Friday, December 02, 2016

Cara Pajak Emas Di Ar-Rahnu Express

Korang pernah tengah-tengah bulan tiba-tiba berlaku kecemasan? Ni yang terjadi pada saya hari tu la. Tiba-tiba tayar kereta dah tak boleh nak tampal dah tengah-tengah bulan.Terpaksa jugak tukar. Saya dan my hubby memang tak pernah ada kad kredit, Alhamdulillah. So terpaksa la korek yang mana ada.Tiba-tiba teringat pulak emas tu yang tak seberapa tu kan. 

Cik Vina yang pancit tayarnya

Saya memang pernah beli gold bar dan dinar . Dulu Rozi yang perkenalkan siap bagi harga ahli lagi. Terima kasih Rozi. Skang dah boleh beli dengan harga ahli juga dibawah ET. Terima kasih dua sahabat yang ajar supaya celik emas. Mulakan 1 gram atau paling kurang 0.5 gram. 10 bulan dah 5 gram kau ! Tapi dah beli tak reti jugak nak guna. Terima kasih jugak dengan Rai yang ajar pajak emas, bukan jual emas bila terdesak. Sayang katanya bukan senang nak kumpul kan. 

Hari tu ET cakap gold bar dan dinar powergold boleh pajak di Ar-Rahnu Express tapi ada kat Mydin Subang USJ .Jauh pulak nak pergi kan. Alhamdulillah, memang Tuhan lorongkan jalan , hari yang saya terdesak tu Ar-Rahnu Express buka cawangan baru di PKNS Shah Alam. Memang berjodoh betul rasanya dengan Ar-Rahnu Express ni. So hari kedua operasi , saya pergi la dengan ditemani Rai, Kak Yat dan Zira. Ar-Rahnu Express merupakan Pajak Gadai Islam di Malaysia yang menerima berlian, batu permata, dan jam tangan berjenama sebagai cagaran selain daripada emas yang dimiliki oleh syarikat Habib . 


Q: Bagaimanakah tatacara pemberian pinjaman dari AR-RAHNU EXPRESS?
A: AR-RAHNU EXPRESS memberi pinjaman sehingga 75% dari nilai marhun pajakan.

Q: Upah Simpan bagaimana pula?
A: AR-RAHNU EXPRESS mengenakan upah simpan 1% dari nilai marhun bagi setiap bulan.

Q: Adakah AR-RAHNU EXPRESS menerima emas suasa?
A: AR-RAHNU EXPRESS menerima semua jenis emas - termasuk jongkong emas dan dinar emas.

Q: Adakah barangan kemas tanpa resit diterima?
A: Ya, kami terima. Hanya pajakan untuk jongkong emas sahaja memerlukan resit pembelian (asal/salinan)

Q: Adakah AR-RAHNU EXPRESS meletakkan had bagi pinjaman untuk seseorang?
A: Ya, setiap individu ditetapkan had pinjaman sebanyak RM 100,000.00.

Contoh pengiraan : 

Katakan korang pajak 4 Gold bar ( 4 gram)  dan 1 Dinar ( 1.06 gram) . 
Harga emas terpakai : RM 160 untuk 1 gram ( yang ni tak tetap so kena tanya diorang ) 
Nilai marhum : RM809.60 (5.06 * RM 160) 
Pinjaman yang layak : RM 607.00 ( 75% * Nilai Marhum) 
Upah simpan 1 bulan (1%)  : RM8.10 ( 1% * Nilai Marhum)
Upah simpan 6 bulan: RM 48.60 

So senang cerita pinjam jer la sebanyak yang kita layak sebab upah simpan tetap sama walaupun korang pinjam kurang dari jumlah pinjaman yang layak.  Di Ar-Rahnu Express pinjaman sampai 6 bulan ajer. Korang pergi la tebus bila dah 6 bulan tu atau extend pinjaman so bayar RM48.60 tu ajer. Nanti dia keluarkan surat baru pulak. Surat tu memang tak boleh hilangkan kalau dak, korang kena angkat sumpah bagai pulak. 

Masa saya pergi hari tu memang sejam jugak sebab diorang memang kena uji emas-emas tu untuk membuktikan ketulenannya. Alhamdulillah, 4 gold bar dan 1 dinar Powergold saya tu semua tulen dan berat mengikut piawaian :) 


Kat sini pun ada jual barang kemas jugak. Nak trade in pun boleh .


Dah dapat duit boleh la pergi beli tayar. Tayar terpaksa di tukar sebab 2 tayar depan tu memang dah plan nak tukar tapi tayar yang belakang ni memang kecemasan


Terima kasih KB Maju bagi diskaun lagi. Siapa nak beli tayar terpakai dan servis aircond boleh la terjah ke Dataran Automobil , Seksyen 15 yer. 

So mulakan sekarang simpan emas, mulakan dari 1 gram atau paling kurang 0.5 gram. Memang membantu di kala kecemasan :) #celikemas #1gram1bulan 

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, seorang lelaki bertanya : wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling utama? jawab Baginda SAW, “Iaitu orang Mukmin yang berjihad dengan dirinya sendiri di jalan Allah”. Lelaki itu bertanya lagi “Selepas itu siapakah lagi? “Baginda menjawab, “yang mengasingkan dirinya di lereng-lereng bukit untuk beribadat kepada tuhan-Nya. Dalam satu riwayat yang lain iaitu orang yang bertaqwa kepada Allah dan meninggalkan (mengasingkan diri) daripada orang yang melakukan kejahatannya.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

12 Comments:

  1. thanks for the info! i pun dh try jugak letak my jewelleris kat al rahnu express cwgn sri gombak...bln 5 ni nak kena byr full and amik balik my brg kemas :)

    ReplyDelete
  2. Dan2 rasa nak check harga emas lepas baca ni. Heeeee

    ReplyDelete
  3. Gold bar power gold 1gram dibuka seal ke masa masuk arRahnu express tu?

    ReplyDelete
  4. Nk tnye..kalau gold bar tu perlu resit pembelian juga ker..dlm seal gold bar tu kan dh ader certificate..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu sebab nanti dia buat ujian kutelenan jugak. dah buang seal, dia bagi balik jer cert kat kita.

      Delete
  5. Perlu resit belian juga ker..gold certificate tu x cukup ker

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu resit tu. janji emas tulen :)

      Delete
  6. kalau ade satu jer 1/4 dinar 999.9,blh gak x cagar? berat dlm 1.06gram

    ReplyDelete
  7. Klu ad cincin emas berat 1.76gram bleh x

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)