Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca elissmie.com. Tahun ni tak sempat nak siapkan kad raya sebab macam awal pulak cuti raya gitu. Kad raya ofiz pun menimbun dalam mailbox. Nasib dah filter awal-awal senang nak delete. Eh. hahaha
Ok la berbalik pada cerita raya. Baru sempat nak update gitu.Kami gerak balik Terengganu hari Jumaat yang mana jalan clear yang amat. Siap boleh berehat dan bersenang lenang jalan kangkung ke Pasar Ramadan petang tu. Seronok sebab dapat menikmati juadah yang susah nak jumpa kecuali kat Terengganu macam Sagupal, Tok Aji Serban, Puding Buih, eh tersenarai kuih pulak. Kisah. hahaha
Ok la kisah raya yang sadis jugak sebenarnya. Boleh pulak tak ada air di hari raya dan menjelang hari raya. Ewah kemain lirik lagu pulak. Pagi tu yang ada cuma sate yang Long bakar malam tadi. Plan nak buat nasi gulai ayam terpaksa ditunda sebab tak ada air. Lepas bergambar hari raya, terus ajak semua beraya rumah mentua saya di Paka sebab mak dah siap masak nasi dagang. hahaha. Mak lupa nak salam raya dengan my hubby. On the way balik sini baru teringat. Terus mintak ampun dan maaf siap-siap. hahaha. My hubby cakap dia ampunkan je semua senang. Nanti mati pun senang. hahahaha. Insoffff...
Ok. Berbalik kepada baju raya pulak. Epik sungguh baju Nawfa tidak muat di pagi raya. Baju raya ni pun ehsan Kak Yat yang Aishah punya. Yer lah baby pakai sekejap je pun. Mak pulak setakat try-try gitu je. Sekali bila nak pakai sangkut kat bahu. So beraya la dengan baju apa yang ada tu pun ehsan Ummi yang Cinta punya. Nasib baik masih scheme warna yang hampir sama. Sedondon dengan Tok Ki pun boleh lah. hahahaha
My Nyawa , Ma & Abah
With the cucus
My family. Tak ada gambar berdua tahun ni. Nampak tak kalut anak kecik yang tak nak orang? hahahaha
Tahun pertama raya buat si Nawfa. Nape mak sorang yang senyum :)
Ada lah berdua kat belakang tu.
Freestyle
Nawfa yang super crancky di pagi raya
Tambah Long
Dengan Long dan Kak Long
Tengok cubaan nak lari lagi Nawfa tu
#teamrayaterengganu
#teamrayakelantan
#teamrayajohor
Adik beradik my hubby
Family mentua the anak, cucu dan cicit. Tu pun tak cukup korum lagi ni
One with bff, Ana.
Throwback Raya 2007 - 2018 : http://www.elissmie.com/2017/07/throwback-raya-aidilfitri-2007-2017.html
Sekian, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga :)
0 Comments:
Post a Comment
Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !
xoxo,
Eliss