi saya kepada Methyldopa. Dah la kena makan 3 kali sehari. Alhamdulillah serasi dengan ubat ni , tekanan darah lagi cantik dari sebelum mengandung.Tapi yang tak tahan efek dia mengantuk. 

Masa checkup rutin darah tinggi dulu, bacaan gula saya border line (6.9). So kat klinik kerajaan kena minum air gula masa 6 minggu hari tu. Sekali result keluar bacaan 10. Terus kena buat appintment jumpa dietician dan buat BSP. Nanti lah cerita pasal ni. So far result ok tapi kena repeat sekali lagi Ahad ni. Harap-harap ok la. Makan pun ala-ala diet la ni. Sedikit tapi kerap.  Konsep suku-suku-separuh gitu. Masa tak mengandung melantak banyak tak hengat. Berat pun dah naik ni. Tapi sebab dah obese masa mengandung ni berat maksimum yang boleh saya naik cumalah 9KG. huhuhu. So pandai-pandai la jaga makan. Sampai sini dulu lah coretan kehamilan setakat minggu ni. Doakan saya dipermudahkan proses kehamilan hingga bersalin nanti. Saya pun mendoakan kesejahteraan kalian yang mendoakan saya. 



Kontroversi UPT ni sebab lepas sejam baru double line. Ingatkan negatif tapi tubuh rasa memang positif sebab dah lewat seminggu. 

Korang pernah buat pemeriksaan mengandung di klinik kerajaan?


Daripada Amru bin Syu'aib daripada ayahnya daripada datuknya, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perintahkanlah anak-anak kamu untuk melaksanakan solat apabila sudah mencapai umur tujuh tahun. Apabila sudah mencapai umur sepuluh tahun maka pukullah dia apabila tidak melaksanakannya serta pisahkanlah tempat tidur mereka." (Berkata an-Nawawi, hadith hassan sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dawud dengan sanad yang hassan. No. Hadith : 495).


Thursday, April 18, 2013

Pengalaman guna pam susu hospital @ DEMC

Pengalaman mengepam ni masa my Nayla terpaksa di tahan di DEMC disebabkan kuning hari tu. Fasiliti untuk mengepam yang disediakan di dalam nurseri DEMC ni memang lengkap lah jugak bagi siapa-siapa yang walk in untuk melihat anak yang di tahan di nurseri DEMC ni.Hanya ibu dan bapa sahaja dibenarkan masuk. Saya memang ada bawa susu perahan setiap kali melawat my Nayla dan sempat jugak mengepam kat situ jika my Nayla tidur atau dah diberikan susu.


Ini pam yang disediakan - Jenama Medela Lactina. Mahal rupanya dalam RM5K gitu. [ info sini ]
Pam ni nampak old skool sket tapi ok jugak cuma lambat sket susu keluar. Botol susu pihak DEMC sediakan dan dia simpankan terus susu tu dalam botol berlabel nama my Nayla.

Sofa yang empuk pun disediakan untuk membantu ibu lebih relaks dalam sesi mengepam :)

Boleh baca-baca artikel kat dinding tentang breastfeeding positions.

Ini pantry yang disediakan berhadapan bilik mengepam tadi.

Ini my Nayla masa dalam nurseri DEMC
 Tengok kecik tak kecik. Muka dia pun dalam 3 inci jer kot.
Jari hubby nak sama besar dengan lengan dia.

Mana pilihan korang ? Magnum Chocolate Brownie or Magnum Chocolate & Strawberry?
Saya pilih Magnum Chocolate ! Klik sini  

Ni gambar dia bawah lampu. Masa dalam pantang tak leh nak tayang sebab rasa sayu ajer hati nengok gambar ni. Dah la kecik kan...

Tido nak sedap ajer, kaki siap bersilang. hehehe

 close up kaki bersilang.Perangai sapa la ni :p Adik , kakak dua2 sama.

Tengok Nuha pangku adik dia, macam pangku anak patung ajer masa baru lahir tu.


Ni semalam, nampak sket adik dia dah besar. hehehe

Apapun terima kasih kepada Ad kerana meminjamkan pam susu manual pureen ni yang banyak berjasa dalam pantang sampai dah tak boleh guna dah pun sebab patah kat tepi tu. Punya la banyak mengepam dalam pantang. Pam manual ni pun tak mengecewakan dan tak rasa sakit pun. Memang pam manual tidak pernah mengecewakan. Pam elektrik pureen saya haram langsung tak boleh guna.Entah mana lah yang rosak, tidak rasa langsung sedutan :p

Korang pernah guna pam susu hospital ?


My Nuha | Aku Bukan Chef

Thursday, February 07, 2013

Due date bersalin tapi dah cucuk sebulan

Itulah kuasa Allah. Kita yang merancang tapi yang menentukannya adalah Dia :) 5/2 lepas sepatutnya adalah due date bersalin saya tapi hari tu dah kena bawak my Nayla pergi cucuk dia sebulan. Kuar pukul 8 lebih, kul 11 lebih baru dapat balik rumah.Standard klinik gomen la .Bad news, darah tinggi saya masih lagi tinggi dan kena continue makan ubat dan harapnya ianya adalah darah tinggi masa mengandung. Selepas 42 hari doktor cakap, kalau darah saya masih tinggi, maknanya saya adalah pesakit darah tinggi secara official. huhuhu. Nauzubillahiminzalik.Good news nya dalah berat badan saya sudah 71.5 kg. hahaha :p Last sebelum bersalin adalah 82 kg. Terima kasih to bfeeding dan pantang makan dengan izin Nya :)



My Nayla @ 30 hari. Berat turun balik jadi 2.106 kg Bila la nak besar dik ! huhuhu


Alhamdulillah, my Nayla tak demam cucuk sebulan seperti yang nurse cakap dan ingat ibu bapa sekalian, jangan taruk apa-apa pada tempat cucuk untuk elak vaksin yang baru tu tak berkesan, maknanya sia-sia dapat sakit jer baby kita tu. Dulu-dulu tak tahu, letak jugak viks kat tempat cucuk tu. Terima kasih kepada Azlina dan Zawani , nurse merangkap kawan sekolah dulu yang memudahkan urusan di klinik hari tu :)

p/s:

Mulai minggu ni nurse akan datang melawat 2 kali seminggu untuk check bp saya Harap-harap darah saya turun ! Doakan yer kawan-kawan !

Tuesday, January 29, 2013

Bengkung untuk ibu bersalin secara caesarean

Hari ni dah 21 hari berpantang. Dah ada di bumi Terengganu . Balik hari Sabtu lepas.Alhamdulillah My Nayla pun dah meningkat beratnya, dan tak takut sangat dah nak pegang cuma mandi tu tak lagi tu ma saya buatkan lagi. Hari ni follow up kuning dia kat klinik kesihatan kampung saya ni. Kalau DEMC mahu kena ratusan ringgit, tapi kerajaan sesen pun tak perlu :p Bacaan dia pun dah ok dan tak perlu follow up dah. Saya pun dah menyusu badan dia balik, hari tu stop sekejap sebab doktor risau my Nayla terkena breastmilk jaundice, boleh baca sini

Ok, x nak update panjang2. Cuma nak kongsi bengkung untuk ibu bersalin secara caesarean. Bengkung ni sebenarnya saya beli dengan nurse yang datang check lepas keluar DEMC hari tu. Lepas ni katanya DEMC akan jual. Tapi kalau korang nak beli direct dengan dia tak sama la kos dengan DEMC jual nanti.RM60 jer ni, katanya bengkung ni dari indonesia. Saya pakai ikut suka hati jer sebab pemalas.hahaha.Bila ntah nak hilang buncit macam ni :p Siapa berminat, email saya. Saya bagi no phone dia. Tak ada komisyen pun.


 Cara pakai dia mudah ajer, pakai sendiri pun boleh dan pakai atas seluar / kain .Tidur jer tak perlu pakai.


Gadis bunga saya, Nur Nuha Humayra


 Gadis bunga saya, Nur Nayla Hazeeqa @ hari ke 20

p/s;
Tak tahu bila pulak dapat update belog lagi sebab tak tahu laptop saya ni hubby angkut balik rumah ker tidak esok ni. Pelik, ni laptop saya ker laptop hubby sebenarnya :p hahaha


UPDATED : Harga terkini : rm80 harga bengkung + rm5 poslaju..

Tuesday, January 15, 2013

Pengalaman caesarean kali kedua dan kos bersalin DEMC

Hari ni genap 7 hari saya melahirkan my Nyla. Petang ni dapat jumpa Nayla sebab dia dah boleh balik. Rindu sangat. Semalam masa pergi dia tidur ajer sebab diorang dah bagi susu.Hari ni reading dia dah 120.Dua-dua anak saya lahir kuning, salah satu punca kerana dua-dua anak saya lain jenis darah dari saya. Yang ni saya dengar dari forum kesihatan yang pernah saya pergi dulu. 

  My Nayla @ Hari Kedua , DEMC

 My Nayla @ Hari Keenam , DEMC

Pengalaman kali kedua ni caesarean ni memang lain lah dari kali pertama dan ectopic hari tu. Masa kali pertama sempat lah merasa sakit nak bersalin sekejap kan dan dah terbuka 4 cm tu pun sebab induce.Yang ectopic tu, memang separuh nyawa dan dah nyawa-nyawa ikan tapi yang tu memang bius penuh tak rasa apa gak masa operate. 

Tapi yang kali ketiga ni, rasa macam 3 kali kena cucuk kat tulang belakang tu :p Lepas tu terasa pedih hulu hati dan terasa sangat perut kena robek-robek dengan kasar gitu dan siap bau hangus. Diorang guna cutter untuk buka jahitan sebelum tu. Tapi lepas bunyi nayla nanges tu, memang hilang sakitnya dan dah tak terasa kaki. Lama jugak la rasanya. Dah la tak dapat terus breastfeed my Nayla sebab still kena duk dalam labor room untuk habiskan ubat sawan dan pantau tekanan darah. Malam esoknya baru dapat tukar bilik. Alhamdulillah, kali ni cepat boleh keluar dan siap boleh berjalan tengok anak ke DEMC macam tak der gaya baru lepas beranak.

Jom tengok  kat wad lepas bersalin saya hari tu. Kelayakan saya dua katil ajer , tapi dalam bil cuma RM100 ajer dikenakan tak silap RM145. Yang ni sebenarnya tertakluk pada budi bicara pihak admission jugak, dia adjust ikut GL jugak rate bilik tu bergantung kekosongan. Berapa kali saya masuk DEMC ni memang macam tu lah pengalaman saya. Saya punya bilik saya sorang ajer ada bila saya dah transfer kesini. Jiran sebelah bilik dah balik . So bilik ini ana yang punya :p


Ni katil jiran. Katil saya, serabut dah so tak yah laa tunjuk :p


Macam nak check in hotel dah gayanya .Tuala pun tak perlu bawak.


Lukisan pada katil saya.

 Lukisan pada katil jiran saya.


Pad , diaper untuk baby diorang sediakan.


Bilik saya
 
 

 Kos bersalin kali ni lebih seribu dari my Nuha dulu. RM 8729.65 #

Korang pernah bersalin caesarean ? 

p/s: 
 

Kena kumpul duit dari sekarang untuk baby no 3. hahahaha

 
 

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)