Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Friday, November 15, 2024

JJCM @ Kuala Selangor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni entry JJCM @ Kuala Selangor. Berkesinambungan dengan entry percutian kami di Teratak Kasih Kabinstay. Kami sampai area Kuala Selangor, ngam Zohor. So berhenti solat Zohor dulu then cari kedai nak makan. Hari tu jalan agak jem, so kami terjah yang mana ada je. Mula-mula kami sampai ke Restoren Kari Sembilang Kg Pinang tapi lauk pauknya dah habis . Mungkin lain kali kena datang awal sikit dan cuba makan kat sini. Owner Restoren siap suggest kami makan area depan lagi dan banyak pilihan katanya. 

Sebab semua setuju tak nak makan Mee, cadangan asal my hubby, so kami cari port nasi. Satu lagi dalam carian kami adalah Restoran Dangau Rimba Ikan Bakar tapi memandangkan kedai tu pun dah nak tutup kita cari yang berdekatan je la. So kami jumpa Nasi Goreng Melimpah Viral. Tempat parking pun luas dan tempat duduk pun masih ada so kami terus proceed untuk lunch kat situ. 


Ni menu yang ada. Kami pilih yang Nasi Goreng Kambing Sekilo katanya boleh makan 4-6 pax tapi yang sampai boleh cecah sampai 8 orang makan ni. Maybe untuk kami boleh ambil yang set 2-3 pax je kot. Siap tapau 3 bekas nasi goreng lagi. My hubby siap tak nak makan nasi goreng dah berapa minggu ni. haha. Dia habiskan 1 bekas dan 2 lagi anak-anak habiskan lepas dah mandi kolam. Haha. Habis jugak nasi setalam tu. Berbaloi jugak. haha


Ni lah rupa Nasi Goreng Kambing Sekilo. Dapat Free Teh Ais 5 gelas dan sup kosong. Nasi Goreng biasa-biasa je nyah 3/5 bintang


Kami add on Masak Kunyit Udang tapi tak nampak macam goreng kunyit sangat. haha . 
Yang ni memang terbaik. Udang fresh 5/5. Tak Kuala Selangor la udang tak fresh. haha

Nasi Goreng Melimpah Viral

No 1 lot 15103 Jalan Bernam Batu 10 45500 Tanjong Karang, Selangor
Waktu Operasi : 
Selasa - Jumaat 
12 Tengahari - 7 Malam

Sabtu - Ahad
 Cuti Umum /Cuti Sekolah 
12 Tengahari - 10 Malam 

ISNIN CUTI
KECUALI CUTI UMUM BUKA 

Seterusnya kami makan di Mee Banjir Melimpah pulak untuk dinner.Anak-anak request nak makan Korea. Tunggu lah mak pak dinner dulu. Diorang pun dah kenyang jugak makan nasi goreng lepas berendam tadi. 



Ni la Mee Udangnya. Selak udang baru nampak Mee. Haha


Ada 4 ekor udang yang juicy. Sedap. Memang kena tekak sebab ada tambahan lada jeruk dia letak kat situ. Memang sesuai tekak. Teringat Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang yang buat saya rasa nak minta limau nipis dulu. haha



Tq Sayang bawak makan sini. Dulu tapau dah


Ini budak cukai udang mak dia. Sabar je la

Restoran Mee Udang Banjir Kuala Selangor

Alamat :
587, Jalan Bandar Baru Batu 2,
Pasir Penambang, 45 000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +6019-664 4235

Waktu Perniagaan : 
11.00 Pagi - 8.30 Malam (Kecuali Jumaat 2.30 Petang - 8.30 Malam )

ISNIN CUTI


Sempat mak rembat Latte kat FamilyMart semasa anak-anak sedang mengkoreakan diri mereka. 


Aiskrim Roti yang makan kat pantai tak rupa pantai dah tu . Ada pulak motor aiskrim lalu kan. haha


Kopi Pa'din Kopi Ais ni wajib cuba. Memang 5/5 bintang. Kiosk dia betul-betul sebelah Nasi Goreng Melimpah Viral tu. 



Recommendation yang ada. Boleh repeat lagi lain kali. haha




Friday, October 11, 2024

Sambutan Hari Lahirku Yang Tertunda @ P&C Kitchen Eco Ardence

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Masih berkisar bulan September. Mestilah birthday yours truly. Tahun ni sempena birthday kita, kita rasa nak makan Fish & Chips. Terlalu pulak dengan timeline fb pasal Fish & Chips. Yang teringin nak makan tu dekat Bangi tu tapi yang tu bilalah nak pergi yer. hehe

Kali ni kami makan di P&C Kitchen Eco Ardence . Kena datang cepat sikit untuk book meja sebab ruangan dia terhad dan Jumaat agak pack. Overall makanan sedap (3/5) dan suasana pun nyaman ( 4/5) 


Harus bergambar dengan makanan



Sekali lagi 



Saya dan kak ema



Ad  makan Spicy Creamy Salted Egg Spaghetti With Crispy Fried Calamary & Ida makan Spaghetti Aglio Olio Fish Tempura,



Saya dan Kak Ema



Kami order sama je Spaghetti Aglio Olio Tempura Fish


Yang ni side dish Tempura Salad


Saya dan kak ema lagi



Ad dan Ida 



Sebelum pulang harus bergambar depan kedai



Satu kali lagi



Dengan Kak Ema pulak


Depan kedai dengan Kak Ema

Sampai jumpa lagi birthday Kak Ema pulak !


P& C Kitchen

16, Jalan Eco Ardence B U12/36 B, Eco Ardence, 40170 Shah Alam, Selangor

Hours: 
Friday 12–11 pm
Saturday 12–11 pm
Sunday 12–11 pm
Monday 12–10 pm
Tuesday 12–10 pm
Wednesday12–10 pm
Thursday 12–10 pm




Friday, March 15, 2024

Akhirnya Sampai Jua | Day Trip ke Cameron Highlands

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Siapa yang follow belog saya dan kawan-kawan saya mesti dah tahu saya ni tak pernah sampai  Cameron Highlands. Tahun lepas, my Nayla berjaya sampai ke Cameron Highlands ikut trip sekolah agama dia. Tak ada gambar dia snap kat Cameron Highlands yer even bawak handphone. Dia selfie dalam bas je ada. Sabar jelah kan budak bertuah tu. 

Weekend terakhir cuti sekolah hari tu, my husbaby cakap esok kita pergi Perak. Eh buat apa pulak ke Perak ni. Sebab baju sekolah anak tak settle lagi ni . Fikir Ahad ada lagi kan. Dah la exact spot tak bagi kan. Bangun pagi tu tengah-tengah nak siap, dia cakap kita gi Cameron Highland Sayang. haha. Tak ada ribut tak ada angin orang kata. Maka berhoray horey lah kita . Day trip pulak tu. Layankan ajer lah. 

https://www.elissmie.com/2014/10/ulang-tahun-perkahwinan-genap-7-tahun.html - Contoh dah lama merayu kat blog nak pergi CH. hahahaha . Sekarang dah nak masuk 17 tahun perkahwinan tu baru my hubby bawak pergi ni.

Pukul 8 lebih gerak dari rumah. Tengok ETA lebih kurang pukul 12.30 tengah hari sampai Cameron Highlands. Ok lah tu kan. Sekali sampai Tanah Rata dalam pukul 2 lebih jugak . 

Spot pertama sebenarnya Cameron Valley atau Bharat Tea Estate  tapi sebab ramai sangat umat manusia, kami meneruskan perjalanan ke Kea Farm dulu lah. Ingat nanti singgah otw turun . So destinasi seterusnya ke Kea Farm. Masa sampai kat Tanah Rata, nampak Strawberry Farm . Ok lah ni masuk jap tengok Strawberry tapi kat situ macam dah tak ada sangat dah strawberry. Kita bergambar jelah kat situ . Lepas dah amik gambar meneruskan perjalanan ke KEA Farm. Mak aih. Bapak punya jam. Rupanya hari kitorang pergi tu last day Pasar Malam kat Cameron Highlands tu. Kami tak pergi pun pasar malam. Kitorang sampai KEA Farms dalam pukul 3. 2 jam dari Tanah Rata pergi dekat KEA Farms tu. 

Dah sampai situ pergi , The Sheep Sanctuary.Masuk belai2 kambing dan Alpaca, beri makan siap bergambar.  Lepas tu lepak-lepak pekena kopi dan aiskrim. Beli strawberry dulu sebab nak pergi petik sendiri macam dah lambat. Sempat beli souvenier untuk kawan Nuha dan fridge magnet untuk diri sendiri tanda sampai. hahaha. Singgah Solat kat Masjid Kayangan, then turun ke Cameron Valley.

 Mujur tak tutup lagi gate nak masuk ladang teh yang walk in tu . Nak turun dengan buggy tu dah tutup. Sempat lah posing kat situ seround dua . Kemudian bertolak balik. Sekali half way, katanya ada bas terbalik. Tak nak menunggu kitorang naik balik ke Brinchang then turun melalui Simpang Pulai. Mula-mula google maps tak memberikan kerjasama. Dia nak patah balik ke jalan Tapah tu. Mula lah rasa ada unsur-unsur mistik kat situ. Yakin je cakap kat my hubby, kena naik Tanah Rata dulu, rupanya kat Brinchang simpan turun melalui Simpang Pulai tu. First time kan pergi, saya rasa jalan tu tak ada lah scary sangat naik kot Tapah tu tapi memang better lalu Simpang Pulai lah. Ala-ala Bukit Bauk zaman dulu kala je. Saya rasa jalan nak pergi Lipis lagi scary. Tu cerita dulu la, tak tahu la sekarang ni macam mana jalannya.Berhenti makan kat R&R jap dan berhenti solat kat Elmina.  Pukul 1 pagi baru sampai rumah. Berakhirlah sudah Day Trip ke Cameron Highlands . Anak-anak semua seronok. Cuma Nawfa crancky jugak sebab jauh dia kata tapi masa kat atas kemain seronok. Nuha ajak pindah sebab sejuk tak perlu aircond. Puteri lilin mak. hahaha.

Terima kasih Sayang my husbaby yang akhirnya bawak Eliss dan anak-anak ke Cameron Highlands. Lepas ni kita repeat lagi kan ? Kan ? Kan ? hahahaha


Jom lah layan gambar. 


📍Bee Farm Strawberry Farm, Jalan BOH, Tanah Rata, 39000 Ringlet, Pahang
Bayaran Masuk : Percuma








📍The Sheep Sanctuary, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang

Bayaran Masuk : Dewasa RM 12
Kanak-kanak RM7 
Makanan untuk sheep boleh beli lagi kat dalam kandang.
 Sebelum masuk dia dah bagi percuma 2 kotak. 






Nawfa paling berani bagi makan semua sheep dan alpaca. Yang kakak-kakak mula-mula tak nak. Tengok Nawfa ok baru nak try. Nayla sampai sudah tak try. Saya try sekali, memang geli la. Bukan pencinta haiwan kot. hahahaha



📍 Kea Farm Market , Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang



Beli jagung dengan Auntie ni. Muka sama macam Opah diorang. hahaha
Jagung RM20 5 biji



RM 20 4 ketul besar

My hubby suruh beli Scone. Yang biasa tak boleh telan, so saya amik yang Cheese ni. Sedap, boleh telan. 



Sempat Kopi Dulu Sebelum Kamu 



Ni yang Nawfa dan Nayla makan. Sejuk2 makan aiskrim. hehe. Layankan




Moreh semalam. Puding Roti dengan strawberry dari Cameron Highlands 😍


📍Masjid Kayangan Brinchang



📍Cameron Valley Tea, 15-16 Main Road, Tanah Rata 39000 Malaysia
Bayaran Masuk : RM 4 Dewasa, Kanak-kanak Percuma


















Terima kasih Abang yang tolong amikkan gambar kami sekeluarga. 


📍Farmers Arcade Cameron Highlands, Brinchang 

Kat sini kami beli souvenier, keychain dan fridge magnet. Depan kedai ada deretan kedai souvenir lain, beli baju dan plush toy untuk Nawfa , Cinnamoroll macam biasa. 

p:s : Peminat purple, tak boleh tengok bunga purple mesti nak amik gambar. 















 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)