Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts

Thursday, November 14, 2024

17th Anniversary Celebration @ Teratak Kasih Kabinstay , Kuala Selangor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni macam biasa entry tertunda as always. Mood dan roh menulis ada sikit. So marilah kita menulis belog sebelum memori ditelan kenangan. Haha. Percutian 2 hari 1 malam kami kali ni di Kuala Selangor. Mula-mula nak booking kat The Kabin tapi semua dah penuh memandangkan Cuti Deepavali sekali cuti sekolah tambahan kan. Teratak Kabinstay ni cadangan Ariff. Alhamdulillah ada kosong dan harga pun ok. Terus bayar booking. Selebihnya bayar masa check in. Ownernya tak tinggal kat situ, so semua adalah self service . Kat depan pintu kabin, ada tempat letak kunci , cuma masukkan nombor kod dan boleh dapatkan kunci kabin. 


Lepas dah check in semua pun dah ready nak terjun kolam. 


Ada je orang lain tapi diorang ok je menempel janji boleh masuk kolam. haha


Muka sebesar talam pun nak wefie depan kolam. hehe



Bikin romantis



Anniversary kan, harus banyak. haha



Ni sawah yang berdekatan dengan Teratak Kasih Kabinstay. Masa pergi tu banyak yang dah tuai area sini. Kena lajak ke Sekinchan baru nampak banyak yang belum tuai. Tuai padi antara nampak, eh nyanyi ke tu ? 


Kemudahan yang ada kat situ


Tempat viral berdekatan dengan Teratak Kasih Kabinstay



Ada 2 pilihan jenis kabin kat sini . Boleh la book ikut kehendak. Saya booking yang ni sebab dah penuh Kabin Bonda tarikh yang saya nak. Yang ni untuk anak-anak saya bawak Toto. Nak sewa dengan diorang satu Toto RM 10. Anak-anak Ok je janji ada aircond. Sejuk gila masing-masing, maybe kawasan kampung kan. Rasakan. haha


Kabin yang ni besar sikit tapi ada 1 unit je


Cara nak tempah


View depan kabinstay. Dulu asalnya tapak tanah ni kebun kelapa dan koko. Tu masih ada lagi la pokok kelapa yang ada. Kebetulan Ayahbonda pemilik homestay ni datang tunggu peti ais baru yang kebetulan rosak masa kami datang tu. Sempat lagi berkenalan dengan mereka. 


Ni kita lajak ke Sekinchan Airport tengok kapal terbang berlatar sawah padi 



Nawfa berlatar belakang sawah padi


Semua jakun kan tengok sawah padi yang terbentang. Ada pulak kapal terbang kan. 


Ikut Resmi Padi, Makin Tunduk Makin Berisi


Kita ambil lah gambar kat sawah padi pulak


Mata semua segaris sebab panas lit lit weh tapi angin sepoi-sepoi bahasa 


Tengah panas dont care


Warning yang ada kat situ tapi depan tu banyak gila gerai jual makanan. Abes rabak poket mak nak. Macam-macam ada jual. Anak-anak beli Jelly ball. 


Lepas dah abes tengok sawah padi, Kita lajak pergi pantai pulak


Sekali pantai tutup. haha. Sedang buat proses penambakan apa ntah. Ni pantai apa namanya. Lupa lah pulak


Banyak kerang-kerangan kat sini. My Nuha ambil 3 botol untuk buat hiasan atas meja bagi kat kawan dan cikgu dia. 


Ni hari esoknya pergi kenduri kawin anak ofiz mate my hubby dulu kat Langat. So lajak ke Sungai Congkak celup2 kaki dalam air. 


Ini budak je ada baju spare. So dia lah boleh mandi sungai. Nayla celup-celup kaki je lah. haha


Umminya padan amik gambar dari tepi sudah

Sekian cerita rangkuman semasa minggu Cuti Deepavali tu. hahahaha



Monday, June 24, 2024

Family Day Office Automation Colony 2024 @ Denz Chalet , Janda Baik


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Setelah 2 tahun tidak berfamily day. Akhirnya family day datang lagi. Katanya ni family day terakhir. Semua dah tak larat nak manage dah. Tahun ni kekuatan AJK 3 orang jugak ( saya, Yanie dan Ziera). Arif driver sorang lagi yang tukang bawa kami pi beli barang family day. Ad MC lagi sebab operation slip disc. Semoga Allah berikan kesembuhan segera kepadanya. 


Ni gambar masing-masing masa bertolak dari rumah. Kitorang boleh pergi awal kat situ. Check in sebenarnya pukul 3 tapi owner chalet bagi kita masuk pukul 2. Yang hangen tu masa dekat nak sampai, ntah mana-mana google maps ni bawak. Nyaris tak sampai dah Denz Chalet tu. haha. Memang signboard nak pergi kat situ ada seketul je. Sabar je lah kan. 



Barang sebelum bertolak ke Janda Baik


Sempat prepare Pes Ikan Bakar dari rumah

Seperti biasa, kita usha bilik dulu. Untuk family day kali ni kami sewa 11 buah bilik kat situ. Ada pertambahan staf baru Arif, masa sebelum ni tak sempat nak join. Yang tak join kali ni En Jasni , Azril dan Mior sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Tapi bilik yang kosong tu tak boleh cancel. So kami ajak ofiz mate yang geng dengan team OA, Yatt, Zul & Fendy. Ajak jugak Rai, tapi Rai pun tak dapat pergi. Maka terjadilah Family Day Office Automation Colony 2024 @ Denz Chalet , Janda Baik. 

          

Kemudahan di bilik:

1. TV
2. Penghawa dingin
3. Kipas angin
4. Bilik mandi individu di setiap bilik
5. Water heater
6. Towel disediakan
7. Shower gel/shampoo (2 in 1)

Kemudahan Tambahan:

1. Swimming pool
2. Common kitchen (dapur umum)
3. Barbecue set (tempat bakar dan penyepit saja disediakan)
4. Karaoke Room (berbayar)
(Satu sesi selama 3jam RM50)
5. RM30 untuk set tilam tambahan, akan diberi, 1 tilam, 1 bantal, 1 selimut dan 1 tuala mandi.
6. Lokasi Berhampiran sungai 100m
7. Wifi percuma
8. Tempat letak kereta yang luas

Peralatan asas dapur yang ada: 

-Periuk dan kuali saiz sedang dan besar
-Pinggan/mangkok
-Sudu/garpu
-Cawan
-Peti Ais satu pintu
-Stove memasak
-Gas selinder
-Pisau
-Papan cincang
-Mangkuk
-Rice cooker sederhana
-Teko
-Cerek air
-Pembakar roti
-Bekas air untuk isi air minuman



Layan view dulu


Kopi dulu baru kamu tak ada, sirap pun boleh lah


Gambar bunga loceng gergasi kot area situ. Cantik betul. 


Dimulakan dengan gambar seluruh keluarga OA+Colony 2024





Keluarga yours truly lah dulu yer. Haruslah banyak gambar , belog kita . haha



Keluarga En Napi


Keluarga Ad



Keluarga Ziera


Keluarga Yanie


Keluarga Arif


Keluarga Sofi


Keluarga Faiz


Keluarga Yatt


Keluarga Fendy


Keluarga Zul ( anakperak.com)


One with bff, Ad

Seterusnya acara games pulak lepas dah sakan amik gambar. Untuk lunch, kitorang buat potluck. Terima kasih penyumbang makanan. Kita bawak diri je. hahaha. 


Beratur untuk mula games. En Faiz MC untuk games as always


Games pertama rebut gula-gula


Games passing tepung. Abes mandi tepung lepas tu


Games isi air dalam botol



Games isi air dalam cawan


Games laga pipi 


Bawa bola dalam sudu


Ikat belon kaki


Games makan oren, ni betul-betul menghayati oren ni. Semua kat belakang bengkek je dia tak abes makan lagi orennya. hahaha



Games baling belon pairing dengan Nuha sebab Abahnya tengah busy bakar ikan. hahaha



Games bawak belon



Dah habis games apalagi, terjun kolam lah jawabnya



Lepas games, preparation untuk dinner pulak.  Abang Zul, suami Yanie yang setup api untuk BBQ. Kali ni laju buat api sebab tak nak lambat. Games pun tak sempat abes lagi. 


Lan, suami Kak Yatt dengan anak Faiz, Ijud. 


Abang Zul, Am dan Sofi 


My hubby in action



Ikan bakar by my hubby 


Ayam bakar 


Kambing bakar

Malam yang ditunggu-tunggu. Haruslah malam dinner dan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. 


MC of the night 


Seronok anak-anak dapat pedang dan cekak. 


Mak-mak pun nak jugak cekak



        AJK hadiah 


Gigih tau saya buat kotak cabutan bertuah ni. Tarik-tarik dapat hadiah. Terima kasih Kak Sal tolong slotkan cabutan tu dalam lubang yang disediakan. hehehe



Antara hadiah yang disumbangkan dan hadiah untuk menang games


Paling banyak jajan sebab last minute sangat. Terima kasih kepada semua penyumbang duit . Semoga Allah gandakan lagi rezeki. 


My Nawfa dari pagi sampai malam makan bihun goreng aunty  Ziera. Kena lah dengan selera tu. 



Pemenang pertama rebut gula-gula, Nawfa 


Pemenang kedua rebut gula-gula, Ayyub


Cabutan bertuah untuk Nayla


Cabutan bertuah untuk Nawfa


Kak Yat dapat bekas air


Yanie dapat Tupperware


Ziera dapat Laundry Basket


My hubby dapat beg Christy Ng


Am pun dapat beg Christy Ng


Zul dapat mandian Bath & Work


Lan dapat Voucher AEON


Seme dapat bekas nasi 


Sofi dapat kuali


Zul dapat Grand Prize, Voucher Servis Aircond Kereta


Fendy dapat toto


En Napi dapat headset


Pemenang Games isi air dalam cawan


Pemenang Games isi air dalam cawan


Pemenang Game Lempar Belon Air



Pemenang Game Lempar Belon Air



Pemenang Game laga pipi


Pemenang Game laga pipi



Pemenang Games Rebut Cawan



Pemenang Games Rebut Cawan



Pemenang Games Rebut Cawan


Pemenang Ikat belon kaki 


Pemenang Ikat Belon Kaki


Pemenang Ikat Belon Kaki


Pemenang Ikat Belon Kaki


Pemenang Ikat Belon Kaki


Pemenang Ikat Belon Kaki


My hubby tengah prepare lilin untuk kek birthday Kak Haiza, isteri Sofi 


Happy birthday Kak Haiza 


Anak-anak Yanie, Ziera, Arif dengan hadiah yang dimenangi


Anak-anak Eliss, Zul, Ad dan saya dengan hadiah yang dimenangi Mak tumpang selit . haha


Juara keseluruhan games anak-anak . Anak-anak En Napi, Yatt dan Sofi


Alhamdulillah rezeki games dan cabutan bertuah. Periuk tu saya punya. Beg tu my hubby yang dapat.




Seronok memasak berviewkan gunung-ganang . ni tukang goreng-goreng untuk breakfast #elissmiekitchen 

 

Sampai bertemu lagi di family day akan datang. Eh , last dah kan. hahaha



Ni main kolam hari terakhir. My Nawfa pukul 7 pagi dah masuk kolam. Dia orang pertama turun kolam hari tu. Sabar je lah. Dah lah sejuk geddi. Sebab hari tu last day cuti sekolah , pukul 12 kami terus check out takut jam dengan orang balik kampung. hahaha



Terima kasih Am, photographer official kita 


Sebelum pulang kita bikin romantis dulu. hehe


Denz Chalet

Lot 15465,
Janda Baik,
Kg. Ulu Chemperoh,
28750 Bentong,
Pahang



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)