Ingat nak bawa anak-anak ke Zoo Negara nak kenal-kenal haiwan tapi malas lah pulak .Dulu , masa tinggal di Shah Alam, selalu jugak bawa my Nuha ke Aquatorium @ Akuarium , Shah Alam.Bersebelahan jer dengan Wet World tu .Skang ntah ada ke tidak tak pulak saya pasti. Lama gila kot tak pergi situ. Tapi kat situ dapat tengok ikan jer lah.
Kat kawasan rumah saya ni ada satu petshop yang ala-ala mini zoo dah iaitu ENR Pets Shop. Memang berbaloi nak bawa anak-anak mengenali haiwan walaupun tak banyak tapi pelbagai jugak la binatang yang ada. Lagipun sekangkang anak kera jer dari rumah saya. Biasa kami pergi beli makanan kucing kat situ. Dah la tak de bayaran yang dikenakan. Mak kan cheapskate. hahaha
Ada burung Ostrich atau burung unta yang otaknya lagi kecil dari matanya tu :p
Kat padang belakang tu diorang ada bela kuda. Sebelah dengan taman permainan.
Ada rusa..Timorensis Deer katanya. Anak rusa nani baru tumbuh ekor, apa dosa kami lalu tidak tegur. Eh ternyanyi pulak. Tengok kemain dua-beradik ni posing. Kalau bawa ke zoo negara tak tahulah tahap posing dua beradik ni. Tu pasal mak tak bawak gi zoo tu.hahahaha
Yang
ni pulak kucing hutan. Serval Cat dia tulis.Dah macam anak harimau
bintang dah sekali tengok.Gambar seterusnya ni cilok dari Fb ENR Pets
Shop. Tak kuasa nak bergambar dengan semua binatang.hahaha
Ni Bennett Wallaby. Tapi masa pergi hari tu rasa macam dah tak ada.
Yang ni Umbrella Cockatoo. Ada jugak jual makanan kucing dan sebagainya lah kat situ yang mana berkaitan dengan pet kan. Bekas makanan dan sebagainya.
Ni baby landak kot :p Kecik-kecik comel jer rasa macam nak lambung lambung ..hahaha
Yang ni Prairie Dog. Nampak macam tupai tanah kan tapi yang ni anjing yang halal disentuh :p hahaha
Spesis burung kakak tua gigi tinggal dua ni memang banyak lah kat kedai ni. Macam -macam warna macam-macam saiz ada. Korang pergi la sendiri tengok.
Sangkar pun ada jual kat situ.
No.7, Jln Inang 5,
Off Jln Haji Sirat,
Bandar Bukit Raja,
Klang Selangor.
Sebelah balai polis Bandar Bukit Raja.
Buka setiap hari.
10am - 8pm.
Off Jln Haji Sirat,
Bandar Bukit Raja,
Klang Selangor.
Sebelah balai polis Bandar Bukit Raja.
Buka setiap hari.
10am - 8pm.
012-6655 285 / 013-262 6969
Menerima pembayaran melalui kredit kad & debit kad.
Penghantaran boleh di uruskan
Menerima pembayaran melalui kredit kad & debit kad.
Penghantaran boleh di uruskan
Facebook : https://www.facebook.com/ENR-Pets-Farm-1390828534499752/
Korang pernah bawa anak-anak ke zoo negara atau kedai haiwan peliharaan atau petshop ni ?
waahhhh... menariknye!
ReplyDeletekucing hutan tuh mahal x harganye?
tingin nak bela sekor. hahaha
tak tanya pulak harganya...mau ribu2 kot..hehehe
Deleteooo dekat je ni kat jalan haji sirat ye? nak ajak papazakwan gi sini la. dekat sket. jom jumpa2 hehe..
ReplyDeletedah penah g zoo. kene tggu zaed beso sket baru bleh pegi lagi. masuk je dah kene rm30+. blum tgk panda lagi, kene rm50 plak adoi!
dekat dengan rumah eliss ni..jimat belanja..hehehe. mai la datang jalan rumah kita..
Deleteterbaik ni.
ReplyDeletebagus pet shop ni buat gini ekk :)
mcm2 binatang ada...
tu la..best jugak tak payah nak gi jauh2..kena pandai cari peluang musim2 gawat ni..hehehe
DeleteAkak duk BBR ye...Samalah...suka bwk budak2 dtg situ. Effie tu pun jiran sy je...hehee Ntah2 kita pun berjiran kan..heh
ReplyDeletela yer ker..tp x kenal pulak pemilik tu duk mana.entah2 berjiran kita yer..
Deletewahh ade zoo haiwan kat blkg umah je kann ., ;p
ReplyDeletetu la pasal..jimat belanja mak wak..hehehe
Deletemmg menarik..adalah binatang y mmg jrg dijumpai..tu ank kangaroo ke?
ReplyDelete